Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENGENALAN

Sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang sangat penting dan
juga tidak asing pada masa ini. Walaupun kepentingan subjek sejarah sering
dipertikaikan, namun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan sejarah
sebagai satu bidang ilmu yang setanding dengan dengan bidang-bidang ilmu
yang lain. Bidang ilmu sejarah adalah satu disiplin ilmu yang sistematik dan
teratur. Sejarah juga adalah satu disiplin ilmiah yang menghimpunkan
pengetahuan masa lalu sesuatu masyarakat berdasarkan urutan masa atau
kronologi serta menggambarkan perubahan yang berlaku serta ingatan-ingatan
pada masa lalu.1

Penakrifan tentang sejarah sangat penting bagi membolehkan para


pengkaji memahami secara mendalam tentang pengertian sejarah. Istilah
sejarah diambil dari perkataan bahasa Arab yang membawa kepada pelbagai
maksud atau makna seperti pohon, keturunan, asal- usul, salasilah, peristiwa
yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, abad dan
tarikh atau tawarikh.2 Tanpa memahami secara mendalam tentang pengertian
sejarah maka sukar bagi seseorang itu menjalankan penulisan sejarah yang
berkualiti.

Penulisan sejarah mempunyai istilahnya yang tersendiri iaitu


pensejarahan atau persejarahan di dalam bahasa Melayu. Manakala di dalam
bahasa Inggeris pula penulisan sejarah diistilahkan sebagai historiography. 3
Penulisan sejarah atau historiography ini terbentuk daripada gabungan
perkataan Yunani iaitu “historian” dan “grafien”. Penulisan sejarah merupakan
suatu proses dengan tahap-tahap dan aturannya yang tertentu yang lazimnya
diikuti oleh sejarawan dalam usahanya membuat penulisan sejarah.

Berdasarkan petikan soalan, sejarawan turut mengatakan untuk tidak


menggambarkan kehidupan atau peristiwa manusia setiap hari. Kalau ianya
berlaku, maka wujudlah unsur-unsur pemilihan di dalam penulisan sejarah. Hal

1 Ismail Yusoff, Pengenalan Sains Sosial, Kedah: Universiti Utara Malaysia Press, 2014, hlm 22-23.

2 Ibid. , hlm 22.

3 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2000, hlm 223.

1
ini kerana tidak semua perkara yang membuatkan sejarawan ambil perhatian.
Ianya juga harus tahu untuk membezakan atau mengasingkan perkara yang
penting atau perkara yang remeh-temeh. Pada satu sudut pandangan akan
timbul suatu persoalan mengenai sesuatu piawaian atau ukuran mengenai
perkara yang penting dan juga perkara yang remeh. Sama ada fakta tersebut
memiliki atau dipengaruhi oleh sejarawan itu sendiri atau menunjukkan bahawa
terdapat ciri-ciri yang berkaitan dengan minat atau jangkaan sejarawan.
Walaupun penulisan sejarah mempunyai tahap-tahap aturan yang tertentu dan
diikuti oleh sejarawan. Tetap juga ada masalah yang wujud di dalam penulisan
sejarah. Masalah-masalah yang wujud ini menyukarkan para sejarawan untuk
menulis sejarah berdasarkan fakta yang ada. Walaupun fakta yang ada itu tepat
dan benar, masih juga wujud permasalahan berkaitan kebenaran penulisan
sejarah.

2.0 PERMASALAHAN YANG WUJUD DI DALAM KEBENARAN PENULISAN


SEJARAH

2.1 Minat

Permasalahan pertama yang wujud di dalam kebenaran penulisan sejarah


ialah disebabkan minat. Minat adalah disebabkan kecenderungan atau
keinginan kepada sesuatu, berminat menaruh keinginan, cenderung, gemar,
berminat terhadap sesuatu atau menggemari sesuatu. Kenapa kebenaran
penulisan sejarah ini dikaitkan dengan minat? Hal ini kerana minat ini wujud
apabila seseorang sejarawan itu cenderung atau mempunyai kecenderungan
terhadap sesuatu bidang. Sejarawan yang mempunyai minat terhadap
sesuatu bidang akan cuba mengkaji bidang-bidang dengan penuh tekun,
kritis serta berhati-hati supaya hasilnya bertepatan dengan prinsip asas
pengkajian iaitu mencuba untuk menggambarkan sesuatu yang benar. Minat
ini juga berkait dengan sikap sejarawan itu sendiri. Sama ada sejarawan itu
menulis berdasarkan fakta atau ruang lingkup sesuatu sejarah atau menulis
sejarah hanya berdasarkan atas tiket minat semata-mata. Ruang lingkup
sejarah ini adalah berkaitan dengan kajian terhadap tindakan sosial manusia
yang dilakukan oleh individu atau kelompok-kelompok tertentu di dalam

2
sesebuah negara.4 Penulisan sejarah seseorang sejarawan yang melibatkan
minat semata-mata akan mencerminkan keperibadian sejarawan itu sendiri.
Ini akan menunjukkan sama ada seseorang sejarawan itu menulis sejarah
atau membuat pensejarahan berdasarkan minat semata-semata atau
berdasarkan fakta yang tepat dan benar. Walaupun seseorang sejarawan itu
menulis sejarah berdasarkan minat semata-mata maka seseorang sejarawan
itu akan menjalankan penyelidikan dengan lebih serius atau dengan lebih
mendalam.

Herodotus yang dikenali sebagai Bapa Sejarah telah mengemukakan


pendapatnya mengenai menulis sejarah atau membuat pensejarahan
berdasarkan minat. Motif penulisan Herodotus adalah berdasarkan minat
terhadap sesuatu peristiwa yang hendak dikaji. Herodotus telah
mengusahakan pensejarahan itu secara bersendirian. Baginya pensejarahan
itu adalah suatu yang timbul dari minat membuat penyelidikan dan penulisan
agar generasi akan datang tidak akan melupakannya. 5 Herodotus telah
mengembara untuk mencari dan mendapatkan sumber-sumbernya.
Herodotus telah mengembara ke negara-negara luar yang terlibat di dalam
perperangan untuk mencari lebih banyak sumber, bukti dan fakta untuk
mengukuhkan penyelidikan yang dibuat olehnya. Di sini kita dapat lihat
bahawa jika seseorang itu mempunyai minat terhadap sesuatu bidang yang
hendak dikaji maka dia akan bersungguh-sungguh untuk menyelidikinya.
Menurut Muhd Yusof Ibrahim (2000), melalui bidang kajiannya itulah
seseorang sejarawan itu lazimnya dikenali tentang keahliannya sama ada
oleh masyarakat pembaca tempatan ataupun antarabangsa. Keadaannya
samalah seperti dalam bidang ekonomi luar bandar, ahli geografi keikliman,
ahli sains biokimia, ahli sosiologi perindustrian dan sebagainya. 6 Melalui
pandangan Muhd Yusof Ibrahim, dapat kita rumuskan bahawa seseorang itu
mempunyai minat terhadap sesuatu bidang. Sebagai contoh, untuk menjadi
seorang ahli ekonomi seserang tersebut perlu mempunyai minat yang

4 P. Sivarajan PhD & S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
2012, hlm 10.

5 Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2002, hlm 51.

6 Muhd. Yusof Ibrahim, Op.cit, hlm 117.

3
mendalam terhadap bidang yang dipilih. Begitu juga hendak menjadi
seorang sejarawan. Seseorang sejarawan itu hendaklah mempunyai minat
dan kesungguhan dalam membuat pensejarahan. Tetapi sekiranya sejarawan
itu membuat pensejarahan atas tiket minat dan menolak fakta yang tepat
dan benar akan mencacatkan pensejarahan yang telah ditulis oleh sejarawan
itu sendiri. Sekiranya sejarawan memilih tema-tema tertentu untuk membuat
pensejarahan maka sejarawan tersebut hendaklah tidak bersikap subjektif.
Subjektif merupakan kata dasar yang dipetik daripada perkataan subjektiviti.
Menurut Kamus Dewan, subjektif ialah sesuatu yang terbit daripada atau
berasaskan pandangan orang lain atau pihak yang melihat atau menilai. 7
Wujudnya sifat subjektif di dalam diri sejarawan adalah disebabkan oleh
minat itu sendiri. Sejarawan terpengaruh dengan faktor naluri atau
kecenderungan semula jadi manusia itu sendiri yang suka memilih sesuatu
yang dianggap tidak penting atau tidak berguna. Menurut falsafah dari
Jerman iaitu G. Litchenberg, manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak
memihak seseorang itu tidak termasuk dalam golongan tidak memihak
8
merupakan satu pilihan.

Buku atau karya yang kita boleh kaitkan dengan minat ialah buku
Sulalatus Salatin yang ditulis semula oleh Tun Seri Lanang. Tun Seri Lanang
telah memperbaiki semula ‘Hikayat Melayu’ yang dibawa dari Goa dan
seterusnya menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan untuk memenuhi
perintah Sultan Abdullah Ma’ayah Syah serta menyukakan hati baginda
untuk teladan serta iktibar bagi keturunan akan datang. 9 Salah satu peristiwa
yang boleh kita kaitkan dengan minat ialah apabila Seri Tari Buana menaiki
sebuah kapal yang penuh dengan muatan yang dalam perjalanan ke Temasik
telah dilanda satu ribut yang kuat apabila berada di tengah-tengah laut yang
menyebabkan kapal tersebut hampir tenggelam. Maka, Seri Tari Buana telah
menitahkan semua anak-anak kapal membuang segala muatan yang ada di

7 Hajah Noraesah bt Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007, hlm 1308

8 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang:
Pusat Pengajian Luar Kampus,1994, hlm 107.

9 Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Hj. Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan, Ketokohan dan
Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm 31.

4
dalam kapal tersebut. Tetapi kapal terebut tetap juga hampir-hampir
tenggelam. Maka, penghulu meminta Seri Tari Buana membuang mahkota
yang dipakainya dan menyebabkan kapal tersebut menjadi stabil dan
selamat sampai di Temasik.10 Peristiwa adalah peristiwa yang ditulis
berdasarkan minat kerana penulis memasukkan unsur-unsur dongengan di
dalam penceritaannya. Wujudnya unsur mitos dan dongeng di dalam
penulisan sejarah menyebabkan berlakunya pemesongan fakta.

2.2 Isu-isu terpilih

Dalam menulis sejarah atau membuat pensejarahan, seseorang sejarawan


itu harus mengambil berat atau mengambil tahu mengenai sesetengah isu
yang tidak boleh dipaparkan, ditulis semula atau diketahui oleh umum. Tidak
semua isu-isu yang boleh dipaparkan atau diceritakan kepada umum.
Berkemungkinan isu-isu yang tersembunyi ini tidak boleh diperjelaskan
secara lebih terperinci. Hal ini kerana mungkin sesetengah isu itu sangat
sensitif untuk diceritakan, dipaparkan atau ditulis dan terdapat juga isu-isu
yang melibatkan rahsia kerajaan. Isu-isu seperti ini yang wujud hendaklah
disimpan daripada pengetahuan umum untuk mengetahui sesuatu peristiwa
yang berlaku secara lebih jelas. Hal ini adalah kerana ingin mengelakkan
salah faham wujud antara rakyat dengan rakyat atau antara rakyat dengan
kerajaan atau pihak yang tertinggi di dalam negara. Sejarawan hendaklah
mengambil langkah untuk tidak menceritakan atau menulis sesuatu sejarah
bagi mengelakkan perbalahan. Seseorang sejarawan juga harus mengelak
dari menggunakan isu-isu terpilih ini untuk menonjolkan kegunaan sejarah.
Seperti yang kita tahu, sejarah adalah sesuatu yang harus diceritakan
kepada umum dan fakta-fakta sejarah ini diperoleh melalui peristiwa yang
berlaku pada masa lalu sama ada peristiwa tersebut berlaku di dalam negara
kita iaitu Malaysia atau berlaku di negara-negara luar. Tapi apa yang perlu
kita tekankan, isu-isu sensitif ini harus elak daripada diceritakan secara
umum kerana sesetengah peristiwa yang berlaku ini berlaku di dalam negara
kita yang tercinta.

Menurut E.H. Carr, suatu kepercayaan bahawa segala yang berlaku itu
mempunyai sebab atau kumpulan sebab dan tidak boleh berlaku sebaliknya,

10 Muhammad Haji Salleh, Sulalat al-Salatin ya’ ni Perturun Segala Raja-Raja: Sejarah Melayu,
Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2009, hlm 28.

5
kecualilah sebab ataupun kumpulan sebab itu berbeza. 11 E.H. Carr
menekankan bahawa segala yang berlaku itu mempunyai sebabnya yang
tersendiri. Oleh itu, isu-isu terpilih yang dirahsiakan juga merupakan antara
isu-isu yang mempunyai sebab untuk tidak diceritakan secara meluas
kepada umum. Berkemungkinan isu-isu yang tidak dicerita itu mempunyai
sebab dan rahsia yang tersembunyi dan juga berkemungkinan untuk
mengelakkan kesalahfahaman berlaku di dalam negara yang mampu
memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah lama dipelihara di dalam
negara kita.

Antara peristiwa-peristiwa yang kita boleh kaitkan dengan isu-isu terpilih


ialah Tragedi 13 Mei 1969. Seperti yang diketahui oleh umum, peristiwa atau
tragedi 13 Mei 1969 ini berlaku di antara kaum Melayu dan kaum Cina.
Tragedi 13 Mei 1969 ini hampir meruntuhkan atau menggugatkan keutuhan
negara kita iaitu Malaysia. Kejadian ini berlaku ekoran daripada pilihanraya
kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana emosi dan
sentimen perkauman dimainkan atau telah disuarakan secara lantang dan
berani.12 Terdapat juga pihak-pihak yang mengambil kesempatan ke atas
perkara yang berlaku untuk tujuan-tujuan politik mereka. Akibat daripada
berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah
terkorban dan harta benda yang musnah. Tragedi yang telah berlaku ini telah
menyebabkan berlakunya banyak perubahan kepada corak dan falsafah
sosiopolitik dan juga ekonomi negara serta menyedarkan semua pihak
bertapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi merupakan masalah kepada
asas kemasyarakatan Malaysia.13 Tragedi atau peristiwa yang telah berlaku
ini telah menyebabkan Arkib Negara sukar untuk mengeluarkan atau
menggembar-gemburkan isu ini kepada pengetahuan umum. Walaupun
rakyat telah sedia tahu mengenai Tragedi 13 Mei 1969 ini, rakyat tidak
mengetahui sebab-musabab yang lebih terperinci berlakunya kejadian yang
seperti ini. Arkib Negara juga hendak mengelakkan daripada berlakunya

11 E.H. Carr, Apakah Sejarah? Terjemahan oleh Ab. Rahman Hj. Ismail, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm 93.

12 Kwa Kia Soong, 13 Mei: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia,
Selangor: Suaram Komunikasi, 2008, hlm 48-49.

13 Arkib Negara Malaysia, 1981, Hari Ini Dalam Sejarah: Tragedi 13 Mei 1969, Jilid 2, hlm 165.

6
salah faham, bertikam mulut atau perbalahan di antara kaum-kaum yang
terlibat semasa Tragedi 13 Mei 1969 ini. Untuk menjaga keharmonian
negara, Arkib Negara juga menyukarkan para sejarawan atau penyelidik
untuk mengakses keluar isu atau dokumen ini dari arkib. Para sejarawan dan
penyelidik juga hendaklah berhati-hati apabila menulis mengenai Tragedi 13
Mei 1969 yang mengandungi isu-isu sensitif yang menyentuh mengenai
kaum-kaum yang ada di Malaysia untuk melindungi ketenteraman negara.

Selain daripada Tragedi 13 Mei 1969, isu terpilih yang lain ialah
pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. 14 Pada mulanya,
Singapura telah masuk Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963
untuk membebaskan negara Singapura daripada belenggu penjajahan
Inggeris dan menjadikan Singapura sebuah negeri yang berdaulat dalam
Persekutuan Malaysia. Berdasarkan persetujuan yang dibuat dengan Tunku
Abdul Rahman yang juga merupakan perdana menteri Malaysia yang
pertama pada ketika itu telah bersetuju dan mengisytiharkan bahawa negeri
Singapura akan terus wujud dan tetap merdeka tetapi terasing daripada
Persekutuan Tanah Melayu. Pemisahan antara kedua-dua negara iaitu
Singapura dan Malaysia merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik
kerana akan dapat menjaga dan memelihara perpaduan kaum, kestabilan
ekonomi dan menghindarkan konflik politik antara Malaysia dan Singapura
iaitu antara Parti Perikatan dan Parti Tindakan Rakyat. 15 Tunku Abdul Rahman
telah menyatakan pemisahan Singapura dari Malaysia adalah disebabkan
sikap sesetengah pemimpin-pemimpin politik Singapura yang
memperjuangkan konsep “Malaysian Malaysia” iaitu dengan menafikan
kewujudan institusi kesultanan Melayu, menentang hak-hak istimewa orang
Melayu dan bumiputera dan tiada persefahaman pendapat dalam
meningkatkan dan memajukan dasar-dasar perdagangan dan pembahagian
cukai serta perindustrian.16

14 Berita Harian, 10 Ogos 1965, Pemisahan Singapura Dari Malaysia, hlm 1.

15 Arkib Negara Malaysia, 1983, Hari Ini Dalam Sejarah: Pemisahan Singapura Dari Malaysia, Jilid
3, hlm 137.

16 Ibid. , hlm 137

7
Kedua-dua isu yang telah dinyatakan ini menjadi antara isu-isu terpilih
yang melibatkan rahsia kerajaan dan juga negara. Sejarawan harus
mengelak daripada membuat pensejarahan yang mampu merencatkan
perpaduan antara kaum yang telah dibentuk dan dipupuk setelah berlakunya
Tragedi 13 Mei 1965 dan juga memburukkan ketenteraman sedia ada serta
hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Malaysia dan Singapura
semenjak pemisahan tersebut pada tahun 1965. Tugas ahli sejarah bukanlah
sama ada untuk mencintai masa lampau atau membebaskan dirinya
daripada masa lampau. Tetapi untuk menguasai dan memahaminya sebagai
anak kunci kepada memahami masa kini.17

2.3 Sejarawan

Secara umumnya, sejarawan itu dikenali sebagai ahli sejarah. Terdapat


beberapa persoalan yang wujud mengenai sejarawan. Antaranya ialah siapa
itu sejarawan, bagaimana seseorang itu boleh menjadi sejarawan, adakah
dengan memiliki segulung ijazah dalam bidang sejarah melayakkan
seseorang itu menjadi sejarawan. Persoalan-persoalan sebegini sering
berlegar-legar di dalam fikiran. Tetapi, untuk menjadi seorang sejarawan itu
tidak semestinya seorang pelajar sejarah yang mengambil bidang sejarah
sahaja yang boleh menjadi sejarawan. Menjadi seorang sejarawan juga ialah
seorang yang menampakkan minatnya dalam membaca, menyelidik serta
menulis dan sebagainya dan juga kemudiannya menerbitkan usaha-
usahanya dalam bentuk penerbitan yang bermutu dari sudut sejarah. 18
Sejarawan menjadi salah satu masalah dalam berkaitan menulis kebenaran
sejarah kerana sejarawan tidak dapat lari dari melakukan pengadilan moral
di dalam pensejarahannya. Pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan
hukuman atau mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa
sejarah kepada seseorang pelaku dalam sejarah. 19 Sejarawan melakukan
pengadilan moral di dalam pensejarahannya kerana sejarawan menceritakan
peristiwa, perkara atau fakta yang sebenar tetapi menghukum tindakan

17 E.H. Carr, Op.cit , hlm 22-23

18 Muhd Yusoff Ibrahim, Op.cit, hlm 113.

19 P. Sivarajan Phd & S. Malar Arasi, Op.cit, hlm 115. Lihat juga definisi yang sama oleh Qasim
Ahmad di dalam bukunya, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1991, hlm 36

8
pelaku dalam peristiwa sejarah ataupun memberi penilaian terhadap
peristiwa sejarah tersebut. Sejarawan menggunakan bahasa-bahasa tertentu
untuk memberi penilaian yang baik atau buruk terhadap sesuatu peristiwa.

Menurut E.H. Carr, sejarawan adalah seorang insan. Seperti insan-insan


yang lain, dia juga gejala masyarakat dan merupakan hasil serta jurucakap
sama ada secara sedar ataupun tidak, bagi masyarakatnya: dalam keadaan
inilah ia mendekati fakta-fakta masa yang lalu yang bersejarah. 20
Berdasarkan pandangan E.H. Carr tersebut, perkara yang kita dapat
simpulkan mengenai seorang sejarawan yang juga merupakan seorang insan
ialah seorang mempunyai perasaan yang juga kadang-kadangnya perasaan
itu mempengaruhi sejarawan itu sendiri. Seorang sejarawan itu tidak dapat
mengelakkan diri daripada memiliki perasaan seperti benci, marah, suka,
bersifat dengki, memfitnah dan juga menghasut kerana itu adalah sifat
semula jadi yang ada pada seseorang manusia.

Peristiwa yang kita boleh kaitkan dengan sejarawan yang melakukan


pengadilan moral ialah kes pembunuhan J.W.W. Birch residen British yang
pertama di Tanah Melayu. J.W.W. Birch yang dilantik pada Januari 1874 telah
mengubah landskap politik dan pemerintahan di Perak pada ketika itu. J.W.W.
Birch adalah seorang residen Inggeris yang angkuh dengan kedudukan yang
dimilikinya sehingga timbul satu misi sulit untuk membunuh beliau. Ugutan
demi ugutan dan paksaan demi paksaan yang diterima oleh baginda Sultan
Abdullah menyebabkan baginda mengarahkan Dato’ Maharaja Lela untuk
membunuh residen Inggeris yang angkuh itu. Maka, J.W.W. Birch telah
dibunuh kejam pada 2 November 1875 dengan merejam beliau dengan
lembing dan menetak kepalanya semasa lawatan beliau ke Pasir Salak. 21
Dato’ Maharaja Lela telah dianggap sebagai seorang negarawan oleh
sejarawan tempatan kerana bertindak untuk menghapuskan kuasa penjajah
yang mencampuri urusan pentadbiran negeri Perak. Dato’ Maharaja Lela
telah dilabelkan sebagai pejuang kebangsaan walaupun terlibat dalam
kegiatan pembunuhan kerana bertindak ke atas penjajah British yang
mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Walaupun pembunuhan itu salah

20 E.H. Carr, Op.cit, hlm 35.

21 Abdullah Zakaria B. Ghazali, 1979-1985, Pembunuhan J.W.W. Birch: Suatu Kajian Tentang
Pembunuhannya, Selangor:Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bil. 9, hlm 59.

9
sama sekali di sisi agama tetapi apabila wujudnya pengadilan moral di dalam
pensejarahan maka ianya telah dibolehkan atas alasan untuk
mempertahankan negara.

2.4 Sumber

Sejarawan tidak mampu untuk menghasilkan penulisan sejarah tanpa


sumber.22 Sumber ialah sekumpulan bahan-bahan hasil daripada kejadian
lampau yang tersimpan di arkib, muzium, perpustakaan mahupun orang
perseorangan.23 Sumber terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sumber
primer yang merupakan bahan asli dan belum ditafsirkan yang berbentuk
rekod-rekod kerajaan mahupun surat menyurat. Sumber sekunder pula ialah
bahan-bahan yang telah dinilai melalui sumber primer manakala sumber
lisan diperoleh melalui temu ramah bersama responden yang telah
mengalami kejadian sejarah tersebut mahupun mendengarnya melalui orang
yang mengalami peristiwa tersebut. Terdapat juga sumber arkeologi yang
berbentuk peninggalan lama oleh masyarakat terdahulu.

Dalam menghasilkan suatu penulisan sejarah, sejarawan amat


bergantung kepada sumber bagi memperkukuh kebenaran penulisannya. 24
Permasalahan akan timbul dalam suatu penulisan sejarah itu sekiranya
sejarawan tidak merujuk kepada sumber yang sahih. Hal ini kerana
kenyataan yang dijelaskan secara tidak konkrit di dalam penulisan sejarawan
itu boleh dipertikaikan oleh ahli sejarawan lain.

Antara pertikaian penulisan sejarah yang dapat dilihat adalah mengenai


kewujudan Hang Tuah yang diperkatakan di dalam Hikayat Melayu dan
Sulalatus Salatin. Prof. Emeritus Dr. Ahmad Adam telah menafikan kewujudan
Laksaman Hang Tuah dan menganggap Hang Tuah sebagai ‘watak fiksyen’ di
dalam mitos klasik Hikayat Hang Tuah. 25 Namun dalam suatu persepakatan

22 Muhd Yusof Ibrahim, Op.cit, hlm 154.

23 P. Sivarajan Phd, S. Malar Arasi, Op.cit, hlm 35.

24 Muhd Yusof Ibrahim, Op.cit. hlm 154.

25 Ramlee Wahab, (2017, 22 Januari), Salasilah Hang Tuah Usah Disanggah, Mingguan Malaysia,
hlm 34.

10
yang lain, ahli sejarawan berpendapat bahawa manusia pemberani bergelar
Hang Tuah memang wujud melalui sumber primer yang turut disokong
dengan data sekunder.26

Justeru itu, dalam menghasilkan penulisan sejarah, ahli sejarawan perlu


menggunakan pelbagai sumber dan sumber-sumber sedia ada sebaik
mungkin dalam penulisan mereka. Pemilihan sumber juga haruslah tepat
dimana sumber yang dirasakan mempunyai fakta yang tepat perlu dipilih.
Namun begitu, sumber-sumber yang dikatakan tidak sesuai tidak boleh
ditinggalkan begitu sahaja kerana kemungkinan terdapat kaitan dengan tajuk
yang dikaji.27 Hal ini dapat melahirkan sebuah penulisan yang tidak dapat
diragui kesahihannya.

2.5 Kritikan Sumber

Kritikan sumber didefinisikan sebagai satu proses kritikan sebagai bukti


untuk ahli-ahli sejarah menghasilkan penyelidikan sejarah yang mempunyai
kesahihan fakta-fakta sejarah. Kritikan sumber dijalankan tidak bertujuan
untuk menunjukkan kesalahan fakta sesuatu sumber tersebut tetapi untuk
membuktikan kesahihan sama ada sumber tersebut boleh digunakan atau
tidak. Kritikan sumber boleh dibahagikan kepada dua iaitu kritikan luaran dan
kritikan dalaman.

2.5.1 Kritikan Luaran

Kritikan luaran merupakan usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah


untuk mengesahkan sesuatu sumber. 28 Kritikan luaran merupakan

26 Ibid.

27 Muhd Yusof Ibrahim, Op.cit, hlm 181.

28 P. Sivarajan Phd & S. Malar Arasi, Op.cit, hlm 61.

11
penilaian terhadap siapakah penulis sumber, usia bahan yang
digunakan, tulisan dan di mana ia dihasilkan.

Selain kitab-kitab Taurat dan lnjil , atau Perjanjian Lama


dan Perjanjian Baru, keraguan tentang keaslian juga banyak
ditimbulkan terhadap karya-karya agama Kristian yang lain.
Misalnya, walaupun buku The Imitation of Christ dinisbahkan
kepada Thomas A Kempis sebagai pengarangnya, namun
kedudukannya yang sebenar sampai kini masih
menimbulkan kontrovesi. Sedangkan Thomas Chatterton
(1752-1770) pula pernah menulis puisi-puisinya sendiri,
tetapi didakwanya sebagai karya Thomas Rowley, seorang
padri yang hidup pada abad ke-15. Skeat dalam kajiannya
tentang Chatterton pada tahun 1871 berjaya mendedahkan
kepalsuan dakwaan ini.29

Masalah seperti keraguan terhadap penulis yang menghasilkan The


Imitation of Christ inilah yang memerlukan suatu kritikan luaran bagi
mengenal pasti siapakah penulis sebenarnya. Empat ujian utama
dijalankan dalam mengenal pasti ketulenan bahan. Antaranya adalah
ujian kimia yang dijalankan oleh ahli kimia bagi menetukan keadaan
kertas, dakwat dan cop yang terdapat pada dokumen. Hal ini kerana
perkara tersebut tidak akan sama bagi setiap zaman.

Selain itu, ujian bahasa turut dijalankan kerana gaya bahasa dari
sudut ejaan, struktur ayat, istilah dan tanda baca adalah berbeza
mengikut zaman.30 Contoh yang nyata seperti bahasa Melayu dahulu
yang banyak menggunakan kata seperti hatta, arakian yang berbeza
dengan bahasa Melayu kini. Ujian tulisan tangan juga dijalankan bagi
menetukan kesahihan sumber. Garraghan berpendapat bahawa setiap
tulisan tangan mempunyai karakter yang tersendiri. Hal ini menunjukkan
bahawa setiap manusia mempunyai teknik tulisan yang tersendiri.
Kaedah terakhir ialah ujian bahan. Bahan-bahan yang digunakan dalam

29 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1994, hlm 77.

30 P. Sivarajan Phd & S. Malar Arasi, Op.cit. hlm 63.

12
penulisan seperti dakwat, kertas dan cop akan dinilai. Masyarakat dahulu
menggunakan batu sebagai tempat mencatat. Namun, sepadan dengan
peredaran waktu, terdapat perubahan bahan yang digunakan untuk
mencatat seperti kulit binatang. Kertas ditemukan di China pada tahun
101 Masihi maka jika terdapat catatan di atas kertas yang bertarikh
sebelum tahun 101 Masihi adalah palsu. Justeru itu, ahli sejarawan
perlulah berhati-hati dalam pemilihan sumber.

2.5.2 Kritikan Dalaman

Kritikan dalaman merupakan proses mentafsir isi kandungan sumber. Ahli


sejarawan perlu mendalami peristiwa-peristiwa yang terkandung di
dalam sumber tersebut bagi mendapatkan kesahihan.

Raja Ali Haji ialah seorang ulamak, budayawan, sejarawan


dan juga pujangga. Karya beliau yang termahsyur ialah
Tuhfat Al-Nafis yang mengisahkan pelbagai sejarah iaitu dari
zaman raja melayu yang asal bernama Seri Teri Buana dari
Bukit Siguntang, kemudian membuka kerajaan di
Temasik(Singapura) sehinggalah ke zaman pemerintahan
Temenggung Abu Bakar yang menjadi Sultan Johor. Dalam
karyanya, beliau turut memuatkan tentang penerapan nilai-
nilai Islam dalam pemerintahan seperti memerintahkan
supaya kaum wanita memakai tudung, melarang rakyat
berjudi dan menyabung, melarang rakyat melakukan
perkara yang mendekati zina, seperti menyanyi, beranjut,
dan berpantun.31

Melalui Tuhfat Al-Nafis, sejarawan haruslah jelas pada zaman


pemerintahan siapakah penerapan nilai-nilai Islam diamalkan. Hal ini
boleh membuktikan kesahihan sama ada Tuhfat Al-Nafis tersebut adalah
benar atau palsu. Sekiranya ahli sejarawan menggunakan sumber lisan,
ahli sejarawan perlu memastikan zaman hidup saksi dan latar belakang
saksi.32

31 Arba’iyah Mohd Noor, Op.cit, hlm 61.

32 P. Sivarajan Phd & S. Malar Arasi, Op.cit, hlm 65.

13
Kritikan dalaman melibatkan proses tafsiran seperti tafsiran verbal
dimana sejarawan perlu menguasai bahasa sumber yang ingin
diterjemahkan. Contohnya, dalam tamadun Mesir Purba yang
menggunakan tulisan heroglif. Ahli sejarawan perlu menguasai bahasa
tersebut bagi menafsir kisah disebalik catatan tersebut. Tafsiran teknikal
pula diperlukan bagi mengetahui tujuan penyelidikan dijalankan. Selain
itu, tafsiran logik dimana ahli sejarawan perlu mencantumkan fakta-fakta
mengikut kronologi. Di sini, ahli sejarawan perlu berhati-hati kerana
tindakan mereka akan membawa kepada kebenaran sejarah. Tafsiran
psikologikal pula adalah untuk mengkaji pemikiran penulis sumber. Akhir
sekali ialah tafsiran fakta dimana fakta yang ditafsir itu akan menyokong
penulisan sejarah ahli sejarawan.

14
3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, menghasilkan sesebuah penulisan sejarah bukan suatu kerja yang


boleh dipandang ringan. Hal ini kerana penulisan sejarah akan menjadi rujukan
semua dan rakaman buat generasi akan datang. Walaupun begitu, ahli
sejarawan mempunyai had terhadap sumber sejarah yang ingin dikaji. Ahli
sejarawan dan para pengkaji perlu menulis sejarah atau membuat pensejarahan
yang betul dan tepat berdasarkan bukti-bukti yang sahih serta benar. Kebenaran
sejarah terlalu sukar untuk diungkap.

Namun begitu, ahli sejarah perlulah mentafsir dan menyusun sejarah yang
boleh diterima kelogikannya. Sumber yang digunakan mestilah dipastikan
kesahihannya dan kritikan-kritikan terhadap sumber adalah perlu bagi
memastikan ketulenan bahan. Selain itu, ahli sejarawan itu sendiri perlu bersikap
adil dan telus dalam penghasilan penulisan mereka.

Hal ini akan dapat membantu para sejarawan dan pengkaji meningkat
mutu atau kualiti penulisan sejarah. Sejarawan juga bukan hanya menulis
sejarah berdasarkan cerita atau rekaan semata-mata. Sekiranya ini berlaku,
pembuktian tidak dapat dilakukan kerana sejarah yang ditulis telah ditokok
tambah dan diragui kesahihannya. Oleh itu, sejarah yang ditulis hendaklah
dipelihara untuk dijadikan rujukan semula.

15
4.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Siri Pendidikan Jarak Jauh: Pengantar Ilmu
Sejarah. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus.

Arba’iyah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Zakaria B. Ghazali. (1979). Pembunuhan J.W.W. Birch: Suatu Kajian


Tentang Pembunuhannya. Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bil. 9: hlm 59.

E.H. Carr. (1988). Apakah Sejarah? (Diterjemahkan oleh Ab. Rahman Hj. Ismail).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noraesah bt Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusof. (2014). Pengenalan Sains Sosial. Kedah: Universiti Utara Malaysia
Press.

Kwa Kia Soong. (2008). 13 Mei: Dokumen-Dokumen Deklasifikasi Tentang


Rusuhan 1969 Malaysia. Selangor: Suaram Komunikasi.

Muhd. Yusof Ibrahim. (2000). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah.
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Hj. Yahya. (1998). Sejarawan dan
Pensejarahan, Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2009). Sulalat al-Salatin Ya’ ni Perturun Segala Raja-
Raja: Sejarah Melayu. Selangor: Dawarma Sdn. Bhd.

P. Sivarajan Phd & S. Malar Arasi. (2012). Pengantar Sejarah. Selangor:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pemisahan Singapura dari Malaysia. ( 1965 10 Ogos). Berita Harian. Hlm 1.

16
Pn. Habibah bt Zon & Ahmad Haji Abd. Kadir. (1981). Hari Ini Dalam Sejarah:
Tragedi 13 Mei 1969. Arkib Negara Malaysia. Jilid 2: hlm 165.

Pn. Habibah bt Zon & Ahmad Haji Abd. Kadir. (1983). Hari Ini Dalam Sejarah:
Pemisahan Singapura dari Malaysia. Arkib Negara Malaysia. Jilid 3: hlm
137.

Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlee Wahab. ( 2017 22 Januari). Salasilah Tuah Usah Disanggah. Mingguan


Malaysia. Hlm 34.

17

Anda mungkin juga menyukai