Anda di halaman 1dari 3

KPP 60704

Pembelajaran dan kognisi


TAJUK

FORUM 1

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
SANTHIYA PERISAMY M20201000145 MT 12

PENSYARAH : Prof. Dr. Suppiah A/L Nachiappan


TARIKH : 19 JUN 2021
SOALAN FORUM 1

Bagaimanakah rangsangan dan tindak balas membantu meningkatkan perkembangan kognisi dalam kalangan
pelajar sekolah? (5markah)

PENGENALAN

Menurut Daud Hamzah (1990) apa juga aktiviti pembelajaran, emosi seseorang sentiasa mengintai dan
mencuri masuk ke dalamnya. Berbagai – bagai bentuk perasaan seperti katakutan, duka lara dan kegembiraan boleh
ditafsir daripada gerak balas asasi, iaitu perubahan fisiologi dan penyelerasan kedudukan tubuh untuk aksi semerta.
Maklumat berkaitan dengan gerak balas dan perasaan ini diperoleh bersama-sama dengan Perkembangan kognisi
dikodkan dalam ingatan jangka Panjang dan diperkembangkan melalui bentuk linguistik sebagai perkataan yang
mempunyai konotasi emotif. Selagi maklumat emotif dikodkan dalam ingatan jangka Panjang, selama itulah
pengetahuan manusia akan mempunyai kedua-dua maklumat emotif dan kognisi. Justeru dapatlah dirumuskan
bahawa emotif dan kognisi dianggap dua unsur yang saling berkait rapat dalam Perkembangan Pelajar sekolah

Mengikut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, minda manusia adalah seperti ‘kotak hitam’ yang tidak boleh
dibuka. Apa yang boleh diperhatikan hanyalah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau respons yang keluar
sebagai reaksi kepada rangsangan. Oleh yang demikian, guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Ini
bermakna, matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Ini adalah kerana matlamat
akhir proses pembelajaran yang jelas adalah penting untuk muridmurid supaya mereka memahami isi pelajaran yang
telah dipelajari oleh mereka. Contohnya, dalam mengajar makanan berkhasiat, guru perlu menyatakan jenis-jenis
makanan berkhasiat dan kepentingannya serta memberitahu murid keburukan makanan tidak berkhasiat. Selain itu,
guru perlu memastikan matlamat yang dinyatakan adalah realistik dan boleh dicapai. Ini adalah kerana pada
pendapat Ivan Pavlov, organisma (manusia atau haiwan) tidak akan memberikan tindak balas atau respon kepada
rangsangan dalam persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan organisma. Oleh itu, matlamat yang
realistik dan boleh dicapai boleh mengelakkan kebosanan murid-murid dalam proses P&P dan murid-murid dapat
memberikan respon semasa guru mengajar. Sebagai contoh, guru yang mengajar dengan menggunakan alat bantu
mengajar yang menarik seperti menggunakan bahan maujud akan menarik perhatian murid-murid.

Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan
tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Namun, sekiranya berlaku kesan tindakan yang negatif atau tidak
memuaskan, maka gerak balas tidak akan berulang. Dengan kata lain, Hukum Kesan menyatakan guru hendaklah
menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Oleh itu, guru perlu memastikan
tugasan yang diberi sesuai dengan kemampuan murid supaya mereka sering menikmati kejayaan dan seterusnya
meningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan. Apabila murid berjaya menjawab tugasan yang diberi,
mereka akan berasa seronok dan berpuas hati untuk membuat tugasan yang seterusnya. Sebaliknya, jika murid
tidak berjaya menjawab tugasan yang diberi, mereka akan berasa kecewa dan tidak akan berusaha untuk mencuba
lagi. Selain itu, murid akan berasa puas hati dan gembira apabila guru memberi pujian. Pujian yang diberi juga boleh
menjadi satu dorongan dalam kalangan murid supaya mereka mengamalkan tingkah laku yang positif. Sebagai
contoh, guru boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang untuk membentuk
tingkah laku yang diingini.

Teori Pembelajaran Sosial menekankan kepada faktor sosial di mana manusia berfikir dan bertingkah laku
melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang menghasilkan ganjaran. Berdasarkan teori ini, pembelajaran
berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian, guru perlu menunjukkan tingkah laku yang boleh
diteladani. Sebagai seorang guru, kami haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh dicontohi. Dalam hal
ini, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa
menepati masa, rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Apabila guru bertingkah
laku baik, murid akan meniru perlakuan baik yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid memerlukan model yang baik,
yang boleh ditiru dalam perkembangan bahasa lisan dan pemupukan kelakuan yang bagus. Oleh itu, penyampaian
guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada murid dan juga demonstrasi guru
hendaklah jelas serta menarik agar murid dapat menirunya dengan cepat. Contohnya, sesetengah murid akan
meniru cara mengajar dan cara bercakap guru mereka

PENUTUP

Kejayaan guru dalam memahami peringkat Perkembangan murid akan melahirkan modal insan yang unik
dan PdP menjadi efektif. Ini sekaligus meningkatkan komunikasi murid, memperkembangkan pemikiran dan
penaakulan mereka serta memberi peluang untuk memahami alam social dan fizikal dengan baik. Perkara ini adalah
penting agar tingkah laku murid yang diingini oleh guru dapat dibentuk dan seterusnya, murid berupaya melibatkan
diri dengan aktif dan PdP boleh dilaksanakan dengan baik sehingga mencapai objektif pembelajaran yang
disasarkan.

Anda mungkin juga menyukai