Anda di halaman 1dari 42

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 24 FEBRUARI 2010

2) PENULISAN ILMIAH 26 MAC 2010

TAJUK : MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK

NAMA : MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB

SITI KHATIJAH BT KASSIM

SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD

MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD

MUNIROH BT ZAKARIA

FAKULTI : SENI DAN MUZIK

JABATAN : TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT : BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN : EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

1
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

FAKULTI SENI DAN MUZIK

SHV 4193

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

TUGASAN :
MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK

NAMA AHLI KUMPULAN:


NAMA NO. MATRIK
MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB D20071029757
SITI KHATIJAH KASSIM D20071029770
SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD D20071029774
MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD D20071029804
MUNIROH BINTI ZAKARIA D20071029823

PROGRAM :

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31)

SEMESTER:

2 SESI 2009/2010

TARIKH HANTAR:
24 FEBRUARI 2010

PENSYARAH:
EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

2
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

1.0 PENDAHULUAN

‘ Tidak dilahirkan seseorang putera atau puteri melainkan atas fitrah yang bersih

murni. Maka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan,

menasranikan atau memusyikkan putera atau puterinya itu’ (Sufean Hussin

1993).

Anak yang dilahirkan merupakan ciptaan terbesar yang melambangkan

keilmuan Tuhan dan menjadi kurniaan dan rahmat yang begitu besar nilainya

bagi ibu bapa. Tiada suatu pun yang dapat menandingi hakikat kebesaran dan

keilmuan Tuhan dalam hal ini. Anak yang dilahirkan itu dilengkapkan dengan tiga

perkara, iaitu jasad, roh dan akal. Oleh itu,tugas membentuk anak itu dalam tiga

perkara itu merupakan amanah ibu bapa. Baik asuhan dan didikan yang diterima

oleh anak itu, maka baiklah dia dan sekiranya hal yang sebaliknya diterima,

maka buruklah dia. Anak itu ibarat kain putih yang suci bersih dan terpulanglah

kepada ibu bapa untuk mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).

Di samping itu juga, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah

yang panjang. Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak

penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat mengaplikasikan

amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan falsafah pemikir-

pemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya pengajaran yang bermakna.

Idea-idea yang dilahirkan oleh pendidik terdahulu membantu pemahaman dalam

melaksanakan strategi pengajaran pada masa kini. Melalui sejarah, pendidik

dapat mempelajari teori-teori berkenaan pertumbuhan dan perkembangan

3
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak-kanak yang membentuk amalan pendidikan. Meneroka, menganalisis dan

menemui sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada

professional sekarang (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003).

2.0 DEFINISI BERKAITAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan

hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan ‘pendidikan awal

kanak-kanak’ diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut

Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che

Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga

lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu

kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah

rendah.

Selain itu, menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005

perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju atau

tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. Kanak-

kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya

yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

4
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

3.0 MODEL MONTESSORI (1870-1952)

Model Montessori dipelopori oleh Maria

Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali

pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah

menamatkan pengajiannya dalam bidang

perubatan sekali gus telah menjadikan beliau

seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria

Montessori terkenal kerana penglibatan beliau

dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau juga

dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu pada tahun

1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya

masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di

Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan

perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi.

Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada

sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia

mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam

pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep

yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:

5
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

3.1 Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu

maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia

untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong

oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz

(2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu

proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-

kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam

konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa

hadapan.

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang

kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal

kepadanya.

3.2 Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran

yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang

lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan

konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di

samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak

adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah

disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu

6
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka

dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh

menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak

belajar tanpa disedari.

Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002)

dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang

diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan

menyebabkan kanak- kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih

berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

3.3 Belajar melalui aktiviti bermain

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan.

Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini

dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori,

apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka

dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui

proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan

bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga

spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut

membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama

dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang

membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka

7
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

akan membina beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut.

Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak-

kanak akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak-

kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif.

3.4 Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan

ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan

dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa

ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa

yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini,

kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan

berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga

persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai

untuk kanak- kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat

dikesan apabila kanak- kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi

mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan

sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran.

Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai

Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa

sensitif, kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih

berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak-

kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain

8
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan,

terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori

interaksi.

3.5 TEORI INTERAKSI

Menurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan

bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya.

Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan

sosial kepada diri kanak- kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat

membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi

pembelajaran tidak formal kanak- kanak.

Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai

pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak

belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai

orang yang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan

dipelajarinya.

9
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

4.0 FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852

Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai ‘father

of kindergarden’ kerana telah mencipta “GARDEN

OF CHILDREN” atau “KINDERGARTEN” (Taman

Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model

rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi

rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini

merupakan perluasan dari pandangannya terhadap

dunia dan pemahamannya terhadap hubungan

individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu

perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol

dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan

berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan

model yang dikemukan oleh Froebel:

4.1 Main dan Kanak-kanak

Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem

pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar

melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak

mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat

membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan,

kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di

dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar

10
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara

kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh

kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong

perkembangan kanak-kanak.

Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu

adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri,

Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari

pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru

kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak

berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan

pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan

mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi

Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan,

dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung

akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih

terancang dan sistematik.

Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai

pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau

percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih

memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan

kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak

bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik

11
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan

juga interaksi.

4.2 Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi

Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan

manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas

sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik

perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya,

memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara

kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa

dalam kehidupan mereka.

Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai

pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan

sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial

membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan

perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam

Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai

keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam

situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk

perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya,

aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan

emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak

zaman Greek lagi.

12
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya

yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak

ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga

diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru

tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak

balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-

kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah

dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling

mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan

sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

4.3 Aspek Perkembangan Fizikal

Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan

biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan

perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam

pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi

fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus,

perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan

Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie

Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses

gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau

pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan

13
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance)

dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan

fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah

dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh

dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti

pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain

terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar

mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta

melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem

pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang

permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor,

bergayut pada ‘monkey bar’, bermain buaian dan sebagainya dapat

membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

ii. Aspek Perkembangan Motor Halus

Kemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan

kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta

koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik

adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan

kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk

14
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan

fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad

berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk

kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL

Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan

tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian

dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing

dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan

antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak-

kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa

tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.

Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran

behavioris yang boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961)

dalam Ishak Othman (2000), yang menyatakan pembelajaran sebagai

perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada

latihan secara berterusan.

15
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

5.0 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746-1827)

Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12

Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya

Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika

beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh

ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama

kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak

pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai

usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya,

beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka

mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan

menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi

juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam

bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya, keadaan ini

membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Beliau sangat

terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya Emile yang berkaitan

dengan kongsep semula jadi (nature). Beliau telah membeli sebuah ladang untuk

dijadikan sebuah pusat percubaan kaedah pertanian. Semasa bekerja di

ladangnya ini timbul minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan. Pada

tahun 1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di ladang ini yang dikenali

sebagai Neohof. Pestalozzi telah memperkembangkan ideanya tentang

kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan

tulisan.

16
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan Rousseau dengan konsep

semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean Jacques dengan mengunakan

Emile sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya

berdasarkan idea Rousseau. Anaknya tidak boleh membaca dan menulis

walaupun usianya sudah menjangkau 12 tahun. Keadaan ini berlaku mungkin

kerana masalah fizikal (anaknya dikatakan mengidap penyakit gila babi

(Epileptic) dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat menterjemahkan idea-

idea Rousseau yang abstrak. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann

Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di

luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam

tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan

Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat

Kirchberg.

Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama

beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan

tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871,

beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk ‘The Evening Hours Of A

Hermit’ yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Antara

model dan teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi ialah:

17
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

5.1 Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan

Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan berdasarkan pontensi

yang ada padanya. Bimbingan perlu bermula daripada pengalaman deria

kepada idea yang abstrak. Seorang tokoh yang bernama Eric Erikson

(1902) bersependapat dengan pandangan Pestalozzi dimana menurut

beliau kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang

berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

berlawanan di antara tahap-tahap yang tertentu.

Pada setiap peringkat iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak

bermain, bersekolah, peringkat remaja, peringkat awal dewasa dan usia

emas terdapat konflik-konflik sosial yang akan di atasi untuk

perkembangan seterusnya, perkara yang paling jelas dari hasil kajian

Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik

dan dia mempunyai identiti tersendiri. Hal ini jelas kelihatan di tahap

pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan.

Erikson berpendapat darjah kepercayaan kanak- kanak bergantung

kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang

menjaganya. Jika kehendak kanak-kanak dipenuhi seperti mendapat

makanan, minuman, perhatian dan kasih sayang, kanak-kanak itu akan

memperoleh harapan untuk terus hidup, sebaliknya, jika kanak-kanak

berkenaan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya, kanak-kanak

berkenaan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi diri dari

persekitaran yang tidak memberangsangkannya.

18
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

5.2 Pendidikan Adalah Diasaskan Kepada Pengalaman- pengalaman

Deria

Pestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada

pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman –pengalaman deria

yang sesuai, kanak- kanak boleh mencapai pontensi mereka yang semula

jadi. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang menyatakan bahawa

membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain adalah penting

dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau mengutamakan latihan, daya

penglihatan, daya pendengaran dan daya sentuhan yang bertujuan bagi

membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan

menggunakan deria dengan cekap.

5.3 Membentuk Pengajaran-pengajaran Yang Berdasarkan Objek

Berdasarkan kepercayaan di atas beliau membentuk pengajaran-

pengajaran yang berdasarkan objek. Pestalozzi percaya bahawa cara

yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif

seperti membilang ,mengukur, merasa dan menyentuh. Menurut beliau

juga, kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama

tukang kebun, kindergarden pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu

kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan

berkembang berkembang melalui aktiviti bermain. Beliau menekankan

19
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau

menggunakan objek. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak

perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam

pembelajarannya.

5.4 Kumpulan Pelbagai Umur (multiage grouping)

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur (multiage grouping).

Pandangan beliau dalam perkembangan ini adalah dalam menyampaikan

pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan

kecil, kemudian seorang demi seorang yang berbeza dari peringkat

umurnya. Kanak-kanak sentiasa aktif dan berhubung dengan keadaan

persekitaran mereka. Kanak-kanak sejak bayi sehingga mencapai umur

pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek

kognitif, fizikal, sosial dan seni kemahiran. Kanak-kanak di semua

peringkat umur berkebolehan, berupaya menunjukkan minat dan

berhubung mengikut cara mereka sendiri. Hal ini akan membangunkan

sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong

perasaan selamat, kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan

keluarga dan juga komuniti.

5.5 Ibu Adalah Orang Yang Terbaik Untuk Mengajar Anaknya

20
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Pestalozzi yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar

anaknya. Menurut Mary Ainsworth (1988), emosi merupakan bahasa

pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum

mereka menguasai bahasa. Manakala menurut pandangan

Bronfenbrenner (1979) pula, keluarga terutamanya ibu bapa merupakan

agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-

kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan

5.6 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI

Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan

kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia.

Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap

individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju dan

membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah

mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains,

Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar

dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu

objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan dengan

melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan,

menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang di mana ahli-

ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain.

Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem

permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia. Kehidupan seorang

21
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-

kanak.

6.0 JEAN PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup

terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah

menggunakan model biologi untuk menghuraikan

perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan

Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan

dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

berinteraksi dengan persekitaran. Di usia

remajanya beliau berminat dalam bidang biologi

dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak

membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang

psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet

untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet,

Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh

kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang

ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan

pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di

kalangan kanak-kanak. Berikut merupakan model dan teori yang dikemukakan

oleh Jean Piaget:-

22
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

6.1 Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap

Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang

menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teori

perkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati serangkaian

perubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak melompat atau

mundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untuk

menyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasian

struktur berfikir.

Perkembangan kanak-kanak merupakan 2 faktor kepada

penemuan objektif pendidikan, kepada perancanagan kurikulum dan

kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagai

peringkat perkembangan Perkembangan emosi, mental dan sosial

menjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.

23
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

6.2 Kanak-kanak Memainkan Peranan Aktif Dalam Menyusun

Pengetahuannya Mengenai Realiti

Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif

didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak

pasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam konsepsi

kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengan

dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam

menginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui pengalaman,

serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan konsepsi

mengenai dunianya.

Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang,

konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan

ialah kemahiran paling asas dalam perkembangan kognitif iaitu

kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan

objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti, ini diikuti dengan

kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan

urutan.

24
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

6.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT

PIAGET

1. Perkembangan Masa Bayi

Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat

dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran sensoris-motorik,

praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal.

Pemikiran bayi termasuk kedalam pemikiran sensoris motorik, Tahap

sensoris motorik berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun.

Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat

dengan kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan

sensasi melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini

bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan

terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respons

terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak refleks. Pada akhir

tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya

semakin kompleks dan mulai mengadopsi suatu sistem simbol yang primitif,

misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan dan

memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada.

Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana, seperti “mama melompat”

untuk menunjukan telah terjadinya sebuah peristiwa sensoris motorik.

25
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

2. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak

Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap

praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7

tahun. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul,

egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan

terhadap hal yang magis.

Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu yang

singkat pada pemikiran operasional, sekalipaun label praoperasional

menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir secara operasional. Dalam

tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak terorganisasi secara

baik. Pemikiran praoperasional adalah awal dari kemampuan untuk

merekonstruksi pada level pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah

laku. Pemikiran praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan

simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju.

3. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-Kanak

Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasional konkrit

(concrete operational thought). Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubungan-

hubungan logis diantara konsep-konsep atau skema-skema, sedangkan operasi

konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-

peristiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur.

26
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis, ia mulai mampu

memahami operasi sejumlah konsep, dalam upaya memahami alam sekitarnya,

mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang bersumber dari panca

indra,hal ini karana ia mulai mempunyai kemampuan untuk membezakan apa

yang nampak oleh mata dengan kenyataan sesungguhnya, dan antara yang

bersifat sementara dengan yang berasifat menetap.

Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu menyadari

konservasi, iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan sejumlah aspek

yang berbeza secara serentak. Hal ini karena pada masa ini anak telah

mengembangkan tiga macam proses yang disebut dengan operasi-operasi iaitu

negasi, resiprokasi, dan identiti.

4. Perkembangan Masa Remaja

Ditinjau dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja

telah mencapai tahap pemikiran operasional formal (formal operational thought),

iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun

dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini

kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga

kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin

terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak.

Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir

secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik

untuk memecahkan masalah.

27
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

7.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH ATAU PAKAR DARI DALAM

ATAU LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-

KANAK

7.1 TOKOH LUAR NEGARA

7.1.1 JEAN PIAGET

Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan

mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu

darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga

berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat

bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat

dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan

peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih

awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

7.1.2 ERIC ERIKSON

Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa

kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang

berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri

berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-

kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat

konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang

28
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu

yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini

jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan

ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi

bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang

lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti

mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan

memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi

berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan

menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak

memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat

Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap

mempunyai perkembangan tertentu.

7.2 TOKOH DALAM NEGARA

7.2.1 PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar

perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun

pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan

mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang

lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan

psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari

perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat

29
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya

ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar

neurologi mendapati bahawa 80—85% perkembangan otak manusia

berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak

dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur

yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh

dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal

seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan

perkembangannya yang akan datang.

7.2.2 DR. MAHANI RAZALI

Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar

kanak-kanak yang diketogorikan dalam “Pendidikan Awal Kanak-Kanak”

atau “Early Childhood Education”. Beliau cuba menjawab persoalan ini

dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis

PhD beliau. Berikut adalah petikan yang dapat kita kongsi bersama:

“There is some variation across countries in the ages of children

considered to be in early childhood education. According to Swiniarski,

Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and

education differ around the world. The more industrialized nations

consider early childhood to be the period from birth through to age 8

(Essa, 1999; Wortham, 2000), while developing nations focus on birth

through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves et al

30
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

(1996) stress that regardless of such determinations the increased

interest in early childhood education around the world reflects respective

nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In

the United States and Canada, children start school at age 6. Nursery

schools generally cater for children aged 3–5 years old, and kindergartens

cater for children aged 4–5 years old. In England, Scotland, and Wales,

children in nursery schools are normally aged between 3 and 5 years, and

in Northern Ireland, between 2 and 4 years. In England and Wales, some

schools have classes called “reception” classes for children who have not

yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has pre-

schools for children aged 0–5 (förskola) and another pre-school for 6-

year-olds (föreskoleklass) (Mahani, 2006).

31
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

8.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN AWAL KANK-

KANAK

8.1 KAJIAN SURAYAH ZAIDON

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan yang

boleh diukur seperti ketinggian dan berat; dan perubahan kualitatif yang bermaksud

proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain contohnya kemahiran

berfikir dan bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan

berterusan , hasil daripada tindakan yang saling berkait antara proses kematangan dan

pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Pengaruh baka dan

persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-

beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian

perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995;Rohani 2001).

Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur

empat hingga enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan

seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia

ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang

sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan Johnson (1997)

menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif justeru

perlu diberi pendidikan seawall mungkin. Sehubungan itu, adalah penting kanak- kanak

32
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan

menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan

sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).

National Association for the Education of Young Children (NAEYC) 1991

mendefinisikan penilaian perkembangan kanak-kanak sebagai proses mendokumentasi

apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana mereka melakukannya bertujuan

membuat keputusan-keputusan berkenaan kanak-kanak. Garis panduan Penilaian Selaras

Perkembangan Kanak-kanak Berumur Tiga hingga Lapan Tahun (1991) yang

dikeluarkan oleh badan tersebut menjelaskan bahawa penilaian yang dijalankan perlu

berterusan, bersesuaian dan boleh membantu perkembangan. Perancangan, strategi dan

instrumen penilaian perlu berbeza-beza bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan

matlamat 164 pembelajaran. Kriteria penilaian perkembangan kanak-kanak perlu

bersesuaian dengan objektif dan kandungan pembelajaran (Schweinhart 1993).

Skop penilaian tidak terhad kepada bahasa dan matematik tetapi termasuk

inisiatif, hubungan sosial, persembahan kreatif, muzik dan pergerakan. Penilaian yang

dijalankan perlu bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam

pengalaman harian kanak-kanak dan dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-

kanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.

8.2 KAJIAN LIHANNA BORHAN

1. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

33
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aspek yang setiap satunya

seharusnya boleh, dan perlu dinilai. Pendidikan awal kanak-kanak juga tiada

bezanya. Kanak-kanak, guru, kurikulum, pentadbiran, ini semua adalah antara

elemen yang perlu dinilai dari semasa ke semasa. Kajian ini akan melihat aspek

penilaian kanak-kanak, yang merupakan aspek penting dalam organisasi

pendidikan di tahap ini, yang secara ringkasnya akan dirujuk sebagai TADIKA.

Antara tujuan penilaian di TADIKA ialah untuk menentukan kemajuan dalam

pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan,

membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam

membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam

membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam

menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz, 1997).

Tujuan penilaian ini perlu difahami dengan jelas oleh mereka yang terlibat

dalam pendidikan di tahap ini kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian

yang wajar digunakan. Dalam pendekatan kurikulum berintegrasi atau pun

mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, mengenal pasti

tahap perkembangan setiap kanak-kanak merupakan salah satu tugas utama

guru TADIKA kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya

dilakukan (Beaty, 1992). Satu objektif am atau pun satu strategi pengajaran am

tidak wajar diguna pakai bagi semua kanak-kanak atau dalam setiap keadaan

kerana tahap dan kadar perkembangan kanak-kanak adalah pelbagai dan

berbeza antara individu. Keputusan penilaian mengenai tahap perkembangan

beserta dengan penilaian yang memberikan maklumat tentang minat, kehendak

34
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

serta keperluan kanak-kanak dijadikan sandaran untuk merancang objektif dan

strategi pengajaran dalam rangka kerja kurikulum yang ada.

2. Penilaian Autentik

Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity)

sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian

bertulis yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam

sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan

dalam pendidikan awal kanak-kanak, biar dari segi item ujian yang

bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam

masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman &

Pearson, 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih

cenderung untuk mereka membua kesilapan disebabkan kekeliruan atau

kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995;Reynolds, 1982). Ini boleh

menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.

Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati

garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz,

1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun

ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA

dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak

betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam pendidikan

awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep penilaian autentik telah diunjurkan.

Penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan

35
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap

hari (Pert, 1990). Ia juga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran.

Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara

realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia melibatkan

penilaian yang dilakukan secara berterusan dan membawa implikasi kanak-

kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

yang ada pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian

mereka dan tidak terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja.

Untuk menjalankan penilaian autentik yang menepati garis panduan, amalan

bersesuaian perkembangan, pelbagai kaedah telah diutarakan, selain

pemerhatian yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA, portfolio individu

kanak-kanak adalah satu pendekatan yang baik dan praktikal dalam

merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini.

8.3 KAJIAN MARIANI MD. NOR

36
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Tiga kategori menjadi asas utama perbincangan dalam mengupas artikel ini.

Antara fokus perbincangan ialah elemen:

a) kesan sosial,

b) kesan kurikulum dan

c) persediaan tenaga akademik

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kesan terhadap

perkembangan kanak-kanak secara holistik. Teori Ekologi oleh Urie

Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan seterusnya.

1. Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa

individuyang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di

dalam sistempersekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain.

Dalam konteks artikel ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran

kanak-kanak itudipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama

ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang

berada dalam ruang lingkup mikro(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh

faktor persekitaran dan dalam konteks di prasekolah khususnya, apa dan

bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang

kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

37
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Berdasarkan teori ini, keluarga khususnya ibu bapa merupakan agensosialisasi

paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu

terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka

mempunyaipengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh,

kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran

seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas

semua aspek perkembangan kanak-kanak (MacNaughtori, 2005). Dalam kajian

yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar

berada di tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui

kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa

untukmembantu proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah tetapi meluas

kepada aspek pemilihan tempat untuk anak itu belajar, terutama di peringkat

prasekolah. Justeru itu, peringkat pembelajaran prasekolah adalah sasaran

utama ibu bapa kini. Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah

ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga.

Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998)

Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan

kanak-kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran,

meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-

kanak yang berumur antara 4hingga 6 tahun. Pembangunan minda, penyuburan

fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup

bermasyarakat, oleh itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak

dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah.

38
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan

akan wujud pula paradigma 'rumah tiang seribu atau infinit' disebabkan

kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah.

Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum

menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih

kepada aspek kognitif, iaitu kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, aspek lain

juga dititikberatkan seperti aspek sosial,moral dan keagamaan serta berbagai

lagi penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh beberapa

pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis

menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari oleh bakal guru prasekolah di

universiti kadang-kadang sukar untuk dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi,

pendekatan dan falsafah yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini. Secara

tidak langsung keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah,

2005; Rohana Musa, 2005). Malah menyentuh tentang infrastruktur fizikal

prasekolah, tidak perlu bukti tertulis, jika dibuat lawatan lokasi untuk setiap tapak

prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya, didapati jarak antara satu

prasekolah dengan satu yang lain harus berada dalam jarak 1 km. Bagaimana

pun, peraturan ini tidak begitu dipatuhi memandangkanpertambahan bilangan

penduduk yang memerlukan perkhidmatan sedemikian atau adakah ini trend

masa kini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku, adakah

memang sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa

dan pengusaha tadika itu. Secara umumnya komuniti prasekolah harus

39
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi suatu

realiti.

a) Keluarga (The family):

Isu pemilihan prasekolah. Apa ciri prasekolah berkualiti yang

Menjadi pilihan?

b) Jaringan sosial (Social network)

Harapan ibu bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat

tentang orang lain, berkongsi, memahami dan empati terhadap orang lain

(Essa, 1996).

c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief)

Persoalan pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan

negatifatauanti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan cost-benefit

(Schweinhart &Weikart, 1993).

d) Perkembangan (Development)

Adakah perkembangan boleh berlaku mengikut peredaran masa dan jika

ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau persekitaran

infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu. Kajian di dalam

dan di luar negara banyak meneliti faktor yang mempengaruhi proses

pendidikan di prasekolah dari isu persediaan awal hinggalah kepada

40
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

aspek lain. Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi transisi

dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu bapa dari 18

buah prasekolah dari seluruh Malaysia (Mariani Md. Nor et al., 2006)

mendapati faktor seperti bahan pembelajaran, persekitaran yang

merangsang pembelajaran kanak-kanak, aktiviti yang sesuai serta guru

adalah antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi proses

perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri. Komunikasi

yang baik antara guru dan ibu bapa serta kemudahan sesuai di dalam bilik

darjah adalah antara faktor persekitaran yang penting.

41
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

9.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori dan model-model perkembangan awal kanak-

kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan

kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh

seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi

perkembangannya kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka,

persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-

anak kita adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini

suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian

yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang

kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar

yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang

pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses

mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan

mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan amarah akan

membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah

kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di

persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang

ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan

(Mastura Badzis).

42