Anda di halaman 1dari 4

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

Pengenalan :

Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.

 Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.


 Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
 Tidak mempunyai peradaban.
 Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
 Tidak boleh membaca dan menulis.

Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan
wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Isi- isi Penting :

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam
Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

 Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan.


 Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair.
 Golongan hamba.
 Wanita.
 Masyarakat awam dan rakyat biasa

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :

Aspek agama dan kepercayaan :

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi,
Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana
adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang
dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman.
Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat
Parsi.

Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara
Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi
Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.
Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal
agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi
Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan
menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan
Madinah.

Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s
sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di
Arab.

Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab
tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut
Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala.
Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan
perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala
daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul
lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala
adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul.
Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima
kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik
dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa
termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

Aspek Politik dan pentadbiran :

Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di
bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan
Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru
dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian
selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya
boneka kepada kerajaan Parsi.

Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul
Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-
ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang
membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak
tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin
menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa
mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-
ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh
berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir
lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi :

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan


perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa
Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan
Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka
mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup
Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi
sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak
balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-
anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah,
permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan
lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf
( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine
dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim
sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba
abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar.
Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial :

Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.
Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan
semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan
menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup
berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah
ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani.
Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan
mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak
lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan
dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang
berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang
hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan
menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan
pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi
mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga
yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi
mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh
akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan :

Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-
saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk
aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar
keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan
melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan
keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang
kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan
berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling
membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu
pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan,
namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati
tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan
jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti
tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat
berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun
melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat
positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai