Anda di halaman 1dari 8

Gaya Penulisan Sejarah

 naratif,
 deskriptif,
 ekposisi,
 analisa
 kritikan.
1
 Gaya penulisan Naratif terbahagi kepada dua bahagian
yang utama.

 1.  Naratif kronologikal
 Jenis ini bertujuan untuk menceritakan semula mengikut
aturan peristiwa yang telah berlaku secara kronologis.

 2. Naratif imaginatif
 Jenis ini bergantung kepada kebolehan penulis mengingati
kejadian-kejadian dan menceritakan semula secara logik.

 Thucydides, sejarawan dari Athen menulis karya Sejarah


Perang Peloponesia menggunakan gaya naratif dan
menggambarkan peristiwa-peristiwa  yang
berkaitan  dengan peperangan dan dialog-dialog tokoh-
tokoh penting mengenai sejarah persengketaan antara
Athens dan Sparta.

2
 Karya-karya sejarah tempatan yang ditulis dengan gaya naratif
seperti Sejarah Melayu, Hikayat  Hang  Tuah, Hikayat Johor  dan
banyak lagi. Wajar jika semuanya dianggap karya sejarah yang
berunsur kesusasteraan.

 Sejarah Melayu, tulisan Tun Seri Lanang yang bergaya naratif


persembahannya memuatkan   unsur-unsur imaginatif dongengan
dan metos. Misalnya, penamaan Samudera  (tempat) yang ditulis;

 ...maka dilihatnya seekor semut besarnya   seperti kucing...maka


tanah itu diperbuatnya akan tempatnya, maka dinamainya
Semudra, ertinya semut besar.

 Petikan ini menggambarkan penggunaan gaya naratif imaginatif


dalam penulisan sejarah.

3
 Gaya penulisan deskriptif

Gaya penulisan yang cuba menggambarkan peristiwa secara terperinci.
Ia sesuai bagi  menggambarkan  suasana tempat, orang atau  peristiwa.
Penerangan  penulis  harus memberi gambaran yang jelas dalam minda
pembaca.

  Misalnya, Khoo Kay Kim (1977) dalam karyanya The Western Malay


States, 1850-1873 menulis secara deskriptif tentang kewujudan
kerajaan-kerajaan negeri Melayu di Tanah Melayu;
 
 Pada amnya, negeri Melayu tradisional merupakan satu kelompok
petempatan yang terdapat di tebing-tebing sungai. Tiap-tiap negeri di
Semenanjung kecuali Negeri Sembilan, mendapat namanya daripada
sungai tempat bermulanya kerajaan itu didirikan.
 Penulisan deskriptif juga mengutamakan aturan  sumber yang diperoleh
secara topikal yang merujuk kepada suatu jangka masa yang
tetap.  Contohnya, Hasil karya Nabir Abdullah, Maahad  Il Ihya Assyariff
Gunung Semanggol, 1934-1959

4
 Gaya Penulisan Ekposisi atau pendedahan
 bermaksud buka, hurai, singkap, papar atau tunjuk.
Tujuannya   adalah untuk memindahkan idea
(memberitahu- menyatakan) tentang sesuatu peristiwa
secara jelas dari fikiran penulis kepada fikiran pembaca.
Gaya ini membongkarkan rahsia tentang mengapa,
bagaimana dan akibat berlakunya sesuatu peristiwa.

 Gaya ekposisi lebih sesuai daripada gaya naratif dan


deskriptif kerana melibatkan perkara-perkara yang abstrak
dan memerlukan kemahiran kognitif atau kebolehan
intelek penulisnya. Contohnya, Khoo Kay Kim dalam
bukunya The Western Malay States 1850-
1873 mendedahkan tentang penemuan bijih timah di Larut
oleh  Long Jaafar bukanlah pada tahun 1848 seperti  yang
lazim diketahui.

5
 Gaya Penulisan Analisis

 Memberi gambaran peristiwa secara kritis dan detail.


-    satu kajian yang holistik mengenai peristiwa. 
-    mengambil suatu masalah yang kompleks untuk diselidiki secara
terperinci setiap komponen dan perkaitan antara semua komponen
tersebut.

Penganalisaan dilakukan untuk memaparkan maklumat jurai


keturunan dan statistik data-data yang diperolehi.
Gaya ini biasa digunakan untuk penulisan sejarah   ekonomi, iaitu
menekankan penggunaan data-data. Misalnya, buku The Western
Malay States oleh Khoo Kay Kim menganalisa perkembangan
perlombongan di Larut;
With the development of mining in Larut the trade between
Penang and Perak reach...In 1861-1862...$291, 989...from….

 Dengan suatu analisa yang jitu akan dapat memberi a real


exposition and explanation of the phenomenon studied.

JANUARI 2014 6
Gaya Penulisan Kritikan
 Sebenarnya menjadi sub-set bagi gaya analisis.
 Menurut G.J.Garraghan (1946) bahawa,
 “bahawa sesuatu kritikan itu harus bersandarkan kepada
proses comparison (perbandingan)” 
 Kritikan bermakna mencari kesilapan pendapat yang lama dan baru
diajukan dalam penulisan sejarah. Harus dilihat secara menyeluruh
apabila hendak mengkritik. 

Gaya kritikan berguna untuk menjelaskan atau membetulkan fakta-


fakta sejarah yang bias atau menyeleweng persepsi pembaca. Alasan-
alasan yang diajukan dalam penulisan gaya kritikan, harus disokong
dengan petikan-petikan (quatation) daripada sumber rujukan. 
 Hakikatnya, terpulang kepada penulis untuk memilih gaya yang
tersendiri, mungkin pada  holistiknya seseorang memilih
kerangka  besarnya gaya penganalisaan tetapi di dalamnya boleh
menggunakan gaya lain yang sesuai untuk perbincangannya. 
 Bagi penulisan sejarah kini, gaya penganalisaan dianggap suatu
penulisan yang mantap dalam menghasilkan karya sejarah yang
bermutu.
JANUARI 2014 7
 Sekian, terima kasih

JANUARI 2014 8

Anda mungkin juga menyukai