Anda di halaman 1dari 67

Dr.

Helen Khoo Chooi Sim


016-4898486
04-6603578
1. Konsep Asas Falsafah
2. Konsep Falsafah Pendidikan
3. Cabang-cabang Falsafah
• Ontologi
• Epistemologi
• Aksiologi
• Logik
KONSEP ASAS FALSAFAH
 Falsafah = philosophy (perkataan Yunani)
 Philos – bermakna mencintai
 Sophia – bermakna kebijaksanaan/
kearifan
 => Perihal mencintai kebijaksanaan
 Ahli-ahli falsafah terkemuka Yunani (2500
tahun dulu)
 Socrates, Plato dan Aristotle
 Ahli-ahli falsafah
◦ cuba memikir, menilai, mentafsir
kehidupan dan pengalaman manusia
dengan tujuan mencari kebenaran dan
nilai hidup yang sempurna
◦ melibatkan diri terhadap kajian tentang
ilmu, alam nyata, fitrah manusia dan
masyarakat
 Greek – “love of wisdom….but it is a wisdom
that results from a pursuit of knowledge, of the
most important part of reality”

 Falsafah merupakan satu cabang untuk mencari


kebenaran dan merupakan suatu kajian yang
komprehensif, holistik dan logikal ke atas
pemikiran manusia dalam bidang agama,
sastera, sains dan pendidikan
 Merupakan kajian tentang masalah am
berkenaan hal-hal seperti pengetahuan,
kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan,
kesahan, minda dan bahasa
1.Etimologi (bahasa)
 Falsafah berasal dari perkataan Yunani iaitu
philos(cinta) dan sophia(ilmu/pengetahuan)-
mencintai ilmu/pengetahuan atau hikmah

 Pendekatan yg libatkan usaha utk temui apa itu


hakikat/kebenaran dan apa yg bernilai dlm
kehidupan diri dan dunia mereka di samping
hubungan mereka dgn dunia org lain.
 Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri
dan justifikasi penyelesaian dan bincang
keseluruhan proses tersebut.
 Socrates – “....ilmu pengetahuan yg
merangkumi kebenaran. Merangkumi metafizik,
logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan estetika”

 Plato - “…ilmu pengetahuan yg membolehkan


seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran
semula jadi”
 Al-Farabi - “…ilmu pengetahuan mengenai alam
maujud (fizikal)”

 Descartes - “…segala pengetahuan di mana


Tuhan,alam dan manusia menjadi fokus
pendidikan”.
 Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat
oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti
sistematik, radikal dan sejagat

 Sistematik: berfikir secara logik dan berurutan

 Radikal: berfikir sehingga ke akarnya dan


menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab

 Sejagat: berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu


sahaja dan merangkumi keseluruhannya
 Russell (1946) – sesuatu fahaman atau
pengertian antara teologi dengan sains

 Ed Miller – usaha untuk berfikir secara rasional


dan kritis terhadap perkara-perkara penting

 Sharifah Alawiah Alsagoff (1984) –


pertimbangan asas dan andaian mengenai
pertimbangan terhadap perkara penting.
Falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip reality,
ilmu dan nilai.
 Falsafah ialah pemikiran atau pandangan yang
benar, rasional dan bernas.

 Pemikiran dan pandangan ini dihasilkan


daripada usaha kajian ahli falsafah secara
saintifik, sistematik dan logikal.

 Tujuan falsafah adalah untuk mencari dan


membuktikan kebenaran dan memberikan arah
tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara
penting dalam kehidupan.
 Semua insan mempunyai falsafah sendiri
– pandangan terhadap dunia ini yang
menjadi asas kepada keputusan yang
dibuat setiap hari
◦ Menentukan hala tuju dalam hidup
◦ Pedoman
 Semua ilmu pengetahuan termasuk sains
dan teologi
 Jika diterapkan spekulasi dalam sains –
falsafah sains
 Jika ditaakulkan tentang teologi – falsafah
agama
 (politik, pendidikan dan lain-lain)
 Semua orang yang mempunyai otak dan akal
untuk berfikir
 Usaha untuk berfikir secara rasional dan
kritis terhadap perkara yang penting
 Ahli falsafah
◦ Membentuk ideanya dengan lebih lengkap,
berpandukan logik dan cara yang tekal
◦ Idea yang dibentuk kemudiannya
disebarkan
 Menilai kehidupan dan pengalaman
manusia dengan cara:
◦ menganalisis dan memberi interpretasi
◦ mencari rumusan yang boleh membawa
taksiran secara keseluruhan terhadap
ilmu dan kebenaran
PENGERTIAN PENDIDIKAN
 Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
pembentukan dan perkembangan ilmu,
kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia.
 Diertikan sebagai aktiviti persekolahan –
◦ aktiviti yang mempunyai objektif,
rancangan dan organisasi untuk
mendidik murid-murid supaya menjadi
insan yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia dan menguasai
kemahiran tertentu, demi berupaya
menyesuaikan diri dalam masyarakatnya
pada masa depan
 Froebel (1782-1852)
– pendidikan bertujuan
mencapai kehidupan yang
lurus, suci dan mulia
 John Stuart Mill (1806-1873)
– suatu proses yang memberi
bantuan untuk setiap individu
supaya hidup dengan penuh
kegembiraan
 Maria Montessori (1870-1952)
– proses membentuk dan
mengembangkan intelek,
jasmani, rohani dan sosial
kanak-kanak
 John Dewey (1859-1952)
– usaha mengatur ilmu
pengetahuan untuk
menambahkan lagi
pengetahuan semulajadi
yang ada padanya, supaya
dapat berhidup dengan lebih
berguna dan lebih selamat
lagi
 Confucius (551-479 BC)
 Pendidikan adalah satu proses
memupuk kesempurnaan tingkah laku
manusia yang boleh dicapai melalui
amalan-amalan seperti bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas,
menghormati orang tua, menyayangi
orang yang lebih muda serta taat dan
cinta kepada pemerintah dan negara.
 Rabindranath Tagore (1861- 1941)
 Pendidikan merupakan proses yang
bertujuan untuk melahirkan manusia
yang berfikiran sempurna dan
berupaya mencapai segala aspek
kehidupan termasuk fizikal, intelek,
moral dan rohani.
 Seorang yang berpendidikan bersedia
untuk berkhidmat kepada masyarakat
dan negara.
 Pendidikan sebagai proses persekolahan
formal.
 Pendidikan sebagai proses latihan.
 Pendidikan sebagai proses perkembangan
fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang
individu.
 Pendidikan sebagai proses indoktrinasi
dengan tujuan agar pelajar akan
mempercayakan apa yang disampaikan.
 Pendidikan sebagai proses yang
berterusan untuk kemajuan individu
seumur hidup.
 Pendidikan sebagai aktiviti yang
bersepadu untuk mencapai matlamat
seperti memperolehi kemahiran,
pengetahuan dan sikap dengan secara
integrasi.
 Pendidikan sebagai suatu disiplin, seni
dan sains.
KONSEP
FALSAFAH PENDIDIKAN
 Kajian berfalsafah tentang matlamat, proses,
tabii dan segala yang baik berkenaan
pendidikan.

 Sebagai contoh: ia mungkin kajian tentang apa


yang melibatkan pengajaran dan pendidikan,
nilai dan norma yang terlibat dalam pengajaran
dan pendidikan serta perhubungan antara teori
pendidikan dan praktiknya.
 Memainkan peranan sebagai arah tuju,
panduan dan bimbingan kepada sesebuah
Negara dalam membentuk perkembangan
pelajar secara menyeluruh yang meliputi
dimensi intrinsik dan dimensi
instrumental/sosial
 Mengubal sistem pendidikan yang mengambil
kira seluruh aspek yang berkaitan dengan
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan
Negara.

 Menganjakkan diri ke kedudukan


terkehadapan dengan mengungkapkan secara
jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari
dan membentuk sistem pendidikan daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti
 Pada abad ke 21 – perubahan dalam bidang
Sains dan Teknologi serta dilanda dengan
pelbagai jenis masalah sosial.

 Peranan sains dan teknologi dan cara


mengatasi masalah seperti peperangan dan
konflik, pemusuhan persekitaran,
ketidaksamaan sosial, ketidakadilan dsbnya.
 Perlu untuk menggubal satu falsafah dan
epistemologi baharu yang sesuai dengan
generasi anak muda kini.

 Di samping itu, menjadikan pendidikan sebagai


satu usaha untuk memupuk pemahaman
pengantarabangsaan serta menyemai perasaan
cintakan kemanusiaan dalam kalangan anak
muda kita.
 Pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan.
 Kajian tentang matlamat, proses dan
segala yang baik berkenaan pendidikan.
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) digubal daripada usaha berfikir
yang rasional dan kritis berlandaskan
daripada ideologi negara sebagaimana
yang telah dimanifestasikan dalam
Laporan dan Dasar Pendidikan,
termasuk Rukun Negara.
 FPK menjadi suluh yang memberi
pedoman dan inspirasi kepada segala
usaha pendidikan, sama ada di dalam
institusi pendidikan atau di luar institusi
pendidikan.
 Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
 Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
 SOALAN?
 ONTOLOGI – Metafizik
(Kewujudan/Hakikat)
 EPISTEMOLOGI - Teori mengenai ilmu
 AKSIOLOGI – perihal mengenai nilai –
etika (moral), estetika (kecantikan)
 LOGIK – teori mengenai cara pemikiran
yang betul dan boleh dipercayai – 2 jenis
a. pemikiran induktif
b. pemikiran deduktif
 Tumpuan kepada realiti atau kewujudan yang
muktahir, kebenaran dan ketuhanan
 Kajian tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa-apa yang wujud di dunia dan susun
aturnya
 Memberi perhatian utama kepada realiti atau
kewujudan manusia, alam semesta dan Tuhan

 Aliran falsafah menganalisis secara sistematik


dan logik tentang persoalan sifat semula jadi
alam semesta dan manusia.

 Mempersoalkan soalan-soalan asas spt:


 ‘Untuk apa manusia diwujudkan?’
 ‘Untuk apa alam diwujudkan’
 ‘Apakah sifat-sifat kebesaran Tuhan?’
 Mempersoalkan tentang alam, jiwa roh dan
kehidupan
 Apakah alam sejagat? Kehidupan? Kebebasan
manusia?
 Biasanya persoalan seperti ini tidak
menghasilkan jawapan yang dapat diterima
sebulat suara oleh semua pihak
 Jawapan-jawapannya dari segi metafizik
dipengaruhi oleh mazhab2 falsafah umum
masing-masing spt
◦ Idealisme
◦ Realisme
◦ Pragmatisme
◦ Eksistensialisme
 Tumpuan kepada pengetahuan dan
perihal mengetahui
 Berhubung rapat dengan kaedah
pendidikan & pembelajaran
 Persoalan-persoalan
◦ Apakah sumber pengetahuan?
◦ Sejauhmanakah sumber2 ini boleh
dipercayai?
◦ Apakah yang dapat diketahui oleh
seseorang?
◦ Apakah kebenaran?
 Jawapan kpd soalan ini dipengaruhi oleh
mazhab2 falsafah masing-masing
 Cara bagaimana hendak menjadikan
maklumat sbg ilmu bergantung kepada
seseorang.
 Maklumat adalah bermakna kpd
seseorang apabila digunakan dengan
tepatnya di dalam sesuatu situasi akan
membawa kebijaksanaan
Pemikiran
Authoriti mudah/common Intuisi
sense

Pengalaman
Taakulan
terkawal
 Authoriti – ilmu yang diperturunkan oleh pakar
dalam sesuatu bidang – pengetahuan yang luar
tentang subject-matter dengan mendalam –
kebenaran ilmu diturunkan tanpa diragui.

 Ilmu pemikiran mudah – ditemui dengan


memerhati fenomena dan perkara yang berlaku.
Misalnya - getah bersifat kenyal, pensel untuk
menulis, motosikal menggunakan petrol dsbnya.
Manakala kepercayaan karut-murut yg berlaku
secara coincidence – kebenarannya diragui.
 Intuisi – daya/kebolehan memahami – ilmu yang
diperolehi secara sedar apabila seseorang asyik
berusaha menyelesaikan sesuatu masalah.
Kadangkala ilmu ini datang daripada mimpi.
Terdapat banyak kes ilmu yang ditemui cara
begini.
 Taakulan- menggunakan akal rasional dan logik
berusaha mencari pertalian di antara idea dan
fenomena.
 Fahaman rasionalis - punca ilmu terdapat pada
akal yang rasional yang boleh membuktikan
kebenaran daripada kepalsuan – akal pelajar
perlu dimantapkan untuk mempunyai fakulti
taakulan yang tajam.
 Fahaman empirikal – ilmu tidak wujud pada
taakulan tetapi wujud pada pengalaman deria
(sensory experience) – ilmu begini ditemui
dalam kebanyakan mata pelajaran Matematik
dan Geografi.
 Pengalaman terkawal – melalui kajian
sainstifik.
 Ilmu daripada sumber ini jarang sekali diragui
kesahan dan ketepatannya – ilmu ini sering
diperbaharui/diperkukuhkan oleh penemuan
baharu
 Cabang falsafah yang menganalisis sifat,
punca dan kepentingan nilai-nilai
 Tumpuan kepada nilai
 Mempersoalkan tentang baik dan buruk,
benar dan salah, cantik dan hodoh
 Etika – tumpuan kepada kualiti moral dan
tingkah laku manusia yang betul
 Mengkaji kebaikan seseorang, masyarakat
dan kehidupan
 Estetika – menentukan kriteria bagi
kecantikan dalam kesenian, pengalaman
perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan
 Juga mempersoalkan sama ada nilai itu
◦ Objektif atau subjektif?
◦ Personal atau tidak personal?
◦ Nilai itu tetap atau berubah?
◦ Nilai mempunyai tatatingkat tertentu?
◦ Nilai tertinggi ialah nilai kerohanian?
1. Nilai instrumental – nilai-nilai mengenali
faedah, sering berubah dan kadang kala
bukan fakta

2. Nilai hakiki – mutakhir dan kekal


Nilai Instrumental Nilai Hakiki
1. Pendidik progresif – matlamat 1. Pendidikan bertujuan utk
sosial – nilai berubah mengikut membina potensi intelek dan
perubahan etika dan norma azam individu – membtk daya
masyarakat intelek dan motivasi
2. Mendidik pelajar untuk berfikir – 2. Mendidik pelajar bijak dan
membuat keputusan yang baik bermoral
dalam kehidupan 3. Kurikulum berfokus –
3. Kurikulum pembelajaran pembentukan pelajar yang bijak
menekankan pengayaan dan bertamadun – pelajaran
pengalaman melalui penyelesaian dalam bidang kemasyarakatan
masalah penting – sains, matematik dan
vokasional – kehidupan praktik –
teknologi dan pekerjaan
Nilai Instrumental Nilai Hakiki

4. PdP berfokus kepada penyelesaian 4. PdP – perlu sistematik dan


masalah. Guru berperanan – menuruti prinsip psikologi.
penasihat dan pemandu Pengalaman konkrit
5. Sekolah – unit masyarakat – dan guru mempunyai autoriti –
pembangunan sumber tenaga menetapkan turutan dan skop
manusia untuk kejayaan pembelajaran
masyarakat 5. Sekolah – ejen mewariskan ilmu
pengetahuan dan warisan nilai2
dan kepercayaan masyarakat.
Pendidikan – konservatif.
 Kaedah untuk berfalsafah
 Mengenai keperluan pemikiran yang betul
dan yang boleh dipercayai
 Logik mengkaji peraturan membuat
kesimpulan yang membolehkan kita
meletakkan cadangan dan hujah-hujah
perbincangan dengan cara yang betul
 Logik induktif – cara membuat
kesimpulan daripada pernyataan khusus
kepada pernyataan am atau generalisasi
 Logik deduktif – cara membuat
kesimpulan daripada pernyataan am
kepada pernyataan khusus
 Soalan?

Anda mungkin juga menyukai