Madaaa

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 13

Seimbas Lalu Di Zaman Lampau

Padi adalah merupakan salah satu sumber tanaman yang terpenting dalam peradaban
dunia. Dalam sejarah kemajuan manusia, sudah diperlihatkan bahawa era pertanian
moden telah berkembang dengan pesatnya dari zaman dahulu sehinggalah datangnya
zaman millenium. Sebagai insan yang dapat membawa kebaikan kepada semua
makhluk di muka bumi ini, sektor-sektor yang berkembang pada peradaban Islam
memiliki banyak kelebihan yang sangat jauh dan baik daripada Barat pada masa lalu.
Perkembangan peradaban dimulai dari berkembangnya ilmu pengetahuan yang
digunakan untuk membantu umat manusia dalam mengelola segala urusan
kehidupannya.

Perubahan yang berlaku seharusnya boleh dijadikan contoh pada masa sekarang, di
mana saat ini masyarakat mengalami ketidakstabilan dari banyak sektor yang
menguruskan kehidupan. Salah satu sektor penting yang termasuk di dalam
memenuhi hajat setiap manusia adalah sektor pertanian. Dalam hal ini, pertanian
memiliki peranan yang utama dan penting untuk diuruskan dalam mendukung sektor
kehidupan lainnya. Perubahan masa telah menunjukkan bahawa perkembangan di
sektor pertanian telah jauh maju ke hadapan dengan pelbagai ilmu-ilmu serta
maklumat terbaru.

Perubahan Dasar
Berikutan dengan kejatuhan harga dalam pasaran timah dan getah di dalam tahun dua
puluhan. Kerajaan colonial British telah mula mengambil langkahke arah
meningkatkan pengeluaran beras tempatan. Sebelum itu, kerajaan di dalam
perdagangan timah dan getah hanya membuat kerajaan Kolonial British lebih
mengutamakan mengimport beras daripada memajukan perusahaan padi tempatan.

Namun, sektor pertanian telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi


Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada KDNK negara
sebanyak 46% pada tahun 1957. Pada masa tersebut, aktiviti ekonomi penduduk lebih
tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Bilangan pekerja yang menceburi
sektor ini pada tahun 1966 adalah 80.3%.

Dari Dasar ke Perlaksanaan Projek


Beras merupakan komoditi strategik kepada negara kerana ia merupakan makanan ruji
hampir kesemua penduduk di Malaysia. Pada masa yang sama komoditi ini adalah
penting kepada kestabilan dan pertumbuhan penduduk kerana pengguna khususnya
membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka bagi membeli beras.

Bermula dari tahun 1955 dan berlanjutan sehingga beberapa tahun selepas
kemerdekaan, kecukupan beras menerusi pengeluaran tempatan telah menjadi dasar
utama kerajaan. Selaras dengan dasar tersebut, kerajaan telah melancarkan beberapa
projek pertanian di bawah Rancangan Malaysia Pertama (1965 – 1970), yang terbesar
diantara projek-projek tersebut ialah Rancangan Pengairan Muda.

Cadangan awal Projek Pengairan Muda ini telah diutarakan oleh Jabatan Parit dan
Taliair Persekutuan dalam tahun 1950an. Di antara tahun 1960 hingga 1964, firma
perunding Sir William Halcrow adng Partner (United Kingdom) telah diberi tugas
menjalankan kajian kemungkinan terhadap pelaksanaan Projek Pengairan Muda.
Laporan akhir kajian telah diserahkan kepada kerajaan dan juga Bank Dunia pada
awal tahun 1965.

Seawal September 1964, kerajaan telah memohon pinjaman daripada Bank Dunia
bagi membiayai sebahagian daripada kos pembinaan projek dengan sebahagian lagi
ditanggung oleh kerajaan sendiri. Bank Dunia menyiapkan penilaian akhir terhadap
cadangan Projek Pengairan Muda antara Februari – Mac 1965.Seterusnya pada 16
November 1965 pinjaman sebanyak US$45 juta telah diluluskan dan perjanjian
ditandatangani pada hari berikutnya. Pinjaman tersebut mula berkuatkuasa pada 1
Februari 1966.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dalam bulan April 1966. Pada awal tahun
1970, peringkat pertama pengairan telah dimulakan di kawasan seluas kira-kira
33,600 hektar bagi tanaman luar musim. Pengairan ke kawasan-kawasan selebihnya
telah dilaksanakan dalam empat peringkat yang diselesaikan dalam tahun 1974.
Dasar Kerajaan pula telah telah berubah daripada semata-mata mengeluarkan beras
yang cukup kepada satu lagi dasar bagi meningkatkan pendapatan serat kesejahteraan
masyarakat tani.

Konsep Rancangan Pengairan Muda


Di bawah Rancangan Pengairan Muda, satu sistem pengairan dan penyaliran
disediakan di sebahagian kawasan daratan Barat Kedah dan Perlis bagi membolehkan
penanaman padi diusahakan dua kali setahun. Punca-punca air yang ada adalah terdiri
dari hujan yang turun terus di bendang, air yang mengalir dari sungai-sungai
semulajadi dan air yang ditakung di kolam-kolam takungan Muda dan Pedu. Punca-
punca air ini diintegrasikan ke dalam satu sistem bagi memenuhi keperluan untuk
tanaman kedua-dua musim.

Pembinaan dua buah empangan di hulu Sungai Muda dan hulu Sungai Pedu, iaitu
kira-kira 80 km ke Timur kawasan projek, telah membentuk kolam-kolam takungan
Muda dan Pedu. Air dari Kolam Muda dialirkan ke Kolam Pedu melalui Terowong
Saiong yang dibina dibawah tanah sepanjang kira-kira 7.2 km. Air dilepaskan dari
Empangan Pedu ke Sungai Pedu dan mengalir melalui Sungai Padang Terap sehingga
sampai di Alator Pelubang. Di Alator Pelubang aliran air dipecahkan kepada dua
saluran, iaitu Terusan Besar Utara dan Terusan Besar Selatan. Air dari terusan ini pula
akan memasuki terusan-terusan cabang dan ke taliair-taliair agihan sekunder sebelum
memasuki kawasan sawah. Selain daripada itu sistem perparitan, jalan-jalan ladang,
permatang-permatang pantai disamping berbagai binaan lain yang berkaitan juga telah
dibina. Keseluruhan projek telah menelan belanja sebanyak kira-kira $238 juta.

Detik-detik Kelahiran MADA


Di peringkat awal pelaksanaan, Rancangan Pengairan Muda adalah sebagai projek
kejuruteraan semata-mata. Tanggapan umum dikala itu ialah pembangunan yang
berasaskan pertanian akan tercetus dengan sendirinya dengan adanya kemudahan-
kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan. Tiada perancangan yang teliti dibuat
untuk menyelaraskan secara terperinci peranan yang perlu dimainkan oleh beberapa
Jabatan Parit dan Taliair serta Jabatan Pertanian.

Pada pertengahan tahun 1967, iaitu setelah kerja-kerja pembinaan berjalan selama
satu setengah tahun, barulah disedari tentang ketidaklengkapan perancangan awal.
Ekoran daripada itu sebuah Pejabat Pegawai Penyama Projek telah ditubuhkan di
bawah Kementerian Pertanian pada bulan Ogos 1967 dan ditadbirkan di Kuala
Lumpur. Oleh kerana pejabat ini tidak dapat berperanan dengan berkesan, pentadbiran
pejabat ini telah berpindah ke Alor Star pada tahun 1969. Sungguhpun demikian,
program pembangunan tidak dapat dirancang dan dilaksana dengan sempurna kerana
kuasa eksekutif yang ada pada Pegawai Penyama adalah terbatas disebabkan
perbezaan bidang kuasa yang wujud di antara beberapa Jabatan Negeri dan
Persekutuan. Sementara itu pula, kedua-dua Kerajaan Negeri Kedah dan Perlis
menghadapi kesulitan untuk menanggung perbelanjaan pembangunan serta
perbelanjaan operasi dan penyenggaraan projek.

Oleh itu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah badan
berkanun bagi menggantikan Pejabat Pegawai Penyama Projek. Pada 30 Jun 1970
lahirlah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di bawah satu dekri darurat dengan
nama mula iaitu Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Perasmiannya telah
dilakukan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Hussein selaku Pemangku Perdana
Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan
Balai Besar, Alor Star, Kedah Darul Aman.

Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda, Tahun 1972. Dibawah Akta tersebut, tugas-tugas MADA
telah digariskan seperti berikut :-

  Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan projek pembangunan


ekonomi dalam Kawasan Muda.
  Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa Kamajuan
Pertanian mengikut sebagaiman                   yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak
berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan Perlis.

Dua matlamat utama dibentuk oleh MADA, yang diasaskan kepada aspek-aspek
kemanusiaan dan komoditi. Matlamat-matlamat tersebut ialah:

Memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa.

 Melebihkan hasil untuk keperluan Negara

Struktur Organisasi
Peranan utama yang dimainkan oleh MADA ialah mendorong, menggerak dan
menyatukan petani-petani ke dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.
Merekalah yang akan mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial di
mana akan sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baru. Struktur
organisasi MADA telah dibentuk menggabung perkhidmatan-perkhidmatan
pentadbiran, kejuruteraan, pertanian dan latihan ke dalam satu pengurusan yang
fleksibel.

Perancangan yang bersepadu yang menggabung tenaga kepakaran dari dalam dan luar
jabatan telah menjadi amalan utama bagi mencari kata sepakat terhadap menentukan
program yang terbaik untuk dilaksana. Menerusi konsep Pembangunan Kawasan,
Kawasan Muda telah dibahagikan kepada 27 lokaliti pembangunan yang
pengawasannya dikendalikan menerusi pejabat-pejabat di empat daerah MADA. Di
setiap lokaliti pula didirikan kompleks geraktani yang juga menjadi pusat gerakan
pertubuhan peladang kawasan.

Pada tanggal 27 Mac 1982 bersamaan 2 Jamadil Akhir, telah berlangsungnya


perletakkan batu asas Kompleks Ibu Pejabat MADA yang di sempurnakan oleh
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir B. Mohammad.

Perletakkan batu asas ini telah menjadi lambang pengorbanan dan sumbangan para
petani negeri Kedah Darulaman kepada keperluan beras negara. Ia juga menjadi
lambang kemegahan hasil usaha gigh serta kerjasama erat antara masyarakat tani
dengan seluruh petugas MADA bagi menjayakan tanaman dua kali setahun sejak
lebih 46 tahun yang lalu.
LOGO

Lambang ini telah diluluskan oleh


Lembaga Pengarah MADA pada 17 Ogos 1972. Biru ialah warna air (pengairan).
Bukit-bukit dan empangan menunjukkan sumbernya. Kebiruan itu melambangkan
permulaan kegiatan pembangunan. Kuning ialah warna padi masak. Kekuningan itu
melambangkan matlamat akhir pembangunan. Cantuman kedua-dua warna biru dan
kuning melambangkan percantuman Bahagian Taliair dan Bahagian Pertanian
menjadi sebuah Lembaga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial dan
ekonomi di dalam Kawasan Muda. Jentera menunjukkan usaha petani yang perlu
dimodenkan untuk mencapai matlamat tersebut. Lingkaran buah padi di kiri kanan
perkataan MADA melambangkan tanggungjawab utama Lembaga dalam
pembangunan pertanian bagi mencapai pengeluaran makanan yang bertambah untuk
keperluan Negara.

PENUBUHAN
Tun Hj. Abdul Razak Husin

selaku  Pemangku Perdana


Menteri Malaysia merangkap Pengarah Gerakan di dalam satu upacara di Bangunan
Balai Besar, Alor Setar Kedah.

Turut hadir menyaksikan perasmian ini di antara lainnya adalah Y.A.B Dato’ Syed
Ahmad Syahabuddin Al-Haj (Menteri Besar Kedah), Y.A.B Datuk Syeikh Ahmad B.
Hashim (Menteri Besar Perlis), Y.B. Encik Ghazali B. Hj Rawi (Menteri Pertanian
dan Syarikat Kerjasama) serta Y.B. Tan Sri Abdul Kadir B. Yusoff (Peguam Negara).
Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda, tahun 1972.

Mengikut Seksyen 4(1) Akta 70, Lembaga diberi


kuasa :-

i. Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi      


dan social dalam Kawasan Muda.

ii. Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Mada apa-apa kemajuan pertanian


mengikut sebagaimana yang telah diperuntukkan padanya oleh Pihak Berkuasa
Negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Dalam ucapan pembukaan mesyuarat sulung Lembaga Pengarah di Telok Chengai,


Alor Setar pada 8 Julai 1970, Yang Berhormat Tuan Syed Nahar Shahabuddin sebagai
Pengerusi MADA yang pertama menyatakan harapan dengan tertubuhnya MADA,
dapatlah diadakan satu pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang bukan sahaja
akan menggunakan pengetahuan-pengetahuan pakar mereka, bahkan juga
pengetahuan tempatan agar dapat diarahkan satu dasar yang “flexible” untuk
menjayakan Rancangan Pengairan Muda.

TUJUAN DITUBUHKAN

MADA ditubuhkan untuk


mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek
pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia
Pertama dengan kos sebanyak RM238 juta. MADA juga diberi tanggungjawab
merancang dan melaksana program-program pembangunan pertanian dan program-
program peningkatan taraf hidup untuk 63,000 keluarga peladang di dalam Kawasan
Muda.

Memetik ucapan perasmian oleh Allahyrham Tun Abdul Razak katanya, “Oleh sebab
kawasan Rancangan Pengairan Muda ini luas maka mustahak ianya dijagai dan
ditadbir dengan sempurna dan kehendak peladang-peladang di dengari. Saya dapati
pekerjaan ini, tidak akan dapat dijalankan dengan licin jikalau pentadbiran kawasan
ini dikelolakan di Kuala Lumpur melalui Kementerian Pertanian dan Syarikat
Kerjasama. Jadi amat mustahaklah kuasa-kuasa pentadbiran kawasan ini diberikan
kepada satu badan yang bertanggungjawab yang mempunyai Ibu Pejabatnya di Alor
Setar. Dengan itu, saya telah memutuskan iaitu mustahak ditubuhkan satu perbadanan
atau “Authority” yang mempunyai seorang Pengerusi daripada Negeri Kedah”.

PENGLIBATAN PELADANG

Pergerakkan Persatuan-Persatuan dan
Pertubuhan-Pertubuhan Peladang memainkan peranan yang mustahak ke arah
pencapaian matlamat Rancangan Pengairan Muda. Dalam menunaikan tugas dan
tanggunjawab, MADA sentiasa melibatkan pemimpin-pemimpin peladang mengikut
masa dan keadaan. Persatuan Peladang yang pertama ditubuhkan di dalam Kawasan
Muda adalah Persatuan Peladang Kubang Sepat. Ianya ditubuhkan pada 27 Julai 1968
di bawah Akta Persatuan Peladang Tahun 1967.

Pada tahun itu hanya hanya 215 orang yang menjadi ahli. Sekarang terdapat 27 buah
Persatuan/Pertubuhan Peladang di dalam Kawasan Muda dengan jumlah ahli seramai
26,976 orang dan modal saham sebanyak RM2.96 juta. Pergerakkan Persatuan
Peladang ini telah menjadi bertambah kukuh dan lebih berkesan dengan penubuhan
Majlis perunding dan Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Peladang MADA serta
Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd. pada pertengahan tahun 1970 an.

Bagi mencapai cita-cita penubuhan seperti yang terkandung dalam ucapan perasmian
oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, struktur organisasi MADA telah disusun
menggabungkan peranan beberapa jabatan yang penting yang berkaitan secara
langsung dengan perlaksanaan Rancangan Pengairan Muda. Jabatan Parit dan Taliair
serta Jabatan Pertanian di dalam Kawasan Muda masing-masing diserap menjadi
Bahagian Kejuruteraan MADA dan Bahagian Pertanian MADA.

Melalui percantuman ini perkhidmatan-perkhidmatan kejuruteraan, pertanian dan


pergerakkan Persatuan Peladang telah dapat diselaraskan di bawah satu organisasi
yang kukuh seperti mana yang telah ditegaskan oleh Pengurus Besar MADA yang
pertama, Encik Mohd Tamin B. Yeop dalam taklimat pembukaan kepada mesyuarat
sulung Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA di Telok Chengai, Alor Setar pada 8
Julai 1970.

KOMPLEKS IBU PEJABAT YANG TELAH DIBINA


Satu kawasan seluas 43 ekar di Ampang Jajar Pasang Surut, Lencong Barat, Alor
Setar kini telah berdiri dengan kukuh dan megah serta ianya diberi nama Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda. Ia dijadikan kawasan kompleks Ibu Pejabat MADA
seperti yng ditunjukkan dalam Pelan Tataletak.

IBU PEJABAT

Serentak dengan pertukaran Pejabat


Pegawai Penyama Projek kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda pada 30 Jun
1970, bangunan sementara Pejabat Pegawai Penyama Projek di Telok Chengai yang
diperbuat daripada kayu itu telah menjadi Ibu Pejabat MADA. Ia menempatkan
Pejabat Pengurus Besar, Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Ketua Bahagian Pertanian.

Pejabat-pejabat tersebut (kecuali Pejabat Ketua Bahagian Pertanian yang telah


berpindah ke satu bangunan sementara yang lain di Ampang Jajar) masih lagi
menggunakan bangunan sementara yang lama itu sehingga ke hari ini setelah 46 tahun
MADA ditubuhkan. Pejabat Ketua Bahagian Kejuruteraan MADA telah menumpang
dan seterusnya mengambil alih bangunan sementara peninggalan Pejabat Pengarah
Projek Rancangan Pengairan Muda di Jalan Langgar. Kedudukkan pejabat-pejabat
Bahagian terpenting yang berjauhan dan kesesakkan ruang pejabat yang dihadapi itu
telah menimbulkan kesukaran dari segi melaksanakan program-program
pembangunan dan juga operasi.

Sebelum 30 Jun 1970, Rancangan Pengairan Muda diletakkan di bawah Pejabat


Pegawai Penyama Projek yang dikendalikan daripada Kuala Lumpur. Perlaksanaan
kerja-kerja pembinaan prasarana fizikal dan projek-projek perintis menjadi
tanggungjawab Jabatan Parit dan Taliair. Jabatan Pertanian dengan menggunakan
daya utamanya sendiri telah menjalankan aktiviti-aktiviti pengembangan dan intensif
menyediakan peladang-peladang untuk memasuki satu era baru dalam perusahaan
tanaman padi dua kali setahun. Jabatan Pertanian juga telah merintis jalan ke arah
penubuhan pergerakkan Persatuan Peladang.
Tanggal 30 Jun 1970 adalah merupakan lambang titik perubahan yang besar dalam
sejarah Rancangan Pengairan Muda. Pada hari itu Pejabat Pegawai Penyama Projek
dengan rasminya ditukar menjadi sebuah pihak berkuasa menurut undang-undang
yang sekarang dikenali sebagai MADA.

Seawal penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas terdiri


daripada seorang Pengurus Besar, seorang Pentadbir, seorang Jurutera, seorang Ahli
Ekonomi, seorang Pegawai Kerani, seorang Pelayan Pejabat, dan seorang Pekerja
Buruh. Pergantungan kepada kedua-dua Jabatan Pertanian serta Jabatan Parit dan
Taliair terpaksa diteruskan sementara proses pinjaman dan proses pengambilan
kakitangan baru sahaja dilakukan. Sekarang bilangan kakitangan MADA dalam
semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850
orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi
matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan
melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.

ATAR BELAKANG

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan 1 daripada 10 bahagian yang terdapat di


dalam Organisasi MADA. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal
berkaitan pentadbiran, kewangan dan akaun serta pengurusan sumber manusia.
Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan yang
bertanggungjawab terus kepada Pengurus Besar MADA. Bahagian ini meliputi lima
cawangan iaitu:-

1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia


2. Cawangan Kewangan Dan Akaun
3. Cawangan Komunikasi Dan Korporat
4. Cawangan Pentadbiran
5. Cawangan Audit Dalam

VISI
Menjadi Bahagian yang cemerlang melalui sistem pengurusan yang berkualiti.

MISI
Mengurus dan memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik kepada seluruh
warga MADA.

OBJEKTIF
Memastikan pengurusan dan perkhidmatan sokongan dilaksanakan / diberikan secara
optimum kepada pelanggan dan “stakeholders” berteraskan kepada sistem pengurusan
yang cekap dan berkesan mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah
ditetapkan.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BAHAGIAN


1. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
–   Mengurus pengisian dan perkhidmatan perjawatan serta mengemaskini rekod
perkhidmatan anggota.
–   Melaksana dan menilai program kompetensi anggota.
–   Membina modal insan yang berkualiti dan berintegriti.

2. Cawangan Kewangan dan Akaun


–   Mengurus sumber-sumber kewangan secara berhemah selaras dengan
arahan/prosedur/pekeliling.
–   Mengurus bayaran dan terimaan Lembaga.
–   Mengurus aset Lembaga secara berkesan.
3. Cawangan Pentadbiran
–   Mengurus perkhidmatan dan operasi pentadbiran Lembaga.
–   Menyedia dan memastikan persekitaran pejabat yang kondusif.
–   Mengurus dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan Ibu Pejabat dan Kuaters.

4. Cawangan Komunikasi Korporat


–   Menyelaras dan mengkoordinasi program khas melibatkan MADA secara khusus
atau pun amnya.
–   Menyediakan bahan penerbitan berkala dan mengikut keperluan semasa MADA.
–   Menyediakan kemudahan siaraya dan pengambaran secara lengkap dan sempurna
bagi melancarkan program MADA.

5. Cawangan Audit Dalaman


–   Membantu Lembaga mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik
dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan
dan tadbir urus.
–   Menjalankan audit pengurusan kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap
sistem kewangan, kawalan dokumen dan rekod kewangan untuk menentukan samada
perbelanjaan, hasil, asset dan stor diurus mengikut undang-undang, peraturan dan
arahan yang berkaitan.
–   Menjalankan audit prestasi yang merangkumi penilaian terhadap aktiviti Lembaga
untuk menentukan matlamatnya telah dicapai dan sumber digunakan secara berhemat,
cekap dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Memberi Perkhidmatan berkaitan Sumber Manusia dalam tempoh masa seperti
berikut :-
–   Pengisian Jawatan – 2 bulan daripada tarikh iklan
–   Permohonan kemudahan perkhidmatan – 14 hari bekerja
–   Memproses pemangkuan dan kenaikan pangkat – 30 hari bekerja.
–   Kertas pengesahan dalam jawatan dan kemasukan jawatan berpencen – 2 bulan
–   Melengkapkan dokumentasi pencen anggota dan menghantar ke JPA – 3 bulan
sebelum tarikh pencen.
–   Peperiksaan perkhidmatan – 2 kali setahun
–   Penilaian Tahap Kecekapan – 3 kali setahun
–   Kehadiran kursus setiap anggota – 7 hari setahun
–   Mengemaskini buku rekod perkhidmatan – 14 hari bekerja

Cawangan Kewangan dan Akaun


–   Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari
–   Membuat bayaran gaji anggota mengikut jadual yang telah ditetapkan
–   Memproses pinjaman kenderaan, perumahan dan komputer dalam masa 5 hari

Cawangan Pentadbiran
–   Menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari
–   Sentiasa mengemaskini dan memantau pergerakan fail-fail
–   Menyelesaikan aduan kerosakan perkhidmatan bangunan dalam tempoh 5 hari
–   Menjamin keselamatan pejabat pada setiap masa.
Cawangan Komunikasi Korporat
–   Kami berjanji akan menyampaikan maklumat dengan tepat, cepat dan berkesan
kepada warga MADA dan peladang.
–   Kelulusan penggunaan dewan, bilik mesyuarat dalam masa 24 jam.
–   Menjawab surat aduan daripada pelanggan dalam masa 3 hari bekerja.
–   Memberi maklumbalas mengenai lawatan dari dalaman @ luaran dalam tempoh 3
hari bekerja.
–   Mencetak dan mengedar jadual tanaman serta mengemaskini papan jadual tanaman
padi seminggu selepas keputusan oleh jawatankuasa pengairan dikeluarkan.

Cawangan Audit Dalam


–   Mempertingkatkan tahap pengurusan kewangan dan prestasi berpandukan kepada
undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
–   Mengemukakan laporan audit yang bebas, objektif dan tepat pada masanya.
–   Menyediakan Laporan Tahunan Audit Dalam sebelum akhir bulan Mac tahun
berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai