Anda di halaman 1dari 44

RAHSI

A
BUATDUI
T
DENGAN
PRODUK
F&B
Panduanasasuntukusahawanyangingi
n
menigkat
kanlagij
ualandenganprodukF&B

Z
AIM HAZ
IQ
PENGENALAN
E-book ini ditulis oleh Pengasas, Zaim Haziq.

Ilmu dan perkongsian ini adalah daripada pengalaman mereka


sendiri dan ilmu ini bukan teori semata-mata.

Diharap anda dapat mengaplikasikan dan bertindak terus apabila


membaca dan mendalami ilmu di dalam ebook ini.

Tiada istilah “magic” iaitu apabila anda terus membaca ebook ini
pendapatan anda akan terus meningkat.

Ilmu mestilah disekalikan dengan usaha yang berterusan dan


konsisten.

Semoga para pembaca dapat manfaat daripada ilmu di dalam buku


ini. Semoga berjaya.

COPYRIGHT

E-book Rahsia Buat Duit Dengan Produk F&B ini adalah milik Zaim
Haziq dan adalah dilarang sama sekali untuk diedarkan, edit, copy
paste dan lain-lain tanpa kebenaran Zaim Haziq.
PENGASAS, ZAIM HAZIQ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (s​emoga


keselamatan dan rahmat Allah, serta keberkahan-Nya terlimpah
kepada kalian) kepada yang Muslim dan Salam Perkenalan kepada
yang Non-Muslim.

Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu, ialah orang kata
tak kenal maka tak cinta.

Nama saya Muhammad Zaim Haziq Bin Ghazali

Alhamdulillah pengalaman saya dalam perniagaan hampir 6 tahun.


Mula berniaga ketika umur 19 tahun berniaga makanan dengan
membuka gerai di depan sekolah menjual Cheezy Wedges.

Jualan ketika itu RM2000 sebulan.

1
Selang beberapa bulan saya dapat keputusan daripada Kolej
Matrikulasi Selangor (Modul Sains Fizik) dan keputusan tersebut
mengatakan saya ​GAGAL ​dan ditawarkan untuk mengulang
semula kerana saya FAIL tiga subjek semester dua.

Itu adalah detik pertama kali saya terpaksa mengulangi


pembelajaran.

Waktu itu saya rasa saya akan gagal dalam hidup kerana orang lain
dan kawan-kawan sebaya semua sudah berjaya dan bakal masuk
ke Universiti melainkan saya yang ketinggalan.

Ikutkan saya tidak mahu mengulang tetapi disebabkan rayuan ibu


saya ulang di Kolej Matrikulasi Selangor dengan pertukaran modul
iaitu Perakaunan.

Gerai saya di depan sekolah masih buka dengan bantuan


rakan-rakan saya yang sedang menunggu panggilan untuk masuk
ke universiti.

Dalam 5-6 bulan saya dapat passive income RM2000 sebulan.

Saya rasa di Kolej Matrikulasi Selangor sayalah orang yang paling


kaya ketika itu haha. Ketika itu saya tidak pandai menguruskan duit
dan selalu boros.

Alhamdulillah habis belajar di Kolej Matrikulasi Selangor saya lulus


dengan jayanya CGPA 3.4. Baru saya tahu saya pandai dalam
subjek perakaunan dan perniagaan rupanya.

Jadi saya tidak menyesal saya gagal dan saya rasa itu adalah detik
perubahan dalam hidup saya.

2
Selepas itu saya banyak meneroka peluang perniagaan lain
sehingga dapat tahu cara untuk ambil barang daripada Negara
China dengan harga borong tanpa perlu pergi China.

4 tahun saya dalam perniagaan trading dan sempat menubuhkan


brand pakaian sendiri iaitu Zamiqo (3 tahun)

Langit tidak selalunya cerah, tahun 2018 saya ditimpa ujian dan
mengalami kemurungan yang sangat teruk sehingga bila membuat
pemeriksaan dengan kaunselor tahap kemurungan saya paling
tinggi.

Ambil masa 6 bulan untuk saya recover sepenuhnya daripada


kemurungan tersebut.

Dalam masa pertengahan 6 bulan tersebut saya sempat bekerja


dengan usahawan yang berjaya Amnan Fakri Pengasas Restoran
Taman Apple Cameron dan Cik Merah.
.
Saya dipertanggungjawab sebagai ​Digital Marketers dan menjaga
pasukan jualan Cik Merah.

Saya duduk di kayangan, Cameron Highland hanya 5 bulan


setengah dan selepas itu saya tekad untuk turun kebawah kembali,
Selangor untuk memulakan kembali perjalanan saya sebagai
seorang usahawan.

2019, July saya buat keputusan untuk serius dalam peniagaan dan
menjalankan perniagaan ​Digital Agency (Video Content Marketing).

Alhamdulillah dengan pengalaman saya yang sebelum ini saya


dapat bantu ramai SME Malaysia melonjakkan jualan mereka
dengan menggunakan video content marketing.

3
Jualan ketika itu sudah mencecah 5 Angka sebulan dengan
disokong oleh 5 pasukan saya yang hebat.

Saya juga pernah menjadi stokis produck F&B brand orang lain dan
mempunyai beberapa orang ejen yang saya bimbing.

Alhamdulillah ketika itu jualan 5 angka serta dapat menjadi


Top Stokist​ dalam masa sebulan sahaja.

Pelbagai guru bisnes saya dah tuntut mulai dengan Azizan Osman
(Guru Pemasaran), Abdul Basit (Guru Pengurusan), Fahdi Ghazali
(Guru Intergrate Marketing) dan yang paling baru Hasbul Brothers
(Tuan Aqil dan Tuan Arif)

Beribu-ribu saya dah habiskan untuk belajar daripada mereka


kerana saya yakin bila kita belajar dengan orang yang betul2 dan
berjaya yang pernah merasai jatuh bangun,

insyaAllah kita akan dapat keputusan yang memberansangkan dan


proses dia akan lebih cepat kerana mereka akan bimbing kita untuk
membuat dengan betul dan menghalang kita untuk melakukan
kesalah yang pernah mereka lakukan.

Dengan pengalaman dan ilmu yang saya ada, saya akan usaha
untuk bantu dan bimbing anda semua untuk capai apa yang anda
impikan selama ini.

4
ISI KANDUNGAN

5
PRINSIP KEJAYAAN

"Success usually comes to those who are too


busy to be looking for it."
- Henry David Thoreau

Kalau kita nak berjaya pegang prinsip ini. ​M.E.S.T.I

M - Mentor

Mentor ini orang yang dah berjaya dalam bidang kita yang kita
ceburi. Dia akan tunjukkan cara macam mana kita boleh berjaya
dan capai apa yang kita inginkan.

6
E - Elmu

Buat sesuatu perkara tanpa ilmu adalah ibarat berperang tanpa


membawa senjata. Perbanyakkan membaca atau bertanya kepada
orang yang sudah mempunyai banyak pengalaman dalam sesuatu
perkara.

S - Sistem

Libatkan diri anda dalam sistem yang telah menghasilkan orang


berjaya. Contoh, agensi yang saya berada mempunyai sistem yang
baik dan terbukti membantu ejen lain berjaya.

7
T - Tindakan

Walaupun korang tahu banyak perkara, belum cukup untuk berjaya.


Korang kena bertindak sepantas mungkin untuk dapatkan hasil
yang pantas.

I - Impian

Fahami tujuan korang berbisnes, untuk keluarga atau untuk diri


sendiri? Bisnes yang dilakukan dengan tujuan memudahkan atau
menambah nilai pada orang lain inshaAllah akan dipermudahkan.

8
APAKAH TUJUAN KITA
BERNIAGA?

“Matlamat utama berniaga bukanlah untuk menjadi jutawan


tetapi menjadi dermawan, mudah-mudahan dengan asbab
berniaga mengikut sunnah, rezeki kita lebih dan dapat
memberi lebih agar hidup diberkatinya, More You Give, More
You Will Get Back Samada Di Dunia Atau Disana. Give
First And Give More.”
- Azizan Osman

Sebelum kita belajar ilmu yang lebih detail, saya nak tekankan
perkara yang paling asas dahulu iaitu apa tujuan sebenarnya kita
berniaga?

9
Ramai yang kata dia buat bisnes sebab nak kaya, sebab nak
banyak masa, tak suka dengan kerja orang dan pelbagai lagi.

Tetapi jawapan yang paling tepat dari saya adalah kita berniaga
sebab kita nak bantu orang.

Bantu orang untuk dapatkan produk dan servis terbaik, bantu orang
menyelesaikan masalah, bantu orang denga memberi sumbangan
(Sedekah & Zakat) dari keuntungan, bantu orang beri peluang
perkerjaaan dan lain-lain2.

Bisnes berlaku apabila kita bantu selesaikan masalah yang ada


dalam pasaran

Saya suka perkataan bantu ini sebab kalau tidak kita akan jadi
tergila dengan duit, tamak, menipu dan tidak jujur.

10
Ini terjadi pada saya ketika baru berjinak dalam perniagaan. Saya
berniaga atau saya nak jadi usahawan sebab saya nak kaya. Tak
kaya-kaya pun. Susah lagi adalah.

Niat kaya tidak salah tapi mesti kena ada sebab untuk membantu
orang lain bukan untuk kepentingan diri semata-mata.

Bila saya tukar je tujuan saya berniaga. Alhamdulillah segala


tindakan saya lakukan dipermudahkan olehNya.

9/10 rezeki datang daripada perniagaan ini yang Allah janjikan.


InsyaAllah bila kita bantu orang, bantu ramai orang rezeki akan
melimpah2 pada kita.

Orang Islam kena kaya sekarang kerana umat Islam ramai ditindas
dan kita kena ada mindset nak bangunkan kembali ekonomi Islam
siapa lagi kalau kita orang Islam sendiri.

11
MACAM MANA NAK BUAT
MARKETING?

“Marketing is not selling! marketing is sharing the story of


Your Self, Product, Services or The Problems that you could
help to Settle or Solve!” - Azizan Osman

Marketing bahasa mudah dia adalah buat orang tahu atau kenal.
Tak kenal maka tak cinta hehe..

Sebelum buat marketing kita kena tahu dulu siapa target sasaran
kita sebab bukan semua adalah customer kita.

Pembelian terjadi apabila kita sampaikan mesej kita pada orang


yang betul.

12
Customer produk makanan kebanyakan ​70% perempuan​ dan ​30%
lelaki. Ada dua golongan yang suka membeli produk makanan ini
iaitu ​20-30 tahun​ dan ​30-40 tahun.

● 20-30 tahun ni orang muda-muda yang suka dengan


makanan2 trending juga dikenali sebagai Foodies.

● 30-40 tahun ni selalu kebanyakan ibu2 kelas menengah dan


atasan. Jumlah pembelian diorg sangat tinggi.

​30% Lelaki 70% Perempuan

13
Selepas itu kita pergi ke Marketing Funnel atau Sales Funnel pula.
Kena tahu sebelum kita nak suruh orang membeli dia mesti kenal
dan percaya kita dahulu.

Macam kita nak mengorat wanita atau lelaki idamanlah kalau kita
​ ia nak kahwin memang kena ​rejectlah k​ an.
mula-mula ​approach d

Jadi kita kena buat


kesedaran terlebih dahulu
kepada orang yang nak kita
sasarkan.

Kalau kita sampaikan mesej


kita pada 100 orang bukan
semua yang akan berminat
nak membeli kemungkinan
20, 10 atau paling teruk pun 1 sahaja.

Tidak mengapa dekat sini game dia nombor. Lagi banyak kita
approach l​ agi banyak pelanggan kita boleh dapat.

14
Ada ​4 jenis manusia​ yang perlu kita kenal. Ini urutannya.

● Suspect​​
Orang yang kemungkinan berminat dengan produk atau servis
kita.

● Prospek​
Orang yang berminat, tapi masih belum membeli.

● ​Customer​
Orang yang berminat tadi, dia dah beli tetapi baru beli sekali.

● ​Repeat Customer​​
Orang yang membeli tadi, dia dah beli, dan terus membeli dan
membeli. (Membeli lebih daripada 2 kali dan keatas).

15
Zero kos Marketing

Teknik yang saya nak ajar ini adalah marketing yang tidak
berbayar. Cuma perlukan kesungguhan yang tinggi. Ialah benda
percumakan.

Jangan risau walaupun percuma ia tetap dapat membawa pulangan


yang tinggi. Saya sudah pakai lama sejak saya mula berniaga lagi.

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana anda


boleh praktikkan benda ni untuk jual apa jenis produk makanan.

Suspect

● Teknik Direct Approcah

Anda dah tahu siapa bakal customer anda jadi senanglah kita nak
target pada sasaran. Mula-mula kita pakai apa yang ada.

Ikut apa yang Rasulullah buat masa mula2 berdakwah. Baginda


berdakwah papa keluarga terdekat, sahabat karib, kenalan,

16
penduduk Mekah dan sehinggalah ilmu dakwah baginda tersebar
hari ini.

Macam mana nak bermula? Mula-mula kena ada ​database​. Mana


nak dapat ​database​?

Dekat telefon bimbit korang. Nama dan no. telefon dah memadai.

Followers ​dan friends dekat


Facebook dan Instagram pun
database k​ alau anda nak tahu
sebab anda boleh chit chat
macam itu sahaja dengan
mereka tanpa no. telefon.

Kita bermula langkah demi


langkah. ​Approach ​keluarga yang terdekat dahulu ibu bapa kita,
adik beradik, makcik, sepupu, abang ipar dan semua keluarga kita
yang kita kenal . Selepas itu, baru sahabat karib dan seterusnya.

Ambil satu kertas atau nota. Tulis berapa orang yang kita nak
​ an senaraikan.
approach d

Teknik ini senang saya sendiri dah pakai. Ini apa yang saya buat
untuk dapat duit sumbangan Al-Quran masa saya menunaikan
Umrah di Mekah dan Madinah pada tahun 2019.

Saya dekat sana tapi mereka boleh transfer duit dekat saya. Nak
tahu berapa saya dapat kumpul? Dalam RM8000+

Macam mana saya boleh dapat jumlah macam itu? Ha ini lah saya
nak cerita.

17
Idea ini saya dapat ilham dekat sana ialah bila kita dekat tanah suci
macam-macam benda baik kita boleh dapat.

Saya ​approach ​seorang-seorang ​database ​saya. Mula-mula saya


post ​dekat ​group W
​ hatsApp, buat ​Instagram Story dan ​post ​dekat
Instagram Feed. ​Result ​memang ada tapi lambat sikit.

Nak laju saya ​direct approach followers dan kenalan saya dekat
Instagram dan Facebook. Saya tembak je semua.

Tapi kalau anda semua nak ​approach ​anda tak boleh guna ayat
yang nampak macam ​copy and paste serta tak boleh nampak
memaksa untuk diorang bayar.

Kena ada unsur emosi sikit. Ini cara saya ​approach.​ Saya hantar
gambar dulu seterusnya hantar ​text​.

“As salam, Imran. Nak buat sumbangan Al-Quran untuk letak dekat
Masjidil Haram dan Nabawi tak? Dekat sini ada beribu2 orang buat
umrah. Dapat pahala berterusan insyaAllah.”

Tunggu dia ​reply ​kalau dia nak Alhamdulillah kita hantar ​text
seterusnya tanya nak berapa unit, bagi harga dan sekian-sekian
maklmuat.

Dia kata nak dua unit.

Ok bagi harga dan cipta ​urgency ​sikit

“Ni no. akaun ia. Saya ada kat sini tak lama kalau nak confirm awal
ia takut takut tak sempat.”

18
Kita ​approach s​ ahaja orang sebanyak yang mungkin. ​Game ​dia
nomber. Kemungkinan 1000 orang yang kita ​approach ​10 orang
sahaja yang berminat.

Ikut nasib dan kesungguhan masing-masing. Lagi banyak anda


approach l​ agi banyak potensi anda semua nak dapat pelanggan.

Jangan risau kena ​reject.​ Hati usahawan kena kental. ​Reject t​ u


perkara biasa. Bill Gates approach 100 orang investor masa mula
bina company Microsoft dia.

10 orang je yang terima dan sekarang dia dah jadi jutawan. Jadi
jangan putus asa.

Ini ayat anda boleh buat untuk mana-mana produk makanan. Amik
mana-mana video commercial atau gambar produk makanan yang
menggiurkan lepas tu hantar ayat ini :

“Salam. Saya ada berniaga, mencari rezeki yang halal untuk


survive. Ada sesiapa dkt sini pernah try (nama produk)?

Sedap tau ada (jenis, perasa, benefit)


Nak cuba tak?” *Letak emoji monyet malu

Anda ​approach s​ ahaja sebanyak mungkin ​database y​ ang anda ada


di Instagram, Facebook, WhatsApp. Buat sahaja jangan fikir.
InsyaAllah akan ada ​result​.

Ok ini bonus, kalau anda boleh buatlah. Dia beli atau tidak beli
tanya dia boleh tak post video commercial atau gambar produk
makanan (brand) dekat Instagram Story dia seterusnya suruh dia
buat beberapa ​text ​nak dapat produk makanan (brand) ni boleh
contact (​ ​mention​ nama instagam anda).

19
Cuba sahaja tanya. Selalu kawan ok sahaja nak buat dan tiada
bayaran pun. Ini cara mula-mula saya buat.

*kalau 100 orang anda approach, 100 orang postkan di Instagram


Story mereka yang ada minimum 300 view dah 30,00 view dah.

● Blast Di Facebook Group dan WhatsApp Group Facebook


Group

Ini salah satu cara mudah korang nak buat marketing. ​Blast ​sahaja
gambar atau video produk F&B (brand) beserta copywriting di
Facebook Group atau WhatsApp Group.

Facebook Group

20
Kalau di Facebook Group ​join group ​seperti group kawasan taman,
negeri, daerah, bazar-bazar, jual beli dan banyak lagi.

Search ​dan taip sahaja kawasan anda dekat Facebook Group. ​Join
sebanyak yang mungkin.

Dekat sini pastikan anda sentiasa ​post​. Bukan ​post ​sekali dan
harapkan pulangan serta merta.

Buat orang yang ada dalam ​group t​ ersebut nampak kewujudan


anda semua sampai mereka sudah tahu anda jual apa. Minimum
satu hari satu ​post​. Nak padu tiga hari sekali.

Kalau ada orang lain yang post iklan dan anda nampak ​post
tersebut ​engagement ​tinggi anda boleh ​post ​jugak dekat komen
dengan syarat anda minta izin dahulu takut Tuan yang empunya
post tersebut marah pulak.

Dekat situ selain penjual yang post ada jugak bakal ​customer ​yang
memang nak beli barang.

​ acam ini :
Kadang-kadang mereka ​post m

“Dekat sini ada tak area Shah Alam yang boleh buat COD makanan
berbuka puasa? Kalau ada tinggalkan komen di bawah”

Jadi apa lagi anda teruslah komen dan kalau dia tinggalkan no.
telefon terus sahaja WhatsApp orang itu. Jangan lambat melepas
pula nanti.

21
WhatsApp Group

Boleh ​blast j​ ugak dekat sini tapi jangan


nampak terlalu menjual sangat nanti jadi
SPAM d ​ an boleh kena ​remove ​dengan
admin ​group​.

Post ​nampak macam kita nak minta


tolong atau kita nak tawarkan
perkhidmatan terbaik yang orang ​WAJIB
​tahu.

​ engan video commercial atau gambar produk makanan yang


Blast d
mengiurkan dulu seterusnya pakai ayat saya ini :

“Salam pada kenalan2 saya ada berniaga kecil-kecilan nak cari


income tambahan sikit jual produk F&B (brand), boleh ​support
punca rezeki saya,

(Benefit,Rasa,Kesedapan)

Jika sesiapa berminat boleh hubungi saya di 01...................”

Ayat anda kena nampak emosi dan jangan nampak sangat terlalu
nak menjual. Ingat manusia tidak suka kalau dipaksa untuk
membeli.

Nak laju suruh keluarga tolong ​post ​dekat ​group-group mereka


jugak. Kalau kita sahaja ada 10 ​group c​ ampur kakak, adik, abang,
mak dan ayah boleh jadi 50+ group dah.

​ ia nombor lagi banyak anda ​approach l​ agi


Ingat dekat sini ​game d
banyak anda akan dapat pelanggan.

22
Jangan malu nak bagi tahu apa yang kita buat atau berniaga kalau
malu rezeki pun malu nak datang dekat kita.

Prospect

Orang ini dah PM kita maknanya dia berminat dengan produk kita.
Tugas kita adalah tukar prospect kita pada Customer sahaja.

Kemungkinan untuk dia tidak beli ada. Jadi kena yakinkan prospek
dengan produk F&B (brand) memang sedap diminum / dimakan
waktu tengok movie sekian-sekian...

Pandai-pandailah kita yakinkan meraka ataupun kita bagi mereka


tester dulu lagi bagus. Nanti dalam topik ​closing ​saya akan tunjuk
langkah demi langkah.

Kalau dia ​reject t​ idak mengapa kemungkinan mereka akan beli


nanti bila diorang ternampak iklan produk F&B (brand)
berulan-ulang kali.

Kita boleh juga follow up mereka kalau tiba-tiba HQ produk F&B


(brand) ada buat promo. Mesti merka beli.

Tips tambahan : Bila ​prospect m ​ esej kita pastikan kita save no.
prospect ​dan minta ​prospect ​save no. kita.

​ an kalau prospek save no. kita boleh


Senang nanti nak ​follow up d
buat WhatsApp ​broadcast d ​ an juga dia akan nampak status
WhatsApp kita.

23
Customer

Orang ini dah beli dan sudah jadi pelanggan kita. Tugas kita adalah
jaga servis kita sebaik mungkin. ​Sales after service​ bahasa orang
putih dia.

Delivery on time,​ senyum bila nampak ​customer,​ kalau ada produk


rosak kita ​willing ​untuk ganti yang baru, tanya khabar, ​wish d​ ia
kalau ada hari-hari penting, ​follow up mereka balik selepas mereka
baru beli seminggu tanya

“Macam mana produk F&B (brand) hari tu? 1-10 awak bagi berapa
ya?” Boleh bagi feedback sikit?”

Kalau dia cakap 8-10 baguslah ucap ​“terima kasih”​. Selepas itu,
tanya

“boleh tak Kakak/Abang recommendkan dekat kawan2 awak, kalau


ada 10 botol yang terjual dari kenalan Kakak/Abang saya kasi 1
botol percuma atau hadiah misteri”

24
Nampak dan faham? Disebabkan kita ​follow up,​ pelanggan kita
boleh berkembang tanpa kita cari. Teknik ni dipanggil ​Refferal
Marketing.

Jangan lokek nak keluarkan kos bagi menambat hati pelanggan


kita. Dengan ini ​customer ​kita akan lebih gembira dan pilih kita.

Tapi macam mana kalau dia kata bawah daripada 7 ? Ucaplah

“Oh ya ke? Maaf, kami akan tambah baik pada produk kami nanti.
Terima kasih sebab sudi memberi feedback”

Sebab itu kena ​save nombor telefon ​customer s​ enang nak ​follow up
nanti. Kalau saya yang buat ​sale,​ saya akan follow up ​customer
sekali seminggu.

Sebab kadangkala daripada ​follow up customer akan teringat


kepada kita dan beli lagi.

Selain itu juga, kita kena konsisten buat ​posting ​di WhatsApp Story
supaya ​customer b ​ oleh nampak kita sentiasa.

25
REPEAT CUSTOMER

Customer ​ini dah selalu beli dengan kita. Pelanggan setian senang
cerita. Yang ini kena jaga sebaik mungkian sebab orang inilah kita
akan dapat profit yang tinggi dan berterusan.

Customer ​jenis ​ini dah boleh ​personalise ​sikit contoh ​wish H


​ ari Jadi
mereka atau bagi mereka hadiah.

Selain kita tunggu ​customer ​kita ​repeat pembelian mereka, k​ ita


boleh ​approach s​ endiri selepas seminggu mereka membeli.

“Salam macam mana produk F&B (brand) hari tu? OnZ tak? 😉
Boleh bagi rate rasa hari tu 1-10 bagi berapa?”

InsyaAllah 10-20% dari customer kita akan ​repeat ​lagi bila buat
macam ni. Saya sendiri dah buat dan dapat hasilnya.

Tambahan selepas mereka ​respond​, balas :

“Ok terima kasih Puan/Tuan atas feedback.

“Btw kalau kenalan Puan/Tuan ada yang berminat saya bg diskaun


RMX ya dekat Puan/Tuan untuk pembelian seterusnya”

Apa2 boleh inform saya 😊 ”

Atau

​ ree 1
“Btw Tuan/Puan nak dapat F ​ produk F&B (brand)? Tuan/Puan
recommend kan saya dekat kenalan Tuan/Puan.

26
Kalau ada 10 produk F&B (brand) dari kenalan Tuan/Puan saya
bagi Percuma produk F&B (brand)

Apa2 boleh inform saya 😊”

Boleh pilih mana-mana ayat yang anda berkenan.

Nak jual kepada ​customer ​sedia ada lagi senang dari ​customer
baru. Sebab ​customer s​ edia ada sudah ​trust d
​ an selesa dengan
kita.

Jadi jaga hubungan dengan ​customer s​ edia ada. Buat dia jadi
marketing mouth to mouth​ untuk kita.

Buat sahaja ​guys ​apa yang saya cakap ini. Jangan fikir dan kiita

😉
akan nampak ​result s​ ale kita sangat memberangsangkan nanti jika
​ an buat apa yang ​customer s​ uka.
kita sentiasa ​consistent d

27
MEDIA SOSIAL

Media sosial ​adalah tempat orang bersosial dan tugas kita adalah
tarik ​traffic (crowd) sebanyak mungkin untuk masuk ke dalam
platform ​kita. Teknik ini dipanggil kumpul ikan dalam satu kolam.

● Bina Followers

Followers Ini kalau kita pandai


dia boleh jadi mesin duit untuk
kita.

Tengoklah ramai artis atau


influencer ​buat beribu-ribu
ringgit dengan ​review ​barang
sahaja.

28
​ dalah kita kena hasilkan content
Jadi cara nak bina ​followers a
yang memberi manfaat kepada orang dan secara kreatif.

Bonus kalau kita boleh buat ​content y​ ang unik daripada orang
lain.

Tidak mengapa mula-mula tu memang akan ​krik-krik tapi kita


akan nampak peningkatan dari masa ke semasa.

Game d ​ ia kat sini adalah konsisten (Istiqomah). Jangan ingat


buat sekali boleh terus dapat banyak ​engagement ​dan
followers​.

Petua tambahan, kita buat secara ​manual. Follow ​dan ​likes


seramai yang mungkin orang di social media.

Follow ​dan ​likes ​orang yang berdekatan dengan kawasan kita


atau ​follow followers page-page ​Foodies Malaysia. Benda ini
saya buat mula-mula untuk naikkan followers akaun instagram
bisnes saya.

● Posting

Di media social orang lebih suka bersosial bukan membeli.


Kalau sentiasa ​post content yang menjual atau suruh orang
membeli,

followers jadi kurang minat dengan page Instagram atau


Facebook kita. Kita kena seimbangkan.

Kalau nak buat ​posting ​menjual juga, bina ​copywriting a


​ tau
gambar dan video yang nampak tidak menjual. ​Soft selling

29
Kena kreatif dan boleh tengok dan belajar cara ​influencer
mempromosikan barang.

● Facebook Live & Instagram Live

Ini adalah tempat terbaik nak mempromosikan barang. Pernah


tengok Go Shop? Nampak tak diorang boleh jual beribu-ribu
produk hanya bercakap-cakap pasal produk yang dijual.

Pengacara Go Shop boleh membuatkan kita teringin sangat


nak membeli. Kita boleh pakai konsep yang sama dan ramai
penjual yang sudah berjaya pakai teknik ini.

Akan janggal dan malu sikit mula-mula. Tapi lama kelamaan


akan biasa. Buang malu itu, malu tak boleh bagi kita duit.

Mula-mula kita kena tarik ​crowd (view) dahulu seramai yang


mungkin dan apabila kita ​live s​ uruh orang yang ​view share
live ​kita atau suruh mereka ​tag ​kawan-kawan mereka di
ruangan ​comment.​

Petua tambahan, buat ​contest.​ Suruh mereka ​share ​sebanyak


yang mungkin dan ​siapa yang ​share p ​ aling banyak mereka
berpeluang menang hadiah.

Untuk buat di Live di Facebook atau Instagram, kita kena kena


kreatif dan jangan nampak sangat terlalu menjual nanti orang
tidak suka.

Kemungkinan kita boleh buat sesi soal jawab dengan


followers k​ orang sambil makan atau minum ​produk F&B
(brand).

30
Bila ​followers t​ engok kita makan atau minum ​produk F&B
(brand) ​sambil ada bunyi sound effect sikit (bunyi rangup,
kunyah atau tuang minuman) ​confirm ​cair punya hehe..

Saranan saya untuk media sosial 80% ​free content, 20% barulah
content ​yang ada unsur menjual.

Untuk nak jual ​produk F&B (brand) kita ini, kita boleh bina ​page
bisnes kita sendiri tetapi yang ini akan mengambil masa yang lama
untuk bina followers dan yakinkan orang untuk beli di situ.

Tapi kalau korang dapat create satu akaun yang ada nama ​produk
F&B (brand) beserta tempat atau kawasan lagi senang ​prospect
nak cari kita.

LAZADA, SHOPEE, FACEBOOK MARKETPLACE & CAROUSEL

31
Saya jarang main di marketplace tetapi sebenarnya dekat sini lagi
boleh buat banyak duit sebenarnya.

Sebab orang pergi sini memang nak membeli. Lagi-lagi yang suka
​ arang dan promosi.
survey b

Daftarkan akaun anda sekarang cepat!

Kalau nak ​advance b​ oleh bayar sikit untuk ​boostkan ​kita punya
produk view. Saya dah pernah cuba 70% berkesan.

FREE TESTER

32
Kaedah ini ada kos pada tester sikit tapi tidak mengapa dan jangan
risau kemungkinan orang yang kita bagi ​free tester ​tu akan beli
dekat kita atau dia akan promote dekat kawan-kawan mereka.

Boleh bagi pada influencer-influencer atau kita rasa ​network


(followers) mereka ramai. Lagi banyak kita bagi lagi banyak kita
boleh dapat.

“The more you give the more you get back”

​ agi kepada
Guru saya pernah ajar kalau nak 100 orang ​customer, b
10 orang secara ​PERCUMA. ​InsyaAllah akan dapat 100 orang
customer​ ataupun lebih lagi.

TEKNIK JUALAN CONFIRM


ORANG BELI
33
“It’s Not About Selling.It’s About Creating Value For Your
Audience.” - Jerry Alloca

Closing a ​ tau membuat jualan maksudnya kita nak tukarkan


prospect ​kepada customer. Ada cara dan seni dia.

Bukan bagi harga terus close. Boleh sahaja tetapi kemungkinan


untuk closing susah sikit.

Tapi yang menariknya sesetengah ​produk F&B (brand) t​ idak susah


sangat nak closing sebab ​produk F&B ​kalau nampak sedap je
confirm ​senang​ closing.

Setiap ​conversation k​ ita kena friendly ​dan jangan nampak macam


robot sangat terlalu copy dan paste.

34
Kita cuma perlu tahu langkah demi langkah seperti yang saya buat
​ engikut kesukaan
ini. Tidak semestinya tiru 100% boleh ​adjust m
masing-masing.

Sebelum itu, kita kena tahu tatatertib dan hukum-hakam jualan


terlebih dahulu.

1. Building Rapport ( Bina Hubungan)

Rapport ni kita bina hubungan dengan ​prospect. ​Benda asas


yang kita kena tanya adalah​ ​dan tempat tinggal ​prospect.

Contoh yang kita boleh buat :

“Hye terima kasih berminat dengan produk F&B (brand)


Sebelum tu boleh tahu nama dan tinggal mana?

Nama saya Azim”

​ astikan kita sebut nama prospect sebab


Setiap ​conversation p
lebih nampak ​personalise​. Prospect akan rasa lebih dihargai
bila kita sebut nama mereka.

2. Persamaan

Lagi bagus kalau kita ada persamaan dengan ​prospect​.

Contoh kalau ​prospect t​ inggal di Melaka dan kita pun orang


Melaka kita ​reply ​:
“wah samalah kita pun orang Melaka jgk”

Tapi sekiranya kita bukan orang Melaka :

35
“Wah awak orang Melaka ke? Saya pernah bercuti di sana
tempat dia sangat historical. Terkenang kisah sejarah
Kesultanan Melaka dulu.

Kalau tidak jumpa persamaan dari segi tempat, cari benda lain
yang boleh buat kita dan prospek ada persamaan.

Tapi kalau tidak jumpa juga tidak mengapa jangan sampai


menipu pula. Berdosa dan tidak berkat.

​ tau ada persamaan dengan


Jadi, bila kita bina ​rapport a
prospect l​ ebih mudah untuk orang ​trust ​dengan kita. Ingat
orang membeli produk atau servis sebab ​trust​.

3. Tanya Masalah Prospek

Apakah masalah ​prospect ​yang kita boleh bantu untuk


diselesaikan.

Selalunya ​produk F&B (brand) yang t​ erkenal atau viral mereka


nak mencuba ataupun mengidam.

Adakah mereka ingin hidangan di hujung minggu untuk


luangkan masa bersama keluarga?

Ataupun mencari makanan atau minuman ketika di office?

Nak jadikan pencuci mulut selepas makan?

36
Apabila kita dapat selesaikan masalah prospect, mereka akan
memilih kita.

Boleh tanya mereka sudah pernah rasa ke ​produk F&B


(brand) sebelum ni? Kalau belum kita bagi tahu dia kenapa
produk F&B (brand) ​ini sedap dan wajib untuk mereka beli.

Selain itu juga, jika kita buat ​online ​yakinkan mereka bahawa
mereka tidak perlu keluar rumah, tidak perlu beratur panjang,
dan boleh buat penghantaran terus ke depan pintu rumah
mereka.

Prospect ​suka apabila kita dapat memudahkan dan memberi


servis yang terbaik kepada mereka.

4. Kelebihan, Kebaikan dan Maklumat Produk.

Sebelum bagi tahu ​prospect ​harga, bagi tahu dahulu


kelebihan dan kebaikan produk kita supaya orang lebih
berminat nak membeli.

Kena yakinkan kenapa harga produk ​F&B (brand) berpatutan


dan apa kelebihan dari segi kualiti.

Maklumat produk seperti bahan-bahan dan perasa yang ada.


Beritahu prospect yang mana signature produk ​F&B (brand).

Prospek suka kalau kita r​ecommend k​ epada mereka yang


mana terbaik.

37
Petua tambahan, bina ayat yang mengiurkan ketika
menerangkan kelebihan dan kebaikan jika mereka makan
atau minum produk ​F&B (brand) ​itu.

Membuatkan mereka terbayang-bayang kesedapan produk


F&B (brand) i​ tu. Ada video dan gambar yang menggiurkan
lagi bagus dan bonus kepada kita.

5. Closing

Fasa ini kita sudah boleh memberi harga dan lagi bagus kalau
kita letak ​urgency ​contoh :

Sis nak dapatkan hari ni tak?

Hari ni ada COD. Stock tinggal 5 je takut stock habis nanti


lama pulak sis nak tunggu.

Kalau diorang payment Alhamdulillah, kalau belum ​follow up


lagi.

Jangan lupa bagi prospek harga combo atau diskaun. Ingat


manusia suka diskaun.

Lelaki suka perkataan ​JIMAT​ dan perempuan suka perkataan


DISKAUN.

38
CARA NAK CAPAI TARGET
KEUNTUNGAN YANG KITA
IDAMKAN

“Orang yang berjaya biasanya menulis senarai tugasan


mereka setiap hari dan mereka yang “Biasa-Biasa” biasanya
tidak menulis apa tugasan harian yang mereka perlu capai.”
- Azizan Osman

Target atau KPI adalah angka yang kita set untuk kita capai
mengikut tempoh yang kita tetapkan.

Contoh kita nak untung RM3000 dalam sebulan. Keuntungan yang


kita peroleh daripada produk ​F&B (brand)​ katakanlah RM3 jadi
berapa set yang kita kena jual dalam masa sebulan.

39
Sebelum itu, kenapa saya cerita pasal target keuntungan bukan

sale?

Ramai orang suka target ​sale ​tapi kalau sale kita juta2 tetapi tiada
untung apalah gunakan? Silap-silap rugi adalah.

Kita buat perniagaan untuk pendapatan dan untung. Bukan untuk


buat penat. Jadi saya nak anda ikut saya sama-sama kira mengikut
keuntungan.

Kita kena tahu berapa set yang kita kena jual dalam setahun
sebulan, seminggu dan sehari.

Formula dia macam ini :

Katakan sebulan kita ambil 26 Hari dan 4 hari rehat. Untung yang
kita dapat RM3

RM3000 bahagikan dengan RM3 bersamaan dengan 1000 set


sebulan

1000 set kita bahagikan dengan 26 hari dan kita akan dapat 39 set
sehari. 39 set kita darabkan dengan 7 hari bersamaan dengan 273
set seminggu.

RM3000 / RM3 = 1000 set sebulan


1000 set / 26 hari = 39 set sehari
39 set x 7 hari = 273 set seminggu

40
Kalau kita hebat buat ​closing k​ ita buat ​prospect u
​ ntuk beli
sekurang-kurangnya 2 set. Jadi kita bahagi kan semua dengan 2
set.

RM3000 / RM3 / 2 set = 500 set sebulan


500 set / 26 hari = 20 set sehari
20 set x 7 hari = 140 set seminggu

Nampak kalau kita boleh buat ​prospect b ​ eli sekurang-kurang dua


lagi sikitlah ​customer ​yang kita kena cari. Jadi mantapkan ​closing​.

​ iri untuk
Bila kita dah pecahkan siap-siap senanglah kita nak ​push d
marketing ​dan ​sale.

​ ntuk dapat dapat


Kita tahu berapa orang yang kita kena ​approach u
pendapatan yang kita impikan.

Sebelum kita nak set pendapatan yang kita nak, pastikan ianya
relevance,​ boleh dicapai, mencabar dan tidak terlalu mudah.

Sebab bila kita letak target, barulah kita ada ​progress ​dan
improvement​. Kita dapat tahu ​performance ​dan level kita dekat
mana.

Bila sudah ada halatuju, ikut sahaja halatuju itu insyaAllah akan
tercapai. Jangan mengalah jika tidak tercapai.

Tengok balik apa kesalahan dan perkara yang kita tidak buat yang
meyebakan kita tidak capai target kita.

​ an ​improve ​mana yang patut.


Adjust d

41
PENUTUP
Kejayaan perlukan masa dan kesabaran. Tiada istilah kaya dalam
satu malam dan itu hanyalah mitos.

Letak target, letak impian dan nikmati setiap perjalanan yang kita
lalui. Jangan takut untuk gagal.

Setiap kegagalan adalah persinggahan untuk kita capai impian kita.


Kalau kita tidak pernah gagal maknanya kita tidak pernah mencuba.

Setiap orang yang berjaya ada cerita kegagalan mereka tersendiri.

Yang membezakan mereka dengan yang lain adalah mereka tidak


mengalah dan jatuh lama dalam kegagalan.

Mereka belajar dan tambah baik lagi dan terus bangkit daripada
kegagalan mereka sehingga mereka berjaya.

Akhir sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi menyertai
membaca e-book ini sampai habis.

Saya doakan anda semua berjaya mencapai impian anda.

Semoga kalian dimurahkan rezeki dengan memasang niat yang


betul untuk merubah hidup menjadi lebih baik. InsyaAllah.

42

Anda mungkin juga menyukai