Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 3: Jelaskan perkara yang perlu diteliti pada fasa menganalisis pelajar

menerusi model ASSURE.

1. Ciri-ciri umum:-

Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf


sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu
media itu dipilih dan digunakan.Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran
dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang
muda terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar
adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula
perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager
mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas
pembacaan.

2. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-

Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini
termasuklah tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang
menghadapi masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi
mungkin memerlukan pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau
memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan
dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu
adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan seseorang pelajar itu
menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang objek.

3. Gaya pembelajaran pelajar:-

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait
psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak
balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu
merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru
merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut
termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor
motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil
kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

1
Gaya
pembelajaran
pelajar:
- menaggap
- berinteraksi
- bertindakbalas

Fasa
Menganalisis
Pelajar Menerusi .
Model ASSURE. Pengetahuan/Peng
Ciri-ciri umum: alaman sedia ada:
- umur - sikap
tahap - pengetahuan sedia
persekolahan ada
- sosioekonomi - tahap kemahiran
- intelektual belajar
- budaya

Anda mungkin juga menyukai