Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM SUAIKENAL, PENDAFTARAN DAN PENGENALAN PROGRAM

TRANSISI MURID TAHUN 1 SESI 2020

Tarikh : 28 Disember 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Minda Bestari, SK Sungai Kelambu
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, En. Mohd Rahman B. Rabingan,
Guru Besar SK Sungai Kelambu
2) Yang dihormati, Pn. Nor Haniah Bt. Ab Rahman,
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Pn. Mimi Hairani bt Mansur,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Saiful Anuar bin Basran,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
serta yang dikasihi para ibu bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa dan guru-guru, yang
telah hadir untuk meraikan Majlis PerasmianHari Orientasi Murid
Tahun 1 2019. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan
ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan yang baik.
Maka dengan itu, kita dapat hadir ke PROGRAM SUAIKENAL,
PENDAFTARAN DAN PENGENALAN PROGRAM TRANSISI MURID
TAHUN 1 SESI 2020 ini untuk berkenalan dan beramah mesra dengan
pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke SK Sungai Kelambu kepada tuan-tuan dan puan-
puan. Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima
pada hari ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka di
sekolah ini dan menjadi seorang murid yang berminda kelas pertama.

2 Orang Jawa berdagang ke kota,


BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Hairulnuzul bin
Nasim. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********************************(DOA)
******************************

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

3 Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Yang


UCAPAN ALUAN Berusaha En. Mohd Rahman bin Rabingan, Guru Besar Sekolah
GURU BESAR Kebangsaan Sungai Kelambu untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************(UCAPAN
GB)**************************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha


Tuan Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
4 Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat Awal
TAKLIMAT AWAL Persekolahan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal
PERSEKOLAHAN Ehwal Murid. Dengan itu, majlis menjemput Pn. Mimi Hairani bt
Mansur, GPK Hal Ehwal Murid SK Sungai Kelambu untuk
menyampaikan taklimat. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************(TAKLIMAT AWAL
PERSEKOLAHAN)*************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Mimi Hairani


atas taklimat yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan awal
persekolahan sebentar tadi.

5 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,


PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima


kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan
itu, tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak
sekolah dan para ibubapa akan terus erat. Para ibubapa bolehlah
bergerak untuk mengambil anak masing-masing yang mungkin telah
selesai menjawab ujian diagnostik di kelas. Sekiranya masih belum
membeli buku tulis, bolehla bergerak ke kedai buku sekolah.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kekurangan itu
wujud daripada kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....

PENGUMUMAN
1 Buat makluman, sekiranya tuan puan telah membeli buku
URUSAN tulis di kedai sekolah, terdapat Fail berarna biru. Fail
PENYERAHAN tersebut adalah Fail Peribadi Murid. Tuan puan
BORANG DAN dikehendaki melengkapkan maklumat yang terdapat pada
FAIL fail tersebut dengan selengkapnya serta menampal
gambar anak di muka depan fail pada tempat yang telah
disediakan.

2 Untuk buku teks, anak tuan puan akan diberikan buku


PENGAMBILAN teks tahun 1 selewat-lewatnya pada minggu ketiga sesi
SPBT, SAIZ BAJU persekolahan. Begitu juga dengan saiz baju Pendidikan
SUKAN Jasmani, ukuran akan dibuat oleh guru kelas. Anak tuan
puan dikehendaki memakai baju T berwarna putih dan
berseluar track hitam @ biru gelap sebelum Tshirt PJ
diberikan.
3 Pada minggu pertama persekolahan, ibu bapa dibenarkan
KEBENARAN IBU berada di sekolah bagi menemani anak-anak di sekolah.
BAPA DI Ibu bapa hanya dibenarkan menunggu anak di kantin dan
SEKOLAH tidak dibenarkan berada di persekitaran @ dalam kelas.
Untuk pengetahuan ibu bapa, pada minggu pertama
persekolahan, murid Tahun 1 akan rehat pada pukul 9.50
pagi, jadi pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa
yang menunggu anak-anak di kantin mengutamakan dan
memberikan tempat duduk di kantin kepada murid-murid
lain semasa waktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai