Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kecederaan lebih guna sering dapat dilihat pada pelari jarak jauh: 1500 meter ke atas
termasuk pelari marathon, pemain tenis, badmiton dan golf. Mereka biasya mempunyai
sejarah dari segi perubahan mendadak dalam kekerapan atau intensity sesuatu aktiviti
dimana tubuh mereka belum bersedia. Contohnya jika atlet biasa berlari 4 kilometer
selang sehari dan tiba-tiba jurulatih bercadang untuk mengambil bahagian dalam acara
10 kilometer dengan persediaan hanya 2 minggu. Pertambahan jarak secara mendadak
akan menyebabkan lebih beban dan mikrotrauma berlaku khususnya terhadap kaki
atlet lalu mengalami kemungkinan pelbagai jenis kecederaan.
Teknik yang baik juga mungkin menyebabkan kecederaan sebegini. Contoh pelaksaan
backhand secara kurang betul akan menyebabkan berlakunya tennis elbow. Membuat
pilihan kurang tepat terhadap peralatan juga salah satu sebab kecederaan lebih guna
boleh berlaku. Contohnya raket yang terlalu berat atau saiz grip yang tidak betul akan
menambahkan lagi kecederaan tennis elbow tadi.
• Kelesuan otot
• Vena bermasalah - saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung
• Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk
seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau
punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang
anda.
Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya
mendapat kecederaan semasa bersukan.