Anda di halaman 1dari 2

AMIRUL AIZZAT BIN ZULKHARI

17204539/1 | IIE190004

Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

1. Jelaskan isu yang timbul dan apa pandangan Islam mengenainya.

Berdasarkan kajian kes di atas, jelas menunjukkan bahawa pekerja tersebut sangat berpuas
hati dan gembira dengan pekerjaan yang beliau lakukan. Walaupun beliau sukar untuk dinaikkan
pangkat dan meningkatkan lagi tahap kerjaya beliau ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan faktor
kelayakan akademik, namun beliau tetap gembira dan bertanggungjawab sehingga disukai oleh
pihak pengurusan dan rakan sekerjanya di syarikat. Biarpun pengalaman dan kemahirannya masih
tidak mampu untuk menaikkan pangkat beliau berbanding rakan sekejarnya yang mempunyai
kelayakan akademik yang tinggi walaupun kurang pengalaman, beliau tetap berpuas hati denga napa
yang dilakukannya.

Dari sudut pandang islam pula, kepuasan terhadap pekerjaan dianggap tercapai apabila
seseorang pekerja melakukan tugasannya mengikut garis panduan Syariah serta menganggapnya
sebagai amanah yang harus dilaksanakan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Firman Allah
SWT di dalam surah Al Ahzab ayat 72, maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah mengamanahkan kepada langit, bumi dan gunung ganang.
Maka, semuanya enggan untuk memikul Amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya
dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.”

Di dalam surah Al-Anfal ayat 27, Allah juga berfirman, maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga
janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu
mengetahui.”

Berdasarkan ayat-ayat ini jelas menunjukkan islam amat menitik beratkan soal Amanah dan
menjadi satu kewajipan sebagai seorang pekerja muslim untuk melaksanakan amanahnya dengan
penuh keihklasan, bertanggungjawab dan jujur di samping meningkatkan kepuasan diri dalam
pekerjaan yang dilakukan.
2. Huraikan 1 konsep pengurusan Islam yang relevan bagi merungkai isu tersebut.

Konsep pengurusan islam yang bersesuaian dengan situasi di atas ialah pengurusan manusia.
Mengurus manusia amat penting dalam pengurusan islam. Hal ini kerana, manusia dijadikan Allah
adalah untuk beribadat, tunduk dan patuh kepadanya seperti firmannya di dalam surah Al-
Dhaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.”

Manusia juga dijadikan Allah SWT mempunyai perbezaan setiap satu daripada pelbagai
aspek semata-mata agar manusia mencari kesamaan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Antara aspek yang terlibat dalam isu tersebut ialah aspek sikap iaitu berkaitan dengan perasaan
seseorang dan kepercayaannya.

Sikap kepuasan kerja (job satisfaction) mempunyai hubung kait yang konkrit dengan
organisasi. Sikap kepuasan kerja berdasarkan konsep pengurusan manusia adalah merupakan
perasaan dan kepercayaan seseorang terhadap pekerjaan semasanya. Rakan sekerja yang berpuas
hati dengan hasil kerjanya, pasti akan menyukai setiap tugasannya bahkan meningkatkan lagi
kepercayaan terhadap pekerja tersebut. Pekerja itu juga sudah semestinya akan dilayan dengan adil
dan yakin bahawa kerjanya mempunyai pelbagai keistimewaan.

Anda mungkin juga menyukai