Anda di halaman 1dari 1

Maklumat ini menunjukkan panduan peraturan dan keselamatan di padang.

Terdapat beberapa panduan peraturan dan keselamatan di padang yang


perlu dipatuhi. Antaranya, kita mestilah memakai kasut ketika melakukan aktiviti di
padang bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Seterusnya, kita perlulah
mengelakkan daripada melakukan aktiviti di padang semasa hujan kerana dikhuatiri
murid akan demam atau terkena panahan petir. Selain itu, kita juga hendaklah
mengembalikan dan menyusun peralatan sukan di dalam stor sukan setelah selesai
digunakan bagi mengelakkan sebarang kecurian atau kehilangan.

Kesimpulannya, panduan seperti ini perlu dipatuhi oleh setiap murid agar
tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai