Anda di halaman 1dari 48

KANDUNGAN

PENGENALAN

BAB 1 : MENGENAL TREND


BAB 2 : SUPPLY AND DEMAND
BAB3 : SUPPORT DAN RESISTANCE (SNR)
*PRICE READING
BAB 4 : ENGULF
BAB 5 : FTR (FAIL TO RETURN)
BAB 6 : COMPRESSION
BAB 7 : QM (QUASIMODO)

~1~
PENGENALAN

Pasaran Matawang
Kita sedar atau tidak, pasaran matawang sebenarnya memberi impak yang besar dalam
kehidupan seharian kita.Dari aspek tukaran matawang asing yang kita lakukan apabila
kita ke luar negara, sehinggalah kepada nilai pendapatan dan perubahan harga
barangan import yang terkesan daripada perubahan nilai matawang asing.

Apa itu Pasaran Matawang?


Pasaran boleh diertikan sebagai tempat di mana kita berinteraksi untuk membeli atau
menjual sesuatu barangan, sama ada pasaran konvesional seperti pasar basah dan
pasaraya, atau pun pasaran maya seperti ebay, kedai online facebook dan instagram.

Dalam pasaran kewangan antarabangsa, kita ada New York Stock Exchange (NYSE)
dan Chicago Mercantile Exchange (CME), ataupun institusi pasaran dagangan
elektronik (NASDAQ), yang dijadikan sebagai platform dagangan bagi share, komoditi,
bond dan matawang. Dalam pasaran matawang, juga dikenali sebagai FOREX
MARKET, pedagang mempunyai platform untuk bertukar-tukar matawang Dollar, Euro,
Pound, Yen dan seumpamanya.

Kenapa kita memerlukan pasaran tukaran matawang asing?Pasaran Matawang adalah


instrument yang sangat penting bagi merealisasikan urusan perdagangan di antara dua
Negara yang mempunyai matawang berbeza.Bayangkan, sebagai contoh, pengilang di
China mendapat tempahan sepuluh ribu helai t-shirt daripada pemborong dari Negara
Eropah.Pemborong ini perlu menukar matawang Euro mereka kepada USD untuk
membayar pengilang di China. Dalam masa yang sama, pengilang China ini perlu
membeli kapas di pasaran komoditi, yang didagangkan dalam USD. Selebihnya mereka
perlu menukarkan matawang USD tadi kepada Yuan untuk membayar gaji pekerja di
China.Atau mungkin mereka bercadang untuk membuka perniagaan di UK, mereka
perlu menukarkan matawang USD yang dibayar tadi kepada British Pound. Tanpa
pasaran matawang, semua urusniaga ini tidak akan dapat dilaksanakan secara lancar.
~2~
Pasaran tukaran matawang asing menyediakan mekanisme untuk membuat
pembayaran antara Negara bagi memindahkan kuasa belian daripada satu matawang
kepada satu matawang yang lain, dan memastikan nilai semasa setiap matawang
adalah jelas dan boleh digunapakai.

Perkembangan FOREX

Pengurup Wang pernah dikesan seawal zaman Rom silam, namun forex yang kita kenali
hari ini telah berkembang dengan pesat.Sejak tahun 1970an, telah berlaku perubahan
struktur kewangan yang mendadak dalam sistem kewangan dan ekonomi serantau.

Perubahan dalam sistem kewangan antarabangsa, daripada kadar tukaran tetap seperti
yang telah digariskan dalam Perjanjian Bretton Woods, kepada kadar tukaran berubah
sejak awal tahun 70an hingga ke hari ini.

Perubahan peraturan kewangan serantau telah membawa kepada kebebasan dalam


transaksi kewangan dan meningkatkan persaingan di kalangan institusi kewangan.

Kebebasan Perdagangan antarabangsa, yang termaktub dalam pelbagai perjanjian


perdagangan membawa kepada perkembangan yang pesat dalam pemindahan modal
serantau.

Peningkatan dalam aspek teknologi membolehkan perkongsian maklumat pasaran dan


transaksi kewangan dilakukan dengan pantas dan berkesan.Pembentukan Instrumen
Kewangan moden dan kehadapan dalam mengiringi perkembangan Sistem Kewangan.

Semua ini telah menjadi asas yang memberangsangkan dalam perkembangan


perdagangan FOREX.Dalam tahun-tahun awal abad ke 21, kemajuan yang besar dalam
perdagangan berasaskan internet telah membolehkan trader trader kecil memasuki
pasaran FOREX, yang mana sebelum ini secara tradisinya adalah lapangan bank-bank
utama dunia sahaja.

Siapakah pemainnya?

Oleh kerana kita akan bersama mereka dalam perdagangan, amat penting untuk kita
mengetahui dan mengenali siapakah pemain di dalam lapangan pasaran matawang ini.

Pemain yang utama adalah kumpulan bank-bank besar yang mampu menggerakkan
harga pasaran. Mereka berdagang menerusi dua cara, EBS dan Reuters Dealing.

~3~
Bank-bank ini membentuk jaringan yang dikenali sebagai Interbank Market, yang
menjadi pusat pasaran FOREX. Dari sinilah dealer menentukan kadar tukaran yang
ditawarkan kepada pedagang runcit seperti kita. Bank-bank utama ini bukan hanya
berdagang untuk pelanggan mereka sahaja, mereka juga menguruskan akaun mereka
sendiri (yang dikenali sebagai proprietary desks – prop desk)

Kerajaan dan bank-bank pusat juga adalah pemain dalam pasaran ini. Biasanya
peranan mereka dalam kadar tukaran asing adalah untuk memenuhi hasrat polisi
kewangan mahupun fiscal Negara seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Dealer dan Broker, mereka ini telah menyediakan capaian pasaran FOREX kepada
pelanggan dengan mengenakan caj berdasarkan spread ataupun komisyen, atau kedua
duanya sekali. Mereka membuat keuntungan dengan caj-caj ini, namun tidak kurang
juga yang mengambil pos yang berlawanan dengan para pelanggan mereka. Yang lebih
teruk, ada yang membuat keuntungan dengan menipu pelanggan melalui pelbagai cara
teknikal seperti spiking, requites ataupun slippage dalam keadaan pasaran yang tiada
slippage. Sebab itu amat penting untuk kita berhati-hati memilih broker atau dealer.

Perbezaan di antara Dealer dan Broker adalah, Broker memberikan kita capaian kepada
pasaran Interbank (sesetengah Bank yang mereka wakili bertindak sebagai liquidity
providers kepada Broker) dan menyerahkan setiap order kita kepada market. Manakala
Dealer pula tidak menyerahkan order kepada market, tapi sebaliknya memberikan kita
counterpart. Perlu diingat, terdapat Broker ECN juga yang memberikan kita counterpart
melainkan order kita mencapai nilai minimum yang diterima oleh bank, iaitu 10 lot atau 1
juta unit.

Manakala pemain lain dalam pasaran FOREX secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua kategori :Financial Transactor dan Speculator. Financial Transcator
terlibat dalam urusniaga FOREX sebagai sebahagian daripada keperluan perniagaan
mereka manakala Spekulator pula terlibat untuk mendapatkan keuntungan dari pasaran
FOREX semata-mata.

Financial Transactor kebanyakannya adalah golongan pelabur, yang memasuki pasaran


untuk mengurangkan risiko perubahan nilai tukaran asing dan melindungi nilai
keuntungan. Perniagaan utama mereka adalah sektor lain, tetapi mereka perlu berada
dalam pasaran FOREX untuk menjalankan perniagaan mereka dan mengurangkan
risiko.

~4~
Manakala Speculator, yang mewakili 90% nilaian dalam pasaran, merupakan mereka
yang menjadikan keuntungan daripada pasaran FOREX sebagai sasaran utama
mereka. Hedge Fund, CTA (Community Trading Advisor), atau Bank Bank adalah
pemain besar dalam kategori ini, dan retail trader seperti kita ini hanyalah di tingkat
paling bawah sekali dalam pyramid pasaran.

SPOT FX

Apabila kita menyentuh tentang FOREX, biasanya kita merujuk kepada satu produk
sahaja, iaitu SPOT, yang memberi maksud dagangan dilakukan dengan harga semasa
atau “on the spot”. SPOT merupakan produk yang paling banyak didagangkan dalam
pasaran FOREX, dengan nilaian USD1.5 trillion daripada nilai keseluruhan dagangan
USD4 trillion setiap hari (2010).

CIRI CIRI UTAMA PASARAN FOREX

Mengapa anda minat FOREX? Pasaran FOREX ada beberapa ciri yang
membuatkannya menjadi pilihan trader, seperti nilai kecairan yang besar, kos yang
rendah, dan tempoh masa pasaran dibuka 24 jam lima hari seminggu.

Namun perlu diingat, FOREX adalah pasaran yang “unregulated”. Maksud unregulated
adalah tiada pihak yang berautoriti yang mengawal dan menentukan harga dan
peraturan, sebaliknya ia hanyalah ditentukan oleh jumlah bank-bank dan dealer yang
membenarkan dagangan di antara peserta, dan membenarkan bank atau dealer untuk
menentukan harga mereka.

Bagi banyak pihak, ini merupakan satu kekurangan yang utama dalam FOREX kerana
dealer berpeluang untuk memanipulasikan harga. Namun dalam masa yang sama
“unregulated” ini telah membentuk persaingan di kalangan dealer untuk menawarkan
spread dan servis yang paling baik kepada pelanggan.

Walaubagaimanapun, pasaran yang “regulated” tidak bermaksud ia bebas daripada


sebarang manipulasi harga. Ia cuma membawa maksud hanya regulator yang boleh
~5~
mengawal harga. Mengawal peraturan pasaran bererti berupaya untuk menukarnya bila-
bila masa sahaja.

Oleh kerana ia adalah pasaran yang non regulated, FOREX tidak mempunyai waktu
ditetapkan yang tertentu, oleh kerana itu ia boleh didagangkan setiap masa, setiap hari
dan dapat mengurangkan risiko jurang harga pembukaan. Biasanya hari minggu adalah
hari tanpa trade kerana kecairan yang kurang disebabkan bank-bank tutup, dan tiada
pergerakan besar yang berlaku.

Justeru, sesi dagangan boleh dikaitkan dengan waktu berkerja bank-bank di setiap zon
masa yang berbeza. Sesi dagangan bermula pada pagi Isnin bersamaan dengan
bermulanya waktu berkerja Bank di Wellington dan sebahagian zon Asia, dan ia berakhir
pada Jumaat seiring dengan tamatnya waktu berkerja Bank-Bank di New York. Ini
bermakna, jika bank-bank tutup, kecairan akan berkurangan pada waktu tersebut. Sesi
yang paling aktif adalah biasanya sesi Eropah (London session).Ini kerana sesi ini
bertindan dengan berakhirnya sesi dagangan Asia dan bermulanya sesi dagangan US.

Salah satu ciri penting pasaran FOREX adalah kecairannya yang besar yang
membolehkan kos operasi yang rendah. Ada broker yang tidak mengenakan sebarang
caj komisyen, tidak bermakna servisnya adalah percuma, tapi biasanya komisyennya
sudah disertakan ke dalam spread di antara harga belian dan harga jualan.

Pasaran FOREX juga mempunyai banyak instrument dagangan yang membolehkan


pelbagai teknik dan kaedah digunakan bagi mencari peluang yang terbaik untuk
menguasai pasaran.Terdapat empat major pair (EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD and
USD/CHF) yang terlibat melebihi separuh daripada keseluruhan nilai dagangan.Minor
pair seperti (USD/CAD, AUD/USD and NZD/USD) melengkapkan pair dagangan utama
yang terlibat dengan US Dollar. Pair yang terdiri daripada dua matawang bukan USD
pula kita namakan sebagai cross pair.

~6~
BAB 1: MENGENAL TREND

TREND

Analisa Teknikal terbentuk daripada pelbagai perkara dan aspek. Salah satu topic yang
akan kita sentuh di sini adalah berkaitan dengan “Trend”.

Secara ringkasnya trend adalah arah pair matawang bergerak.

JENIS TREND

Jika ditanya kebanyakkan trader apa yang mereka tahu tentang trend, mereka mungkin
akan menyatakan terdapat 3 jenisTrend ;Uptrend, Downtrend, dan Sideway. Namun
realitinya, hanya terdapat 2 jenis trend sahaja.Hanya ada Uptrend dan Downtrend.
Sideway Trend tidak benar-benar wujud, sebab walaupun harga bergerak dalam jarak
Sideway, harga tetap bergerak keatas dan kebawah.

Tetapi hanya ada 2 jenis order sahaja yang boleh dilakukan, samada Buy atau pun Sell.
Tidak ada Sideway Order.

Gambar-gambar di bawah adalah contoh down trend dan uptrend serta contoh label
untuk mengenali sesuatu trend.

~7~
TECHNICAL ANALYSIS - UP TREND

~8~
TECHNICAL ANALYSIS - DOWN TREND

~9~
TRENDLINE

Trendline adalah satu alat yang digunakan untuk menghubungkan HL (dalam


Uptrend) atau LH (dalam Downtrend).Teknik ini dapat memberikan gambaran visual
tentang trend semasa dan boleh digunakan sebagai panduan dalam dagangan.

Apabila melukis Trendline, sambungkan LH atau HL yang jelas.Dalam


downtrend, perhatikan pada High dan disusuli oleh dua LH. Dalam uptrend, kita perlu
mencari Low yang diikuti oleh dua HL. Dengan kaedah ini, kita akan dapat mencari High
dan Low yang berkualiti. Lihat kepada chart di bawah, High dan Low yang baik
dibulatkan, yang lain tidak begitu memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.

TRENDLINE UP

~ 10 ~
TRENDLINE DOWN

~ 11 ~
BAB 2 :SUPPLY AND DEMAND

SUPPLY AND DEMAND (PERMINTAAN DAN PENAWARAN)

Apakah yang dimaksudkan dengan Supply and Demand Trading?

Setiap barangan yang dijual atau dibeli adalah berdasarkan nilai yang
diterimapakai pada sesuatu masa jual beli berlaku. Konsep yang sama juga digunakan
dalam instrument kewangan, dengan andaian berlaku perubahan harga pada masa
depan yang akan memberikan keuntungan kepada Traders.

Harga akan berubah bergantung kepada penerimaan penjual dan pembeli,


secara tidak langsung, membentuk zon Supply dan Demand. Penjual (Seller) mewakili
sejumlah jualan yang tersedia (Supply) manakala Pembeli (buyer) mewakili sejumlah
belian yang tersedia (demand). Apabila wujud ketidakseimbangan di antara pembeli dan
penjual, akan berlaku perubahan dalam harga. Sebagai contoh, apabila penjual lebih
banyak daripada pembeli, harga akan jatuh sehingga ke tahap harga yang dipersetujui
oleh ramai pembeli. Dan apabila pembeli lebih ramai, harga akan meningkat sehingga
kearas harga yang dipersetujui oleh penjual.

~ 12 ~
MENGENAL PASTI ZON SUPPLY AND DEMAND (SND)

Mengenalpasti di mana aras harga di dalam Price Chart akan memberikan kita
kelebihan, dan membolehkan kita menuruti pergerakan Market Mover yang sebenar.

Pertama kita perlu cari kawasan di mana harga melonjak naik dengan kuat
(Demand) lihat gambar rajah 1 atau terjun ke bawah (Supply) lihat gambar rajah 2.

~ 13 ~
Langkah seterusnya adalah menandakan Base bagi pergerakan harga ini.
Kita biasanya menandakan arasyang paling luar dalam pergerakan harga. Lihat gambar
rajah 3 dan 4.

~ 14 ~
JENIS JENIS ZON SUPPLY AND DEMAND (RBD DBR DAN RBR DBD)
Semasa harga bergerak, ia akan membentuk HIGH dan LOW. Dalam pergerakan
HIGH dan LOW yang extreme, kita boleh tandakan ia sebagai BASE, seperti yang
ditandakan di bawah, apabila Base terbentuk selepas satu RALLY (kenaikan) atau
DROP (penurunan), ia akan membentuk apa yang kita namakan sebagai Rally-Base-
Drop (RBD) atau Drop-Base-Rally (DBR).

Mari kita tandakan RBD dan DBR ini di dalam Chart. (Lihat contoh gambar rajah
1 dan 2)

~ 15 ~
Harga juga boleh membentuk Base yang kecil sepanjang kenaikan (rally) atau
penurunan (drop). Bentuk ini kita namakan Drop-Base-Drop (DBD) dan Rally base Rally
(RBR).

Mari kita tandakan RBR dan DBD ini di dalam Chart.(Lihat contoh gambar rajah 3
dan 4).

~ 16 ~
SUPPLY AND DEMAND (BALANCE VS IMBALANCE)

BALANCE VS IMBALANCE

Semasa pembentukan BASE, kita anggap harga berada dalam keadaan


seimbang (Balance). Ini adalah kerana tidak ada perbezaan yang ketara dari segi jumlah
ORDER belian dan jualan di kawasan tersebut. Oleh itu harga tidak akan melonjak naik
atau pun mendadak turun selama mana keseimbangan itu wujud. Untuk membuatkan
harga bergerak keatas atau kebawah, ia memerlukan order belian melebihi jualan,
ataupun sebaliknya.

Pada ketika ini, BASE boleh dikatakan telah terbentuk. Apabila harga bergerak
daripada BASE, di sana biasanya terdapat Order yang masih belum dipenuhi, jadi
apabila harga kembali ke BASE pada masa hadapan, kita boleh jangkakan bahawa
Order yang tertinggal itu akan dipenuhi menyebabkan berlakunya pergerakan harga.
Inilah bagaimana Trader Supply and Demand lakukan dalam membuat keuntungan.

~ 17 ~
APABILA ZON SUPPLY/ DEMAND DIPECAHKAN

Setelah satu satu level itu diuji berkali-kali, atau semasa satu pergerakan harga
yang kuat, level SND akhirnya dipecahkan. Ini boleh berlaku kerana apabila order yang
tinggal telah dipenuhi dan akhirnya tiada lagi order di situ, atau pun sejumlah Order yang
sangat besar di arah bertentangan yang memecahkan level SND. Order juga boleh
dialihkan secara manual oleh sesiapa sahaja yang meletakkannya.

Setiap level SND yang dipecahkan mengandungi sesuatu yang penting. Di sana
dulunya ada lebih Sell Order, sekarang ada lebih banyak Buy Order, atau sebaliknya. Ini
bermakna apabila harga kembali ke level yang telah dipecahkan, kita boleh lihat harga
bertindakbalas. Level level ini biasanya dikenali sebagai SWAP level.
Di level level inilah kita boleh mencari kepastian untuk memasuki pasaran. Ini adalah
apa yang digambarkan di atas Chart. Selamat melukis.

~ 18 ~
NEW TREND DALAM SND
Dalam konteks Supply dan Demand, kita mengandaikan Price Reversal atau
kesinambungan Trend berlaku di level Supply dan Demand pada Time Frame yang lebih
tinggi.

Dengan kata lain, kita menjangkakan Uptrend yang baru akan dibentuk di level
Demand yang signifikan dan Downtrend berlaku di level Supply signifikan.
Kesinambungan trend biasanya terjadi apabila Unfresh Supply dan Demand zon pecah.

Kita boleh lihat bab RBR dan DBD untuk maklumat lanjut. Chart yang berikutnya
adalah dalam Time Frame yang lebih besar (H4) trend di Supply atau Demand. Kita
akan dapat lihat dengan jelas harga yang sedang mendaki dalam warna kuning, dan
sedang menurun dalam warna biru, jika kita fokuskan ke Time Frame yang lebih kecil,
kita akan nampak harga sedang membentuk HH dalam kotak kuning dan LL dalam
kotak biru (lihat gambar rajah 1).

~ 19 ~
Chart di bawah (rajah 2) mewakili Unfresh Demand Level yang telah dipecahkan, dan
membenarkan downtrend terus berlaku. Di sini, jika kita lihat Time Frame yang lebih
kecil, M15 dan kebawah, kita akan dapat lihat dengan jelas LH dan LL dalam kawasan
biru.

~ 20 ~
END TREND DALAM SND
Kita boleh jangka berakhirnya Trend apabila harga sampai ke level Fresh Supply dan
Demand, namun sekiranya level Supply dan Demand itu Unfresh, dua perkara boleh
berlaku

Perubahan Trend
Kesinambungan Trend

Ada beberapa petunjuk yang boleh membantu kita menentukan sama ada level
Supply dan Demand itu akan bertahan atau pun tidak, namun semua ini akan
dibincangkan dalam topik lain.

Dengan melihat kepada HH/HL dan LH/LL juga boleh membantu kita dalam
menganalisa Trend. Mari kita lihat Downtrend sebagai contohnya, kita boleh masuk
posisi Sell dari level Supply di Time Frame yang besar hingga ke level yang
bertentangan, iaitu level Demand. Kita perlu melihat kepada pergerakan harga, harga
akan membentuk puncak yang baru sebagai HL. Trend adalah relevan pada Time
Frame yang kita sedang analisa, misalnya jika kita lihat di H4 trend adalah uptrend, pada
timeframe yang lebih kecil mungkin kita akan nampak trend yang berlawanan.

Lihat contoh di bawah.

~ 21 ~
BAB 3: SUPPORT DAN RESISTANCE (SNR)

Apa itu Support dan Resistance?

Support biasa juga dikaitkan sebagai lantai, manakala Resistance adalah siling.
Keduanya adalah level penting yang perlu diuji, sama ada level itu diterima atau ditolak.
Apabila harga melantun daripada level Support, ia berlaku kerana terdapat banyak
kuasa pembeli daripada kuasa penjual pada masa tersebut, dan begitulah sebaliknya
pada level Resistance.

Bagaimana Bentuk SNR?

Seperti yang kita lihat dalam gambar di bawah (Rajah 1) apabila harga datang
menguji level Resistance, keputusan telah dibuat. Dalam kes ini, keputusannya adalah
harga itu adalah terlalu tinggi, jadi ia menekan harga kebawah hingga ke level Support.

~ 22 ~
Mari lihat gambar di bawah (Rajah 2).Lihat kepada corak bagaimana pergerakan
harga di antara garis tersebut.Umpama bola yang melantun-lantun dari lantai ke siling.

SNR LEVEL DIPECAHKAN (BREAKOUT SNR)


Ada yang mengatakan, apabila level SNR diuji lebih banyak, ia adalah lebih baik.

Jelasnya ini langsung tidak munasabah, kerana setiap kali harga yang menguji
level SNR, ia telah mengambil order Sell/Buy pada setiap sentuhan. Jadi lama kelamaan
semua order akan dipenuhi dan level tersebut akan dipecahkan (breakout)

Apabila berlaku breakout, Support akan menjadi Resistance (SBR)/Resistance


akan menjadi Support (RBS) Lihat rajah 3.

~ 23 ~
Apabila kita melewati topic Trend, kita belajar bahawa dalam Uptrend, harga
perlu membentuk HH dan HL. Dan membentuk LH dan LL di Downtrend. Sekarang kita
nampak level High di Uptrend, dan level Low di Downtrend perlu dipecahkan supaya
Trend tersebut dapat meneruskan perjalanannya.

Lihat rajah 4

~ 24 ~
BAGAIMANA MELUKIS SNR?
Tidak ada peraturan yang tetap untuk melukis SNR, namun cara yang paling
mudah adalah dengan menggunakan line chart.

Mari kita lihat kepada Line Chart dan cuba cari level SNR. Cuba cari dua puncak
dan dasar dengan sekurang kurangnya dua sentuhan untuk melukis garis horizontal.Apa
yang kita ingin cari adalah titik pertukaran arah dan tandakannya.

Kadang-kadang kita akan lihat apabila harga mencecah level SNR dan seolah
cuba menembusi level level tersebut, tetapi kemudian tiba-tiba mengundur dan berhenti
tutup di atas level Resistance atau di bawah level Support. Inilah yang kita namakan
sebagai “false breakout”, atau “fakeout”.Fakeout boleh berlaku atas beberapa sebab,
salah satunya adalah harga sedang mencari kecairan (memburu SL). Kita tidak boleh
pastikan berapa kali sentuhan di SNR boleh terima, Cuma kita boleh pastikan ia telah
menjadi sebaliknya jika ia dipecahkan.

~ 25 ~
Apabila kita mendapat Fakeout di level SNR, apabila ia dipecahkan, selalunya ia
akan mencari decision point yang sebelumnya.

SNR level tidak sama sekali serupa dengan level SND

Level SND adalah kawasan di mana order dibuat, manakala SNR area adalah di
mana kita boleh melihat level Fresh SND di uji. Walau bagaimanapun, kita percaya
setiap garis SNR adalah berasaskan level SND.

Zon SNR boleh diperhatikan dalam semua chart dan Time Frame, namun zon
SND di HTF lebih kuat berbanding di LTF.

~ 26 ~
PRICE READING

Membaca Pergerakan Harga

Untuk memasuki pasaran, kita perlu memahami kenapa satu satu harga itu berada di
tempatnya, dan ke mana ia akan pergi selepas ini. Petunjuk yang paling baik untuk
memahaminya adalah harga itu sendiri. Ia mempunyai maklumat yang kita perlukan
untuk memahami pasaran. Kita memasuki pasaran pada zon zon yang dinamakan
Supply dan Demand, dan kita melihat Price Action di sana untuk membaca petanda
petanda kecenderungan Trader Trader Besar.

Ini apa yang perlu kita lihat di Chart :

Secara Umum : HTF. Mengetahui di mana harga datang dan pergi, dan Price Action
sebelum dan semasa dalam semua TF, dari Monthly dan kebawah.

Khusus :Melihat ke dalam zon di mana kita ingin memasuki pasaran.

Past(Chart history)Kaji zone tersebut dalam semua TF, sehingga ke M1.

Tanya diri anda

Di mana keputusan dibuat? Clean SND? Tandakan garis garis tersebut. No clean SND?
Compressed zone?Adakah harga betul betul melonjak terus daripada Zon? Atau ia
bergerak secara CP?Adakah Zon itu sendiri pada tempat yang betul? Cuba lihat lebih
jauh kebelakang zon itu sendiri. Cuba perhatikan ia bertindak balas terhadap apa?
Adakah di sana terdapat Zon SND yang yang lebih dekat? Ini boleh menjelaskan
tentang Fakeout. Adakah harga respond kepada RS ataupun Flag Limit? Ia boleh
menjadi Fakeout kepada SND di Flag Limit.

Pendekatan.

Bagaimana harga kembali ke Zon?


Di mana Flag yang paling dekat dalam TF yang kita trade? Ini adalah TG1 kita dalam TF
ini. Lihat Flag dalam LTF? Apa yang boleh kita baca di PA?
Adalah harga menyentuh Flag yang terakhir? (good sign)
Apakah harga Compressed ke arah Zon dalam TF ini atau pun LTF? (good sign).Adakah
~ 27 ~
Big News dalam waktu yang terdekat? Atau adakah telah lepas satu Big News?

Reaction.

Dalam LTF, adakah harga bertindakbalas dgn kuat terhadap First Decision Point?
Adakah dengan pantas ia Engulf ke SND yang terdekat? (good sign)
Adakah harga terus berlalu pergi? Mungkin ia mencari Decision Point yang seterusnya.
Sekiranya Decision Point yang pertama dipecahkan, perhatikan tanda tanda yang
menghampiri Decision Point yang seterusnya.
Cuba hadamkan konsep ini. Lukis di Chart anda. Cuba lukis di setup yang baik dan yang
gagal. Sebanyak mungkin yang boleh. Simpan dan susun elok elok. Ia akan membantu
skill pemerhatian anda.

~ 28 ~
BAB 4: ENGULF

Bagi mempastikan bahawa harga di satu satu zon itu telah di “reject” sebelum
kita memasuki pasaran, ada beberapa corak Price Action yang bagus yang perlu kita
perhatikan sebelum memasuki pasaran.

Antara yang paling baik, yang kita akan bincangkan kali ini adalah ENGULF.

Secara mudahnya, ENGULF melibatkan harga membuat lower low sebagai


tindak balas terhadap Supply, dan membuat higher high, terhadap Demand. Ini adalah
satu petanda yang sangat kuat bawah harga sedang menukar arah.

Seperti mana kita maklum, trend adalah siri-siri pembentukan LL dan LH, atau
sebaliknya.Jadi apabila kita dapati berlakunya Lower Low daripada Supply, itu adalah
satu petanda yang kuat menunjukkan uptrend mungkin sedang berakhir, dan begitulah
sebaliknya jika berlaku Higher High daripada Demand.

~ 29 ~
Jika anda tidak sabar menantikan berlakunya ENGULF, cuba lihat di Lower Time
Frame dan perhatikan Engulf yang telah berlaku lebih awal.

Bolehkah kita trade Engulf sebagai breakout Trade?

Sudah pasti, tapi biasanya harga akan kembali semula selepas engulf, untuk
mengelirukan Breakout Trader dan mencari stoploss, mencipta lebih banyak order untuk
dibawa ke arah Big Trader sedang tujui.

Ini bermakna stop loss, sepatutnya dalam kebanyakan masa, perlu melangkaui
zone yang asal.

Antara bentuk Price Action daripada Engulf yang menjadi kegemaran RTM
adalah Quasimodo.

~ 30 ~
BAB 5 :FTR

Pengenalan

Sebelum menyelesaikan persoalan tentang Price Action, dan mampu


membacanya dengan baik, kita perlu meneliti dan memahami setiap satu perkara yang
membentuk Price Action itu sendiri.Seumpama sebuah monument yang indah terbentuk
pada awalnya dari batu bata yang tersusun cantik.

Bagi kebanyakan kita di sini, keindahan Price Action itu boleh diumpamakan
sebagai satu binaan cantik yang tersergam kukuh. Yang membezakannya adalah batu
bata yang membentuk Price Action itu diwakili oleh price caps, FTR, Engulf, Fakeouts,
QM dan yang sekumpulan dengannya. Di antara batu bata yang membina struktur Price
Action ini tiada yang lebih utama daripada Engulf dan FTR.

Kali ini, kita akan membincangkan tentang FTR. Kita akan sama-sama menerokai
apakah bentuknya, di mana ia boleh ditemui, dan apakah peranannnya yg dikatakan
penting itu di dalam membentuk struktur Price Action.

FTR amat amat perlu difahami dengan sebaiknya sebelum kita pergi lebih jauh.

~ 31 ~
Apakah FTR?

Apakah yang dimaksudkan dengan FTR? FTR (Failure To Return) adalah Gagal
Untuk Kembali. Siapa yg mahu kembali? Ke mana ia hendak kembali? Dan kenapa ia
gagal?

Ini adalah tiga persoalan utama yg perlu kita fahami.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila price sampai ke satu satu zon halangan,
sama ada ia akan melantun atau pun ia memecahkannya. Apabila ia memecahkannya,
ada dua senario yang mungkin berlaku, sama ada ia kembali ke zon tersebut dan
teruskan perjalanan ke arah berlawanan dari zon yang dipecahkan, ATAU Gagal Untuk
Kembali ke zon tersebut sebaliknya meneruskan perjalanannya setelah memecahkan
zon.

Dalam scenario yg kedua ini, FTR telah terbentuk. PERHATIAN! Amat amat
penting untuk kita mengenalinya.

Kenapa? Kerana di sana terdapat tekanan belian atau jualan yang kuat juga
dikenali sebagai Supply/Demand di FTR yang menyebabkan harga tidak dapat kembali,
sebaliknya teruskan perjalanannya.

Hint 1: tekanan jualan/belian sentiasa berada di FTR setelah price pergi. Cuba kita
perhatikan kesannya.

Sekarang mari kita lihat struktur bentuk FTR.

~ 32 ~
Dalam gambar yang berikut, kita boleh lihat diagram yang menunjukkan beberapa
variasi asas FTR.

Perhatikan betul betul, kita mungkin nampak ia agak berbeza antara satu sama lain, tapi
perlu diingat, semuanya adalah serupa dari segi strukturnya.

Garis merah (a) adalah zon halangan. Boleh jadi SUPPORT / RESISTANT, ada FTR di
arah yang berlawanan (akan diterangkan kemudian) ataupun limit PAZ (Price Action
Zone)

Price Action memecahkan halangan (1) dan retrace (2). Ia tidak penting sama ada price
action merentasi halangan sekali lagi ataupun tidak (seperti contoh ii dan iv di atas).
Pada kemuncak retrace, base biasanya akan dibentuk (b).

~ 33 ~
Seterusnya, Price Action meneruskan perjalanannya (3). FTR dipastikan setelah Price
Action memecahkan zon High/Low (c) yang terbentuk setelah price memecahkan zon

halangan. Hanya setelah pemecahan (c) barulah boleh kita katakan bahawa Price
Action telah Gagal Untuk Kembali.

Sekarang, apabila FTR telah disahkan, kita lukis satu kotak di base (b) dan menariknya
ke kanan.

~ 34 ~
FTR setelah SUPPORT / RESISTANCE PECAH

FTR setelah SNR dipecahkan adalah sangat biasa.Ia terdapat banyak di dalam chart
dan kita akan belajar untuk mengenalinya.

Terdapat major SNR dan minor SNR yang perlu kita kenalpasti.Dalam zon zon SNR
yang penting, di sanalah terbentuk FTR yang lebih signifikan yang perlu kita
perhatikan.

MAJOR SNR

Mari kita lihat SNR Major, (penting untuk kita tahu bagaimana membezakan di antara
major SNR dan minor SNR)

Dalam Chart yang berikut, kita boleh lihat garis RESISTANCE. RESISTANCE ini adalah
garis major, yang telah cuba ditembusi beberapa kali sebelum ini. Tiba tiba garis
RESISTANCE ini pecah. Adakah ia Fakeout? Ataupun benar ?Untuk mengetahuinya
kita perlu tunggu sehingga FTR terbentuk.

FTR telah terbentuk.Price telah menjauhi garis RESISTANCE. FTR ini adalah tempat
yang menarik untuk trade dalam kedatangan kali pertama. Kedatangan kali pertama
mungkin berlaku dalam tempoh satu minggu.Perhatikan tindakbalasnya. Kedatangan
yang pertama ke FTR kita kenali sebagai FTB (First Time Back)

~ 35 ~
Setelah kita mengkaji Diagram di atas, kita boleh cuba perhatikan contoh sebenar FTR.

Untuk pemahaman bersama, kita akan lihat dua lagi contoh.

~ 36 ~
Garis Minor SNR

Penting untuk kita fahami bahawa dalam ketiga-tiga Chart di atas, bukan FTR itu sahaja
yg berlaku. Setiap kali Price memecahkan garis SNR minor, gagal untuk kembali dan
meneruskan perjalanannya, FTR telah berlaku.

Dalam lakaran sebenar, chart bukanlah semudah dan secantik diagram di atas. Dalam
Chart seterusnya kita boleh perhatikan situasi sebenar chart.

~ 37 ~
Ambil masa anda dan kaji Chart di atas. Kita tidak akan tandakan semua FTR yang ada
kerana ia akan menyemakkan Chart.

Cuba tandakan semua FTR di chart anda. Praktis! Tandakan high/low, lihat di mana ia
engulf, kemudian cari FTR. Ulang di high/low seterusnya.

Ingat, tidak semua FTR boleh di Trade.Di sini kita ingin belajar bagaimana untuk
mengenali FTR dan bagaimana untuk menandainya.

FTR setelah FTR dipecahkan dalam arah yang bertentangan

FTR terbentuk setelah berlaku engulf di zon halangan. Salah satu zon halangan ini
adalah FTR dalam arah yang bertentangan. Cuba lihat diagram di bawah;

Berlaku engulf di FTR d dan FTR 1 terbentuk, dan seterusnya.

~ 38 ~
Gambaran sebenar di Chart

~ 39 ~
FTR setelah PAZ limit dipecahkan

PAZ limit adalah salah satu zon halangan. PAZ limit dipecahkan membawa kepada satu
FTR yang sangat penting. Walaubagaimanapun, ini adalah level advanced yang akan
kita pelajari kemudian.

Konklusi

Di sini kita cuba untuk memperkenalkan satu elemen penting dalam struktur Price
Action, iaitu FTR. Kita telah pelajari bagaimana FTR terbentuk setelah zon halangan
dipecahkan.Perlu kita fahami bawah FTR adalah tempat di mana trader trader besar
buka/tutup posisi mereka. Ini bererti ia adalah tempat yang sangat baik untuk kita
mencari trade setup atau pun target.

Namun demikian, perlu ditekankan bahawa FTR semata-mata tidak cukup untuk trade.Ia
perlu datang dengan komponen-komponen lain yang tidak kurang penting seperti,
Engulfing misalnya.

~ 40 ~
BAB 6 : COMPRESSION

Trade dalam zon Supply/Demand boleh jadi agak menggusarkan kerana harga tidak
selalu bertindakbalas sepertimana yang kita inginkan.

Namun, kita seringkali ditunjukkan yang big trader bersedia untuk menukarkan arah
harga di zon seterusnya.

Dalam keadaan harga yang sedang mendaki, mereka mula menjual untuk mendapatkan
Demand sepanjang pendakian, memenuhi order. Jadi apabila mereka meletakkan Order
Besar mereka di Supply, semua buy order telah hilang dan Price akan menjunam ke titik
permulaan Compression, ataupun melangkauinya.

Ia adalah prinsip yang sama berlaku di Compression menuju Demand.

~ 41 ~
~ 42 ~
~ 43 ~
Dalam contoh di bawah, price compress hingga ke titik tertentu, ke atas di mana tiada
Supply yang tinggal sebelum titik asal, jadi ia terbang ke atas sebelum reverse dan
melintasi CP. Ini di kenali sebagai Compression dan Liquidity. (CPLQ)

~ 44 ~
~ 45 ~
BAB 7 : QM – QUASIMODO

QM ataupun Quasimodo adalah satu bentuk PA yang agak menarik dan berkesan.

Ia memberikan tanda yang jelas yang menyatakan bahawa pendana yang besar sedang
bersedia untuk mengubah arah pergerakan harga. Ia seringkali berjaya mengelirukan
trader yang tidak berpengalaman supaya melepaskan order kepada mereka, bagi
memenuhi pesanan mereka yang sangat besar.

Kita memerhatikan QM ini di area Supply n Demand, di mana kita lihat untuk semua
trade kita dan gunakan ia sebagai QM.

~ 46 ~
~ 47 ~
~ 48 ~

Anda mungkin juga menyukai