PETIKAN 8
SOALAN 1
Maksud pembelian secara atas talian adalah satu kaedah
mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barangan keperluan
tanpa perlu beratur di kaunter atau bersesak-sesak di pusat
membeli belah.
SOALAN 2
Masyarakat semakin menggemari kaedah pembelian pembelian
secara atas talian kerana dapat memudahkan proses pembelian
dan kita dapat membeli barangan edisi terhad atau yang tiada
di pasaran Negara kita.Selain itu,pembelian barangan atas
talian juga dapat menjimatkan masa dan kita tidak perlu
berpusing-pusing untuk mencari tempat letak kereta dan
mengelilingi kompleks membeli belah untuk mencari barang
keperluan serta terpaksa beratur untuk membuat pembayaran.
SOALAN 3
Keburukan kaedah pembelian atas talian adalah barangan yang
dibeli dari luar Negara mungkin akan mengambil masa yang
lama untuk diperoleh.Selain itu,masyarakat juga mungkin
tertipu oleh sindiket tertentu seperti barangan yang dipesan
tiada stok,produk yang diiklankan tidak sama,atau tidak
diterima langsung sedangkan pembayaran telah dibuat secara
atas talian.Seterusnya,jika pengguna membeli barang dari luar
Negara risikonya tinggi kerana pengguna mungkin sukar untuk
mendapat ganti rugi jika produk iru rosak dalam
perjalanan.Tambahan pula,barangan tersebut tidak
menggambarkan barangan sebenar yang ingin kita beli sama
ada dari segi warna atau saiz.
SOALAN 4
Peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang pengguna
untuk mengelakkan diri daripada tertipu adalah buat kajian
seperti membaca maklum balas yang dibuat oleh orang yang
pernah membeli barang daripada syarikat atau individu
tersebut.Hal ini bertujuan untuk memastikan sama ada penjual
tersebut boleh dipercayai atau tidak.Kesannya,kes penipuan
dapat di elakkan