Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU

ULASAN ARTIKEL
“Kanak-kanak yang mengalami gangguan hiperaktif (ADHD) dan
kurang tumpuan (ADD) ”

NAMA : NORHAYATI BINTI ABDUL KADIR


NO. KAD MATRIK : E20091000276
NO. KAD PENGENALAN : 910517015532
KUMPULAN : C
KOD KURSUS : KAQ1043
NAMA KURSUS : BIMBINGAN TINGKAH LAKU KANAK-
KANAK
SEMESTER : 2 2010/2011
NAMA PENSYARAH : CIK ANIS NORMA BINTI JAAFAR
KANAK-KANAK YANG MENGALAMI GANGGUAN HIPERAKTIF (ADHD) ATAU KURANG
TUMPUAN (ADD)

1.0 PENGENALAN

Apabila menyebut mengenai kanak-kanak hiperaktif ini, tanggapan awal masyarakat


terutamanya golongan ibu bapa terhadap kanak-kanak ini ialah bersifat lasak, degil, jahat dan
pelbagai tanggapan lain. Selain istilah hiperaktif (ADHD), istilah hiperkinetik juga turut merujuk
kepada ADHD ini. Sebenarnya, istilah yang digunakan untuk menunjukkan hiperaktif atau
kurang tumpuan ini digunakan oleh pakar perubatan bagi masalah yang lebih serius dan
berpanjangan kepada kanak-kanak.

Istilah ganguan hiperaktif (ADHD) dan kurang tumpuan (ADD) ini merupakan dua
istilah yang berbeza. Gangguan kurang tumpuan (ADD) merupakan salah satu kategori kanak-
kanak hiperaktif (ADHD). Kanak-kanak ADD tanpa hiperaktif ini disifatkan sebagai kanak-kanak
yang kurang memberikan tumpuan penuh dan sering menerima gangguan semasa memberikan
tumpuan terhadap sesuatu. Golongan ini lebih dipengaruhi oleh kanak-kanak perempuan dan
ianya kurang dikesan dengan tepat.

Manakala hiperaktif (ADHD) ini pula lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak lelaki.
Kajian menunjukkan nisbah kanak-kanak yang mengalami masalah ini ialah 1 daripada 25 orang
kanak-kanak iaitu diandaikan setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak
ADHD. Masalah ini dikatakan akan berkekalan sepanjang hayat dan sedikit sebanyak memberi
kesan semasa dewasa kelak.

Kanak-kanak hiperaktif ini sukar dikenalpasti kerana mereka kerap mengalami ganguan
lain secara serentak. Antara gangguan yang dihadapi oleh mereka ialah gangguan perkembangan
seperti terencat akal dan gangguan pembelajaran iaitu kesukaran dalam menguasai sesetengah
bidang akademik seperti membaca dan mengira. Mereka juga turut mengalami gangguan emosi
dan tingkah laku yang disebabkan oleh keadaan orang sekeliling yang tidak menghiraukan
mereka terutamanya rakan-rakan sebaya dan juga dikatakan menimbulkan masalah bagi keluarga
dan orang yang berinteraksi dengannya.

2.0 TANDA-TANDA ADHD

Kanak-kanak hiperaktif ini akan menunjukkan tanda-tanda dari tiga aspek utama iaitu
hiperaktiviti, tempoh tumpuan yang singkat dan tingkah laku impulsif.

2.1 HIPERAKTIVTI

Dari segi hiperaktiviti ini, kanak-kanak akan menunjukkan tanda-tanda kerap


menggerakkan tangan, kaki, atau tidak duduk diam semasa berada di tempatnya sendiri.
Kanak-kanak juga sering meninggalkan tempat duduk sendiri ketika berada di dalam
kelas. Hal ini memberi ganguan kepada kaank-kanak yang lain semasa sedang
berhadapan dengan sesi pembelajaran. Selain itu juga, sikap kanak-kanak yang suka
berlari ke sana dan ke mari atau suka memanjat dan kadang kala bersikap kekok dengan
sesuatu perkara juga membolehkan mereka dilabelkan sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Ketika bermain atau beriadah pula, mereka kelihatan kerap menghadapi masalah
apabila bentuk permainan atau aktiviti riadah tersebut dibuat dalam keadaan senyap.
Kanak-kanak hiperaktif juga kebiasaannya selalu bercakap banyak melebihi orang yang
sedang berhadapan dengannya. Dalam setiap aktiviti yang dilakukan, kanak-kanak ini
akan bergerak lebih pantas daripada orang lain.

2.2 TEMPOH TUMPUAN YANG SINGKAT

Dari aspek tumpuan, kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat memberikan tumpuan yang
dengan baik dan teliti terhadap maklumat yang penting. Mereka juga sering cuai serta
membuat kesilapan dalam melakukan sesuatu seperti kerja sekolah dan lain-lain aktiviti.
Kegagalan mematuhi arahan yang diberikan dan menyiapkan kerja sekolah, kerja harian
atau tugasan yang diberikan juga membuat kanak-kanak ini dikategorikan sebagai
ADHD. Masalah yang dihadapi untuk mengatur tugas dan aktiviti yang dijalankan
menyebabkan mereka gagal melaksanakannya sesuatu pekerjaan dengan baik. Oleh itu,
mereka akan mengelak atau keberatan untuk melakukan sesuatu tugas yang diberikan
terutamanya yang memerlukan tumpuan yang lama.

Mereka juga kurang baik dalam mengendalikan atau menjaga barang


kepunyaannya sendiri. Hal yang demikian menyebabkan barang-barang mereka seperti
alatan tulis dan buku sering hilang. Di samping itu, tumpuan kanak-kanak ini mudah
berubah dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain. Mereka juga dikategorikan sebagai
seorang yang mudah lupa biarpun pada usia yang terlalu muda.

2.3 TINGKAH LAKU IMPULSIF

Tingkah laku impulsif bermaksud tindakan atau perangai kanak-kanak yang dilakukan
secara tergesa-gesa dengan mengikut dorongan hati. Jika dilihat dari segi tingkah laku
impulsif kanak-kanak ADHD ini, mereka suka menjawab soalan sebelum soalan yang
lengkap diajukan. Mereka juga bersifat tidak sabar terutamanya ketika mengambil giliran.
Selain itu, kanak-kanak ini juga kerap mengganggu atau menyampuk perbualan orang
lain dan membuat pertimbangan yang salah serta dikatakan mudah mendapat
kemalangan.

Kanak-kanak ADHD ini sering disalah anggapkan berdasarkan ciri-ciri yang mereka alami.
Antara sifat kanak-kanak normal yang disalah tafsirkan sebagai kanak-kanak hiperaktif ialah
tahap pencapaian dalam kelas yang rendah yang disebabkan oleh masalah pembelajaran yang
lain, sukar menumpukan perhatian kerana epilipsi atau sawan jenis “petit mal”, masalah
pendengaran yang disebabkan jangkitan pada bahagian telinga, suka memusnahkan barang atau
tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan dan mengalami masalah di rumah.
3.0 PUNCA ADHD

Punca berlakunya gangguan hiperaktif ini tidak dapat dikenalpasti dengan tepat lagi. Akan tetapi,
ianya tidak disebabkan oleh tabiat menonton televisyen, alahan terhadap makanan, kuantiti gula
yang berlebihan, faktor taraf kehidupan dan taraf sekolah yang rendah. Sebagai ibu bapa, mereka
perlu mendapatkan bantuan yang sewajarnya untuk anak mereka dan bukannya menyelidik punca
berlakunya hiperaktif ini.

4.0 CARA MENGESAN DAN RAWATAN YANG BERSESUAIAN

Memang tiada ujian mudah untuk mengenalpasti kanak-kanak ADHD ini kecuali dengan
melakukan pemerhatian terhadap corak tingkah laku mereka yang tertentu dan mendapatkan
laporan daripada pihak guru dan ibu bapa mengenai tingkah laku mereka di sekolah dan juga di
rumah.

Dari segi bidang perubatan pula, kanak-kanak ADHD ini akan menggunakan ubat
stimulan yang dapat membantu menenangkan kanak-kanak serta boleh memberi tumpuan yang
baik dan kurang melakukan tindakan berpandukan gerak hati. Akan tetapi, ia tidak boleh pulih
sepenuhnya. Ubat stimulan utama yang digunakan untuk merawat kanak-kanak ini ialah
methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Ubat ini akan berkesan selama 30
hingga 60 minit dan akan berakhir selepas tiga hingga empat jam kemudian. Kuantiti
pengambilannya ialah dua hingga tiga dos setiap hari bagi kanak-kanak mendapatkan hasil yang
memberangsangkan.

Akan tetapi, ubat ini juga mempunyai kesan sampingan seperti ubat yang lain. Antara
kesannya ialah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Manakala kesan seperti sakit kepala,
pitam atau mengantuk dan sakit perut akan dialami apabila dos ubat semakin lupus tetapi, ianya
jarang berlaku. Selain menggunakan ubat stimulan ini, kanak-kanak juga perlu dirawat dengan
mengikuti program psikologi, sosial dan pendidikan yang dapat membantu dari segi mempelajari
kemahiran baru, sikap dan tingkah laku yang perlu ditunjukkan dalam mengatasi keperluan
hidup.
5.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif (ADHD) dan kurang tumpuan (ADD) ini
seharusnya tidak dilemparkan dengan pelbagai pandangan atau tanggapan yang negatif. Ibu bapa
juga perlu berhati-hati dalam menilai anak-anak mereka supaya andaian yang dilakukan tidak
tersalah. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mengalami keraguan dalam menentukan sama ada anak-
anak mereka dikategorikan sebagai hiperaktif atau tidak, ibu bapa perlu merujuk doktor atau
pakar kanak-kanak untuk melakukan penilaian yang selanjutnya.

Jika benar anak mereka disahkan mengalami masalah hiperaktif, ibu bapa seharusnya
memberikan garis panduan atau membimbing anak-anak supaya mereka dapat menguruskan diri
sendiri dengan baik walaupun dalam keadaan hiperaktif. Dengan bantuan pihak lain seperti guru
dan para doktor, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kurang tumpuan dan hiperaktif ini.
Memang masalah ini akan berterusan sehingga dewasa, tetapi dengan rawatan dan terapi yang
dilakukan ke atas kanak-kanak ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mereka semasa dewasa
kelak.