Anda di halaman 1dari 25

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH: KAJIAN KES DI


SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH BERA

NAMA: AISYAH BINTI CHE ISMAIL NO I/C: 921230-06-5712

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN, 28330 TRIANG,


PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH: 19 FEBRUARI 2011


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam menyiapkan

kajian ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Purun, Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah kerana memberi sokongan dalam usaha saya

menyiapkan kajian ini. Sokongan dan kerjasama pihak tuan amat saya hargai.

Saya juga ingin berterima kasih kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan

Roshaida binti Kamaruddin kerana sentiasa memberi kerjasama kepada saya dalam

menyiapkan kajian ilmiah ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan membolehkan saya

menjalankan kajian ini dengan lebih lancar.

Sejuta penghargaan juga ditujukan kepada Encik Asmawi bin Abdullah selaku guru

pembimbing kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya

melengkapkan kajian ini khususnya daripada aspek kaedah dan penulisan laporan kajian.

Sokongan dan kerjasama rakan–rakan juga turut saya hargai. Sokongan dan kerjasama

rakan-rakan dalam kajian ini banyak membantu saya dalam proses menjalankan kajian ilmiah

ini serta membantu memantapkan lagi kajian ini.

Kerjasama pelajar-pelajar pra universiti juga amat dihargai khususnya sebagai responden

untuk melengkapkan kajian ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pelajar banyak

membantu saya bagi melengkapkan kajian ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan kajian ini. SEKIAN.

i
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Penghargaan i
Abstrak 1
Pendahuluan 2
Pernyataan masalah 3
Tujuan kajian 4
Soalan kajian 4
Skop kajian 5
Kepentingan kajian 5
Kaedah kajian 6
Dapatan kajian 7
Perbincangan 12
Kesimpulan 14
Rujukan 15
Lampiran 16

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap

perkhidmatan kantin sekolah dalam kalangan pelajar pra universiti. Selain daripada itu, kajian

ini bertujuan untuk melihat tahap kebersihan diri serta persekitaran, harga makanan, jumlah

kuantiti bagi pelajar dan perkhidmatan serta layanan yang diberikan oleh para pekerja kantin.

Kajian ini telah dijalankan disebuah sekolah menengah di daerah Bera, Pahang. Subjek kajian

yang adalah seramai 50 orang pelajar pra universiti. Instrumen kajian adalah menggunakan
borang soal selidik dan data di analisis menggunakan kaedah statistik dan peratus. Hasil

kajian mendapati daripada aspek kebersihan sama ada persekitaran mahupun kebersihan diri

didapati sebahagian besar pelajar mengatakan tahap kebersihan adalah kurang memuaskan.

Kajian ini juga mengkaji mengenai harga makanan di kantin dan dapatan kajian mendapati

hampir semua pelajar mengatakan harga menu yang tertera ditampal tidak sama dengan harga

semasa urusan jual beli. Seterusnya, sebahagian besar pelajar berpendapat kuantiti makanan

yang disediakan tidak mencukupi dan hanya sebahagian kecil sahaja yang mengatakan

kuantiti makanan adalah mencukupi. Dalam kajian ini juga mendapati,tahap perkhidmatan

dan layanan yang diberikan oleh pekerja kantin adalah kurang memuaskan. Kesimpulannya,

kajian ini juga merupakan sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan tahap pengurusan

kantin di sekolah tersebut dan memberikan idea kepada pihak sekolah bagi membangunkan

taraf perkhidmatan kantin.

PENDAHULUAN

Kantin merupakan tempat yang dikhaskan untuk warga sekolah makan dan minum sepanjang

tempoh persekolahan. Layanan kantin  atau kafetaria merupakan salah satu bentuk layanan

khusus di sekolah yang berusaha menyediakan makanan dan minuman yang diberikan kepada

para pelajar siswa atau warga sekolah. Good (1959) dalam bukunya Dictionary of Education

mengatakan bahawa: “cafetaria a room or building in which public school pupils or college

student select prepared food and serve themselves”. Kantin adalah suatu ruang atau bangunan
yang berada di sekolah mahupun perguruan tinggi, di mana menyediakan makanan yang sihat

untuk para pelajar yang dilayani oleh petugas kantin.

Selain itu, kantin sekolah memainkan peranan penting di setiap sekolah dan merupakan

sumber ekonomi kepada setiap pekerja dan pihak kantin itu sendiri. Kualiti dan kebersihan

kantin itu juga haruslah menepati setiap kepuasan dalam diri setiap pelanggan yang datang ke

kantin tersebut. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pelanggan yang pergi ke kantin

mahukan kesempurnaan dan keselesaan yang terjamin supaya tidak mendatangkan kesan

yang buruk kepada diri masing-masing. Oleh itu, kantin sendiri harus mengikuti prosedur

tentang cara mengolah dan menjaga kebersihan kantin. Makanan yang disediakan kantin

haruslah bersih dan halal. Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran

sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.

Pengurusan sesebuah kantin sekolah adalah merupakan tanggungjawab bersama Pengetua

atau Guru Besar, GPK HEM dan pengusaha kantin itu sendiri. Pihak sekolah hendaklah

menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan dan kemudahan–

kemudahan kantin sentiasa terkawal agar para pelajar selesa sewaktu makan di kantin.

PERNYATAAN MASALAH

Pengusaha kantin dan para pekerja bertanggungjawab dalam penyediaan makanan di kantin

sekolah. Penyediaan makanan yang tidak sesuai dan tidak bersih serta tidak mematuhi

beberapa syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan

mendatangkan pelbagai kesan buruk. Masalah kebersihan diri para pekerja dan persekitaran

kantin yang kurang memuaskan akan menyebabkan pelbagai penyakit berlaku seperti

kolera(taun) dan keracunan makanan.


Selain itu, pengusaha tidak mematuhi menu dan sebut harga yang telah dipersetujui

semasa permohonan untuk mendapatkan tender. Biasanya harga yang dijual lebih mahal

berbanding harga yang ditampal di kaunter pembelian makanan.

Pelajar juga tidak mempunyai pilihan untuk membeli makanan. Makanan yang disediakan

sewaktu rehat amat terhad iaitu satu atau dua jenis sahaja setiap hari. Kuantiti makanan yang

sedikit tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai dan menyebabkan para pelajar

terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan makanan.

Kecekapan para pekerja kantin juga memainkan peranan dalam mengawal kesesakan

pelajar sewaktu rehat. Layanan para pekerja yang kurang mesra tidak dapat merapatkan

hubungan sesama pelajar.

Memandangkan kantin adalah kawasan yang penting bagi sesebuah sekolah, kajian ini

dijalankan bagi meninjau sejauh manakah tahap kepuasan pelajar terhadap kantin sekolah

mereka.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan kantin

sekolah. Kajian ini akan dapat memberi gambaran secara empirikal tentang tahap kepuasan

pelajar terhadap perkhidmatan kantin sekolah. Antara tujuan kajian ini ialah untuk

mengetahui tahap kebersihan diri para pekerja kantin. Kajian ini juga dijalankan bagi

meninjau sejauh manakah tahap kebersihan persekitaran kantin. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan untuk mengetahui harga menu yang ditampal di kantin sama dengan semasa urusan

jual beli. Kajian ini juga dijalankan untuk meninjau kuantiti makanan yang disediakan
mencukupi atau tidak untuk para pelajar. Daripada kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui

tahap perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh warga kantin kepada para pelajar.

SOALAN KAJIAN

Berlandaskan tujuan kajian di atas maka kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan yang

berikut :

1.Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri serta persekitaran?

2.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan?

3.Adakah kuantiti makanan yang disediakan mencukupi untuk para pelajar?

4.Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan?

SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 50 orang pelajar pra universiti dan hanya dijalankan di sebuah

sekolah menengah di Daerah Bera. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak dapat memberi

gambaran di sekolah lain.

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah memantau pengurusan kantin agar para

pelajar berpuas hati dari segi semua aspek pengurusan serta pengendalian makanan di kantin

sekolah. Kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan perlu ditingkatkan agar para pelajar

memperoleh makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan mereka. Harga yang ditetapkan

juga perlulah berpatutan serta mengikut harga yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru bertanggungjawab memastikan

pihak pengurusan kantin menguruskan kantin dengan betul serta merancang strategi untuk

meningkatkan taraf perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pihak pengurusan sekolah harus sentiasa memantau perkhidmatan kantin dari segi kualiti

makanan, kebersihan persekitaran kantin serta kebersihan pengendali makanan secara

keseluruhan. Selain itu, pihak sekolah harus mendisiplinkan pelajar tentang tatacara ketika

berurusan di kantin agar para pelajar mematuhi peraturan di kantin.

Pihak pengurusan kantin perlulah memberi kerjasama kepada pihak sekolah agar

mematuhi semua peraturan yang telah digariskan. Pengusaha juga perlulah menjaga nama

baik sekolah dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pihak. Selain itu,

pengusaha kantin haruslah sentiasa berbincang dengan pihak pentadbir bagi memuaskan hati

semua pihak.

KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan–soalan kajian di atas.

Sekumpulan pelajar yang terdiri pelajar pra universiti dari sebuah sekolah telah digunakan

sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai 50 sampel telah

digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab keempat-empat soalan

tersebut.

Jumlah sampel yang dipilih merangkumi 100 peratus iaitu keseluruhan responden iaitu

pelajar pra universiti meghantar semula borang soal selidik yang telah diedarkan. Antara

sampel yang digunakan adalah seramai 17 (34%) sampel pelajar lelaki dan 33 (66%) sampel

pelajar perempuan. Sampel kajian ini diambil mengikut kelompok pelajar mengikut kelas,

kelas pertama seramai 17 (34%) sampel, kelas kedua seramai 18 (36%) sampel dan kelas

ketiga pula seramai 15 (30%) sampel.

Instrument kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu terdiri daripada

soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu jantina dan kelas. Bahagian

kedua pula terdiri daripada empat perkara yang berkaitan dengan tahap kebersihan diri

pekerja kantin dan tahap kebersihan persekitaran kantin, harga menu di kantin sekolah,

kuantiti makanan serta tahap perkhidmatan para pekerja kepada pelajar. Manakala, bahagian

ketiga pula mengemukakan soalan terbuka iaitu cadangan bagi meningkatkan taraf

perkhidmatan kantin. Antara cadangan yang dikemukakan ialah persekitaran di dalam dan di

luar kantin lebih bersih, pihak sekolah memastikan tiada haiwan seperti ayam berkeliaran di

kawasan kantin, segala keperluan seperti sudu dan pinggan mencukupi untuk pelajar dan

menyarankan pihak kantin mempelbagaikan menu agar pelajar tidak terhad memilih makanan

serta cukup untuk para pelajar.


Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji yang mengambil data dan dianalisis

menggunakan kaedah statistik iaitu bagi mengukur peratus. Data diproses dengan

menggunakan kaedah analisis asas matematik, graf, carta pie serta jadual .

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah cuba menjawab empat soalan utama kajian. Bahagian ini akan cuba

mengemukakan data empirikal bagi menjawab keempat-empat soalan kajian tersebut.

1.(a) Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri ?

Jadual 1: Kebersihan diri pihak pengurusan kantin

Kebersihan diri Jumlah pelajar Peratus (%)


Sangat Bersih 1 2
Bersih 5 10
Memuaskan 10 20
urang Memuaskan 24 48
Kotor 7 14
Sangat kotor 3 6

Jadual 1 menunjukkan tahap kebersihan diri pihak pengurusan kantin. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa peratusan tahap kebersihan diri pihak pengurusan kantin yang paling

tinggi adalah kurang memuaskan iaitu sebanyak 48 %.

Sementara itu, sebanyak 20% bagi kategori memuaskan, diikuti 14% mengatakan kotor.

Kelompok pelajar yang mengatakan bersih dan sangat kotor ialah 10 % dan 6 %. Peratus

yang mengatakan tahap kebersihan diri di tahap sangat bersih adalah sebanyak 2% .
Tahap kebersihan diri pihak pengurusan kantin

Sangat Kotor Sangat Bersih


6% 2%
Bersih
10%
Kotor
14%

Memuaskan
20%

Kurang Memuaskan
48%

b). Adakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan persekitaran ?

Jadual 2 : Kebersihan persekitaran kantin

Kebersihan persekitaran Jumlah Pelajar Peratus ( % )


Sangat Bersih 1 2
Bersih 3 6
Memuaskan 8 16
Kurang memuaskan 18 36
Kotor 13 26
Sangat Kotor 7 14

Jadual 2 menunjukkan kebersihan persekitaran kantin sekolah tersebut. Dapatan kajian

daripada soal selidik, kurang memuaskan adalah sebanyak 36 %, kotor adalah sebanyak

26% dan seterusnya memuaskan sebanyak 16%.


Seterusnya, sebanyak 14% pelajar mengatakan kebersihan persekitaran kantin adalah sangat

kotor dan bersih sebanyak 6%. Peratusan bagi persekitaran yang sangat bersih ialah 2%

sahaja iaitu peratusan yang sangat kecil jumlahnya.

Tahap kebersihan persekitaran kantin

14% 2%
6% 16%

Sangat Bersih
Bersih
Memuaskan
Kurang Memuaskan
26%
Kotor
Sangat Kotor

36%

2.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah

dilekatkan?

Jadual 3 : Harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan

Harga menu Jumlah pelajar Peratus (%)


Ya 12 24
Tidak 38 76

Jadual 3 menunjukkan harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah

dilekatkan. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, sejumlah 76 % pelajar mengatakan

harga semasa urusan pembelian tidak sama dengan harga yang telah dilekatkan. Manakala
hanya 24% pelajar sahaja yang menjawab harga semasa urusan pembelian sama seperti

butiran harga yang telah dilekatkan.

Harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran


harga yang telah dilekatkan
Ya Tidak

24%

76%

3. Adakah kuantiti makanan yang disediakan mencukupi untuk para pelajar ?

Jadual 4 menunjukkan kuantiti makanan yang disediakan untuk para pelajar. Berdasarkan

dapatan kajian yang dijalankan, sebanyak 88% pelajar mengatakan makanan yang disediakan

tidak mencukupi untuk para pelajar. Manakala bagi yang menjawab Ya adalah sebanyak 12%

seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

10

Jadual 4: Kuantiti makanan

Kuantiti makanan Jumlah pelajar Peratus (%)


Ya 6 12
Tidak 44 88

Kuantiti Makanan
Ya Tidak
12%

88%

4. Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan ?

Jadual 5 : Perkhidmatan kepada pelajar

Tahap perkhidmatan Jumlah Pelajar Peratus(%)


Sangat baik 2 4
Baik 8 16
Memuaskan 19 38
Kurang memuaskan 21 42

11

Jadual 5 di atas menunjukkan tahap perkhidmatan pekerja kepada pelajar. Dapatan kajian

menunjukkan, 44% pelajar mengatakan kurang memuaskan terhadap perkhidmatan dan

layanan yang diberikan.


Tahap Perkhidmatan dan Layanan

21
19

Tahap Perkhidmatan dan


Layanan

2
Sangat Baik Baik Memuaskan Kurang Memuaskan

PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar pra universiti terhadap

perkhidmatan kantin sekolah. Data yang diperolehi daripada 50 orang pelajar telah digunakan

untuk menjawab 4 soalan utama kajian ini. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai

rujukan bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kantin kepada para pelajar.

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian iaitu kebersihan

diri serta persekitaran pihak pengurusan kantin. Hasil kajian menunjukkan bahawa

sebahagian besar pelajar berpendapat kebersihan diri pihak pengurusan kantin ditahap yang

kurang memuaskan. Bagi kebersihan persekitaran kantin seperti longkang dan sinki pula,

12

dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh pelajar mengatakan kebersihan

persekitaran adalah kurang memuaskan seperti longkang, sinki dan kawasan untuk para

pelajar makan.
Dari sudut harga pula, hampir sebahagian pelajar memberikan respon bahawa harga

semasa urusan pembelian tidak sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan. Hanya

segelintir pelajar berpendapat harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga

yang telah dilekatkan.

Berdasarkan analisis kajian, makanan yang disediakan untuk para pelajar adalah tidak

mencukupi bagi para pelajar. Hanya segelintir pelajar sahaja berpendapat kuantiti makanan

mencukupi untuk para pelajar. Hal ini disebabkan jumlah menu yang disediakan terhad dan

para pelajar tidak dapat membuat pilihan makanan.

Kajian ini menunjukkan bahawa tahap perkhidmatan serta layanan pekerja kantin kepada

pelajar adalah kurang memuaskan. Sikap kurang mesra antara satu sama lain tidak dapat

mengeratkan hubungan antara satu sama lain khususnya sebagai warga sekolah.

Kajian ini juga memperoleh beberapa cadangan yang bernas bagi meningkatkan taraf

perkhidmatan kantin. Para pelajar mencadangkan agar pihak sekolah memastikan tiada

haiwan seperti ayam berkeliaran di kawasan sekolah khususnya di kawasan kantin. Selain itu,

para responden menyarankan agar pihak kantin mempelbagaikan menu agar para pelajar

tidak terhad memilih makanan yang dikehendaki serta mencukupi untuk para pelajar bagi

mengelakkan pelajar terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan makanan. Ia

merupakan satu cadangan yang positif khususnya bagi pihak kantin bagi memantapkan lagi

13

tahap pengurusan kantin sekolah.


KESIMPULAN

Kantin sekolah merupakan tempat yang penting untuk warga sekolah khususnya para pelajar

bagi sesi persekolahan untuk makan dan minum. Tujuan utama mengadakan kantin di

sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada para pelajar bagi

kepentingan tumbesaran dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka

berada di sekolah. Kantin sekolah juga merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik

mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang baik. Kajian ini telah cuba untuk

mendedahkan tahap kepuasan pelajar pra universiti terhadap perkhidmatan kantin sekolah

dan seterusnya dapat membantu pihak kantin meningkatkan kesempurnaan yang sedia ada

serta mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data yang telah diperlihatkan.

14

RUJUKAN
 Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005, Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.

Gempita Maju Sdn . Bhd. – Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras

3&4, Blok E 2,Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya

 The Star,Majalah Kuntum Januari 2011,Piramid Makanan dan Panduan Makanan

Sihat. KUM PRINTERS SDN BHD- Menara Star, 15 Jalan 16/11 ,46350 Petaling

Jaya

 Ingatan Kepada Bakal Pengusaha Kantin, November 2008,

http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/ingatan-kepada-bakal-pengusaha-kantin-

sekolah.html

 Surat Pekelilng Ikhtisas, Mac 2010, http://www.google.com.my/search?

client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US

%3Aofficial&channel=s&hl=en&source=hp&q=KANTIN+SEKOLAH&meta=&btn

G=Google+Search

 Perkhidmatan kantin sekolahhttp://www.bicaraguru.com/showthread.php?93-adakah

anda berpuas hati dengan kantin sekolah anda?

15

LAMPIRAN
Pusat Pembelajaran Tingkatan 6,

Sekolah Menengah Kebangsaan Purun , 28200 Triang , Pahang Darul Makmur .

___________________________________________________________________________

Soal selidik ini adalah berkenaan dengan kajian tahap kepuasan pelajar terhadap

perkhidmatan di kantin sekolah . Diharap para responden memberi maklumat dengan ikhlas .

Responden anda amat dihargai . Sekian , terima kasih .

BAHAGIAN I

Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan menggunakan pensel.

1.Jantina

( ) Lelaki ( ) Perempuan

2.Kelas

( ) PPUB 1 ( ) PPUB 2 ( ) PPUB 3

16

BAHAGIAN II
Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.

1.Apakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan diri? Sila pilih tahap

kebersihan diri pihak pengurusan kantin.

( ) Sangat bersih ( ) Kurang memuaskan

( ) Bersih ( ) Kotor

( ) Memuaskan ( ) Sangat kotor

2.Apakah pihak pengurusan kantin mengamalkan kebersihan persekitaran kantin? Sila pilih

tahap kebersihan persekitaran kantin.

( ) Sangat bersih ( ) Kurang memuaskan

( ) Bersih ( ) Kotor

( ) Memuaskan ( ) Sangat kotor

3.Adakah harga semasa urusan pembelian sama seperti butiran harga yang telah dilekatkan?

( ) Ya ( ) Tidak

4.Adakah kuantiti makanan yang sering disediakan mencukupi untuk para pelajar?

( ) Ya ( ) Tidak

5.Adakah perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar memuaskan?

( ) Sangat baik ( ) Memuaskan

( ) Baik ( ) Kurang memuaskan

17

Soalan Terbuka
1.Berikan cadangan anda bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kantin. Pilih satu cadangan

sahaja.

( ) Persekitaran di dalam dan di luar kantin lebih bersih terutama di tempat penyediaan

makanan, longkang dan singki tidak tersumbat.

( ) Pihak sekolah memastikan tiada haiwan seperti ayam berkeliaran di kawasan sekolah

khususnya di kantin sekolah.

( ) Segala keperluan seperti sudu dan pinggan mencukupi untuk para pelajar.

( ) Menyarankan pihak kantin mempalbagaikan menu agar para pelajar tidak terhad

memilih makanan yang dikehendaki serta mencukupi untuk para pelajar bagi mengelakkan

pelajar menunggu lebih lama.

18

GAMBAR KANTIN SEKOLAH


19
20

Anda mungkin juga menyukai