Anda di halaman 1dari 3

Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing

PENGENALAN

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang digunakan
untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian
yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah
rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun bimbingan
dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah
sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan
peranannya jua.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam
konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang
diberikan dengan betul kepada murid-murid. Kaunseling pula, merupakan satu proses
interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling
sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri dengan keadaan
alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahannya,
potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan proses


pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai
guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien atau orang yang
menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang akademik dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid tersebut. Perubahan ini juga
seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.

JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu
proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang
akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai
kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan
kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka
perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem sekolah
berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat
pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang
mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

• Harga diri individu adalah paling mutlak ;


• Setiap individu adalah unik;
• Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak;
• Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;
• Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk
membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan persekitaran mereka.
• Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat
perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah sesuatu
yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri mereka. Hal ini
kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik dari segi baka, bakat,
minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana
seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap seseorang mampu mendorong
mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Pandangan
itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya dalam berhadapan dengan masalah.
Contohnya seorang murid menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan
masuk kelas merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi
yang tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu
tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas
kepada tindakan yang dibuatnya.

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk membuat
keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada dasarnya
mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing, dibentuk atau
digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan membimbing murid-murid ini
dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran
disekolah pada amnya.

Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada
peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini kerana, dalam
membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu murid sekolah
mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku yang baik. Ini bertujuan
supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap yang positif dan negatif dalam
kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah tingkahlaku juga secara tidak langsung
membimbing mereka apabila dewasa kelak telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap
yang baik ynag disenangi oleh semua orang.

Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada seorang
kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli kaunselor untuk
menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang dan mencapai potensi
mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang individu
mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik maka setiap
individu dapat mencapai potensi dirinya secara optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut
maka terapi dalam bimbingan kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu
:

1. Terapi Perkembangan
2. Terapi Pencegahan
3. Terapi Pencegahan
4. Terapi Intervensi Krisis

Anda mungkin juga menyukai