Anda di halaman 1dari 3

1.

Huraikan tema novel Songket Berbenang Emas serta persoalan-persoalan yang


terdapat dalam novel ini.

Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.

 Dahlia seorang remaja berusia 19 tahun sangat tabah menghadapi dugaan


hidupnya. Apabila emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan
dimasukkan ke hospital, Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan berulang-alik
ke sekolah. Dahlia seorang yang tabah kerana terpaksa menjaga adik-
adiknya di samping pelajarannya.

 Kehidupan Dahlia semakin tertekan apabila abahnya dipatuk ular. Dahlia


terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik dan keperluan
rumah mereka. Namun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan tersebut.

 Dahlia tabah dihina oleh Aton apabila Dahlia gagal menyelamatkan Said yang
lemas di sungai berhampiran rumahnya.

 Dahlia tabah melayan kerenah neneknya yang membenci keluarga Dahlia


kerana keluarga mereka yang miskin berbanding dengan anak-anaknya yang
lain yang kaya dan hidup senang. 

 Dahlia  tabah apabila mengetahui neneknya dan Pak Cik Seman ingin
menjual tanah yang merupakan tempat tinggal mereka selama ini.

 Dahlia tabah mengulang kaji pelajaran dalam keadaan yang kurang selesa di
pusat pemindahan banjir sebelum peperikasaan STPM dan akhirnya dia telah
berjaya dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di
Jepun.
Persoalan
 Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran.

Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan


kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan
rumah tangga dan menjaga adik-adiknya setelah ibunya dihantar ke hospital untuk
menerima rawatan.

 Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung.

Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin
dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan.  Contohnya keluarga Embong
yang miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim semasa membeli barang-
barang keperluan harian di kedainya.

 Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.

Tauke Lim banyak membantu keluarga Embong dari segi kewangan. Contonya,


Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga
menghulurkan RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.

 Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri.

Nek Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga
dan merawatnya ketika terlantar sakit manakala anak-anaknya ynag lain tidak
pernah melawatnya.  Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup
mencuri kambing ayahnya juga insaf dan berubah sikap apabila menyedari
kesilapannya yang dipengaruhi oleh rakan-rakan jahat.

 Persoalan saling membantu untuk menyelesaikan masalah

Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota


pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah.  Najib cuba menghulurkan
bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

 Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.

Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya


agar belajar bersungguh-sungguh.  Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
2. Jika anda berpeluang menyambung kisah dalam novel ini, tuliskan secara ringkas
sinopsis penyambungan.
Selepas Dahlia sampai di Universiti Malaya, dia bermula pelajaran Bahasa Jepun
dengan bersungguh-sungguh. Universiti Malaya merupakan universiti yang terbaik di
Malaysia, Dahlia dikelilingi oleh rakan sekelas yang berfikiran matang dan pandai
dalam pelajaran. Dahlia yang mesra dan layan orang dengan baik dapat berkawan
dengan banyak pelajar di Universiti Malaya. Dia masih akan menelefon Azhari setiap
minggu, tetapi hubungan mereka semakin renggang. Mereka yang kini berada
dalam persekitaran yang berlainan tidak mempunyai topik perbualan yang sama.
Dahlia sibuk dengan pembelajaran dan persediaan untuk ke Jepun manakala Azhari
sibuk dengan pekerjaannya. Mereka semakin kurang berhubung dengan satu sama
lain dan saling bergaduh. Pada masa yang sama, rakan Dahlia semasa sekolah
menengah iaitu Najib datang ke Universiti Malaya untuk mempelajari bahasa Jepun
juga. Dahlia terkejut kerana dia tidak berjangka untuk menemui Najib di situ. Najib
memberitahu Dahlia bahawa keputusan STPMnya sangat cemerlang dan dia
berjaya memohon peluang untuk pergi ke Jepun dengan biasiswa yang disediakan
oleh kerajaan. Dahlia berasa amat gembira kerana dia yang kini berada sangat jauh
daripada kampung halaman mempunyai satu teman yang dapat tolong-menolong.
Mereka mula menghadiri kelas bersama-sama. Dahlia yang sudah fasih dalam
bahasa Jepun juga membantu Najib dalam pembelajarannya. Mereka berada
bersama-sama macam tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun, Azhari yang
kini berada di Johor marah dengan tindakan Dahlia yang tidak mengelakkan
kecurigaan. Azhari memberitahu bahawa Dahlia sudah merisik dan tidak harus
menjalinkan hubungan yang terlebih mesra dengan lelaki yang lain. Dahlia tidak
memahami kerisauan Azhari dan berpendapat bahawa Azhari sedang menyekat
kebebasannya untuk berkawan. Selepas bergaduh berterusan selama banyak hari,
mereka membuat keputusan bahawa akan berpisah satu jangka masa. Keputusan
Dahlia mendapat sokongan ahli keluarganya, mereka menyokong Dahlia untuk
membuat keputusan yang baik untuknya sendiri. Satu tahun sudah lalu, Dahlia
sudah perlu berangkat ke Jepun untuk meneruskan pembelajarannya. Najib yang
sudah pandai dalam bahasa dan budaya Jepun juga menemuinya ke Jepun. Mereka
saling membantu antara satu sama lain. Najib sering menjaga Dahlia semasa
mereka berada di negara asing. Selepas empat tahun mereka berada di Jepun,
Dahlia telah mendapat diploma dan dia balik ke kampung yang mana dia berasal.
Dia menggunakan ilmu yang telah dia pelajari di Jepun untuk memajukan tanah
airnya. Dia juga berkahwin dengan Najib yang sudah lama menemaninya sejak di
Universiti Malaya. Perkahwinan mereka mendapat berkat daripada Azhari yang
sudah berkahwin dengan gadis yang lain.

Anda mungkin juga menyukai