Anda di halaman 1dari 12

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN 1

(CTU152)
ANALISIS AYAT

NAMA MUHAMAD AIMAN SHAHIR BIN ROZAIHAN


PELAJAR (2020231502)
NAMA USTAZ WAN AZLI AHMAD
PENSYARAH
SEMESTER SEMESTER 2 (2021)

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


PENDAHULUAN 1
ISI AYAT 2-8
KESIMPULAN 9
RUJUKAN 10
PENDAHULUAN
Surah al-Baqarah merupakan surah kedua dan terpanjang di dalam
al-quran.Surah ini mengandungi 286 ayat.Surah ini turun di
Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun
hijrah.Surah ini banyak mengisahkan hukum-hakam dan syariat
seperti perintah mengerjakan solat menunaikan zakat hukum puasa
hukum haji dan umrah.Surah al-Baqarah juga mengisahkan kisah-
kisah menarik didalamnya untuk muhasabah diri bersama.
Insyaallah. Saya akan menganalisis satu potongan ayat dari surah al-
baqarah ini iaitu ayat 30.

Berdasarkan ayat 30 surah al-baqarah ini , ianya menceritakan


tentang peranan Khalifah di muka bumi. Manusia diberi peranan
sebagai khalifah membangunkan dan memakmurkan dunia.Dalam
ayat ini, Allah hendak kita tahu sejarah kita, asal salasilah kita,
kedudukan dan kelebihan yang ada pada kita sebagai
manusia.Tuhan telah menciptakan manusia sebaik baik alam
sehinggakan allah memerintahkan para malaikat dan jin tunduk
kepada nabi adam.Tanpa membuang masa , saya ingin
membentangkan serba sedikit tentang potongan ayat 30 dari surah
al-baqarah.

1
MAKSUD:Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Ayat ini adalah peringatan dari Allah yang Allah telah beri darjat yang tinggi kepada
kita. Tetapi kalau kita tidak laksanakan tugas kita seperti yang Allah kehendaki, Allah
boleh jatuhkan kedudukan kita itu. Kalau kita tidak beringat dan berjaga-jaga, kita
boleh ditewaskan oleh orang yang lebih rendah darjatnya dari kita.

Ketiga, manusia dikira berjaya dan selamat jikalau mengikuti arahan Allah semasa di
dunia. Arahan Allah itu ada dua:

1. arahan suruhan
2. arahan larangan.

Kalau tak ikut kedua-duanya,nescaya kita tidak akan selamat di akhirat kelak.

Dan keempat, Allah hendak mengingatkan kita yang syaitan akan datang dan hasut
manusia. Pertamanya, dia akan hasut supaya manusia tidak faham arahan Allah itu.
Kalau tak tahu, macam mana nak taat? Maka syaitan tak beri manusia belajar wahyu
Allah. Kerana itu ramai tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan syarah hadis di negara kita.
Ia seperti pengajaran yang asing sedangkan sepatutnya ia menjadi perkara pertama
yang kita belajar dalam agama.

Kalau seseorang itu sudah faham, syaitan tidak akan putus asa. Syaitan akan hasut
supaya manusia tidak ikut arahan Allah, sebaliknya dia akan suruh kita ikut nafsu dan
akal kita yang lemah. Maka manusia akan ada yang tewas dengan hasutan ini. Maka
Allah nak ingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan syaitan.Selagi manusia tidak
belajar dan menerima wahyu, manusia akan sentiasa berbalah sesama sendiri.
Kerana ini adalah sifat asal manusia. Kerana setiap manusia mempunyai nafsu,
perasaan dan akal yang berlainan. Kerana itu kalau kita bergantung kepada diri kita
sahaja, kita tidak akan bersatu. Hanya dengan keinginan untuk ikut wahyulah baru
manusia akan bersatu.

Malangnya ada yang silap belajar tafsir, atau baca sendiri terjemahan Al-Qur’an
tanpa belajar, maka dia akan silap faham tentang maksud ayat ini. Kerana banyak
ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang boleh menyebabkan perselisihan faham kalau tidak
belajar dengan betul. Jadi kena belajar dan ambil maklumat yang sahih sahaja. Maka
kena berhati-hati dalam belajar. Antaranya banyak dimasukkan kisah israiliyat dalam
kitab-kitab tafsir. Sepatutnya tidak dimasukkan kerana tidak perlu dan ianya boleh
mengelirukan.

Selain itu, kita kena tengok kemahiran manusia dalam sesuatu perkara. Ada yang
mahir hadis, ada yang mahir fekah dan ada yang mahir dalam ilmu tafsir. Untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat, kita kena rujuk tafsir kepada mereka yang
mahir dalam ilmu tafsir.

Jarang ada seseorang yang mahir dalam semua perkara agama. Amat menyedihkan
kerana negara kita ini tidak mementingkan pengajaran tafsir menyebabkan
masyarakat ramai yang jahil tentang ajaran yang disampaikan dalam Al-Quran.

Baik, kembali kepada tafsir ayat ini. Allah hendak kita tahu yang kita adalah makhluk
yang mulia dan terbaik. Dalilnya, malaikat disuruh sujud kepada kita. Kenapa
malaikat kena sujud kepada manusia? Kerana manusia ada satu kelebihan. Apakah
kelebihan itu?

Adakah kerana amal kita yang banyak? Kalau kerana amal kita, kita tidak akan dapat
mencapai tahap amal ibadat para malaikat. Ada malaikat yang sujud tak bangkit
bangkit sampai bila-bila. Oleh itu, tentunya kita mendapat kelebihan yang tinggi ini
kerana sebab yang lain.

Sebenarnya, malaikat dan jin disuruh sujud kepada manusia kerana kelebihan ilmu.
Itu sahaja lebihnya kita dari para malaikat. Inilah yang Allah beritahu dalam Al-
Qur’an. Ada bahagian dalam diri kita yang berhak menerima ilmu yang tidak ada
pada malaikat dan tidak ada pada malaikat dan jin. Ianya seumpama cip dalam
komputer yang ada kemampuan untuk dimasukkan ilmu ke dalamnya.

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat;

Dalam ayat ini, Allah menceritakan keadaan semasa Dia sedang berkata-kata dengan
para malaikat. Allah beritahu kepada para malaikat bahawa Dia hendak menjadikan
khalifah di muka bumi. Ada orang yang salah faham dengan ayat ini. Mereka kata,
apabila Allah nak jadikan Nabi Adam, Allah bermesyuarat dulu dengan malaikat.
Kononnya Allah tanya pendapat mereka. Ini tidak benar. Sebenarnya, Allah tidak
perlu tanya malaikat pun. Tidak perlu mesyuarat dengan malaikat. Salah kalau kita
kata begitu. Jadi apa terjadi sebenarnya?

Dalam ayat ini Allah berfirman memberitahu malaikat yang Dia hendak menjadikan
Khalifah di bumi. Bukanlah Allah tanya pendapat malaikat pula. Maka jangan kita
salah faham. Kerana ada pula silap dengan kata Allah mesyuarat dengan malaikat.

Kononnya mereka nak kata yang mesyuarat itu amat penting sampaikan Allah
bermesyuarat dulu dengan malaikat sebelum menjadikan Nabi Adam. Itu fahaman
yang salah. Pendapat sebegitu akan mencacatkan sifat ketuhanan dan orang yang
berkata begitu, sebenarnya dia ada masalah akidah. Memang dia tidak kenal Allah
kalau dia berkata begitu.

Manusia memanglah kena bermesyuarat sebab manusia tidak sempurna. Manusia


tidak tahu segala-galanya, maka kena tanya pendapat orang lain juga. Macam Nabi
pun bermesyuarat dengan para sahabat dalam perkara yang bukan wahyu.

Sebab Nabi sebagai seorang manusia, masih tetap ada kelemahan tetapi Allah tidak
ada kelemahan langsung. Maka jangan kata Allah mesyuarat dengan malaikat
apabila Allah hendak menjadikan Nabi Adam.

Ayat sebelum ini telah disebutkan bahawa Allah telah menjadikan manusia dari tiada
kepada ada. Maka, dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa makhluk pertama
yang dicipta adalah Adam. Jadi ini adalah sejarah tentang asal mula manusia.

Sesungguhnya Aku akan jadikan di mukabumi satu khalifah;

Allah sebenarnya beritahu kepada malaikat, bukannya nak tanya pendapat mereka
boleh jadikan Adam atau tidak. Allah sudah ada keputusan nak buat manusia dari
awal lagi. Dia hanya beritahu sahaja kepada malaikat. Waktu itu Allah belum buat
lagi.

Maksud ‘khalifah’ di sini adalah: manusia yang silih berganti. Apabila mati, diganti
oleh manusia lain. Bergilir-gilir hidup dan mati. Bukannya ‘khalifah’ itu maksudnya
ganti Allah di dunia pula. Ini pun satu lagi salah faham dalam masyarakat.

Banyak orang yang faham bahawa maksud ‘khalifah’ itu adalah sebagai khalifah
kepada Allah. Ini salah kerana Allah tidak memerlukan penggantinya di dunia ini. Jadi
maksud khalifah adalah pengganti kepada orang sebelumnya.
Yang sebenarnya manusia menggantikan golongan jin yang tinggal di bumi sebelum
itu. Iaitu selepas mereka telah gagal menjalankan tugas mereka sebagai hamba Allah
yang taat, maka mereka digantikan dengan manusia. Dan kemudian manusia yang
datang kemudian mengganti manusia sebelumnya. Kita semua ini adalah khalifah
sebenarnya.

Maka terma ‘khalifah’ bukanlah bermaksud pemimpin sahaja. Ia bermaksud


pengganti. Dan apabila digunakan kepada pemimpin, maka ia bermaksud pemimpin
yang baru mengganti pemimpin yang lama.

Agama Yahudi dan Kristian juga percaya bahawa makhluk manusia yang pertama
dijadikan adalah Adam. Tapi ada perbezaan antara fahaman kita dan mereka. Kita
percaya bahawa Nabi Adam memang dijadikan untuk tinggal di dunia. Memang
asalnya dia tinggal di Syurga, tapi Allah telah takdirkan bahawa dia akan tinggal di
dunia. Tapi, agama Kristian pula percaya bahawa Nabi Adam telah ‘dibuang’ dari
syurga. Ini pendapat yang kurang tepat.

Jadi, Allah beritahu malaikat yang Dia akan menjadikan makhluk yang silih berganti
yang menegakkan hukumnya di dunia dan ikut perintah Allah. Dan kemudian Allah
beri peluang kepada para malaikat untuk beritahu apa pendapat mereka tentang
makhluk yang akan dijadikan itu. Kerana kalau kritik selepas Allah jadikan, mereka
akan binasa.

Tapi, kalau beritahu sebelum dijadikan, masih boleh lagi nak tanya soalan. Sekali lagi,
ini bukannya Allah bermesyuarat dengan malaikat, tidak. Sebab Allah tetap akan
buat juga makhluk itu.

Malaikat berkata: patutkah Kamu menjadikan makhluk yang akan merosakkan


bumi

Malaikat tanya: patutkah Allah hendak menjadikan makhluk di bumi yang akan buat
syirik kepadanya? Kerana ‘berbuat kerosakan’ itu bermaksud berbuat syirik kepada
Allah. Boleh juga membawa maksud membuat huru-hara di muka bumi.

Setelah diberi peluang, barulah malaikat beri pandangan mereka. Mereka kata
kenapa nak jadikan makhluk lagi yang akan berbuat kerosakan di dunia – maknanya
tidak menegakkan hukum Tuhan. Ini adalah bahagian hablu minallah (hubungan
dengan Allah).
dan makhluk itu akan menumpahkan darah?

Dan mereka itu nanti berbalah sesama sendiri sampai menumpahkan darah. Ini pula
adalah bahagian hablu minannas (hubungan sesama manusia).

Soalan: macam mana malaikat boleh tahu yang manusia akan berbuat kerosakan dan
menumpahkan darah? Sedangkan Nabi Adam dan keturunan baginda tidak ada lagi?
Tak sesuai kalau malaikat yang suci berbuat tohmahan pula terhadap Allah. Ulama’
mengatakan, mereka tahu itulah yang akan berlaku, kerana sebelum dunia dihuni
oleh manusia, ianya telah dihuni oleh golongan jin.

Ini kita tahu dari hadis yang menceritakannya. Merekalah dulu yang duduk di dunia
dan setelah berbuat kerosakan dan menumpahkan darah, mereka telah dihalau ke
tengah laut dan ke tengah hutan. Kerana malaikat pernah tengok jin dan segala
perbuatan mereka, para malaikat telah qiyas yang makhluk yang baru ini pun akan
berperangai begitu juga. Itu adalah andaian mereka.

Jadi, malaikat agak, apabila dibuat makhluk yang diuji dengan nafsu, seperti manusia
dan jin, maka akan ada pertumpahan darah dan berbuat syirik kepada Allah. Dan
Allah telah beri peluang kepada mereka untuk beri pandangan. Tidak dikira derhaka
lagi kalau begitu.

Kenapa Allah beri peluang kepada malaikat untuk bertanya? Kerana Allah nak
beritahu kita yang Allah tak mahu perangai berbuat kerosakan dan menumpahkan
darah seperti yang dilakukan oleh golongan jin itu. Allah nak beritahu kepada kita
dengan cara begini iaitu dengan cara dimasukkan dalam Al-Quran tentang kejadian
soal jawab ini.

Maka maklumat telah diberitahu kepada kita. Dengan soal jawab Allah dan malaikat,
kita boleh satu perkara kejadian di langit suatu waktu dahulu. Kerana kalau Allah
tidak beritahu, kita tidak akan dapat tahu langsung.

sedangkan kami senantiasa bertasbih dengan memujiMu

Maknanya, dua-dua bahagian (habluminallah dan habluminannas) mereka tidak akan


langgar. Ini adalah kerana memang mereka tidak ada nafsu dan mereka dijadikan
untuk taat sahaja kepada Allah. Jadi mereka kata, kalau mahu makhluk yang memuja
dan taat kepada Allah sahaja tanpa engkar, mereka sudah ada untuk terus
memujinya.

dan menyucikan namaMu.

Malaikat membandingkan perbuatan mereka dan manusia. Malaikat akan bertasbih


dan bertahmid, sedangkan manusia akan berbuat kerosakan dan menumpahkan
darah. Satu contoh dalam bentuk perbuatan (berbuat kerosakan dan menumpahkan
darah), dan satu lagi adalah dalam bentuk sebutan (tasbih dan tahmid).

Perbuatan: buat kerosakan & menumpahkan darah (manusia)


Sebutan: tasbih & tahmid (malaikat)

Kalau difikirkan, nampak macam perbandingan itu tidak sempurna. Kalau nak
bandingkan sesuatu, ianya mestilah dalam perbandingan yang sama – perbuatan
dengan perbuatan dan sebutan dengan sebutan.

Manusia: buat kerosakan & menumpahkan darah


Malaikat: tidak buat kerosakan & tidak menumpahkan darah

Ini bermakna, bertasbih dan bertahmid itu bukan hanya sebutan di mulut, tetapi
adalah jenis amalan perbuatan juga sebenarnya. Kalau tak faham, itulah sebabnya
ada manusia yang mulutnya berzikir kepada Allah, tapi dalam masa yang sama,
mereka berbuat syirik dan menumpahkan darah. Mereka setakat cakap di mulut
sahaja tapi tidak memberi kesan di hati dan perbuatan mereka.

Allah berfirman: Sesungguhnya Aku tahu apa yang engkau tidak tahu;

Apabila malaikat jawab begitu, Allah jawab balik dengan menggunakan bahasa tegas,
yang Dia Maha Mengetahui apa yang malaikat tak tahu. Yang mereka cakap itu
adalah hanya andaian para malaikat sahaja dan Allah Maha Tahu dan Allah akan
tunjuk yang manusia ada keistimewaan yang malaikat tidak ada.

Maka jangan tanya lagi. Memang akan ada manusia yang akan berbuat kerosakan di
dunia dan menumpahkan darah. Tapi Allah nak beritahu bahawa para malaikat tak
tahu bahawa akan ada di kalangan manusia yang tidak sebegitu. Ada manusia yang
akan beriman sempurna dan tidak melakukan syirik kepada Allah. Walaupun mereka
dibekalkan dengan nafsu, tapi ada dari kalangan mereka yang jadi makhluk yang
baik.
KESIMPULAN

Potongan ayat 30 dari surah al-baqarah yang telah saya bentangkan


di atas menceritakan tentang betapa pentingnya peranan kita
sebagai manusia di sisi Allah. Walaupun tuhan menciptakan
manusia di bumi ini tiada yang sempurna tetapi tetap dipandang
tinggi darjatnya. Sebagai makhluk tuhan yang hebat kita hendaklah
sentiasa mematuhi segala perintah tuhan dan meninggalkan segala
larangannya. Walaupun manusia dikatakan hebat , kita tidak perlu
berasa angkuh dengan kehebatan diri kita kerana jika kita
mempunyai sifat angkuh dengan kehebatan diri sehingga
meninggalkan segala perintah Allah , maka kita boleh menjadi
manusia paling hina di sisi AllRasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik
manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi
orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu


adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis itu, manusia yang dimuliakan ALLAH SWT ialah


yang sentiasa berbuat kebaikan dan perkara itu memberi manfaat
kepada orang di sekelilingnya.
RUJUKAN

 https://celiktafsir.net/2013/02/03/baqarah-ayat-30-33/
 https://www.sinarharian.com.my/article/27405/LIFESTYLE/Sinar
-Islam/KITA-hidup-di-dunia-ini-hanya-sementara-sahaja-dan-
yang-kekal-adalah-di-alam-akhirat-nanti
 https://www.slideshare.net/ahlansg/tafsir-surah-albaqarah-
ayat-3032

Anda mungkin juga menyukai