Anda di halaman 1dari 2

Keutuhan Leksikal ini merangkumi pertautan antara perkataan atau frasa secara

semantik (makna) dimana dalam sesebuah wacana ia melibatkan unsur


pengulangan perkataan. Keutuhan leksikal merujuk kepada hubungan antara
bahagian wacana, iaitu antara perkataan (leksikal) dalam wacana tersebut.
Hubungan leksikel dalam wacana tercapai apabila penggunaan kosa kata yang
sesuai dan serasi. Terdapat enam jenis hubungan yang membentuk keutuhan
leksikal seperti berikut pembuka dan penutup, akronim, pengulangan, persamaan
leksikal ataupun sinonim dan kolokasi serta hiponim.
Pertalian unsur-unsur leksikel dalam sesebuah wacana yang dapat dilihat melalui
hubungan dimana hubungan yang pertama ialah repitisi dimana ia ialah
pengulangan satuan lingual (bunyi suku kata, kata dan perkataan) yang dianggap
penting untuk memberi tekanan dalam sebuah konteks yang sesuai. Berdasarkan
tempat satuan lingual yang diulang dalam baris, klausa atau kalimat, repitisi dapat
dibezakan mengikut lapan jenis iaitu repetisi epizueksis, tautotes, anafora, epifora,
simplok, mesodiplosis, epanalepsis dan anadiplosis. Jenis hubungan yang kedua
ialah menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikel dimana ia menunjukkan
penggunaan lebih dari satu bentuk bahasa yang secara semantik memiliki
kesamaan atau kemiripan. Sinonim terjadi pada pada morfem bebas dengan morfen
terikat, kata dengan kata, kata dengan frasa atau sebaliknya, frasa dengan frasa dan
klausa atau kalimat dengan klausa atau kalimat.
Hubungan yang seterusnya ialah antonim kata dimana ia juga disebut sebagai posisi
makna. Posisi makna adalah konsep yang berlawanan untuk menunjukkan makna
kontra sahaja. Berdasarkan antonim, posisi makna dapat dijelaskan kepada lima
jenis iaitu posisi mutlak, posisi kutub, posisi hubungan, posisi hierarki dan posisi
majmuk. Bagi jenis hubungan hiponim pula penggunaan kata-kata yang berkaitan
anatar satu dengan yang lain. Dalam erti kata lain, hiponim juga ditakrifkan sebagai
suatu perkataan yang memberi makna kepada suatu perkataan yang lain. Dapat kita
lihat dalam contoh ini, ‘dia menjaga basikalnya dengan cermat, maklumlah itu satu-
satunya kenderaan yang dimilikinya’. Selain itu, Jenis hubungan yang menggunakan
kolokasi (hubungan kedudukan) dan secara umumnya, ia digunakan secara
beriringan dalam suatu konteks ayat yang ingin disampaikan. Akhir sekali ialah
pembuka dan penutup wacana dimana antara contoh pembuka dan penutup wacana
ialah alkisah, sebermula, maka dengan hormat (dalam karya klasik), dengan
bangga, dukacita dan juga kata-kata seperti sekalian, wassalam, hormat daripada
kami dan sebagainya.
Dalam konteks kepentingan penanda wacana, Kehadiran wacana dianggap
signifikan dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penanda wacana yang
tidak tepat akan menyebabkan idea yang berurutan seolah-olah tidak mempunyai
kesatuan dan pautan yang lengkap. Penanda kata wacana merupakan perangkai
ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu
idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Penanda kata ini perlu diberikan
perhatian dalam semua bahagian karangan, daripada bahagian pendahuluan, isi,
huraian isi, contoh dalam huraian hinggalah kepada bahagian penutup.
Dalam konteks penanda wacana bagi bahagian pendahuluan, Pengunaan frasa kata
dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha
memulakan sesebuah karangan. Bagi penanda wacana bahagian isi pula
pengunaan frasa kata seperti “Pelbagai punca…”, “Selain itu…”,dan lain-lain telah
mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada segi pembendaharaan kata
yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan. Dalam huraian isi,
penanda kata wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Pengunaan kata
yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak terpisah antara satu
sama lain. Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian,penggunaan frasa
kata yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat.
Untuk penanda wacana bagi bahagian penutup pula jelaslah,aspek penanda kata
wacana akan mempengaruhi pengolahan , struktur ayat, pemerengganan, kosa
kata,dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha
menghasilkan sebuah karangan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai