Anda di halaman 1dari 2

Menahai GB SJKT LOBAK, [01.08.

20 22:39]

[Forwarded from Putra Hashim]

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri.

Ada beberapa perkara yang saya perlu maklumkan dan terdapat perkara yang perlu diambil
*tindakan segera.*

1. Berdasarkan catatan minit Mesyuarat JK Teknikal Pelaksanaan PKP Bil. 51/ 2020, *kawasan
sekolah tidak diwartakan sebagai kawasan awam.* Oleh itu, penguatkuasaan pemakaian pelitup
muka tidak dikuatkuasakan dalam kawasan sekolah mulai 1 Ogos 2020. Status pemakaian pelitup
muka kekal seperti dalam *Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah* yang
dikeluarkan sebelum ini, iaitu *DIGALAKKAN*. Arahan lanjut perkaitan *pemakaian pelitup muka
fabrik* dan spesifikasi pelitup muka fabrik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dimaklumkan
kemudian.

2. *Penjarakan sosial dan sekarang digunakan istilah penjarakan fizikal,* saya telah menandatangi
surat pemakluman berkaitan perkara ini. Penjarakan fizikal yang dimaksudkan ialah *jarak individu
ke individu.* Perkara ini dan beberapa perkara lain yang dicadangkan oleh KKM saya telah nyatakan
dalam surat tersebut.

3. *Penjajaran kurikulum dan penyesuaian jadual waktu sekolah* - Sekolah (terutama yang
menggunakan model dua sesi dan model penggiliran) perlu dibimbing untuk memastikan jadual
waktu diubah suai dengan memenuhi arahan *penjajaran kurikulum* oleh BPK dan
*pengubahsuaian jadual waktu PdP* yang ditsklimstksn oleh BPSH. Perkara ini telah dibincangkan
dengan YB Menteri pada hari Khamis lalu. Beliau menganggap perkara ini sangat serius. *Kesesakan
di pintu utama dan pintu-pintu lain semasa murid sesi pagi balik TIDAK WAJAR BERLAKU.* Begitu
juga ketika murid sesi petang datang juga *TIDAK WAJAR BERLAKU* kesesakan di pintu utama dan
pintu-pintu lain. Dalam hal ini, banyak pihak menganggap kelemahan SOP yang disediakan oleh KPM
dan *ketidakpatuhan terhadap SOP sedia ada.* Oleh itu, *semua sekolah mesti memastikan perkara
ini tidak berlaku mulai Isnin atau Selasa depan selepas cuti Hari Raya Aidiladha.* Pihak sekolah mesti
melakukan penyesuaian semula jadual waktu PdP. *Mesti ada selisih masa atau kaedah yang lebih
sesuai agar murid balik secara berperingkat.* Murid sesi pagi tidak balik serentak sewaktu balik dari
sekolah.* Begitu juga murid sesi pagi tidak bertembung dengan murid sesi petang ketika ini.
Kebijaksanaan pihak sekolah menguruskan perkara ini sangat diperlukan. Sekolah juga diberikan
kebebasan untuk memilih waktu memulakan sesi persekolahan pada waktu pagi bermula 7.30 pagi
hingga 8.30 pagi (bagi kawasan bandar dan laluan sesak ke sekolah).

4. Kelas tambahan - pada masa sekarang, tumpuan utama adalah memastikan semua murid kembali
ke sekolah dalam keadaan *selamat dan PdP dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya.* Pastikan
pentadbir sekolah, guru, murid dan semua warga sekolah *terbiasa* dengan kebiasaan baharu ini.
PdP dalam bilik darjah dan mana-mana bilik yang dijadikan bilik darjah menjadi keutamaan kita.
*Kelas tambahan dicadangkan untuk ditangguhkan dahulu.* Jika pihak sekolah *dapat memastikan
pematuhan sepenuhnya garis panduan - penjarakan sosial sosial, kebersihan dan keselamatan dan
mahu mengadakan kelas tambahan, tanggunjawab ini mesti diambil sepenuhnya oleh pentadbir
sekolah.* Pihak sekolah mesti mengelakkan keadaan berlakunya kelonggaran pematuhan semua
SOP yang telah ditetapkan.
5. *Penggunaan semua kemudahan sekolah oleh pihak luar untuk pelbagai tujuan TIDAK
DIBENARKAN pada masa ini.* Jika terdapat keperluan tertentu yang tidak dapat dielakkan, mohon
berhubung dengan PPD dan JPN untuk tindakan selanjutnya.

6. *Mesyuarat Agung PIBG* - dalam surat pemakluman yang saya tandatangan pada 14 Julai lalu
dinyatakan mesyuarat ini mesti diadakan sebelum 15 September 2020. Memandangkan keadaan
penularan jangkitan COVID-19 yang agak membimbangkan pada masa, KKM dan MKN juga
memandang serius tahap pematuhan SOP dalam kalangan orang ramai semasa PKPP ini dan setelah
dirujuk kepada PUU KPM, *Mesyuarat Agung PIBG akan ditangguhkan pada tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.* Saya akan menandatangi surat pemakluman ini pada minggu depan. *Jika
terdapat keperluan terdesak*

Menahai GB SJKT LOBAK, [01.08.20 22:39]

[Forwarded from Putra Hashim]

untuk mengadakan mesyuarat ini, pihak sekolah perlu menghubungi PPD dan JPN untuk
pertimbangan selanjutnya.

7. *Penggunaan penghadang fabrik* - Pada 3 atau 4 Ogos 2020, semua murid yang tinggal di asrama
akan kembali ke asrama. Mohon pastikan penghadang fabrik telah disediakan bagi katil dua tingkat
di asrama. Masih ada masa untuk pihak sekolah menguruskan perkara ini jika perkara ini belum
diselesaikan lagi.

Mohon ambil maklum dan tindakan segera terhadap perkara di atas.

Terima kasih.

Adzman Talib

TKPPM (SOS)

Anda mungkin juga menyukai