Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA .

Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf millennium di samping menelusuri ,meniti abad
yang mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelabgai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan telah dilaksanakan supaya
negara Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf,sebaris dan standing dengan negara atas angin yang moden bak kata
pepatah,duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Sayang dan malang sekali, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini,terdapat lakaran
suram yang membayangi tamadun dan peradapan masyarakat kita. Pada realitinya,tabiat atau budaya membaca dalam kalngan
masyarakat masih berada pada takuk lama bagai hidup segan mati tak mahu malahan bilangan buku yang dibaca oleh mereka boleh dikira
dengan menggunakan jari. Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat telah didedahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia amat
memeranjatkan kerana rakyat Malaysia hanya membaca purata satu halaman daripada sebuah buku dalam masa setahun. Siapakah yang
harus dipersalahkan ? pada hemat saya,sikap menuding jari tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan
menambahkanburukkan situasi yang semakin parah ini. Oleh hal yang demikian,saya berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat
harus memerah otak dan keringat untuk merungkai kemelut ini. Memang tidak disangkalkan bahawa ibu bapa harus memainkan peranan
vital untuk mengindoktrinasikan amalan membaca dalam lubuk hati anak-anak. Cepu kepala dan otak terus bersipongan dengan tanda
Tanya,apakah peranan yang pragmatik dan dogmatik yang perlu dilakukan oleh ibu bapa membentuk budaya membaca dalam kalangan
anak-anak di rumah ?

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi,ibu bapa perlu menjadi uswah hasanah yang syumul kepada anak-anak
dalam menerapkan budaya membaca kepada anak-anak di rumah.Dalam konteks ini.ibu bapa wajar menunjukkan contoh yang baik dan
menjadikan diri mereka sebagai idola kepada anak-anak. Hal ini kerana segala tindakan ibu bapa yang positif lazimnya menjadi ikutan
anak-anak .Ibu bapa yang menakhodai bahtera rumah tangga hendaklah mempraktikkan amalan mulia ini di rumah agar anak-anak akan
meneladani sikap mahmudah ibu bapa .Ibu bapa pada zaman digital yang berlumba-lumba untuk mencari kebendaan demi masa depan
ahli keluarga seharusnya bijak mengatur masa untuk membudayakan amalan membaca di rumah mereka setiap hari di sebalik kesibukan
mereka. Anak-anak yang berumur setahun jagung nescaya akan mengikut langkah positif ibu bapa mereka seperti bunyi peribahsa melayu
air cucuran atap sudah tentunya jatuh ke atas pelimbahan.sebaliknyajika ibu bapa sendiri tidak mempraktikkan amalan ini malah selalu
mewajibakan anak mereka membaca,senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Jadi ,ibu bapa harus menjadi suri teladan yang sempurna kepada ank-anak agar modal insan yang berketerampilan,berilmu
pengetahuan,berdaya saing dan berminda kelas pertama dapat dilahirkan.

Tuhan mahu akan manusia berusaha dengan rajin untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan bukan sewenang-
wenangnya menadah tangan ke langit untuk mengaharapkan sesuatu hasil. Jadi amat jelas usaha yang gigih perlu untuk mengecapi
kejayaan dalam hidup seperti peribahasa melayu’yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.Rentetan itu,untuk
menggapai kejayaan dalam hidup ,amalan membaca menjadi pemangkin utama yang wajar dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ibu
bapa mestilah menyedikan jadual membaca kepada anak-anak dan ahli keluarga. Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang tetap untuk
melakukan pembacaan bersama-sama dengan ahli keluarga seperti pada hujung minggu. Peruntukkan masa ini amat vital bagi
membolehkan ahli keluarga melibatkan diri dalam aktiviti membaca. Dengan menyediakan jadual membaca yang teratur,maka ibu bapa
boleh berkongsi ilmu dan membudayakan amalan membaca dengan anak-anak mereka.Misalnya,ibu bapa boleh meluangkan masa
bersama ahli keluarga untuk membaca bahan bacaan seperti kitab agama,majalah,buku-buku cerita dan surat khabar.Ironinya,amalan
membaca menjadi kebiasaan kepada anak-anak yang mempraktikkan amalan ini dalam rutin harian seperti bunyi peribahasa alah bisa
tegal biasa. Selaras dengan kata-kata Yang amat berhormat dato Sri Hishammudin bin Tun Hussein’iaitu untuk menjadikan rakyat Malaysia
sebagai masyarakat yang sentiasa berfikiran kreatif dan berdaya saing dalam era komunikasi dan teknologi maklumat ( ICT ).amalan
membaca seharusnya dijadikan asas yang kukuh dalam masyarakat. Tanpa ilmu dan maklumat,masyarakat Malaysia akan terus
ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan di dunia yang semakin sengit persaingannya . Tegasnya,ibu bapa perlulah merangka jadual
membaca yang fleksibel agar dapat memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Sebelum retak belah,sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum nasi menjadi bubur,jika kita bersedia memerah otak dan
keringat serta berikhtiar berhempas pulas,tentu ada formula penyelesaian dan nescaya bukanlah satu sahaja kerana di mana ada
kemahuan,di situ ada jalan. Huraian di atas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian sudut bacaan di rumah. Demi
memahat amalan membaca dalam jiwa anak-anak,ibu bapa perlu menyediakan perpustakaan mini atau ruang bacaan di rumah. Suasana
yang kondusif dan selesa perlu diambil kira oleh ibu bapa sewaktu menyediakan sudut bacaan di rumah. Dengan penyediaan perpustakaan
mini,anak-anak tidak perlu bersusah payah keluar dari rumah untuk mendapatkan bahan bacaan dan mencari tempat yang selesa untuk
membuat rujukan.Malah ,anak-anak lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dengan hanya mencarinya di tempat yang telah
disediakan.Perpustakaan mini di rumah dapat member peluang kepada anak-anak menghabiskan masa senggang dengan membaca buku
dan sekali gus menghindarkan diri mereka daripada sebarang kebejatan sosial.Neville black,seorang ahli falsafah barat berpendapat
bahawa ilmu pengetahuan adalah alat serta asset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman moden
yang menuntut kemajuan.Oleh itu,anak-anak perlu mendahagakan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menimba ilmu agar tidak diibaratkan
seperti katak di bawah tempurung.Memandangkan penyataan di atas,jelaslah ibu bapa bertanggungjawab menyediakan persekitaran
membaca yang kondusif sebagai usaha memupuk minat membaca dalam diri anak-anak.

Satu lagi obligasi ibu bapa dalam menerapkan amalan membaca kepada anak-anak muda ini ialah ibu bapa mestilah
menjadikan aktiviti mengunjung I perpustakaan,kedai buku dan pesta buku sebagai salah satu aktiviti utama keluarga.Apabila mereka
berada di perpustakaan atau di kedai buku,mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca.langkah
proaktif ini akan membolehkan anak-anak lebih terdedah kepada bahan bacaan yang berkualiti dan baharu di pasaran. Pada masa yang
sama juga ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mendaftar sebagai ahli di perpustakaan di sekolah atau perpustakaan awam agar dapat
meminjam buku pada waktu senggang.Ketika mengunjungi kompleks beli belah,ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mengunjungi
kedai buku dan membantu mereka dalam membuat pemilihan bahan bacaan yang digemari dan mengikut kesesuaian. Umum mengetahui
bahawa setiap tahun pihak kerajaan akan mengadakan karnival buku yang merangkumi pameran buku dan jualan buku di mana-mana
sahaja di negara kita. Ibu bapa seharusnya memanfaatkan peluang keemasan seperti ini untuk membelikan bahan bacaan yang sesuai
untuk anak-anak mereka dengan harga yang berpatutan.Natijahnya,anak-anak akan didedahkan secara terus tentang buku-buku terkini
yang ada di pasaran dan juga dapat memantapkan hubungan kekeluargaan bak kata peribahasa melayu sambil menyelam minum air.Ibu
bapa perlu membelikan bahan bacaan yang kualiti kepada anak-anak kerana’pembacaan yang baik menjadi makanan otak,mendengar
muzik menjadi makanan jiwa”.Oleh itu,jelaslah bahawa ibu bapa haruslah membawa anak-anak mereka ke ekspo dan jualan buku yang
diadakan agar dapat menyemai amalan membaca dalam kalngan anak-anak mereka.

Konklusinya ,amalan membaca mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada anak-anak yang bakal menerajui pucuk
kepimpinan negara pada masa depan. Ibu bapa sebagai jentera pentadbiran setiap institusi keluarga perlu menyemai ,memupuk dan
menerapkan amalan mulia ini dalam kalbu anak-anak sejak kecil lagi agar menjadi budaya anak-anak.Golongan remaja seharusnya
dilengkapkan dengan ilmu yang akan menjadi senjata paling ampuh untuk diaplikasikan dalam kehidupan pada zaman globalisasi yang
sangat mencabar ini. Usaha yang berterusan untuk membentuk anak-anak suka membaca perlu dibuat agar mereka dapat menjadi
pelapis dan pemimpin yang berwibawa serta menjulang nama negara di persada antarabangsa. Anak watan Malaysia mestilah membina
azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya mengecapi kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Biarlah pepohon terus menghijau,biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus gemilang,cemerlang dan terbilang di
jagatraya.

Anda mungkin juga menyukai