Anda di halaman 1dari 3

Laman Utama > Mengenai KWSP > Berita & Sorotan > Media  Kemaskini terakhir : 2 Dis 2020    

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG


TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19

Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020


 

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin mengumumkan kriteria dan butiran
kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig,
yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:


Tiada dokumen sokongan diperlukan;

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;

Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21
Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan
ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang
mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan

Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan
majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam
masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya,
selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum
RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama
sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau
RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh
maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Contoh:

Simpanan Akaun 1 lebih RM100,000


Simpanan Akaun 1 RM100,000 dan ke bawah

Amaun pengeluaran maksimum RM10,000 Amaun pengeluaran maksimum sehingga 10% daripada
simpanan Akaun 1

(sehingga RM60,000)
Contoh: Contoh:

Baki dalam Amaun Pembayaran Baki dalam Amaun Pembayaran


Akaun 1 pengeluaran bulan Akaun 1 pengeluaran bulan
maksimum: pertama maksimum: pertama

RM4,500 RM4,400* RM4,400 RM100,001 RM10,000 RM10,000

RM10,000 RM9,900* RM5,000 RM500,000 RM50,000 RM10,000

RM70,000 RM10,000 RM5,000 RM800,000 RM60,000 RM10,000

RM100,000 RM10,000 RM5,000  

*Ahli perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100  

dalam Akaun 1 untuk terus menikmati faedah sebagai ahli


KWSP

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun,
mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios
atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

Dikeluarkan oleh EPF Media Desk


Jabatan Hal Ehwal Korporat
2 Disember 2020

 
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia. Ditubuhkan
pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan
perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih
baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh.
Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik,
agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua
rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai