Anda di halaman 1dari 24

KAJIAN KLINlKAL LUKISAN KANAK-KANAK

MENGIKUTTAHAPPERKEMBANGAN

SUATU KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Oleh

Prof Dr. Abdul shukor Hashim


Kajian Senilukis Dan Senireka
ITM, Shah Alam
February 1999

COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ITM, khasnya kepada Biro
Penye1idikan dan Perundingan (BRC) kerena memberikan kerjasama
dalam penyelidikan yang telah dilaksanakan ini. Tanpa bantuan tersebut
penyelidikan ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Terima kasih juga
kepada staf Fakulti Seni Lukis Dan Senireka terhadap segal a dorongan
dan sokongan untuk saya menghasilkan penyelidikan ini.

ii

COPYRIGHT @ UiTM
VITA

2 Ogos, 1946 Lahir di Muar, lohor

1968 Sijil Perguruan

1969 - 1974 Guru Menengah

1974 Sijil Guru "specialist"


(pendidikan Seni)

1976 - 1977 Adv. Diploma


(Curf. Studies in Art Ed.)
Birmingham, U.K.

1979 M.A in Art Education


(Birmingham, U.K)

1989 Ph.D (Art Education)


Ohio State University
Columbus, Ohio USA

lawatan Sekarang : (1999)

Dekan (Profesor)
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
ITM, Shah Alam

III

COPYRIGHT @ UiTM
Kandungan

Penghargaan 11

VITA 111

Kandungan IV

Latarbelakang 1

Signifikan Kajian 3

Kaedah Penyelidikan 6

Huraian 11 - 40

1 Peringkat umur 2 hingga 4 tahun

2 Peringkat umur 4 hingga 7 tahun

3 Peringkat umur 7 hingga 9 tahun

4 Peringkat umur 9 hingga 11 tahun

5 Peringkat umur 11 hingga 13 tahun

6 Peringkat umur 13 hingga 17 tahun

Rumusan 41

Cadangan dan Penutup 52

Rujukan 60

Lampiran

iv

COPYRIGHT @ UiTM
--------

I '

ABSTRAK

Kajian Klinikal Lukisan Kanak-Kanak ini merupakan sebuah hasil penyelidikan yang

melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun.

Sebanyak lebih kurang satu ratus tiga puluh buah lukisan kanak-kanak telah digunakan

sebagai 'sample' penyelidikan. Data menunjukkan bahawa terdapat banyak kelemahan-

kelemahan kanak-kanak di dalam lukisannya terutamanya aspek-aspek kemahiran

penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka.

Kajian ini akan menjadi panduan kepada pendidik-pendidik seni di dalam perancangan

kurikulum kelak.

COPYRIGHT @ UiTM
Latarbelakang

Lukisan kanak-kanak pada kebiasaannya, dapat dilihat di sekolah-sekolah tadika,

sekolah rendah dan rnenengah.

Tidak banyak para pendidik seni di Malaysia rnernikirkan perkernbangan lukisan

kanak-kanak tersebut. Di Barat tokoh-tokoh pendidik seni telah banyak rnernbuat

kajian lukisan kanak-kanak itu. Di antaranya ialah Rhodda Kellog, Victor

Lowefeld, Hebert Read, Brent & Majorie Wilson, Me Fee dan lain-lain lagi.

Menurut pendidik-pendidik seni di Barat lukisan kanak-kanak rnernperlihatkan

perkernbangan psikologi dan intelek kanak-kanak. Mereka rnernbesar bersarna-

sarna irnej lukisan yang di lahirkan.

COPYRIGHT @ UiTM
Victor Lowerfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah

menentukan tahap-tahap perkembangan mereka. Enam tahap-tahap ini adalah

seperti berikut :

1. Tahap contengan (Scribbling Stage)

2 hingga 4 tahun

2. Tahap Pra skematik (Preschematic)

4 hingg 7 tahun.

3. Tahap Skhematik (Schematic)

7 hingga 9 tahun.

4. Tahap menjelang Realisma (Dawning Realism)

9 hingga 11 tahun.

5. Tahap Pseudo Naturalisma (Pseudo Naturalisme)

11 hingga 13 tahun.

6. Tahap Remaja (Adolescence) :

a) Krisis Remaja (Crisis of adolescence) (13 - 17 tahun)

b) Remaja (Adolescence) 17 tahun

COPYRIGHT @ UiTM
Signifikan Kajian

Kajian ini melibatkan lukisan-Iukisan 6 tahap (seperti yang di tentukan oleh

Lowenfeld) bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan lukisan kanak-

kanak di Malaysia dalam keadaan normal mengikut perkembangan atau

kematangan umur mereka.

Kajian ini kelak akan jadi tahap pengukur bagi perkembangan kanak-kanak ke arah

kemajuan atau peningkatan kebolehan atau kemampuan melahirkan karya yang

bermutu semasa di bangku sekolah.

Data-data kelak akan dapat membantu para pendidik seni dalam menyediakan

kurikulum pendidikan seni (khususnya lukisan) yang lebih berkesan kelak. Dan

dengan itu pendidik-pendidik akan dapat mengajar dengan lebih berkesan lagi.

COPYRIGHT @ UiTM
Tujuan

Tujuan utama kajian lukisan kanak-kanak ini ialah untuk menganalisa lukisan

kanak-kanak di berbagai tahap perkembangan untuk guru-guru seni kelak

menyediakan kurikulum yang sesuai untuk kanak-kanak di bangku sekolah di

Malaysia.

Persoalan-persoalan yang akan di kemukakan ialah :

Adakah kanak-kanak membesar di ikuti oleh kematangan tahap lukisannya juga?

Adakah terdapat perbezaan-perbezaan individu dalam satu-satu tahap

perkembangan itu?

Ada kaitankah perkembangan kanak-kanak dengan persekitaran mereka?

Ada perbezaan di antara pelajar lelaki & perempuan dari segi lukisannya? Siapa

kelihatan lebih matang lagi?

Bagaimana simbol-simbol di lahirkan oleh kanak-kanak di tahap-tahap

perkembangan nya?

COPYRIGHT @ UiTM
Bagaimana langkah-langkah untuk mempertingakatkan kebolehan (skill) dan bakat

kanak-kanak di dalam berkarya?

COPYRIGHT @ UiTM
Kaedah Penyelidikan

Kaedah kajian klinikal lukisan kanak-kanak pada 6 tahap dijalankan. 'Sample'

diperolehi dari 130 buah lukisan kanak-kanak Malaysia (sekitar Lembah Klang)

dari berbagai peringkat umur hingga remaja (2 - 17 tahun). Sebanyak diantara dua

puluh hingga duapuloh sembilan buah lukisan dikumpulkan mengikut tahap

perkembangan seperti yang telah di tentukan oleh Victor Lowenfeld.

Istilah klinikal membawa konotasi diagnosis seperti para doktor atau surgeon

mendiagnose para pesakit.

COPYRIGHT @ UiTM
Lukisan-lukisan di analisa dengan cara menghurai dan merumus mengikut 8 matrik

yang di tetapkan :

1. Daya imaginasi

2. Tema

3. Rupa & Bentuk

4. Susun atur dan komposisi

5. Garisan

6. Warna

7. Media

8. Teknik

Akhirnya cadangan dibuat untuk mempertingkat kematangan melukis pelajar-

pelajar bagi tiap-tiap tahap perkembangan mereka. Dan ini memberi 'tips' / 'signal'

kepada pendidik-pendidik seni di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, menengah

rendah dan menengah atas di dalam menyediakan kurikulum yang sesuai untuk

sekolah-sekolah di Malaysia.

COPYRIGHT @ UiTM
Literature review

Me Fee (1977) menjelaskan bahawa lukisan kanak-kanak itu berkaitan dengan

berbagai-bagai aspek termasuklah komunikasi, simbolisma, bahasa, psikologi dan

budaya.

Bagi Me Fee "attitude" kita tantang sem berkisar di sekitar budaya, dan

latarbelakang pengalaman.

Bagi Me Fee lagi skop lukisan kanak-kanak semestinya bersifat antarabangsa dan

dipelajari dari sekolah ke rumah mereka dan seterusnya diamalkan dalam

masyarakatnya.

Me Fee telah mengajarkan teori "peception - deleanition" yang ditimba dari Gestalt

teori psikologi padang (field psychology)

Menurut Me Fee keseluruhan situasi dan bahagian-bahagian (parts) bergantung

kepada lain-lain bahagian. Bagi Me Fee P-Dtheory menyatakan bahawa kanak-

kanak belajar melibatkan sahsiah dan keadaan dalam kehidupan termasuklah

aspek-aspek mental dan fizikal. Faktor lain juga termasuklah perkembangan

persepsi set, tindak balas serta latihan-Iatihan di dalam budayanya.

COPYRIGHT @ UiTM

- - - - - - - - - -
Mc Fee telah menghasilkan teori lukisan kanak-kanak. Teori-teori ini adalah seperti

berikut:

1. Teori "Naive Realisme"

2. Teori "Intellectualist"

3. Teori "Perceptual development"

4. Teori "Haptic & Visual"

5. T eori "Age - Based concepts of developmental"

Teori "NaiveRealisme" menjelaskan bahawa apa yang dilihat oleh kanak-kank sarna

seperti yang tergambar di otaknya. Oleh itu apa yang di lukisnya sarna seperti yang

di lukis oleh orang dewasa tetapi orang dewasa melukis dengan lebih matang

mengikut kematangan otot-ototnya.

Teori "Intellectualist" memberitahu kita bahwa kanak-kanak melukis menurut apa

yang mereka tahu, kenaI biasa dengan rupa dan rasanya. Mc Fee menjelaskan lagi

bahawa kanak-kanak berkomunikasi juga melalui lukisannya. Oleh itu konsep ini

menguatkan hujah beliau bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang mereka tahu

atau kenali.

Teori persepsi pula menyatakan bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang dilihat.

Menurut beliau proses pengamatan/persepsi bermula dengan "undifferentiated

COPYRIGHT @ UiTM
wholes" dan "receeds more details". Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa

berbeza dari segi persepsi mereka.

Teori "Haptic & Visual", orientasi ruang adalah "biogenic factor" dan tidak

diperbaiki oleh pengalaman. Dipercayai bahawa kanak-kanak "haptic" bergantung

kepada emosi bagi mengorientasi kepada dunia manakala kanak-kanak "visual"

menfaatkan apa yang terdapat di persekitaran visual nya.

Teori "developmental" pula memperlihatkan perkembangan kanak-kanak mengikut

tahap kronologi umur mereka.

Akhir sekali teori "pseudo realism" lukisan mendatar oleh kanak-kanak dipanggil

skima dan kesemua lukisan bersifat skimetik. Dua kategori lukisan kanak-kanak

dikenali sebagai skima mendatar dan skima "perspektif'

10

COPYRIGHT @ UiTM
HURAIAN

Bagi kanak-kanak, seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik. Perlulah diketahui

bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan peningkatan kematangan.

Proses interaksinya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai pendedahan untuk

meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina sesuatu konsep.

Maka disini, dibahagikan enam kategori huraian tentang tahap kematangan kanak-

kanak dari pelbagai peringkat umur. Juga ini dijelaskan dengan berpandukan

kepada lapan matrik seperti berikut :

11

COPYRIGHT @ UiTM
1. Peringkat umur 2 hingga 4 tahun

(Tahap Contengan)

Daya imaginasi

100% kesemuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana gambaran

atau idea yang cuba ditonjolkan menunjukkan daya kreativiti mereka

terserlah walaupun mereka masih lagi diperingkat awal, tetapi gambaran-

gambaran yang dihasilkan jelas menunjukkakn kepekaan mereka terhadap

persekitaran atau suasana di sekeliling mereka. Walaupun penghasilan

mereka berupa lakaran dan contengan tetapi tahap inilah merupakan asas

bagi kebolehan melukis dan merupakan permulaan bagi kanak-kanak

melakarkan idea mengikut daya imaginasi mereka.

Tema

100% tema yang digambarkan adalah berkisar persekitaran atau suasana

sekeliling mereka seperti buah-buahan, matahari dan orang-orang yang

rapat dengan mereka seperti ayah, emak dan sebaginya. Apabila mereka

melukis adalah menggunakan idea seperti yang mereka fikiran.

12

COPYRIGHT @ UiTM
Rupa Dan Bentuk

100% kesemuanya pada pringkat ini, walaupun gambaran yang dihasilkan

berupa lakaran atau contengan tetapi apa yang cuba disampaikan jelas

menunjukkan idea seperti yang mereka fikiran. Sebagai contoh, bentuk

bulat yang dilukiskan akan mewakili 'buah epaI', 'matahari' dan sebagainya.

lni menujukkan mereka sudah tahu bagaimana bentuk objek tersebut.

Susunatur Dan Komposisi

71 % dapat menggambarkan idea dalam susunatur dan komposisi yang baik.

Apa yang cuba disampaikan adalah dalam keadaan yang teratur. Rupa dan

bentuk yang dihasilkan sesuai dengan tema yang ingin disampaikan. 29%

tidak dapat menghasilkan komposisi dan susunatur yang baik. Gambaran

yang dibuat tidak menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar objek yang

hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan berselerak

iaitu diantara objek jauh dan dekat adalah sama saiznya.

13

COPYRIGHT @ UiTM
Garisan

Kesemuanya 100% garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis kerana

pada peringkat ini mereka masih belum lagi dapat menggunakan jari mereka

dengan berkesan hanya anggota badan digerakkan untuk melakarkan

sesuatu objek pada permukaan kertas. Kadangkal dapat dilihat garisan yang

berulang-ulang. Kualiti garisan yang dihasilkan adalah pelbagai disamping

beberapa kesan yang tidak sengaja.

Warna

100% pada peringkat ini menggunakan warna yang berbagai-bagai. Setiap

individu mempunyai warna yang tersendiri, apa yang dipilih adalah

mengikut apa yang dirninati. Kanak-kanak pada peringkat ini akan bermain

dengan warna dan kadang-kadang warna itu tidak mempunyai kaitan dan

tidak memberi apa-apa makna. Mereka lebih suka kepada warna yang

terang, iaitu lebih kepada warna-warna asas seperti merah, biru, kuning dan

sebagainya.

14

COPYRIGHT @ UiTM
Media

20% pada peringkat ini menggunakan bahan atau media yang ringkas dan

mudah seperti pensil, pensil wama dan krayon. Media yang dianggap rapuh

ini dianggap sesuai dengan kemampuan kanak-kanak seperti daya yang

diperolehi pada tangan mereka. Cara penggunaannya terpulang kepada

kanak-kanak itu sendiri.

Teknik

Kesemuanya 100% menggemari teknik kering. Pada peringkat umur begini,

teknik begini paling sesuai. Penggunaan pensil, pensil wama dan krayon

adalah mudah jika dibandingkan dengan teknik basah menggunakan 'water

colour' iaitu cat air yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak pada

peringkat permulaan ini.

15

COPYRIGHT @ UiTM
- - - - - - - - - - - - - - - - - -

2. Peringkat umur 4 hingga 7 tahun

(Tahap Pra Skematik)

Daya Imaginasi

50% rnernpunyai daya irnaginasi yang tinggi, ini adalah kerana lakaran yang

dihasilkan adalah pengalarnan rnereka sendiri terhadap perkara-perkara

yang rnereka lihat dan narnpak setiap hari. 25% rnernpunyai daya irnaginasi

yang sederhana kerana garnbaran yang dihasilkan rnasih lagi tidak rnenepati

dan rnasih lagi tidak tentu kedudukannya. 13% seorang sahaja yang

rnernpunyai daya irnaginasi yang kurang. Apa yang dihasilkan tidak tersusun

seolah-olah tidak ada kaitan diantara satu sarna lain.

16

COPYRIGHT @ UiTM
Tema

100% kesemuanya menggambarkan tema yang berkisar persekitaran

manusia seperti alam semulajadi, hari keluarga, rumahku syurgaku dan

sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melukis gambaran

figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas.

Rupa dan Bentuk

100% pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula mengenali bentuk atau

objek yang dilakar, dimana mereka telah dapat meniru objek-objek

dihadapan mereka. Setiap bentuk objek yang dihasilkan adalah jelas,

walaupun dalam keadaan yang tidak teratur.

Susunatur Dan Komposisi

100% kesemuanya dapat menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang

teratur. lni adalah kerana kanak-kanak ini sudah mula mengenali objek-

objek disekeliling mereka. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk

mengolah bentuk-bentuk yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam

17

COPYRIGHT @ UiTM
suasana yang lengkap. Penghasilan idea nampak lebih terkawal kerana

sensitiviti atau deria rasanya serta pengawalan gerak geri telah dapat

diselaraskan walaupun tidak sepenuhnya.

Garisan

100% pada peringkat ini juga, garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis.

Bagi sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat ini masih mengalami

kesukaran untuk menggayakan dan memegang pensil. Mereka belum pasti

akan sesuatu tetapi gambaran kasar sudah mula menampakkan lakaran seni

berdasarkan penggunaan dan kualiti garisan dalam penghasilan karya

mereka.

Warna

100% kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi menggunakan warna-

warna yang kontras. Mereka masih lagi gemar menggunakan warna yang

berbagai-bagai walaupun ada sebahagian daripada mereka yang sudah

pandai memadankan warna-warna yang lebih lembut 'harmoni'.

18

COPYRIGHT @ UiTM
Warna yang bias a digunakan adalah berlainan untuk memberi perbezaan

kepada bentuk-bentuk yang dilukis mengikut warna-warna tertentu atau

warna yang telah dipilih seperti yang mereka minati setiap yang dihasilkan

membawa makna yang tersendiri bagi dirinya, apa yang dibuat, diwarnakan

boleh difahami.

Media

100% kanak-kanak pada lingkungan umur ini masih lagi menggunakan

media yang ringkas seperti pensil, pensil warna dan krayon, tetapi terdapat

sebahagian daripada mereka yang mahu mencuba media yang barn seperti

,charcoal' dan 'water colour'. Pada peringkat ini mereka agak berani dan

meyakinkan. Penggunaan terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri.

Mereka didapati menghasilkan karya yang lebih berani kerana kebebasan

menggunakan media, penggunaan satu media nampaknya mengongkong

kebebasan mereka. Contohnya : jika diminta menghasilkan dua buah lukisan

yang menggunakan pensil dan krayon, jika mereka berminat pada krayon

mereka didapati kurang aktif pada media yang lain.

19

COPYRIGHT @ UiTM

Anda mungkin juga menyukai