KERAJAAN MALAYSIA
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
KANDUNGAN
1. Tujuan ……………………………………………………………………………. 1
LAMPIRAN …………………………………………………………………….... 17 - 21
ii
PB 1.3 Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan
Persekutuan Tahun 2022
1. Tujuan
Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi panduan bagi penyediaan cadangan
anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan Persekutuan bagi tahun
2022.
2.1 Pada tahun 2021, ekonomi Malaysia diunjur kembali berkembang pada
kadar antara 6.5% hingga 7.5%1 selepas mengalami pertumbuhan yang
negatif pada tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang
berpanjangan dan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Unjuran ini
adalah sejajar dengan unjuran pemulihan ekonomi global pada tahun 2021
oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF)2, iaitu Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) dunia dianggar meningkat pada kadar 5.5%, manakala
perdagangan dunia dijangka turut berkembang pada kadar 8.1%. Unjuran
pertumbuhan yang signifikan tersebut juga adalah berikutan kesan asas
yang rendah (low base effect) di mana ekonomi dunia telah mengalami
kemerosotan yang ketara pada tahun 2020 dengan Malaysia mencatat
penguncupan pada kadar 5.6%.
2.2 Tindak balas proaktif Kerajaan dalam menangani krisis tersebut secara
berterusan melalui pendekatan Strategi 6R sebagai Strategi Pemulihan
Negara yang terdiri daripada Resolve (Ketegasan), Resilient (Ketahanan),
Restart (Memulakan Semula), Recover (Pemulihan), Revitalise
(Memperkasa) dan Reform (Menyusun Semula) serta pelaksanaan
beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi pada tahun 2020 telah membantu
mengurangkan kesan pandemik kepada ekonomi di mana kadar
penguncupan KDNK negara telah berkurang kepada 3.4% pada suku
keempat berbanding -17.1% pada suku kedua tahun 2020. Langkah
proaktif ini diteruskan pada tahun ini dengan pelaksanaan inisiatif
Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat
Malaysia (PERMAI) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan
Ekonomi (PEMERKASA) yang bertujuan untuk menyokong proses
pemulihan ekonomi negara dalam jangka pendek sebelum strategi terakhir
reformasi bermula dengan pelaksanaan RMKe-12.
1
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
2
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
3.3 Selaras dengan PEMERKASA juga, Kerajaan telah mengenal pasti lima
keutamaan bagi strategi ekonomi jangka pendek seperti berikut:
3
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
Kos dan skop kontrak bagi Locked-in Items sedia ada dan baharu
perlu diteliti bagi memastikan peruntukan disediakan hanya untuk
perkara yang kritikal dan berkeutamaan serta memberi nilai faedah
yang terbaik (best value for money) kepada Kerajaan.
4
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
5
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
6
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
3.9.4 Keperluan peruntukan lain bagi program dan dasar semasa yang
telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri;
7
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
8
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
jangka hayat, fungsi atau kapasiti termasuk Aset Tak Ketara (Objek
Sebagai 39000) hendaklah menggunakan kod akaun di bawah
Objek Am 30000;
4.2 Keperluan Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan “One-Off” tahun 2022 perlu
disediakan berdasarkan kepada Siling Indikatif (SI) yang ditetapkan oleh
Pejabat Belanjawan Negara, MOF.
4.3 Cadangan anggaran perbelanjaaan Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan
“One-Off” yang dikemukakan mestilah disertakan justifikasi lengkap
termasuk kelulusan Jemaah Menteri atau keputusan Kerajaan/Agensi
Pusat dan keperluan kewangan yang berbangkit tersebut perlu diambil kira
dalam had SI yang ditetapkan. Justeru, Kementerian/Jabatan hendaklah
menyusun semula keutamaan Program/Aktiviti/Projek sedia ada bagi
mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.
5.1 Penyediaan cadangan projek baharu Rolling Plan Kedua (RP2) oleh
Kementerian/Jabatan hendaklah mengambil kira dasar dan strategi
RMKe-12. Semasa menyediakan projek RP2, Kementerian/Jabatan juga
hendaklah memberikan keutamaan kepada projek sedia ada RP1, projek
kelulusan khas oleh Kerajaan dan projek yang telah diluluskan secara
berfasa. Selain itu, perancangan projek pembangunan RP2 perlu
mematuhi dasar, akta, pekeliling, garis panduan dan peraturan yang masih
berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penyediaan
Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025.
9
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
10
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
pelaksana projek secara dalam talian melalui Modul Jabatan Teknik dalam
Sistem MyProjek dalam tempoh 14 hari selepas senarai lengkap dimuat
naik ke dalam Sistem MyProjek.
5.4 Bagi cadangan projek baharu yang mempunyai tahap kompleksiti yang
tinggi berdasarkan keutamaan, skop, kos dan tempoh pelaksanaan,
mekanisme penilaian Gerbang Nilai 0 (GN0) dan proses Pengurusan Nilai
Strategik (VMS) perlu dilaksanakan sebelum sesuatu projek diluluskan
oleh UPE, JPM. Proses penilaian ini adalah selaras dengan keputusan
Jemaah Menteri melalui Memorandum Perdana Menteri No. M366/2019
supaya pelaksanaan projek melalui fasa VMS atau GN0.
11
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
5.9 Projek-projek satu baris (one-line item projects) adalah tidak dibenarkan
bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan projek fizikal dan
memastikan perbelanjaan yang lebih telus. Setiap projek hendaklah
mempunyai butiran tersendiri.
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2018, aliran tunai
perbelanjaan pembangunan akan ditentukan oleh MOF. Proses ini akan diadakan
bersama-sama dengan pihak UPE, JPM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian/Jabatan yang terlibat
bermula pada tahun Belanjawan 2020 dan seterusnya.
12
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
13
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
8.7 Selain itu, pelantikan pegawai kontrak baharu di bawah peruntukan Objek
Sebagai 29000 (OS29000) tidak digalakkan kecuali bagi penggantian atau
pembaharuan kontrak pegawai.
9. Penggunaan Aset
14
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
10.1 Laporan Belanjawan Program dan Prestasi tahun 2022 akan meliputi
prestasi sebenar kementerian/jabatan tahun 2020, sasaran bagi
pencapaian tahun 2021 dan 2022. Pegawai Pengawal hendaklah
memastikan pemantauan prestasi dibuat ke atas kerangka keberhasilan
yang telah dikemas kini dan dipersetujui. Kementerian/Jabatan perlu
mengemas kini laporan Program dan Prestasi untuk Belanjawan 2022
melalui sistem MyResults dan juga secara manual mengikut garis panduan
seperti di Lampiran B dan B1.
11. Penutup
15
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
t.t
31 Mac 2021
s.k.
16
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
LAMPIRAN A
17
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
LAMPIRAN B
Tujuan
1. Kertas ini menetapkan garis panduan bagi penyediaan Laporan Belanjawan Program
dan Prestasi Kementerian/Jabatan/Agensi yang akan digunakan sebagai input untuk buku
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Pegawai Pengawal adalah diminta untuk memastikan
agar laporan Belanjawan Program dan Prestasi Kementerian/Jabatan/Agensi yang
disediakan adalah selaras dengan garis panduan dan format yang ditetapkan sebelum
mengemukakan kepada Kementerian Kewangan.
4. Maklumat yang terkandung di dalam Laporan Belanjawan Program dan Prestasi juga
adalah penting kerana penekanannya terhadap prestasi yang berdasarkan kerangka
keberhasilan Kementerian/Jabatan/Agensi. Maklumat tersebut dapat digunakan untuk
membuat penilaian awal terhadap prestasi keseluruhan Kementerian/Jabatan/Agensi
dengan merujuk kepada data perbandingan outcome utama untuk tiga (3) tahun.
5.1 Visi: Satu penyataan rasmi tentang apa yang hendak dicapai oleh
Kementerian/Jabatan/Agensi dalam jangka masa panjang;
5.3 Pelanggan: Pihak yang akan menerima faedah secara langsung daripada
Program/Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi;
5.8 Fungsi Aktiviti: Menerangkan tugas dan peranan Aktiviti serta sumbangan
kepada Program OBB yang berkenaan.
6. Format asas serta garis panduan bagi penyediaan Laporan Belanjawan Program dan
Prestasi Kementerian bagi buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan adalah seperti di
Lampiran B1.
19
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
LAMPIRAN B1
PELANGGAN: Senarai pihak yang akan menerima faedah secara langsung daripada
Program/Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi (terhad lima (5)
pelanggan mengikut susunan keutamaan)
20
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PB 1.3
Fungsi: Fungsi Aktiviti menerangkan tugas dan peranan Aktiviti serta sumbangan
kepada Program OBB yang berkenaan
(senarai kenyataan Fungsi utama perlu ringkas dan padat maksimum
800 aksara)
..………………………………………
(Tandatangan Pegawai Pengawal)
21