Anda di halaman 1dari 21

Pengakuan: Saya terlalu bodoh.


Mungkin anda pelik.

Anda download panduan ini dengan harapan penulisnya mengaku pandai,


mengaku hebat, berlagak kaya dan anda akan menyesal jika tak belajar
dengannya.

Tapi saya, sedikit berbeza.

Saya mengaku. Pengalaman sangat mematangkan seorang insan.

Pengalaman saya sangat berbeza. 90% pengalaman saya adalah ‘belajar’


daripada pengalaman orang lain (orang sekeliling dan mentor).

10% adalah pengalaman saya sendiri.

Dan kesimpulan daripada gabungan kedua-dua pengalaman ini, saya dapati


mengaku diri sendiri bodoh adalah pilihan terbaik.

Lebih spesifik, sentiasa mengaku,

“Aku bodoh. Aku tak tahu apa-apa. Aku perlu belajar lagi.”

Apabila kita mengaku pandai, kita naikkan dinding kebodohan.

Apabila kita mengaku bodoh, kita sentiasa membuka ruang untuk belajar.

RM8 juta dan masih, “Aku tak tahu apa-apa”

Secara ringkas tentang saya.

Nama saya Aqif.

Sehingga hari ini, saya menguruskan 4 syarikat di 2 negara berbeza


(Malaysia dan Amerika).

Bermula tahun 2016, saya dan team menguruskan perbelanjaan iklan


sebanyak RM6 juta ke RM8 juta setahun.

Tolong baca ayat di atas 2 kali atau lebih.

Menguruskan perbelanjaan iklan. Bukannya saya ada duit RM8 juta.

Kalau saya ada RM8 juta, saya tak akan spend untuk marketing.

Saya akan spend untuk beli kereta mewah. Beli banglo. Travel satu dunia.
Dan jadi riak serta tunjukkan semua yang saya ada di Facebook dan
Instagram.

(Mode: Sarcasm tahap tertinggi)

Haha.

Saya masih lagi insan biasa. Mencari laba dengan menulis iklan dan
membina team iklan.

Jualan 4 syarikat yang saya uruskan ketika ini adalah sekitar RM500,000
hingga RM250,000,000 juta setahun.

(Jualan = Jualan kasar. Bukan net profit after tax)

Bagi sesiapa yang tertanya-tanya lifestyle saya macam mana. Ini


ringkasannya:

1 - Saya hidup bebas.

2 - Saya bukan jutawan.

3 - Saya ada kereta seperti rakyat marhain yang lain. Supaya dapat bawa
keluar berjalan-jalan.

4 - Jika anda pemandu Grab, 85.34% kebarangkalian untuk anda jumpa


saya sangat tinggi. Saya happy customer anda.

5 - Saya duduk di kawasan kampung. Dekat dengan rumah mak mertua dan
ibu bapa saya. Hidup saya adalah untuk berbakti kepada mereka sebaik
mungkin dan selama mungkin.

Jadi jika anda mengharapkan saya post benda-benda materialistik di FB dan


Instagram, saya minta maaf.

Saya tak pernah post apa-apa berkaitan material sejak 5 tahun lepas.

I know my gift to the world.

Saya lebih teruja untuk bantu orang lain hidup bebas tanpa ada masalah duit
dan masa, dengan mempunyai 1 kemahiran: Menjual di mana-mana (a.k.a
pandai buat iklan).

40 Staf, 19 produk, dan 5 negara berbeza.

Ketika saya menulis panduan ini (November 2018), saya menguruskan staf
lebih daripada 40 orang dan menjual 19 produk di 5 negara berbeza.

Staf-staf saya dari pelbagai jenis negara: Malaysia, Filipina, Australia,


Amerika Syarikat dan Indonesia.

Setiap hari, secara purata, kami melancarkan 10 ke 100 kempen iklan.

Platform iklan berbayar kami hanya ada tiga ketika ini:

1 - Facebook Ads.

2 - Native Ads.

3 - Google Adwords.

Kenapa saya tulis panduan ini... dan sebarkan secara percuma?

Sebab ia adalah hak anda.

2 tahun lepas, saya pun sama macam kebanyakan orang.

Mencari rahsia. Mencari strategi. Mencari jawapan. Ibarat orang yang sesat
dalam kegelapan.

Apa yang saya perlukan hanya satu: CAHAYA.

Saya bertuah dipertemukan 2 orang mentor iaitu Jason dan James pada
tahun 2015.

Dua individu yang saya sebutkan di atas, adalah BIG PLAYER dalam iklan
berbayar.

Setiap seorang spend minimum USD1,000,000 (Ya. USD1 juta) di FB Ads.

Ini tak termasuk platform iklan berbayar yang lain.

Oh ya. Mereka ini memang 100% jual produk.

Tak buat duit dengan menjual air liur a.k.a seminar. Tapi kadang-kadang
dipanggil untuk berkongsi ilmu di seluruh dunia.

Kalau sesi mereka, saya boleh jamin 100% tak ada upsell ke program
advance dan sebagainya.

(Tapi tak tau la di masa akan datang. Sebab mereka ini semakin popular di
seluruh dunia)

Jadi, saya tulis panduan ini secara 100% percuma supaya anda dapat
belajar apa yang saya belajar.

Sentiasa ingat, apa yang saya kongsikan bukannya 100% tepat dan betul.

Saya pun masih belajar lagi.

Yang penting, anda buat dan belajar daripada eksperimen. Cuma risiko anda
akan berkurangan sebab sudah lengkap dengan ilmu, selepas belajar
daripada panduan percuma ini.

Jika anda seronok dengan panduan ini, sila sebarkan.

Bagi orang lain download panduan ini.

Dan saya sangat berharap, selepas anda baca dan amalkan ilmu dalam
panduan ini, anda akan lebih teruja untuk datang ke Kelas Ads Marathon.

Satu-satunya kelas yang saya kongsikan semua formula untuk hasilkan iklan
yang menjana sales 8 angka setahun.

Jika anda dapat datang, saya sangat teruja.

Baca panduan ini sampai habis untuk claim kod kupon diskaun special yang
saya mahu berikan pada anda.

Dengan itu, semoga anda dapat manfaat daripada panduan ini.

- Aqif Azizan

(Facebook: http://facebook.com/aqifazizan)

aqif.writetowealth@gmail.com

Rahsia orang spend iklan jutaan ringgit - REALITI


Saya ada satu cerita.

Cerita ini tentang Raphael.

Saya rapat dengan Raphael.

Saya teruja dengan Raphael.

Dia seorang yang brilliant bab marketing. Kalau setakat buat FB Ads spend 5
ke 6 angka sehari, dia tak ada masalah.

Saya sebagai tipikal orang Melayu, cuba untuk tiru cara dia bekerja.

(Sedangkan di Malaysia kereta Kelisa boleh jadi Mini Cooper. Inikan pula nak
tiru cara orang bekerja. Apa ada hal)

Long story, short.

Dia buat iklan video A. Saya pun buat iklan video A.

Dia buat copywriting style B. Saya pun buat copywriting style B.

Dia launch 10 iklan sehari. Saya launch 10 iklan sehari.

Dia spend RM10,000 sehari. Saya spend RM10,000 sehari.

Nak tau apa jadi dalam masa 3 bulan?

Dia buat banyak duit!

Saya?

Saya makin tak ada duit. Saya makin miskin. Duit saya dalam akaun semakin
susut.

Dia semakin happy.

Saya semakin stres. Sebab apa yang saya tiru, semuanya tak menjadi.

Bila saya mengadu dekat dia, dia gelak sakan!

Tapi apa yang dia kata selepas itu, buatkan saya tak boleh tidur malam,

“Ramai orang tiru dalam keadaan bodoh. Jangan sekadar tiru apa yang aku
buat. Dalam masa sama, faham cara aku berfikir terhadap sesuatu dan apa
matlamat aku disebalik apa yang aku buat.”

Kemudian, dia terangkan satu per satu.

Dan dalam panduan ini, saya nak kongsikan 5 strategi asas yang penting
untuk anda spend besar dalam iklan.

Saya doakan, lepas baca panduan ini, anda nampak spend lebih RM1,000
sehari ke atas adalah rasional (bila kena pada masanya).

Strategi ULTIMATE - The Steve Jobs Mental Model


Nama di atas sekadar gebang dan nampak gempak.

Tapi saya janji anda akan belajar sesuatu.

Kenal Steve Jobs?

Dia adalah pengasas syarikat gergasi terbesar di dunia iaitu Apple (iPhone,
Macbook, iPod dan pelbagai lagi).

Steve Jobs sudah arwah.

Namun masih ramai yang menjadikan dia sebagai idola.

Ada juga sebahagian yang masih melakukan kajian terhadap cara


pemikirannya membangunkan syarikat gergasi.

Saya, tak terkecuali.

Masih ingat lagi kawan saya, Raphael?

(Kalau anda tak baca cerita dia, pergi baca dulu. Kalau tak, anda tak akan
faham betapa pentingnya poin ini)

Raphael beritahu,

“Steve Jobs adalah orang yang berfikir dan tahu mahu bawa syarikat Apple
pergi ke tahap mana.

Tapi dia bukannya orang yang buat produk.

Walaupun dia tak buat produk. Dia adalah orang yang akan buat keputusan
sama ada produk itu patut dilancarkan atau tidak.”

Ini yang Raphael gelarkan Mental Model.

Cara Steve Jobs berfikir ini beliau amalkan dengan:

1 - Dia tahu dia akan buat iklan video A. Tapi dia takkan buat iklan video A.

2 - Dia tak ambil staf sepenuh masa untuk permulaan. Dia ambil orang yang
boleh siapkan kerja.

Jadi, dia fleksibel. Guna freelancer pun boleh. Bayar per projek. Jika dia
puas hati dengan hasil kerja selama 6 bulan, baru dia ambil full time.

(Menguruskan risiko mengambil pekerja)

3 - Raphael tahu cara untuk buat duit. Dia tahu dia kena mahir menjual. Jadi
dia fokus untuk menjual saja.

4 - Nothing else matter. Buat video, buat iklan, lancar 10 iklan sehari, dan
apa saja yang saya cuba tiru, itu semua benda yang dia tak buat.

Dia beritahu,

“Apa saja benda yang sistematik, dan repetitive (berulang kali), saya akan
suruh orang lain buat. Saya fokus pada kerja yang melibatkan perah otak
seperti kreativiti dan strategi.”

5 - Raphael seorang yang percaya pada membeli orang pandai. Apabila dia
ada duit banyak, 95% duit yang dia ada adalah membeli orang pandai.

Sebagai contoh, dia menggajikan seorang pekerja FB Ads sebanyak $4,500


sebulan (tak termasuk komisyen).

Staf dia ini memang superb. Pandai buat FB Ads.

Macam engineer dan designer Apple yang pandai buat produk yang Steve
Jobs mahukan.

Ini adalah asasnya, iaitu Mental Model.

Oh ya.

Ini tak termasuk dalam 5 strategi yang saya kongsikan. Haha.

Sebab 5 strategi selepas ini agak simple dan senang faham, jika anda faham
Mental Model yang saya baru kongsikan di atas.

Strategi 1 - LTG (Long Term Game)


Ingat lagi cerita Raphael?

Dia spend RM10,000 sehari. Saya pun spend RM10,000 sehari.

Kami sama-sama rugi. Tapi dalam masa 2 hari, dia buat ROI 20 kali ganda.

Saya pula kekal rugi.

Kenapa?

Sebab dia keluarkan kos iklan untuk beli customer.

Saya pula keluarkan kos iklan tanpa ada sebab yang jelas.

Beli customer? Apa tu?

Raphael tak kisah berapa kos yang dia perlu keluarkan untuk beli customer.
Yang penting, customer itu buat pembelian.

Apabila customer buat pembelian, dia ada potensi untuk buat pembelian
berkali-kali selagi mana dia hidup.

Saya bagi satu senario untuk anda senang faham:

1 - Raphael spend RM10,000 sehari. Dia dapat 100 orang customer beli
produk RM100.

2 - Jadi, kos dia untuk beli customer adalah RM100 (RM10,000 bahagi 100
orang customer = RM100).

Nampak macam balik modal atau rugi. Memang betul pun. Sangat betul, jika
dia tak buat apa-apa selepas itu.

(Sayalah contoh orang yang tak buat apa-apa)

3 - Semasa customer buat pembelian, dia dah ready backend. Walaupun


produk yang sama, dia jual dalam bentuk pakej. Sebagai contoh:

1 produk sama (Pakej 3 botol) - RM200

1 produk sama (Pakej 10 botol) - RM500

1 produk sama (Pakej 30 botol) - RM1,500

(Pakej yang ketiga agak kreatif. Dia akan bagi customer website yang sama
dia gunakan untuk customer jadikan sebagai ‘mesin jualan’. Supaya
customer boleh jual produk itu tanpa perlu fikir tentang iklan, marketing dan
sebagainya)

Pakej di atas adalah sekadar ilustrasi. Sebenarnya, lagi kompleks dan


mengelirukan.

Tetapi, asasnya adalah...

4 - Tahu game apa yang anda main. Apakah backend anda? Bila customer
dah buat pembelian pertama, apa langkah seterusnya untuk buatkan dia
buat pembelian kedua serta merta?

Up-sell. Down-sell. Cross-sell.

Buy in. Buy more. Buy again.

1 strategi yang nampak bodoh ini saja akan buatkan anda berani spend kos
iklan besar-besaran.

Sebab anda tak nampak kos iklan. Anda nampak berapa banyak customer
yang anda boleh dapat.

Supaya anda dapat jual dekat customer itu beratus kali (dengan produk
sama atau produk berbeza).

Belajar sesuatu?

Ini tindakan anda sekarang.

Rancang perjalanan customer anda dari pembelian pertama sehingga


pembelian ketiga (minimum)

Pembelian pertama Pembelian kedua Pembelian ketiga


Produk A (RM100) Pakej A1 (RM200) Pakej Servis B (RM1,000).
A2 (RM300) Pakej A3
(RM500)
Strategi 2 - Biar prospek tak boleh berhenti
tengok iklan anda.
Saya nak tanya sekali lagi.

Ingat cerita Raphael? Masih ingat?

Bagus.

Dalam Kelas Ads Marathon, saya ada kongsikan 3 formula iklan yang akan
kekal relevan sampai akhir zaman.

Salah satunya: Frekuensi.

Iaitu kekerapan iklan kita (Iklan yang bagus. Bukan iklan sampah) kepada
sasaran pelanggan yang sama.

Nak senang faham?

Baca satu demi satu poin di bawah:

1 - Ali tengok iklan produk A. Dia suka iklan itu. Tapi tak rasa nak beli lagi.

2 - Esok. Dia nampak lagi iklan produk A. Dia klik. Tapi dia tak rasa nak beli
lagi.

3 - Lusa. Dia nampak lagi iklan produk A. Kali ini, dia bertambah yakin nak
cuba. Tapi, dia masih tak rasa nak beli lagi.

4 - Tulat. Kali ini dia nampak iklan produk A. Kebetulan kawan dia baru bayar
hutang RM300. Jadi dia ada duit lebih. Maka, dia pun beli produk A dengan
hati yang gembira.

5 - Poin 1 sampai poin 4, itu yang dinamakan frekuensi.

Kita tak akan tahu bila prospek yang tengok iklan akan buat pembelian.

Yang kita boleh kawal adalah kekerapan kita paparkan iklan yang bagus.

Kekerapan iklan yang bagus dipaparkan kepada pelanggan yang kita nak,
adalah aktiviti yang sangat kritikal.

Dalam FB Ads, gabungkan retargeting dengan pelbagai jenis custom


audience supaya kita tak pernah berhenti paparkan iklan.

Sekali lagi, berbalik pada poin pertama. Kita keluarkan kos iklan, untuk beli
customer.

Strategi 3 - ROI sebenar bukannya pada untung


semata-mata...
Okay. Yang ini tak ada kena mengena sangat dengan Raphael.

Tapi inspirasi ayat ini datang daripada salah seorang salesman dan property
investor yang popular.

Nama dia: Grant Cardone.

Ayat dia ini sangat berkait rapat dengan apa yang saya nak kongsikan.

Dengar baik-baik.

“Cara terbaik untuk menjadikan customer kita sentiasa happy dan kayakan
bisnes kita adalah dengan membantu mereka buat duit dan jadi kaya.”

Ada banyak teori untuk kira ROI.

Anda boleh belajar dengan akauntan atau orang yang lebih pakar dalam bab
ROI.

Dari sudut asas pula, ROI bisnes kita bergantung berapa lama dan kerapa
customer kita bagi duit pada bisnes kita (berbalik pada poin satu).

Kesimpulannya:

1 - Sentiasa fikirkan cara untuk bantu customer kita buat duit. Lebih-lebih
lagi customer kita yang happy gila dengan produk kita.

2 - Belajar dari Raphael. Dia siap sediakan pakej untuk customer itu jual
produk A.

3 - Benda ini benda asas. Anda boleh gunakan systematic referral seperti:
Kalau si A recommend si B kepada kita, dia akan dapat duit.

Ya. Bagi duit. Jangan sekadar bagi dia free gift dan sebagainya.

Bila customer kita buat duit dengan produk kita, mereka secara automatik
akan jadi salah satu platform iklan berbayar kita.

(Jadikan customer kita sebagai mesin iklan kita)

Namun begitu, ia berbalik kepada kapasiti dan margin produk atau servis
yang kita jual.

Yang lebih penting, customer itu happy dengan produk yang kita jual.

Kalau anda lihat, bisnes-bisnes yang bertahan lebih daripada 10 tahun,


aktiviti marketing utama mereka adalah daripada referral atau word of mouth.

Strategi 4 - Berapa maksimum bajet FB Ads?


Ingat lagi cerita Raphael?

Ingat lagi yang dia spend RM10,000 sehari?

Kalau anda tak kaji betul-betul, anda mungkin ingat dia tekan 1 campaign
dan terus naikkan bajet RM10,000 sehari.

Itu yang dia gelarkan: “Peniru yang tidak berakal.”

Strategi 4 ini strategi yang simple iaitu maximum capacity.

Setiap platform iklan seperti FB Ads, ada maximum capacity yang kita perlu
tahu. Dan maximum capacity ini berubah-ubah.

Sebagai contoh, ketika saya menulis panduan ini (November 2018),


maksimum ads spend Raphael untuk 1 adset adalah RM1,500 saja.

Maksudnya?

1 FB Ads Campaign (Cth: Conversion)


Adset 1 - RM1,500 /day
Adset 2 - RM1,500 /day
Adset 3 - RM1,500 /day
Adset 4 - RM1,500 /day
Adset 5 - RM1,500 /day
Adset 6 - RM1,500 /day
Adset 7 - RM1,000 / day

Contoh di atas adalah sekadar ilustrasi ringkas untuk anda faham.

Maksudnya, pecahkan bajet iklan kita. Angka RM1,500 akan berubah dari
semasa ke semasa.

Poin kelima ini adalah caranya...

Strategi 5 - Mass Advertising at Scale


Bila saya tulis strategi nombor 5, saya rasa macam profesor Universiti
Harvard.

Sebab guna Bahasa Inggeris dan guna jargon yang tak semua orang faham.

Haha.

Untuk poin terakhir ini, saya akan guna contoh FB Ads.

Tapi asasnya masih boleh diaplikasi dalam Google Adwords, Native Ads dan
apa saja platform marketing berbayar (dan juga percuma).

Ingat lagi saya cakap tentang frekuensi?

Ada dua cara lancarkan iklan yang boleh anda pilih:

CARA 1 - Massive Ads to Audience (MAds = A).

CARA 2 - Massive Audience to Ads (MA = Ads).

Cara 1 dan 2 lebih kurang sama. Cuma tukar taktikal saja.

Sebagai contoh (FB Ads):

1 - Target audience kita 1,000,000.

2 - Cara 1: Lancarkan 100 iklan untuk 1,000,000 audience ini.

3 - Cara 2: Lancarkan 1 iklan dan pecahkan 1,000,000 audience kepada 10


segmen berbeza seperti:

Segmen 1: Umur 20 - 30 tahun (500,000 audience)

Segmen 2: Umur 30 - 35 tahun (300,000 audience)

Segmen 3: Umur 35 - 40 tahun (100,000 audience)

Segmen 4: Umur 40 - 50 tahun (100,000 audience)

Ilustrasi di atas adalah sekadar contoh saja.

Tak semestinya anda pecahkan segmen kepada umur. Boleh juga guna
Interest, Keyword (Google Adwords) dan pelbagai jenis lagi.

Cara 1 atau cara 2 lebih baik?

Saya dah jumpa beratus orang yang jana puluhan juta ringgit setahun guna
dua-dua cara.

Soalan yang patut anda tanya adalah,

“Cara mana satu yang bersesuai dengan kapasiti diri saya?”

Tapi, untuk cara 1 dan cara 2 memberikan hasil yang positif, saya ada 1
amaran penting.

Anda kena tahu buat iklan dengan asas yang terbukti berkesan.

Sebab itu, anda kena baca poin TERAKHIR di bawah.


1 Formula iklan yang akan buatkan anda nampak
jana RM1,000,000 sales (minimum) itu simple.

(Nota: Simple bukan senang. Maksud simple di sini adalah sistem yang
praktikal)

Hidup saya berpegang pada dua prinsip:

1 - Fundamentals.

2 - Simplicity.

Prinsip ini ditebuk sedalam-dalamnya oleh mentor saya.

Prinsip ini juga yang membuatkan kami anjurkan Kelas Ads Marathon.

Dalam dunia iklan, ada seni dan sains.

Saya nak fokus pada poin ‘seni’ (art) dalam post ini.

Kerana poin ini ramai terlepas pandang.

Kita terlalu asyik buat kempen marketing untuk jual ‘manfaat produk’
semata-mata.

Tak salah. Dalam masa sama, tak bertahan lama.

“Every successful ads drives emotions.”

Emosi adalah antara komponen yang paling kompleks dalam diri


manusia.

Kita buat keputusan berdasarkan emosi. Kemudian kita legakan hati


dengan jawapan yang rasional.

Contohnya?

Beli kereta.

Apabila kita beli kereta mewah (Contoh: Mercedes), ada banyak sebab
yang mendorong daripada keputusan yang beremosi.
Antaranya:

Emosi 1 - Akhirnya, aku dapat buktikan kepada orang ramai bahawa aku
dah berjaya.

Emosi 2 - Siapa yang cakap aku tak boleh beli Mercedes, mereka semua
akan telan balik ludah mereka sendiri.

Tapi, yang menariknya, apabila orang sekeliling kita tanya kenapa kita
beli kereta Mercedes, kita akan jawab dengan jawapan yang rasional.

Seperti:

Rasional 1 - Saya beli sebab enjin dia V6.

Rasional 2 - Saya beli kerana kereta ini ada 5 tahun waranti.

Apa yang kita boleh belajar?



Ada banyak, sebenarnya.

Tapi 1 benda yang penting untuk kita terus belajar secara mendalam
adalah:

“Emotion sells. Emotion


triumph prices.”

Dalam Kelas Ads Marathon,


kami akan bentangkan formula,
kajian dan eksperimen yang
melibatkan:

1 - 30,000+ kempen iklan.

2 - Perbelanjaan FB Ads 7
angka setahun.

3 - Pengalaman menjual 19 produk berbeza di 5 negara berbeza.

4 - Cara kami lancarkan 10 ke 100 iklan sehari dengan 1 formula asas


yang sama (dan anda boleh tiru serta merta dalam kelas)
5 - Dalam kelas ini, anda akan kena paksa siap minimum 4 kempen
marketing yang terus boleh lancarkan.

(Jika 1 daripada 4 iklan ini menjadi, anda dah dapat ROI 10 kali ganda
daripada apa yang bayar untuk hadir ke kelas ini)

Anda juga akan faham jenis emosi yang mesti anda gunakan dalam
kempen iklan selepas ini.

(Kajian ini adalah daripada 30,000+ kempen iklan yang kami lancarkan)

Supaya anda tak lagi berteka teki.

Anda hanya ulang formula ini berulang-ulang kali.

Saya ada kod diskaun RM200 untuk Kelas Ads


Marathon bulan ini.
Siapa yang serius mahu daftar, hubungi 017 649 1442 sekarang.

Atau klik sini untuk terus whatsapp: http://writetowealth.my/waam

Maklumat tentang kelas Ads Marathon, boleh rujuk website di bawah:

http://writetowealth.my/adsmarathon

Saya harap dapat jumpa anda dalam kelas ini.

Dan saya doakan, anda dapat banyak manfaat daripada panduan ini.

Sila sebarkan panduan ini kepada seramai yang mungkin.

Anda mungkin juga menyukai