Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

Dunia sedang menghadapi alaf baru. Sehingga kini dunia telah menyaksikan banyak

perubahan. Perubahan-perubahan itu telah memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi,

sains dan teknologi, cara hidup, sosio ekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat

yang terlibat dengan perubahan ini. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah

memberi peluang kepada nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat bersaing untuk

bertapak di dalam masyarakat zaman ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang konservatif dengan kebudayaan timurnya.

Walau bagaimanapun, penularan budaya hedonisme yang dibawa dari barat sedikit sebanyak

telah mencemarkan budaya sedia ada dan melonggarkan sistem kawalan sosial yang terdapat di

negara ini.

Menurut Moha Asri (1997), keruntuhan nilai sosial di kalangan masyarakat di Malaysia

bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan mula menular dalam kehidupan masyarakat Malaysia

pada awal tahun 1960an. Namun tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin

berleluasa pada akhir tahun 1980an, 1990an sehinggalah ke hari ini. Keadaan ini amat

membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala ini adalah golongan

remaja yang merupakan aset penting bagi masa depan negara.

Nilai-nilai kemanusiaan dan prinsip moral semakin nipis dan menimbulkan banyak

masalah kepada masyarakat akibat perubahan dan pembangunan pesat ini. Fenomena sosial yang

berlaku di kalangan remaja merupakan suatu perkara yang membimbangkan semua pihak ketika

ini.

1
Para remaja merupakan golongan yang melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi

mental dan fizikal. Perubahan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang

mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan

para remaja menghadapi tekanan ini dengan bersifat memberontak. Sifat memberontak

merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pelbagai-bagai masalah disiplin para

pelajar di sekolah.

Golongan remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan yang amat penting di dalam

penerusan dan pengekalan institusi-institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara. Pendek

kata, untuk merealisasikan wawasan 2020, remaja merupakan generasi penyambung dan penentu

pembangunan negara. Namun begitu, para remaja tidak dapat lari dari masalah dan karenah

tingkah laku yang negatif. Salah satu dari proses yang banyak mempengaruhi tingkah laku dan

cara hidup para remaja hari ini adalah proses urbanisasi.

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar

kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, ponteng kelas, merokok,

melepak dan sebagainya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang

bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara.

Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu

perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara

yang tidak diingini seperti melibatkan diri dalam pergaduhan antara pelajar yang menyebabkan

pembunuhan, mengandung anak luar nikah atau kes rogol pelajar. Dalam kes seperti ini siapa

yang patut dipersalahkan?

Di sini kita hanya akan perincikan kepada masalah rogol yang melanda remajapada

ketika ini dan bagaimana media menangani masalah yang semakin menular kini.

2
2.0 MASALAH ROGOL DI KALANGAN REMAJA

2.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada

peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini

bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol; bagi yang masih hidup, mangsa

akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi,

fobia dan syak wasangka.

Hampir setiap hari kita membaca berita rogol ke atas kanak-kanak atau wanita.

Statistik polis menunjukkan bahawa terdapat 2.4 kes rogol di lapurkan setiap har pada

tahun 1993. Pada tahun 1998, jumlah itu meningkat ke 4.1 kes rogol setiap hari. Satu

kajian telah mendapati bahawa sembilan dari sepuloh kejadian rogol tidak di laporkan

kepada polis.

Kejadian rogol yang berleluasa ini menyebabkan pakar dan pengkaji rogol yang

membuat kajian rogol memanggilnya "budaya rogol".

Didalam budaya rogol, deraan keatas isteri, gangguan seksual, sumbang muhrim

dan rogol adalah menjadi perkara biasa dan adalah sebahagian daripada keganasan keatas

wanita.

Budaya rogol ini berlaku kerana masyarakat meletakkan wanita di tempat yang

lebeh rendah dan lemah dari lelaki. Ia bermula sejak dari mereka lahir. Kanak-kanak

perempuan di ajar untuk menjadi baik, pasif dan menurut kata. Kanak-kanak lelaki pula

di galakkan supaya menjadi agresif, pengawal keadaan. Keganasan dari kanak-kanak

3
lelaki dapat di terima sebagai cara untuk mereka mendapat kehendak mereka. Lelaki

yang tidak dapat menunjukkan sifat "macho" akan diejek sebagai lembut atau pondan.

Di dalam masyarakat, kaum lelaki memenuhi jawatan yang berkuasa - politik

perniagaan dan ugama. Wanita sedang cuba menceburi bidang ini tetapi pengaruh mereka

masih kecil.

Semua wanita mempunyai potensi untuk dirogol kerana rogol adalah satu ekspresi

kuasa keatas wanita.

2.2 Definisi / Konsep Rogol

Rogol adalah jenayah ganas yang menggunakan seks sebagai senjata. Rogol

adalah ekspresi keganasan dan penggunaan kuasa keatas orang lain. Suami tidak boleh di

sabit sebagai perogol walaupun dia telah memaksa hubungan seks keatas isterinya.

Kumpulan hak asasi manusia dan perkumpulan wanita sedang mencuba untuk mengubah

definasi rogol ini.

Rogol perlu didefinisikan sebagaimana ia berlaku yang mana ianya merupakan

satu perlakuan jenayah. Perkahwinan bukanlah satu lesen untuk melakukan jenayah, oleh

itu rogol didalam perkahwinan tidak seharusnya di benarkan. Definisi undang-undang

yang sedia ada juga tidak mengiktirafkan perlakuan rogol yang lain seperti apabila objek

dimasukkan kedalam vagina dan kemasukan alat kemaluan lelaki kedubur atau mulut

mangsa. Ia juga tidak mengiktiraf mangsa lelaki yang telah dirogol.

Di bawah Kanun Keseksaan, jenayah seks `rogol' ditakrif di bawah seksyen 375

sebagai `hubungan seks antara lelaki dengan perempuan tanpa kerelaan sebenar

perempuan itu'. Sekiranya di akhir perbicaraan, orang yang kena tuduh (OKT) disabitkan

4
kesalahannya, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan

tidak lebih daripada 20 tahun (seksyen 376). Selain itu, dia juga hendaklah juga

dikenakan hukuman sebat.

Dalam pada itu, di bawah seksyen 375(6) Kanun Keseksaan, sekiranya hubungan

seks itu dilakukan dengan seorang remaja di bawah umur 16 tahun (sekalipun dengan

kerelaan remaja tersebut), ia tetap salah dan dianggap rogol juga (di Barat disebut sebagai

statutory rape).

Dari sudut syariah, rogol disebut zina bi al-jabr (zina dengan paksaan, atau

melakukan persetubuhan kerana terpaksa). Mengikut Prof. Anwarullah dalam bukunya

The Criminal Law of Islam (1997), ada perselisihan pendapat antara ahli fuqaha

mengenai isu ini.

2.3 Remaja Sebagai Mangsa atau Pemangsa?

Negara digemparkan apabila berlakunya kes yang menggemparkan warga lembah

Kelang pada 7 Oktober tahun lalu di mana seorang jurutera komputer wanita Noor

Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah di rogol, di liwat dan di bunuh dengan kejam dalam

sebuah bas ekspres.

Apabila pemandu bas ekspres yang di tuduh melakukan perbuatan yang kejam itu

di tahan dan kemudian kes ini dibawa ke mahkamah untuk di bicarakan, kita sentiasa

terfikir bagaimana seorang lelaki boleh bertindak ganas seperti seekor haiwan tanpa peri

kemanusiaan.

Ketika kes ini sedang di bicarakan di mahkamah, kita sekali lagi di kejutkan

dengan berita yang sungguh menyayat hati seolah-olah ianya merupakan ulang tayang

5
sebuah drama pembunuhan kejam cuma kali ini pembunuh dan di bunuh adalah orang

yang berlainan. Kali ini, mayat seorang pelajar sekolah menengah di Jasin, Nurul Hanis

Kamil, 16 tahun di temui dalam keadaan separuh bogel dan tertiarap dengan leher di jerut

menggunakan tali beg sekolah dan pakaiannya tertulis nama mangsa dengan titisan darah.

Malah kalau kita berkesempatan membaca Berita Harian, Jumaat, 6 Julai, 2001,

muka surat 6, kita akan dapati satu ruangan yang menyebut beberapa kes lain yang telah

berlaku dari tahun 1999 sehingga tahun 2001 yang melibatkan kanak-kanak dan remaja

perempuan serta wanita yang telah di bunuh dengan kejam. Kebanyakan daripada mangsa

tersebut telah di rogol dan/atau di liwat sebelum di bunuh. Ini ialah kerana mereka di

anggap sebagai insan lemah yang tidak mampu membuat apa-apa sekiranya di perkosa

oleh mereka yang sedang mencari mangsa untuk memuaskan nafsu mereka.

Walaupun keluarga mangsa yang di bunuh dengan kejam ini tiada pilihan

melainkan terpaksa menerima takdir ini dengan reda, kita yang masih hidup ini harus

mengkaji apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kejadian-kejadian ini yang

dahulunya di anggap sebagai sesuatu yang luar biasa atau tidak pernah berlaku. Kes

bunuh seperti ini biasanya berlaku di negara barat di mana jenayah tidak dapat di

bendung lagi. Pembunuhan secara kejam ini biasanya berlaku di negara-negara di mana

filem-filem ganas dan lucah di pertontonkan, penggunaan dadah dan alkohol secara bebas

dan berleluasa. Ciri masyarakat barat yang tidak berasakan agama ini membenarkan

perhubungan lelaki dan wanita secara bebas termasuk seks rambang adalah di antara

punca yang dapat di kenal pasti mengapa jenayah seks semakin berleluasa.

6
Namun begitu, adakah remaja hanya dilihat sebagai mangsa sahaja? Bagaimana

pula dengan pihak yang melakukan perbuatan terkutuk itu? Apa yang dapat dilihat

terdapat juga remaja yang bertindak sebagai ‘pemangsa’ dalam kes rogol ini.

Dalam suasana yang memilukan hati kita ini terdapat pelbagai reaksi daripada

anggota masyarakat kita termasuk daripada pemimpin dan rakyat biasa. Kebanyakannya

berbentuk jangka pendek `cure’dan bukan bersifat `preventif’ atau pencegahan.

Sudah tentu apabila kita melihat kes-kes yang dahulunya kita dapati berlaku

secara berleluasa dalam masyarakat barat yang telah memutuskan hubungan mereka

daripada ikatan keagamaan dan `permisif’, maka kita dengan sendirnya akan bertanya

apakah ciri-ciri masyarakat barat sudah menular dalam masyarakat Malaysia ini yang

dahulunya terkenal dengan sifat lemah lembut dan mempunyai adat tatasusila yang

tinggi? Itu adalah logik yang tidak dapat di sangkal lagi. Memang tidak kita nafikan

bahawa jumlah kes pembunuhan secara kejam dan tragis ini masih rendah di bandingkan

dengan kes-kes seumpamanya yang berlaku dalam masyarakat barat. Namun sekiranya

langkah pencegahan tidak di ambil ia akan meningkat dan orang lain akan menjadi

mangsa seterusnya.

Tidak mustahil ketika ini, kebanyakkan mereka yang ada di pejabat, di jalanraya,

di rumah-rumah di mana Islam tidak dijadikan panduan sudah di rangsang nafsu mereka

kerana faktor-faktor yang akan di sebut selepas ini dan menantikan saat dan ketika untuk

bertindak terhadap mangsanya samada secara sukarela atau secara paksa.

Filem-filem lucah termasuk lucah melampau dalam bentuk VCD semakin

berleluasa walaupun ianya kurang di siarkan di kaca-kaca televisyen. VCD seperti ini

boleh di dapati di kebanyakan kedai-kedai video atau di tepi jalan dan di kaki lima. Ini

7
bermakna filem-filem yang dahulunya hanya bleh di siarkan di negara-negara barat kini

boleh di dapati di Malaysia dan di tonton oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada

kanak-kanak sehingga orang tua.

Perhubungan di antara lelaki dan wanita secara bebas yang membawa kepada seks

luar nikah dan seks rambang semakin berleluasa. Kalau dahulunya semasa saya di hantar

ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, saya merasa terkejut dengan perhubungan

bebas tanpa batas di antara lelaki dan wanita dalam masyarakat barat tetapi kini saya

dapati keadaanya hampir sama di Malaysia walaupun ianya masih dapat di kawal

sekiranya kita bertindak lebih awal. Yang amat mengejutkan kita adalah remaja wanita

kini lebih berani mempamirkan auratnya dan mendekati lelaki walaupun mereka secara

fitrahnya mempunyai sifat malu. Perubahan ini memudahkan kaum lelaki untuk

mengambil kesempatan dan bertindak mengikut hawa nafsu mereka.

ita dapati di kalangan setengah remaja, agama tidak lagi memainkan peranan

penting dalam hidup mereka. Ada di kalangan remaja begitu mudah mengikut budaya

asing yang mereka lihat dalam kaca televisyen dan VCD. Budaya memakai subang di

kalangan golongan homoseks di barat semakin berleluasa dikalangan remaja lelaki di

Malaysia.

Ada di kalangan remaja dan belia kita yang tidak lagi menunaikan sembahyang

manakala ada yang lain pula tidak bersungguh-sungguh menunaikan kelima-kelima

waktu sembahyang walaupun Allah SWT menyebut bahawa `Sesungguhnya sembahyang

itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. ereka telah lupa atau tidak mengetahui

sejarah Islam dan matlamat kedatangan Islam. Islam di turunkan untuk kebahagiaan

manusia di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w menyebut dalam khutbahnya yang terakhir

8
sebelum beliau `Sekiranya kamu berpegang kepada dua perkara, kamu tidak akan sesat

selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah RasulNya’.

Ada di kalangan anggota masyarakat Islam yang tidak lagi menjadikan Al-Quran

sebagai panduan dan Rasulullah sebagai model dalam kehidupan mereka. Mereka

bertindak mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka semata-mata. Ada yang tidak

membaca Al-Quran lansung. Ada yang membaca Al_Quran tetapi tidak memahami apa

yang terkandung dalamnya walaupun kita tahu dan sedar bahawa Al-Quran mengandungi

panduan dan pertunjuk daripada Allah untuk manusia menjalani kehidupannya di dunia

agar dia mencapai kebahagian dunia dan akhirat.

Iklan di media cetak dan elektronik menjadikan wanita yang membuka aurat

sebagai bahan pelaris produk-produk syarikat yang mengeluarkannya. Akhbar sisipan di

kebanyakkan surat khabar tempatan mempamirkan artis-artis yang bersedia untuk

mempamirkan auratnya yang boleh merangsang nafsu pembaca-pembaca.

Akibat daripada inilah kita dapati rakyat Malaysia umumnya kini di dedahkan

dengan unsur-unsur dan budaya yang merangsang nafsu syahwat. Nafsu syahwat yang

sedang bergelora akan reda apabila ia dapat di berikan kepuasan yang secukupya. Selagi

kepuasan nafsu syahwat tersebut tidak di penuhi ia akan menimbulkan keresahan.

Semakin banyak manusia itu di dedahkan dengan unsur-unsur yang merangsang

nafsu syahwat semakin ia menjadi resah dan gelisah. Biasa pegangan agama dan iman

yang kuat akan menjadi pendiding kepada insan tersebut daripada melakukan maksiat

dengan tujuan untuk memuaskan nafsunya.

Tetapi keadaan hari ini menunjukkan faktor-faktor yang merangsang nafsu

syahwat berlaku serentak dengan pegangan agama yang luntur. Ini menyebabkan

9
manusia tidak dapat membendung kemahuan nafsu syahwatnya sehingga ia terdorong

untuk melakukan maksiat. Sekiranya ia tidak dapat secara sukarela, maka ia akan

melakukannya secara paksa yang membawa kepada pembunuhan secara kejam kerana

nafsu yang terangsang tidak mampu membezakan antara yang halal dan haram antara peri

kemanusiaan dan perbuatan kehaiwanan.

Insan yang memuncak hawa nafsunya, tidak dapat berfikir secara rasional. Ia akan

hanya merasa bersalah terhadap perbuatan terkutuknya setelah kepuasan nafsunya yang

sedang memuncak dapat di penuhi. Masa itu akalnya akan mula berfikir secara rasional

akan tindak tanduknya dan datanglah penyesalan dalam dirinya.

10
3.0 MENANGANI MASALAH ROGOL

3.1 Dari Segi Undang-undang

Di mahkamah sivil, saksi utama pihak pendakwa dalam membuktikan kesalahan

OKT kes rogol ialah pengadu (mangsa rogol). Disebabkan rogol biasanya dilakukan jauh

daripada pandangan orang ramai, jarang sekali jenayah rogol ini disaksikan oleh pihak

ketiga.

Oleh itu, jarang sekali ada saksi lain yang boleh dipanggil oleh pihak pendakwa

untuk menyokong keterangan pengadu di mahkamah. Mengikut prinsip am undang-

undang keterangan, adalah berbahaya dan tidak selamat bagi hakim bicara mensabitkan

kesalahan OKT dalam kes rogol hanya dengan mendengar keterangan lisan pihak

pengadu sahaja, tanpa terlebih dahulu dikemukakan keterangan-keterangan lain yang

menyokong (corroborative evidence).

Dalam banyak kes, keterangan menyokong yang diperlukan oleh hakim bicara ini

dikemukakan oleh pihak pendakwa dalam bentuk circumstantial evidence (qarinah) -

misalnya DNA darah OKT, air mani, rambut kepala, bulu kemaluan, kuku, peluh, dan

sebagainya.

Dalam Islam, berdasarkan pendapat fuqaha, disebabkan rogol bukan zina, tidak

ada halangan bagi mahkamah menerima qarinah bagi membuktikan bahawa seorang itu

telah dirogol. Dari sudut ini, adalah tidak benar sama sekali bahawa mangsa rogol

memerlukan saksi empat orang lelaki yang adil bagi membuktikan dia telah dirogol.

Yang menjadi masalah ialah soal masa - iaitu bila masanya hubungan seks itu

berlaku, dan bila perkara itu didedahkan atau dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

11
Dalam kes-kes rogol di bawah Kanun Keseksaan, biasanya mangsa rogol membuat aduan

kepada pihak berkuasa sejurus selepas perbuatan terkutuk itu berlaku. Dalam hal keadaan

demikian, segala kesan jenayah itu boleh dilihat dan diperiksa oleh pakar-pakar

perubatan, dan andainya pihak yang disyaki melakukan rogol itu juga dapat dikesan dan

ditangkap tidak lama selepas itu, pemeriksaan perubatan juga akan dapat membuktikan

sama ada aduan mangsa itu sah dan berasas atau sebaliknya.

Dalam situasi di mana hubungan seks itu dirahsiakan oleh mangsa (maknanya,

tidak diberitahu oleh mangsa kepada sesiapa pun) untuk satu jangka yang panjang,

sukarlah bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada mangsa

berkenaan itu telah benar-benar dirogol secara paksa atau telah melakukan hubungan seks

dengan suka rela. Katakanlah sebagai misalannya, seorang perempuan disoal siasat oleh

Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) negeri setelah didapati mengandung walaupun dia

belum pernah bersuami. Dalam jawapannya kepada soal-siasat PPA itu, katakanlah dia

mengatakan dia mengandung disebabkan dia dirogol oleh ahli keluarganya, misalnya

bapanya sendiri atau datuknya sendiri. Dan katakanlah pula, apabila PPA menyoal siasat

bapa atau datuk perempuan itu, lelaki itu menafikannya.

Dalam hal begini, pemeriksaan perubatan dengan mudah akan dapat mengesahkan

perempuan itu memang mengandung. Pemeriksaan perubatan, berasaskan DNA dan

sebagainya, mungkin boleh mengaitkan anak (janin) yang dikandung dalam rahim

perempuan itu dengan si bapa atau datuk, andainya mereka bersetuju atau boleh dipaksa

menjalani ujian perubatan. Tetapi bagaimana jika tidak ada alasan atau sebab dari sudut

undang-undang untuk memaksa lelaki berkenaan menjalani ujian perubatan, kerana

mereka menafikan ada melakukan apa-apa jenayah? Atau bagaimana jika lelaki yang

12
dikatakan merogol perempuan itu tidak dapat dikesan lagi kerana telah menghilangkan

diri atau merantau ke tempat lain?

Dalam keadaan begini, tidak mustahil perempuan itu menjadi mangsa dua kali

berulang andainya dia dikenakan kesalahan qazaf disebabkan dia mengatakan dia dirogol

oleh orang tertentu tetapi tidak mampu membuktikan identiti orang yang merogolnya itu.

Ia menjadi mangsa kali pertama apabila dia dirogol. Ia menjadi mangsa kali kedua

apabila dia dikenakan hukuman qazaf setelah tidak berjaya membuktikan siapa yang

merogolnya atau mendedahkan identiti orang tersebut. Di sinilah satu penyelesaian yang

adil dan terbaik perlu dicari.

3.2 Dari Sudut Pandangan Media

Pengaruh media massa ke atas gelagat sosial remaja sememangnya ketara,

maksudnya media massa adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan

video. Ini semuanya di samping majalah-majalah Barat yang kadangkala memaparkan

gejala-gejala seperti keganasan masyarakat, video lucah dan budaya hidup yang tidak

putus-putus diamati oleh para remaja. Kesemuanya jika diteliti menjadi bahan bacaan,

tatapan yang amat digemari oleh remaja dan akan mendorong berlakunya kes rogol di

negara kita.

Tanpa unsur-unsur yang negatif ini mereka merasakan seperti tidak ada

keseronokan dalam media cetak dan media elektronik yang mereka baca, lihat atau

dengar. Kajian Kasrnini (1987) menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan kanak-

kanak menjadi ganas adalah seperti berikut:

 bentuk komunikasi yang sedia ada dalam keluarga

13
 tahap keganasan yang telah ada pada kanak-kanak

 program televisyen yang mempengaruhi tindakan kanak-kanak.

Seterusnya kajian oleh Larry & Rose (1986) menunjukkan bahawa televisyen

merupakan satu alat yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku remaja. Remaja yang

banyak menonton televisyen akan meniru gelagat yang disiarkan.

Terdapat bukti bahawa media yang menyiarkan tayangan keganasan dan yang

berbentuk seksual, walaupun hanya disiarkan sepintas lalu, akan kekal di dalam fikiran

remaja dan seterusnya mempengaruhi tingkahlaku mereka. Mengikut satu kajian yang

dilakukan ke atas remaja yang menonton siri Music TV (MTV) yang berunsur keganasan

dan seksual, mereka ini mempunyai kecenderungan melakukan keganasan dan lebih suka

membeli barang~barang yang ditayang dalam rancangan berkenaan.

Jelaslah media massa khasnya televisyen, banyak mempengaruhi prilaku remaja

yang masih belum matang fikiran. Jika tayangan yang disiarkan mempunyai unsur-unsur

yang tidak sihat, ia akan menghasilkan remaja yang tidak berkelakuan baik dan akan

mendorong kepada berlakunya kes rogol. Tidak hairanlah ramai remaja yang dikaitkan

dengan kes rogol dan sumbang mahram.

Oleh yang demikian, maklumat yang diterima oleh deria mereka akan masuk ke

minda dan tindakan mereka juga tidak lari dari apa yang terkandung dalam otak mereka.

Dengan yang demikian, rnedia massa harus diberikan perhatian agar kandungan

rancangan yang disiarkan adalah yang berbentuk positif dan proaktif dalam mengatasi

pencemaran budaya remaja ini.

14
4.0 KESIMPULAN

Sebenarnya apa yang berlaku ini merupakan satu hikmah yang di tentukan oleh Allah

SWT agar kita kembali menghayati Islam yang sebenar. Allah SWT telah pun menggariskan

peraturan-peraturan dan panduan-panduan untuk manusia hidup di dunia ini dengan aman tetapi

kebanyakan manusia ingkar, maka timbullah pelbagai penyakit dalam masyarakat. Manusia

menyangka mereka lebih tahu dan lebih bijaksana dari Penciptanya sendiri.

Islam bukan sahaja mengharamkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan kerosakkan

dalam masyarakat tetapi juga perkara–perkara yang boleh menjuruskan kepada kerosakkan juga

diharamkan.

Sebab itulah Islam bukan hanya mengharamkan zina tetapi juga mengharamkan perkara-

perkara yang mendekatkan diri kepada zina dengan ungkapan ‘jangan mendekati zina’, ‘jangan

mendekati yang keji’.

Kaedah fiqh berbunyi ‘menutup pintu-pintu kerosakkan’ jelas menunjukkan matlamat

Islam untuk menghalang daripada kecenderungan atau perbuatan yang boleh membawa kepada

kejahatan dan maksiat walaupun pada awalnya ia tidak bertujuan demikian.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut peraturan apabila lelaki bertemu dengan

wanita hendaklah mereka saling menundukkan pandangan mereka. Ternyata peraturan ini juga

telah diketepikan oleh umat Islam sendiri dan mereka membiasakan diri untuk bergaul secara

bebas antara lelaki dan wanita sebagaimana yang menjadi budaya masyarakat barat sehingga

timbulnya nafsu syahwat sehingga mendorong kepada kemaksiatan. Oleh kerana kita

mengenepikan budaya Islam dan meniru masyarakat barat maka pelbagai penyakit sosial dan

15
moral yang di hadapi oleh masyarakat barat akibat budaya tersebut kini di hadapi juga oleh

masyarakat Islam seperti rogol.

Sama ada remaja itu sebagai mangsa rogol, ataupun remaja itu sendiri yang melakukan

perbuatan keji itu, semua pihak harus mengambil inisiatif sendiri dalam menangani masalah ini.

Remaja merupakan penyambung generasi masa kini dan perbuatan-perbuatan yang mendorong

kepada berlakunya kes rogol perlu dibanteras dengan seberapa segera.

16

Anda mungkin juga menyukai