Anda di halaman 1dari 16

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

AA 201 PENDIDIKAN ISLAM II

TAJUK:
REPORT TALAK & NUSYUZ

NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN

NORSYADIQAH BT 08DKA10F1091
SUHAIMI
ASIAH BT ISMAIL 08DKA10F1089
NUR AQILAH BT ABD 08DKA10F1095
JALIL
NOOR FAIZAH BT RAZALI 08DKA10F1079
NUR AINATUL MARDIAH 08DKA10F1087
NURUL ATHIRA BT 08DKA10F1100
RUSLAN

ISI KANDUNGAN

1
No Tajuk Muka
surat
1 Talak 3-10
i)pengenalan
ii)hukum
iii)jenis lafaz talak
iv)jenis talak
v)kesan talak
vi)hikmah talak
2 Nusyuz 11-12
i)pengenalan
ii)perbuatan akibat nusyuz
iii)akibat nusyuz
iv)cara mengatasi
v)cara memukul yang
diharuskan
3 Kesimpulan 13
4 Lampiran 14
5 Rujukan 15

2
PENGENALAN TALAK

>Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau "melepaskan".

>Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan
kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian".

Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya mereka berdua telah
terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan
ingin berdamai, mereka boleh rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan.

Hukum talak
Hukum Penyelesaian
Wajib Jika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan

3
penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju,
mereka perlu bercerai.
Apabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana
Sunat
berkelakuan tidak baik.
Jika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik
Makruh
tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.
Seorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang
Haram
dalam keadaan haid atau nifas.
Harus Apabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.

Jenis-jenis Lafaz Talak

Lafaz talak terbahagi kepada dua:


>Talak Sharih
>Talak Kinayah.

Talak Sharih
> membawa maksud "nyata" atau "jelas" iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan
kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada
pengertian yang selainnya, seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".

Contoh lafaz yang Sharih:


>Aku ceraikan kau dengan talak satu
>Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
>Hari ini aku ceraikan kau

Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih" seumpama di atas ini, maka
talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.

Talak Kinayah

4
>kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya.
>Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
*Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
*Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
*Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi

Jenis-jenis Talak

Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti
berikut:
>Talak Raj'ie
>Talak Battah
>Talak Bain
>Menjatuhkan talak tiga sekaligus
>Talak Sunni
>Talak Bid'i

1. Talak Raj'ie
>Talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, iaitu pasangan
tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan kabul. >Talak yang dilafazkan oleh suami
hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

2. Talak Battah
> talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya, umpamanya perkataan
suami kepada isterinya,

"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"

5
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut niatnya, jika suami berniat
satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.

3. Talak Bain
Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:
>Talak Bain Kubra
>Talak Bain Sughra.

1.Talak Bain Kubra


>talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu suami telah menceraikan
isterinya sebanyak tiga kali.
>Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan isteri tersebut
menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah.
>Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah
suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.

2.Talak Bain Sughra


>talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh "Rujuk"
kembali melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari
talak Bain Sughra adalah:

>Talak yang diputuskan oleh Hakam


>Talak melalui Khulu'
>Talak yang difasakhkan oleh Hakim

6
4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum hanya
jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab ra menjadi Khalifah, beliau telah
menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus. Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di
zamannya ketika itu masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.

Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes pasangan yang terbabit
dan memutuskan hukum talaknya.

5. Talak Sunni
> talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan isterinya di saat ia telah suci
dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.

6. Talak Bid'i
> talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:

>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).


>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami telah bersatu
dengannya.

7
Kesan talak

Kesan Emosi
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan
perasaan berikut :
• Jiwa terganggu
• Marah
• Sedih
• Tidak bermaya
• Rasa bersalah
• Terpencil
• Rendah diri
• Runsing
• Putus asa/kecewa
• Kesunyian

Kesan Terhadap Anak


Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang
mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan
perceraian terhadap anak-anak ialah:-
Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:
• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
• Perasaan terganggu dan bingung
• Hilang tumpuan pada pelajaran
• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

8
Emosi

>Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda).

>Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.

>Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing.

>Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-mara dalam hal
penjagaan anak-anak.

>Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam
hal-hal seharian.

Hikmah talak

9
>Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk berpisah bagi memulakan
kehidupan baru.

>Dapat menyedarkan suami dan isteri tentang kepentingan menghayati ajaran Islam.

>Memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf dan sedar akan
kelemahan masing-masing

Pengenalan nusyuz

10
Bahasa : Derhaka atau ingkar
Istilah : Isteri yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan hak dan
tanggungjawab kepada suaminya sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh syarak.

 Perbuatan - Perbuatan Yang Dikira Nusyuz

1) Keluar rumah dengan tiada tujuan yang mustahak tanpa izin suami atau ke tempat yang tidak
dibenarkan oleh suami.
2) Tidak melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti uzur.
3) Pergi ke suatu tempat yang jauh sehingga terpaksa meninggalkan rumah beberapa hari tanpa izin
suaminya
4) Tidak mengikut perintah suaminya yang munasabah seperti menyuruh isterinya membuat sesuatu
kerja yang munasabah tetapi tidak dilakukannya.
5) Tidak mengikut larangan suaminya yang munasabah seperti melarang sesorang yang tidak
disukai memasuki rumahnya.

 Akibat Daripada Perbuatan Nusyuz

1) Isteri hilang haknya sebagai isteri.


2) Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya
3) Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.
4) Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.

Cara-Cara Mengatasi Perbuatan Nusyuz

1) Suami hendaklah menasihati isterinya dengan cara yang bijaksana dan


menerangkan kepada isterinya mengenai kesalahan yang telah dilakukan
oleh si isteri dengan baik.
2) Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri
daripada isterinya tidak lebih daripada tiga hari.
3) Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa kesan yang positif

11
kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi
bukan untuk mencederakannya.

Cara Memukul Yang Diharuskan

1) Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.


2) Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.
3) Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya.
4) Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.

Perbuatan Nusyuz Dapat Dihindarkan Sekiranya

1) Suami dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik.


2) Suami memberi didikan agama kepada isteri.
3) Suami dan isteri hendaklah saling memahami dan bekerjasama bagi
mengatasi sebarang masalah yang berlaku.

KESIMPULAN

Suami dan isteri umpama pakaian yang saling berperanan antara satu sama lain untuk tujuan kasih
sayang, perlindungan dan juga kemanusiaan. Masakan sesebuah rumah tangga mampu tenang sekiranya
suami dan isteri seringkali berbalah antara satu sama lain dan hal ini sama sekali sudah menyalahi
matlamat asal perkahwinan yang mana perkahwinan ini adalah untuk mendatangkan ketenangan di
antara suami dan isteri.

Konklusinya, dalam sesebuah rumahtangga suami dan isteri perlu saling memahami dan saling
menghormati antara satu sama lain. Seandainya wujud perasaan hormat nescaya suami atau isteri tidak
sanggup untuk menyakiti hati dan perasaan pasangan masing - masing. Isteri sememang wajib untuk
mentaati si suami dan tidak harus kita lupa bahawasanya si suami juga perlu menghormati si isteri
kerana isteri bukannya hamba abdi tetapi adalah teman yang dekat di hati dan yang akan menemani
sepanjang hidup melalui jalan-jalan hidup di saat susah atau senang.

12
LAMPIRAN

WEDNESDAY, JUNE 16, 2010

Kes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Permasalahannya


Kes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Permasalahannya*
Oleh: Hamdi Bin Ishak

*Kertas kerja asal dibentangkan di Seminar Pemahaman Enakmen Keluarga Islam Kedah di Baling, Kedah pada 22 April 2010  anjuran
Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankausa Syariah Badan Peguam Kedah/Perlis.
*Kertas Kerja asalnya ini ditulis dan dibentangkan dengan menggunakan format Microsoft Power Point.

Pendahuluan
Kertas kerja ini mengandungi perbincangan yang dikhususkan kepada topik masalah-masalah dan
cabaran yang dihadapi dalam perbicaraan kes-kes Nusyuz di Mahkamah Syariah. Dalam membincangkan
topik ini penulis memilih untuk merujuk secara khusus kepada undang-undang keluarga Islam yang
terpakai di Negeri Kedah iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Penulis juga
memilih untuk merujuk kepada kes-kes yang dilaporkan di dalam jurnal-jurnal sahaja walaupun kes-kes
itu bukanlah kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Ini bagi memudahkan peserta
Seminar membuat rujukan sendiri selepas ini.

Nusyuz Wanita Dalam al-Quran

Al-Nisa’: 34“Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan
pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka
janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha
Besar”

13
nukilan hamdi Ishak Pada 12:28:00 PM
Labels: hadhanah, Mahkamah Syariah, Nusyuz

0 komen anda:
Post a Comment

Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)


ABOUT THIS BLOG

Blog ini memaparkan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Kekeluargaan, Hibah,
Wasiat, Pernikahan, Perceraian, Peguam Syarie dan lain-lain. Pandangan dan komen yang membina dari pengunjung blog ini amat dialu-alukan.
Penulis juga boleh dihubungi melalui email habis71@yahoo.com.

PENULIS

Alor Setar, Kedah, Malaysia

RUJUKAN

1.ustazroslidhoby.blogspot.com/.../soalan-berkaitan-dengan-talak-bain.html – 

2.fkunhas.com/l/pengenalan+talak+dalam+islam.html - Cached

3.www.ebooklibs.com/pengertian_talak.html - United States - Cached

4.w helikmedia.wordpress.com/.../huraian-al-quran-tentang-nusyuz-suami-dan-isteri-pengertian-dan-
penyelesaian/ - Cached - ww.pdfebooksdownloads.com/talak-menurut-islam.htm

5.adamayu.blogspot.com/2010/12/suami-nusyuz.html – 

6.oaljawab.wordpress.com/2007/11/.../nusyuz-dan-lafaz-cerai/ - Cac forum.cari.com.my › CARI Malay


Forums › Agama Islam & Muslim -hed – 

14
15
16

Anda mungkin juga menyukai