Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MEMBAKUT,

PETI SURAT 51,


89728 MEMBAKUT,
SABAH.

PROGRAM ELECTRO MEMPERKUKUH PENGUASAAN PELAJAR 3


IXORA/DURANTA/ALLAMANDA DENGAN PENGETAHUAN BIDANG
ELEKTRONIK KEMAHIRAN HIDUP (KEMAHIRAN TEKNIKAL)

Pengkaji :
EN HAIRUDIN SUBAKIR
GURU KEMAHIRAN HIDUP
(KEMAHIRAN TEKNIKAL)
KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah

SMK MEMBAKUT
PS 51 89728 MEMBAKUT
SABAH

Nama Pengkaji
HAIRUDIN SUBAKIR

1.0 Tajuk Kajian

PROGRAM ELECTRO MEMPERKUKUH PENGUASAAN PELAJAR 3


IXORA/DURANTA/ALLAMANDA DENGAN PENGETAHUAN BIDANG
ELEKTRONIK KEMAHIRAN HIDUP (KEMAHIRAN TEKNIKAL)

2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu saya memeriksa kertas jawapan peperiksaan Excel 1 PMR


2009, bagi kelas 3 Ixora/Duranta dan Allamanda, saya agak terkejut
dan hairan kerana saya dapati mereka masih tidak mampu mencapai
markah yang baik dalam peperiksaan berkenaan. Dalam semakan
jawapan yang telah dilaksanakan bersama mereka, secara purata
pelajar menghadapi masalah apabila berhadapan dengan soalan yang
berkaitan dengan elektronik. Berbeza dengan topic lain, soalan
berkaitan elektronik merupakan soalan yang mencecah angka tertinggi
dalam penggubalan soalan berkenaan. Apabila diajukan soalan kepada
pelajar berhubung dengan topic berkenaan, rata-rata mengatakan
soalan elektronik sukar dan tidak dapat dikuasai sepenuhnya. Masalah
ini semakin jelas apabila diajukan soalan berkaitan membaca litar
skematik, 75% pelajar mengatakan ‘tidak tahu’ dan ‘tidak faham’.
Saya juga dapat mengenalpasti masalah ini terutamanya sewaktu
mengendalikan kelas amali elektronik. Sebilangan besar mereka
kelihatan terkial-kial dan terpinga-terpinga untuk memasang set
komponen elektronik yang dibekalkan kepada mereka.

Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh pelajar ini? Perlukah


saya mengadakan kelas khas berkaitan topic elektronik? Adakah cara
saya mengajar selama ini dapat membantu pelajar meningkatkan
keupayaan dalam pengetahuan dan kemahiran elektronik? Apakah
yang boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar bagi mendalami
pengetahuan elektronik? Apabila saya membawa perkara ini untuk
perbincangan di peringkat panitia, ada guru yang menyatakan yang
pelajar malas membaca dan mencari maklumat, sekadar bergantung
dengan maklumat yang dibekalkan oleh guru sahaja. Persoalan yang
timbul di sini ialah, apakah tindakan bagi menangani masalah ini?

Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan


pembelajaran namun masih ramai pelajar yang lemah dalam
mengenalpasti komponen elektronik serta kegunaanya. Saya
berpendapat, kelemahan pelajar ini disebabkan kurangnya
pengetahuan dan maklumat berkaitan komponen elektronik,
kegunaannya serta bagaimana ia dapat digunakan dalam
penterjemahan litar elektronik. Masalah ini juga mungkin berpunca
daripada kecuaian guru mengajar dalam menitikberatkan penguasaan
tajuk elektronik di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini tidak dibetulkan,
saya pasti pelajar kelas ini tidak akan memperoleh markah yang baik
di dalam peperiksaan yang akan datang dan akan menyebabkan
penurunan GPS sekolah saya.

3.0 Focus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar


saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah
penguasaan komponen elektronik dan kemahiran membaca dan
menterjemah litar elektronik sahaja. Pelajar saya memiliki
pengetahuan dalam komponen elektronik yang terhad. Mereka hanya
mampu mengenali kurang dari 5 komponen sahaja. Antara kelemahan
yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Kesilapan dalam menentukan fungsi atau kegunaan sesuatu
komponen elektronik.
• Pelajar tidak dapat menyusun atur komponen dengan betul
bersesuaian dengan litar skematik yang diberi oleh guru.
• Pelajar tidak dapat menjawab soalan berkaitan elektronik dengan
betul.

Dengan membantu pelajar dalam menguasai komponen-komponen


elektronik, pengetahuan dalam menterjemah litar skematik, saya yakin
ia dapat menyelesaikan masalah pelajar dalam menjawab soalan-
soalan berkaitan elektronik. Hal ini seterusnya akan dapat membantu
mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Kemahiran Hidup PMR.
4.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan


mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan nilai GPS sekolah dengan peningkatan kualiti


kelulusan Kemahiran Hidup Kemahiran Teknikal.

ii. Objektif Khusus


• Meningkatkan bilangan komponen elektronik yang boleh
dikuasai oleh pelajar.
• Meningkatkan keupayaan membaca dan menterjemah litar
elektronik.
• Membantu pelajar menguasai kemahiran memasang
komponen elektronik di dalam litar sebenar.
• Meningkatkan peratus pelajar yang cemerlang dalam
menjawab soalan Kemahiran Hidup.

5.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 28 orang pelajar Tingkatan 3
Ixora/Duranta/Allamanda.

6.0 Tindakan yang dicadangkan

i. Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam
menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal
pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip
data seperti berikut:

• Ujian melabel komponen elektronik


• Latihan melukis litar skematik kepada lukisan bergambar
• Ujian lisan mengecam komponen elektronik berdasarkan
fungsi dan kegunaannya.
o
ii. Program Electro
Cara pelaksanaannya.
• Guru mengumumkan satu komponen elektronik untuk 1
minggu kelas.
• Pelajar diminta mencari gambar dan fungsi komponen
berkenaan.
• Guru menampal gambar komponen di papan maklumat
• Pelajar membentuk jadual komponen berdasarkan
komponen yang dikenal pasti.

iii. Program ‘Short Circuit’


• Guru memberi satu set lengkap komponen litar elektronik
berfungsi.
• Pelajar melukis sambungan komponen berdasarkan litar
skematik diberi.
• Setelah mahir, pelajar akan mula memasang komponen
elektronik di atas papan litar berdasarkan litar diberi.

Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya


melaksanakan tinjauan awal.
7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Catatan


pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan 15 -3- 2009
pengumpulan data awal
2. Menulis proposal kajian 20 -3- 2009
3. Merancang tindakan – 26 -3- 2009
(Individu/Panitia)
4. Melaksanakan tindakan – 1 -4- 2009
aktiviti 1
5. Membincangkan masalah 30 -4- 2009
yang timbul dalam tindakan
1
6. Melaksanakan tindakan – 4 -5- 2009
aktiviti 2
7. Membincangkan masalah 15 -5- 2009
yang timbul dalam tindakan
2
8. Ujian untuk mengesan 26 -5- 2009
pencapaian murid
9. Melaksanakan tindakan – 15 -6- 2009
aktiviti 3
10. Membincangkan masalah 30 -6- 2009
yang timbul dalam tindakan
3
11. Ujian untuk mengesan 7 -7- 2009
pencapaian murid
12. Refleksi kajian 28 -7- 2009
13. Menulis laporan kajian 3 -8- 2009
14. Pembentangan dapatan
kajian
8.0 Dapatan kajian

PENCAPAIAN PRESTASI MATA PELAJARAN KH(KEMAHIRAN TEKNIKAL)


TINGKATAN 3 IXORA, DURANTA DAN ALLAMANDA (PRE-TEST DAN
POST-TEST)

MARKAH PELAJAR SEMASA UJIAN 1 ( PRE-TEST) dan UJIAN 2 (POST


TEST)
UJIAN UJIAN BEZA
BIL NAMA 1 2 UPAYA
1 AQILAH BT ASNIH 62 60 -2
2 DG NURASYIKIN ALI 47 60 +13
3 DK NUR SYAZIRAH AK DARUS 47 50 +3
4 MOHD FARID HILMI DALI 32 57 +15
5 MOHD FIRDUS RABBA 38 55 +17
6 MOHD NAHDAR BIN HJ ABD SITIA 41 55 +14
7 NUR AZWA RAJALI 56 77 +21
8 DK SITI NOORSYAHERRA AG AMIN 44 35 -9
9 MOHD AKMAL 44 70 +26
10 SAHRANI ALI 38 65 +27
11 CELVESTER WES PETRUS 47 68 +21
12 DONA CHRISTIN GERARD 50 60 +10
13 JESSECA ROZZEL BINTI JESSON 59 47 -12
14 MOHD HAFIZ BIN MOHD ZULKIFLI 44 60 +16
MOHD SHARUFIZAL BIN MAT
44
15 PIRIS@LATANG 55 +11
16 MUZZAFAR BIN TAJAN 50 52 +2
17 NORLELA AZWAH BINTI ALFRED 59 55 -4
18 VANESSA BINTI ALEXANDREA 71 77 +6
19 MOHD AZMI JAFFRYDIN 29 43 +14
20 MOHD AZZIM JAINAL 32 40 +8
21 MOHD SHAHFFIQ EZZAD JAMAL 29 38 +9
22 MOHD ZULKARNAIN YUNUS 29 42 +13
23 NICHOLAS DAIM 15 37 +22
24 OSMUND PRIMUS 32 52 +20
25 SHAHRIL RUDDING 32 42 +10
26 FIRHANA MOHD FIRDAUS 53 53 +-
27 NURAFZAINIZAM ABD BEE 41 53 +14
28 SHAHFIRA AG DAMIT 50 38 -12

Daripada keputusan yang diperolehi oleh pelajar ini, menunjukkan bahawa


kaedah ini iaitu amali ”hand on” berkesan dalam membantu pelajar mencapai keputusan
yang baik dalam peperiksaan. Diharapkan kaedah ini akan terus membantu pelajar dalam
mencapai keputusan yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan PMR kelak.

9) KESIMPULAN
Kesimpulannya. pelaksanaan program amali dengan cara ”hand on” iaitu
pembelajaran cara koperatif telah berjaya meningkat pencapaian pelajar di dalam
peperiksaan akademik pelajar dalam subjek ini khususnya bagi tajuk yang melibatkan
elektronik. Program yang telah dilaksanakan mampu memberi peningkatan terhadap
keupayaan dan kefahaman pelajar dalam bidang elektronik. Program ini akan diteruskan
dan dimulakan seawal tingkatan 1 bagi memberi pembiasaan kepada pelajar untuk
menjadi amalan pembelajaran secara berterusan

10) RUJUKAN

Intan Abdul Rashid (2008). Tes Kilat Kemahiran Hidup, Selangor : Sasbadi

Komari Hussain (2004). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap Pencapaian


Akademik Di
Kalangan Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima di SMK Seri
Muara.
Tempawan Jilid XIII.

Hajah Zainab Abd Kadir, Khiu Kah Huan, Kamaros Mohd Affendi, Ismail Abdullah
(2004) Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Ting 2, Kuala Lumpur : Hypersurf
Corporation sdn. Bhd.