Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : Kod Sekolah :

1. Nama Guru
2. Judul GURU SEBAGAI PAKAR STRATEGI 3. Bidang : PENGETAHUAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROFESIONALISME
ABAD KE-21
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini merupakan himpunan makalah yang dipecahkan kepada tiga segmen iaitu kaedah
pengajaran , kajian empiris dan esei pendidikan.
Melalui segmen kaedah pengajaran, terdapat pelbagai input baharu kepada pendidik
terutamanya kepelbagai teknik dan kaedah pengajaran hasil idea guru-guru cemerlang bagi
menangani pelajar yang memiliki latar belakang yang rencam. Antara kupasan yang menarik
ialah : “Guru Kreatif Pelajar Aktif dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Terdapat pelbagai
contoh modul dapat dijadikan pencetus idea dalam proses PnP.
Menerusi segmen kajian pula merupakan kajian empirikal yang dapat dijadikan prototaip
kepada kajian yang ingin dilakukan oleh guru bagi meningkatkan status akademik dan menjadi
pemangkin kepada penciptaan kaedah pengajaran yang lain.
Segmen esei pula, mengemukakan makalah yang melihat isu pendidikan secara lebih
menyeluruh.
Keseluruhannya, bahan ini merupakan dokumentasi dari pelbagai topik yang dapat
dikecapi isi kandungan oleh guru, pelaksana dasar, mahupun pembuat dasar bagi
memberikan corak pendidikan yang lebih dinamik menerusi usaha yang lebih proatif daripada
semua pihak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Antara nilai pengetahuan yang mampu digarap ialah

 Kemahiran pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran


 Menjana minda berfikiran lebih kritis dan kreatif
 Memangkin penciptaan kaedah pengajaran yang lebih berkesan
 Merangsang pembangunan material dan akal fikir agar dapat memartabat profesion
perguruan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P & P

- Bahan ini dapat dijadikan panduan guru untuk mempertingkatkan mutu pengajaran.
Himpunan pelbagai variasi segmen terutamanya kaedah pengajaran dan pembelajaran
dapat dijadikan input untuk mencerna idea baharu dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi menarik minat pelajar belajar disamping merangsang pelajar
mengaktifkan pemikiran dan potensi akal serta membuka ruang kreatitiviti ke tahap
yang maksimum disamping meningkatkan mutu dan memartabatkan profesion
perguruan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai