Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Lambang Perpaduan Bangsa Malaysia.

         Kalau tidak kerana bintang,


         Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
         Kalau tidak kerana pidato,
         Tak akan saya berada di sini.

        Datang bahtera dari Medan ,


        Singgah sebentar di laluan Kerai,
        Salam malaysiaku prihatin saya hulurkan ,
        Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum  W.B.H      
       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang
sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin
dan hadirat yang saya hormati.
  
        Jauh berlayar si pedagang Cina ,
            Singgah di Melaka menjamu selera.
        Bahasa berilmu alat perantara ,
            Teras utama perpaduan negara

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah
pidato yang bertajuk,Bahasa lambang perpaduan bangsa malaysia

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah,
izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar
hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,

Yang pekak tidak tertanya-tanya,

Yang kecil tidak terambin-ambin,

Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Hadirin dan hadirat yang dihormati

1
            Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan
kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat
dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata
orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan
bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan
kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang
memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk
meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa
perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara
berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal
perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina
identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa
yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan
kepentingan setiap bahasa sebagai teras perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh
itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah
kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Lambang perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,


Hujah pertama di bawah lembayung kata, Bahasa Sebagai Lingua Franca.
          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita
menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah
negara Malaysia. Apabila memori ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau,
nyatalah bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sudah berfungsi sebagai
lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat
pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan
ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan
masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta
sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi
dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak
lain dan tidak bukan, sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita
pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah
perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas
membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang
cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,


Hujah kedua di bawah kata kunci, Bahasa Menunjukkan Bangsa.
          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham
antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata
pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila
2
kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh
bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya
sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan
semangat ‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.
          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan
ah”
          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”
          Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia
dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan
menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri
perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji
kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses
‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting,
setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk
bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam
kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu
Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan
medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa
perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota
masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan,
amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan
menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka
agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu
di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan
rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan faktor
yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu
dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Hadirin yang dirahmati,


          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, sudah terang lagi
bersuluh bahawa bahasa berilmu merupakan teras utama perpaduan yang kita
kecapi selama ini. Justeru, perkasalah ilmu di dada dengan menguasai pelbagai
bahasa di dunia ini, namun demikian, jangan lupa dan alpa untuk menguasai bahasa
Melayu kerana bahasa merupakan wahana utama penyatuan umat di negara ini
selaras dengan konsep Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita,
hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Lambang perpaduan bangsa
Malaysia.

Sekian, terima kasih.


3
4
5

Anda mungkin juga menyukai