Anda di halaman 1dari 14

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

BOLA KERANJANG
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts,
Amerika Syarikat. James Naismith telah memperkenalkan permainan ini
berdasarkan permainan kuno Kaum Indian Mexico. Pada tahun 1932, Persatuan
Bola Keranjang Amatur Antarabangsa ditubuhkan diikuti dengan penerimaan
permainan ini di Sukan Olimpik 1936.
Permainan bola keranjang mula diperkenalkan dan dimainkan sekitar tahun
1920 oleh murid-murid sekolah Cina. MABA atau Persatuan Bola Keranjang Amatur
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, bola keranjang telah dimainkan
di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia, MSSM.

BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN


Permainan ini melibatkan dua pasukan yang mengandungi lima (5) pemain
setiap pasukan. Dua orang pemain bertindak sebagai pertahanan, dua orang
menjadi penyerang sementara seorang lagi menjadi pemain tengah. Hal ini dapat
dijelaskan oleh rajah di bawah yang menunjukkan kedudukan para pemain.
Pada akhir permainan,
pasukan yang mendapat
mata terbanyak diisytiharkan Penyerang
kecil
menjadi pemenang. Pemain
tengah

Pemain
pertahanan

Pengawal Penyerang
penjaring utama

Semua pemain
berpeluang
menjaringkan gol

37
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Permainan bermula dengan lambungan bola di tengah gelanggang.


Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan akan berada di bulatan tengah
gelanggang. Kemudian, pengadil akan melambung bola ke udara lalu kedua-
dua pemain itu berebut untuk merampas bola. Pemain yang dapat merampas
bola akan terus menyerang dan para pemain daripada pasukan lawan akan
bertahan supaya keranjang mereka tidak dibolosi. Selain daripada itu, mereka
akan cuba mencari peluang untuk merampas kembali bola daripada pasukan
yang menyerang.

Skor
Tiga mata jaringan akan diberikan jika jaringan berjaya dilakukan di luar
garisan bulatan. Bagi jaringan yang berjaya dilakukan di dalam garisan bulatan,
satu mata jaringan akan diberikan. Jika pemain pihak lawan pula melakukan
kesalahan, pihak satu lagi akan diberikan menjaringkan gol melalui balingan
percuma.

Mana-mana jaringan dibuat di dalam


kawasan ini mendapat tiga mata

Mana-mana jaringan dibuat


di dalam kawasan ini
mendapat dua mata

Garisan Balingan
Pertama

38
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

KEPERLUAN DAN ALATAN

Bola keranjang

Ukuran lilit : 75 – 78 cm
Berat : 600 – 650 gm

Pakaian pemain
bola keranjang

Bulatan
tengah

Kawasan 14 m
larangan Garis belakang

Garis lemparan
5.80 m
bebas
Garis tengah

Gelanggang
Bola Keranjang
26 m
Garis tepi
Ukuran Tiang
0.9 m
Ukuran Papan Tampan
1.80 m

0.59 m

1.20 m 0.45 m

3.05 m 0.30 m
2.75 m

Garis
belakang
1.20 m

39
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGAIMANA BOLA KERANJANG DIMAINKAN


Cara Memegang Bola

Pemain hendaklah sentiasa


menggunakan kedua-dua
belah tangan dalam setiap
teknik hantaran dan
jaringan.

Hantaran ke Depan Pada Paras Dada

Ilustrasi di sebelah
menunjukkan teknik pergerakan
menghantar bola ke hadapan
pada paras dada secara
turutan.

Perhatikan kedudukan tangan pemain. Bola ditolak dengan


menggunakan kedua-dua belah tangan.

Teknik Pergerakan Penghantaran Bola dari Belakang

Perhatikan bagaimana kedudukan tangan semasa pemain menghantar bola


dari belakang dan cara bagaimana dia menggunakan tangannya ketika
membuat hantaran.

40
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Teknik Pergerakan Hantaran Bola di Atas Kepala Secara Turutan

Perhatikan bagaimana
pemain memegang bola,
mengangkat bola ke atas
dan kemudiannya membuat
hantaran dengan
menggunakan teknik
hantaran atas kepala. Pada
peringkat awal, pemain
memegang bola dengan kedua-dua tangannya kemudian mengawal bola
dengan sebelah tangan sebelum membuat hantaran.

Teknik Menggelecek Bola Mengikut Lantunan Bola


Perhatikan bagaimana
pemain menggelecek
bola mengikut lantunan
bola. Lihat kedudukan
kaki dan tangan pemain
semasa membuat
gelecekan tersebut.

Teknik Melepasi Kepungan Pemain Lawan dari Arah Tepi

Dalam permainan ini, tidak dapat tidak para


pemain akan berdepan dengan kepungan.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap
pemain untuk mengetahui teknik
bagaimana hendak melepaskan diri
dari kepungan melalui arah atau
bahagian tepi. Perhatikan
bagaimana pemain membuat helah
dan seterusnya berpusing
ke arah sebelah tepi bagi
melepaskan diri dan
bersedia untum membuat
jaringan atau tolakan ke
dalam keranjang.

41
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Cara Pergerakan Menggelecek Bola Melalui Belakang

Perhatikan langkah-langkah pergerakan pemain di atas. Lihat bagaimana dia


mengawal bola, menolak bola ke sebelah belakangnya dan kemudian mengawal
dengan tangannya yang sebelah lagi dalam usaha menggelecek bola. Perhatikan juga
kedudukan kaki dan bagaimana dia merendahkan badannya, dalam pergerakan
tersebut.

Teknik Merampas Bola daripada Pihak Lawan

Perhatikan bagaimana tindakan pemain di


atas yang melihat kesempatan terbuka di
depannya. Pemain yang berada di posisi
tengah cuba melepaskan diri daripada
pemain di sebelahnya. Pemain lawan di
belakang melihat kelalaian pemain tersebut
lalu mengambil kesempatan merampas bola
daripadanya.

Pemain perlu sentiasa peka


dengan kelalaian pihak lawan
dan bertindak untuk mengambil
kesempatan.

Pemain tersebut bukan sahaja cepat


bertindak merampas bola daripada pemain
lawan tetapi juga berjaya mengawalnya
dengan baik.

42
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Teknik Memukul Bola dan Merampas Bola daripada Pihak Lawan

Awasi pergerakan bola


Ikuti dan awasi setiap
pemain pasukan lawan.
pergerakan mereka.

Bola di tangan pemain


lawan dapat dirampas Ambil kesempatan di atas
akibat kesilapan mereka. kelalaian dan kealpaan
pihak lawan.

Menghalang dan Merampas Bola Semasa Pihak Lawan Menggelecek Bola

Pemain perlu
menghadang serta
menghalang
pergerakan pihak
lawan. Apabila ada kesempatan, bola di
tangan pemain lawan perlu dirampas.

Perhatikan bagaimana
seorang pemain
memintas dan
menyambar hantaran
bola di pihak lawan.

43
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Teknik Pergerakan Jaringan Set Secara Turutan


Perhatikan bagaimana pemain di sebelah
membuat larian. Lihat pergerakan kaki dan
tangannya. Dia membawa bola sambil berlari
dengan baik dan membuat jaringan.

Teknik Pergerakan Jaringan Layang Secara Turutan

Pemain dalam rajah di


sebelah membuat larian
dengan baik sambil
tangannya mengawal
bola. Dia kemudian
melayangkan badannya
sambil membuat jaringan.

Teknik Pergerakan
Jaringan Rejam Secara
Turutan

Perhatikan bagaimana
pemain membuat teknik
pergerakan seperti di
sebelah. Dia berjaya
mendapatkan hantaran
bola, melepaskan diri
daripada cubaan halangan
pihak lawan.

Pemain dalam gambar di sebelah


melompat tinggi bagi mengelakkan
hadangan pemain pihak lawan.
Kemudian dia membuat rejaman bola
ke dalam jaringan dari atas.

44
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

Pergerakan bagi Jaringan Statik Secara Turutan


Dalam gambar di sebelah, pemain tidak banyak
membuat pergerakan. Dia dalam keadaan statik
tapi masih mampu membuat jaringan.

Pergerakan bagi Jaringan Lompat Secara Turutan

Perhatikan bagaimana
pemain dalam gambar di
sebelah menerima hantaran
dan kemudian melompat
sambil memasukkan bola
ke dalam jaring. Lihat
bagaimana dia
membongkokkan badan
dan kemudian melompat
sambil kedua-dua
tangannya melontarkan
bola masuk ke dalam jaring.

Pergerakan bagi Menghalang Jaringan Lawan Secara Turutan

Adalah menjadi tugas setiap pemain untuk menghalang pemain lawan


daripada menjaringkan gol. Dalam gambar di atas, perhatikan bagaimana
pemain cuba menghalang pemain lawan daripada menjaringkan gol. Dia
melonjak tinggi sambil mengangkat tangannya dan berjaya menepis
lontaran ke jaring yang cuba dilakukan oleh pemain lawan.

45
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menghalang Cubaan Membuat Jaringan

Dalam gambar di atas, pemain mendepangkan tangannya ke atas bagi menghalang


pemain lawan membuat jaringan. Dengan adanya gangguan sedemikian, tumpuan
pemain akan terganggu dan mungkin menyebabkan dia gagal melontar bola dengan
tepat ke jaring. Ketika pemain pihak lawan dalam posisi hendak membuat lontaran
masuk ke jaring, pemain tersebut bertindak melompat dan mendepakan tangannya
bagi menghalang bola tersebut masuk ke jaring atau menepis lontaran tersebut.

Kesalahan-kesalahan Dalam Permainan (Foul)

Menarik baju
pemain lawan Menghadang lawan
dengan sentuhan
kasar

Memegang atau menarik


lengan lawan seperti
cubaan hendak bergaduh

Menolak kawan

Merampas bola dengan


cara yang salah

Kesalahan-kesalahan seperti di atas perlu dielakkan oleh setiap pemain

46
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

CADANGAN LATIHAN

1 Hantaran Lantun

Pemain hendaklah
berdiri dalam jarak kira-kira
3 – 4 meter dari papan atau
dinding sasaran. Lakukan hantaran
lantun berulang kali dalam tempuh kira-
kira 30 hingga 45 saat.

Pemain berdiri kira-kira 2 hingga 3 meter dari papan atau


dinding sasaran. Lakukan hantaran bola dengan
ketinggian paras dada secara berulang kali. Lakukan
aktiviti di atas selama 30 hingga 45 saat.

2 Latihan Menggelecek

47
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti Menggelecek

Lakukan aktiviti menggelecek bola di antara pagar, tiang atau kon seperti di atas
secara berulang alik.
Lakuan aktiviti di atas beberapa kali sehingga pergerakan anda menjadi mantap.

3 Latihan Menjaring

(a) Secara Statik (b) Secara Bergerak (c) Secara Tepat

3
4 3
5
1

1
2
3

(d) Secara Tegak (e) Secara Tegak Bergiliran

Perhatikan rajah-rajah di atas dan kenali posisi anda. Lakukan latihan berulang kali
sehinggalah anda mahir dalam membuat jaringan.

48
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

4 Latihan Bertahan Berhalangan

Latih Tubi Bertahan


Latihan Bertahan
Berhalangan

Guru boleh membahagikan pemain kepada beberapa kumpulan kecil dan


melakukan aktiviti di atas secara berulang kali. Para pelajar digilirkan perana
mereka sama ada sebagai penjaring atau pemain lawan yang cuba
menghadang jaringan dibuat.

Catatan :
Selain daripada cadangan aktiviti-aktiviti di atas, beberapa aktiviti
cadangan yang lain seperti berikut bolehlah dipertimbangkan.
(a) Latih tubi mendapatkan/merebut bola yang terpantul.
(b) Latih tubi merampas bola yang terpantul

49
FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

JADUAL SKOR MARKAH

MEMBALING
MENJARING MENGGELECEK DAN MARKAH KEPUTUSAN
MENYAMBUT

29-30 mata 11.5 saat 29-30 mata 10 Sangat


27-28 12.0 27-28 9 baik

25-26 12.5 25-26 8


Baik
23-24 13.0 23-24 7

21-22 13.5 21-22 6


Sederhana
19-20 14.0 19-20 5

17-18 14.5 17-18 4


Lemah
15-16 15.0 15-16 3

13-14 15.5 13-14 2 Sangat


11-12 16.0 11-12 1 lemah

50