Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh


Yang berusaha En. Mohd Zu bin Yunus, Guru besar SK Kampong Chengal,
Yang Berusaha, En. Darus Bin Seman Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha, Pn Ruhani binti Ismai Penolong Kanan Hal Ehwal murid,
Yang Berusaha En Azma bin Che Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati lagi disayangi guru-guru Tahun 6, guru-guru yang dikasihi,kakitangan
sekolah dan rakan- rakan sekalian.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang kepada saya
untuk berucap dalam majlis restu ilmu ini. Hadirin sekalian, Sudah hampir enam tahun
kami berada di Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal ini. Kini, hanya tinggal tiga hari
sahaja lagi sebelum kami meninggalkan sekolah ini untuk meneruskan persekolahan di
sekolah menengah.

Oleh sebab itu, dengan berat hatinya kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal
kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu sayang
untuk meninggalkan sekolah ini.

Saya mewakili semua murid Tahun 6 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini. Kami amat menghargai akan jasa kalian
yang telah mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang.

Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan
mengira. Pesanan guru-guru yang ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan
berguna kepada masyarakat dan negara akan sentiasa kami ingati. Hadirin sekalian .
Kami murid-murid Tahun 6 berasa amat bertuah kerana mendapat guru-guru yang
begitu berdedikasi di sekolah ini. Semoga, pada tahun ini kami mendapat keputusan
yang cemerlang dalam UPSR dan tidak ada seorangpun yang gagal walaupun dalam
satu mata pelajaran.

Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai


kejayaan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Jasa dan pengorbanan guru-guru
tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja yang mampu
kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu. Kami berharap agar guru-
guru doakan kami supaya terus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan
kesalahan sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru
curahkan kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah
ini. Jasa dan bakti guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.Sekian,
terima kasih.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang ini, kami
calon UPSR sk kampong chengal berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk  memohon
kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di curahkan kepada kami. Ada
antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara kami yang tersenyum
menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba sangat hati ini mengenang akan
kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam
lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam
menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memafkan segala tingkah laku dan kekasaran tutur kata
kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata, tidak menyiapkan
tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru
yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa
dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu
nanti.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-


guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon PMR umpama lilin
membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 3 dan memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan
menegur kami secara langsung atau tidak langsung.  

 Terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Datin dan pihak sekolah yang sudi
menyediakan alat tulis dan makan tengah hari sepanjang peperiksaan. Jasa baik Bonda dan pihak
sekolah tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga kepada cikgu Sapura binti Anjau selaku penyelaras
tingkatan tiga yang telah banyak melayan kerenah kami dalam segala hal yang melibatkan tingkatan 3.
Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab
peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,


Mat ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon PMR SMKPP9(2) tahun 2011 merakamkan
setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan
tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran untuk
memberi keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah
terbaik di peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Tuhan jua, guru-guru kami sentiasa
diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, assalamualaikum w.b.t

ersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat
berkumpul di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita
bersama dalam menghadapi Peperiksaan akhir tahun 2014 yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Syafrullah b Sudin, mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan
ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan
mendidik kami selama ini. Budi yang guru berikan tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH
CIKGU

Letih berjalan di tengah pekan


Singgah sebentar di gerai siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti

Guru-guru dan rakan-rakan,


Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan  memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-
kata atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau
tidak sedar. Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan dan
sudilah kiranya memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang
kurang baik adalah datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam
medan peperiksaan dan kehidupan seharian berbekalkan amanat pesanan dan tunjuk ajar
cikgu demi memastikan kejayaan menjadi milik kami.

Seterusnya saya dan kawan-kawan yang akan meneruskan usaha kami disesi pagi tahun
depan dan seterusnya mengharungi cabaran Peperiksaan PT3 berjanji semua yang
curahkan tidak akan kami persiakan.  Cikgu halalkan segala ilmu untuk kami pergunakannya
bukan saja untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan tetapi untuk menempuhi kehidupan di
hari mendatang

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkan


Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu

Cikgu, maafkan kami atas segala kebiadapan. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik.
Cikgu, maafkan kami juga atas segala kesusahan cikgu untuk membenamkan ilmu ke dada
kami. Maafkan kami kerana cikgu tak jenuh membetulkan sikap, sahsiah dan keperibadian
kami. Maafkan kami juga kerana seringkali menipu, membohong, kurang ajar, menidakkan
sesuatu, tidak belajar dengan bersungguh dan leka dibuai arus dunia.

Cikgu, restukanlah semua ilmu yang cikgu sampaikan. Di dalam kelas mahupun di luarnya.
Secara terus ataupun yang tersembunyi. Restukanlah perjuangan kami semua bermula Isnin
ini. Berkatilah dan halalkanlah ilmu yang cikgu berikan. Suluh budiman yang sinarnya akan
terus digunakan ke akhir hayat.
Rakan – rakan sekelian, berikanlah yang terbaik dari apa yang kalian termampu untuk diri
sendiri, keluarga, sekolah dan komuniti kita ini. Marilah kita saling bermaafan dan 
berlapang dada. Moga jejak kita Isnin hadapan mendapat keberkatan Allah juga.

Jangan disorok bunga kasturi,


Atas para dengan berangan,
Ilmu peneman perjalanan hari,
Mohon direstu sempurnakan perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai