Anda di halaman 1dari 17

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK TUGASAN : PROJEK

KOD KURSUS BBD20603

NAMA KURSUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

1) MOHAMAD FHIRDAUS BIN MOHAMAD FUAD (DB200176)

2) MUHAMMAD AIMAN BIN AZLI (DB200046)

3) NASRIN NASUHA BINTI JAZALAN (DB190083)


NAMA PELAJAR
4) FATIN MASTURA BINTI FAKARUDDIN (DB190107)

5) MUHAMMAD NURHARFIZZIE BIN MOHD HARFIZZAN (DB180007)

6) MUHAMAD NOR SHAHID BIN NORNASIR (DB200043)

NO. KUMPULAN KUMPULAN 10

SEKSYEN SEKSYEN 1

SEMESTER / SESI SEMESTER 2 / 2020/2021

NAMA PENSYARAH DR. NURUL HIDAYAH LIEW ABDULLAH

TARIKH HANTAR 10 JUN 2021

MARKAH TUGASAN
ISI KANDUNGAN

BAB MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN i
SENARAI LAMPIRAN ii
1 PENGENALAN 1

2 MENGENAL INSTITUSI 2
2.1 Latar belakang sekolah/ sejarah sekolah 2
2.2 Struktur organisasi sekolah 3
2.3 Latar belakang pemimpin yang diwawancara 6

3 KEMAHIRAN PENGURUS DAN PENTADBIR 7


DALAM PENDIDIKAN
3.1 Akauntabiliti dan gaya kepimpinan 7
3.2 Kemahiran dan kompetensi sebagai pengurus dan 8
pentadbir 9
3.3 Kemahiran komunikasi 10
3.4 Kemahiran memotivasikan staf

4 CABARAN MENGURUS YANG DIHADAPI 11


5 HARAPAN PEMIMPIN 12
6 LAMPIRAN 12

i
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT


1 Sesi taaruf dan perbincangan awal projek pada 2 April 12
2021
2 Pembahagian kerja antara kumpulan pada 9 April 2021 13
3 Perbincangan antara kumpulan pada 18 April 2021 13
4 Sesi wawancara bersama Encik Rosidi bin Ramli pada 19 14
April 2021

ii
1.0 PENGENALAN

Institusi Pendidikan adalah penting bagi membangunkan sebuah negera dengan melahirkan
insan yang bertanggungjawab, amanah, jujur, disiplin jadi setiap instusi Pendidikan di seluruh
negara semestinya mempunyai pekerja yang terdiri daripada pemimpin, kerani, para pendidik
dan pekerja am. Maka semua staf dan pekerja memainkan peranan masing-masing dalam
institusi tersebut dan ia juga boleh menjadi contoh kepada anak-anak pendidik mereka dari
segi perangai iaitu bertanggungjawab, gaya hidup, penyayang, jujur, dan sebagainya. Pendidik
merupakan ibu atau ayah di sebuah institusi di mana mereka ini akan membentuk dan
mencurah ilmu kepada pelajar untuk digunakan pada masa hadapan jika Pendidikan
menggunakan konsep atau kaedah yang salah maka pelajar akan ikut sekali apa yang
ducurahkan bab kata pepatah bagaimana acuan begitulah bentuknya.
Dalam masa kini, banyak isu yang kita telah dengar melalui media atau dimana saja tentang
guru tidak mematuhi peraturan dan beretika semasa menjalankan tugas mereka. Masalah ini
tidak sepatutnya ada pada seorang pendidik kerana ia akan mencalarkan maruah dan
merendahkan harga diri seorang pendidik. Insan yang bergelar seorang Pendidikan merupakan
insan yang sangat dihormati oleh semua manusia. Menurut onstein dan levine (1993)
mengatakan bahawa ciri-ciri yang ada dalam diri seorang ahli profession ialah ia dirujuk
melalui konsep profesional. Guru merupakan seorang yang sangat profesional dalam semua
kerja kerana guru mendapat Latihan khursus dan tunjuk ajar yang sangat berdisiplin untuk
dipraktikkan. Guru juga mempunyai pengetahuan yang sangat luas yang telah diceburu dalam
bidang tertentu beserta kod etika yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran.
Mutakhir kini, pernah ketika dulu berlaku guru pernah menjual barang racun utama dalam
negara iaitu dadah kepada anak muridnya. Ini akan memberi kesan yang sangat besar kepada
pelajar tersebut dan mencemarkan imej sekolah. Guru sanggup memusnahkan anak bangsa
sendiri demi keuntungan yang dapat dan guru juga sangup merosakkan minda murid mereka.

1
2.0 MENGENALI INSTITUSI
2.1 Latar Belakang Sekolah/ Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat, Bachok, Kelantan telah dirasmikan pada
tanggal 19hb Mac 1978 bersamaan 29 Rabiuawal 1398 Hijrah. Sejarah awal sekolah
ini sebenarnya bermula sejak tahun 1962 lagi dengan penubuhan sebuah kelas khas
bagi pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Pada waktu itu,
kelas tersebut telah menumpang di bangunan sekolah menengah kebangsaan Jelawat,
Bachok, Kelantan. Pembinaan bangunan tetap sekolah ini bermula pada tahun 1975
dan mula digunakan pada tahun 1977 dengan dua sesi persekolahan.
Sekolah ini juga pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jelawat,
Bachok, Kelantan. Sejak penubuhannya 55 tahun yang lalu, Sekolah Menengah
Kebangsaaan Jelawat, Bachok, Kelantan telah mengalami pembangunan yang pesat
dari tahun ke setahun. Kini sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat berdiri megah di
atas Kawasan seluas 16.79 hektar dengan 19 blok pelbagai bangunan, 80 orang tenaga
pengajar dengan dibantu oleh 21 orang kakitangan sekolah serta 20 orang kakitangan
kontrak. Muridnya pula seramai 866 orang.
Sekolah ini juga telah mencapai beberapa kejayaan yang cemerlang sama ada dalam
bidang akedemik dan kokorikulum sejak penubuhan hingga kini. SMK Jelawat telah
ditadbir oleh 15 orang pengetua apabila Tn. Hj. Hassan bin Abdul Rahman dilantik
menerajui sekolah bermula tahun 1962 – 1963. Pentadbiran sekolah diteruskan oleh
Tn. Hj. Nik Yusoff bin Nik Daud selama tiga tahun bermula 1963 sehingga 1965.
Kepimpinan sekolah terus bertukar silih berganti sehingga kini.

2
2.2 Struktur Organasisasi Sekolah

B
FOTO MAKLUMAT GURU JAWATAN OPSYEN SUBJEK
I
DIAJAR
L

1. Rosidi b. Ramli ( D33023 )


Gred : DG52
Tel 0139063131
Pengetua Pedidikan Pendidika n
Alamat : Lot 1926, Sri
Islam Islam
Aman3, 16800 Pasir Putih,
Kelantan.

2. Zulkifli b. Ismail ( D32897 )


Gred : DG52
Tel 0129019694
Penolong
Alamat : Lot 2370, Kg. Sejarah Sejarah
Kanan
Padang Bual, Beris
Pentadbiran
Kubor Besar, Bachok,
Kelantan.

3. Azrul b. Mohd
Zawawi(D48417)
Gred : DG48
Penolong Bahasa Seni
Tel 0139430007
Kanan Hal Melayu Visual
Alamat : Chabang Tiga
Ehwal
Melawi, 16310 Bachok,
Murid
Kelantan.

3
4. Mohd Jailani b. Abdul
Sukor(D32158 )
Gred : DG48 Teknologi
Penolong
Tel 0179044171 Maklumat Sejarah
Kanan
Alamat : Pt 84 Kg Pengkalan /Sejarah
Kokurikulu
Chengal Perupok, 16300
m
Bachok, Kelantan.

5. Razali Hadi b. Ab.


Rahman( D44843 )
Penolong
Gred : DG44
Kanan Pendidika Pendidika n
Tel 0129263275
Pendidikan n Khas Islam
Alamat : Pt 937, Taman
Khas
Mdkb, Ketereh,16450
Kota Bharu, Kelantan

4
BARISAN GURU KANAN 2021

BI
FOTO MAKLUMAT GURU JAWATAN OPSYEN SUBJEK
L
DIAJAR

1. Burhan b. Awang ( D27004


)
Gred : DG54
Guru Kanan
Tel 0199116347 Matematik Matematik
Sains
Alamat : Lot 150, Km 20,
Matematik
Kg.Tepus, Gunong, 16390
Bachok, Kelantan.

2. Halim b. Jaafar ( D32312 )


Gred : DG44
Tel 0139822896 Guru
Alamat : Lot 4691, Belakang Kanan Sejarah Sejarah
Smk. Jelawat, Bachok, Sains
Kelantan. Sosial

Che Roshayati bt.


3.
Yusof (D28820 )
Gred : DG48 Guru Kanan
Tel 0199847307 Teknik & Perakauna
Matematik
Alamat :Lot 3086, Tmn. Sri Vokasional n
Mutiara, 16370 Jelawat,
Bachok, Kelantan.

4. Nik Nor Azlina


bt.NikAbdullah
( D45239 ) Sejarah /
Guru
Gred : DG52 Peng.Mela Sejarah
Kanan
Tel 0192808094 yu
Bahasa
Alamat : Lot 17310
,BelakangSmk Kandis,16310
Bachok, Kelantan.

5
2.3 Latar Belakang Pemimpin

Nama : Rosidi b. Ramli ( D33023 )

Gred : DG52

Tel : 0139063131

Alamat : Lot 1926, Sri Aman 3, 16800 Pasir Putih, Kelantan.

Jawatan: Pengetua

Opsyen : Pendidikan islam

Subjek diajar: Pendidikan islam

6
3.0 KEMAHIRAN PENGURUS DAN PENTADBIR DALAM PENDIDIKAN

3.1 Akauntabiliti Dan Gaya Kepimpinan


Akauntabiliti dalam lingkungan perkhidmatan awam ditafsirkan sebagai satu
komitmen pegawai dan kakitangan awam dalam melakukan tugas-tugas yang
diserahkan. Dalam pada itu, tugas-tugas yang dilaksanakan haruslah mengikuti
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan mengikut prosedur dan arahan
tersebut. Sikap akauntabiliti dan gaya kepimpinan yang bertepatan haruslah
diamalkan oleh pemimpin dan guru di sekolah. Ini adalah kerana, mereka memainkan
peranan yang sangat penting dalam melahirkan insan yang berwibawa yang akan
mendapat pencapaian cemerlang dan menjadi penggerak kepada pelajar-pelajar
menjadi lebih cemerlang dan terbilang sebagai seorang insan.
Kerajaan Malaysia telah mengariskan kepentingan nilai kerja seperti amanah,
kejujuran,disiplin, bermoral tinggi dan sebagainya yang perlu dihayati oleh penjawat
awam. Hasil daripada temubual oleh pengetua dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Jelawat, Bachok, Kelantan, Encik Rosidi bin Ramli mengenai isu pekerja yang tidak
mematuhi peraturan dan etika sebagai penjawat awam ini menyatakan bahawa isu ini
bergantung kepada individu penjawat awam itu sendiri dan persekitaran sebuah
organisasi tempat bertugas. Hasil daripada cabaran globalisasi dan pengaruh suasana
gaya hidup pada hari ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada penjawat awam itu
sendiri. Golongan ketidakpatuhan etika di organisasi sekolah beliau tidak ramai dan isu
ini dalam institusi pendidikan boleh dikatakan masih dalam tahap yang rendah
bergantung kepada organisasi pendidikan tersebut.
Tindakan beliau untuk menjamin akauntabiliti dan gaya kepimpinan adalah dengan
sentiasa memberi layanan yang baik kepada guru-guru tanpa mengira pangkat. Beliau
sentiasa mengambil berat dengan mengingati setiap ulangtahun pekerjanya dan
mengetahui perkembangan anak-anak pekerja contoh seperti dapat melanjutkan
pelajaran dan lain-lain. Beliau menekankan supaya melayani pekerja seperti ahli
keluarga sendiri. Perlakuan seperti ini mampu membina rasa hormat dan setia
disamping dapat memberi sokongan kepada suasana kerja yang berkualiti. Tambah
lagi, beliau juga menggunakan konsep ganjaran dan hukuman. Beliau akan

7
memberikan anugerah kepada penjawat awam yang cemerlang dan menjaga etika
sebagai penjawat awam ini samaada pada hari guru atau pada jamuan akhir tahun.
Anugerah ikon guru ini diberikan kepada guru yang mana merangkumi kualiti peribadi
dan kualiti penjawat awam konsisten dari awal tahun sehingga akhirnya tahun. Ini
adalah sebagai tanda menghargai pekerja dan dapat menjadi contoh kepada penjawat
awam yang lain. Inisiatif seperti ini membuatkan para pekerja lebih bersemangat dalam
mencapai hasil kualiti yang lebih baik dalam kerja dan merealisasikan matlamat
bersama.

3.2 Kemahiran Dan Kompetensi Sebagai Pengurus Dan Pentadbir


Kecekapan mengurus dan mentadbir memerlukan usaha bagi memperoleh yang
terbaik daripada setiap pekerja. Seorang pemimpin perlu cekap menjalin hubungan
yang kukuh dengan ahli pasukan dan menzahirkan keberanian dalam memimpin,
berkomunikasi secara terbuka dan jujur, serta mampu menyuntik inspirasi dan memberi
dorongan kepada para pengikut.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Unit Perancangan dan Pemodenan
Malaysia (MAMPU) merupakan agensi utama dalam menyediakan panduan
perkhidmatan. MAMPU di dalam bukunya berjudul Panduan Perkhidmatan Cemerlang
dengan cogan kata “Berkhidmat untuk Negara”, mengariskan tujuh teras perkhidmatan
seperti berazam meninggikan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh
tanggungjawab. Jadi, usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam memupuk
teras-teras yang dinyatakan tersebut dalam kalangan pekerja adalah seperti mana kita
ketahui, sebagai penjawat awam, mereka tertakluk kepada etika penjawat awam seperti
tonggak 12 dan lain-lain. Namun demikian, setiap sekolah mahupun institusi
mempunyai undang-undang dan peraturannya tersendiri. Organisasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Jelawat ini mempunyai peraturan yang mampu mengawal
disiplin dan etika pekerja. Sebagai contoh, mereka mempunyai kod pakaian, peraturan
keluar masuk dan perintah-perintah am. Maka, ini sedikit sebanyak dapat mengawal
disiplin penjawat awam dan merupakan ikhtiar yang dilakukan pihak sekolah dalam
memupuk teras-teras tersebut dalam kalangan pekerja.

8
3.3 Kemahiran Komunikasi
Tanggungjawab seorang pemimpin bukan sahaja memastikan pekerja mereka
melaksanakan tugas secara rutin, malah berupaya berkomunikasi dan mendorong
mereka supaya percaya, taat dan sanggup bekerja keras untuk mencapai visi dan
halatuju yang telah ditetapkan.
Encik Rosidi bin Ramli memiliki keupayaan untuk berkomunikasi secara rasional
dengan para pekerja bagi mewujudkan semangat dan kepercayaan ke arah pencapaian
visi serta obejektif sesuatu organisasi. Antara langkah yang diaplikasi di organisasi
sekolah beliau dalam menangani ciri-ciri penjawat awam yang tidak beretika adalah
dengan menemubual terlebih dahulu penjawat awam yang tidak beretika tersebut untuk
menyelidik penyebab melakukan salahlaku itu. Ini adalah kerana, pihak sekolah ingin
berlaku adil dengan mendengar penjelasan mereka terlebih dahulu. Penjawat awam
lama dan baharu mempunyai tahap disiplin yang berbeza dimana penjawat awam yang
baharu mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana masih mencari keselesaan di
organisasi. Berbeza pula bagi penjawat awam yang lama, mereka sudah mengenalpasti
dan memahami selok-belok urusan pekerjaan masing-masing. Jadi, beliau menegaskan
bahawa akan berkomunikasi terlebih dahulu dengan mengetahui punca dan akibat
seseorang penjawat awam itu sanggup melakukan salahlaku tersebut.
Seterusnya, mengenalpasti jenis dan tahap kesalahan tersebut. Sebagai contoh
salahlaku seperti ketidakhadiran, datang lewat ke sekolah dan tidak menyiapkan tugas
pada waktunya. Kesalahan-kesalahan menggunakan tatakuasa seperti ini biasanya
dalam peringkat dalaman sahaja dan mereka menganggap pihak atasan tidak
mengetahui perilaku mereka. Namun demikian, ketua jabatan mempunyai mekanisme
dan agensi kerajaan ini mempunyai proses dan prosedur operasi standard (SOP) dalam
melakukan tugas atau membuat sesuatu keputusan.

9
3.4 Kemahiran Memotivasikan Staf
Seorang pemimpin menjadi inspirasi terhadap keupayaan meningkatkan moral,
motivasi sekaligus komitmen dan semangat pekerja
Isu ketidakpatuhan pekerja ini walau sebesar mahupun sekecil mana pun undang-
undang dan peraturan tersebut wajib diketahui oleh setiap penjawat awam.
Sesungguhnya, seorang penjawat awam ini tidak terlepas dari undang-undang dan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dengan itu, saranan dan nasihat Encik
Rosidi bin Ramli kepada penjawat awam di luar sana supaya mematuhi peraturan dan
mengamalkan etika adalah ketua jabatan harus memainkan peranan meningkatkan
motivasi pekerja. Pekerja yang bermotivasi dan merasa sumbangan mereka dihargai
oleh pemimpin organisasi sudah pasti akan memberi perkhidmatan yang lebih cekap
dan berkesan. Ketua jabatan juga harus menegaskan kepada pihak bawahan masing-
masing tentang peraturan dan ketetapan yang dikuatkuasa. Pada tahap globalisasi,
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, ekonomi berasaskan pengetahuan
dan sebagainya ini menjadikan peraturan dan undang-undang seperti ini tidak asing
lagi untuk diketahui oleh semua orang mahupun penjawat awam itu sendiri. Walau
bagaimanapun, kita juga haruslah mengamalkan perilaku saling ingat memperingati
dan sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Beliau percaya dengan teguran dan nasihat
dari ketua jabatan atau sesama rakan setugas ini mampu membendung masalah etika
penjawat awam ini. Selain itu, beliau juga menasihati kepada penjawat awam supaya
tidak mudah terpengaruh dengan gaya hidup mewah di zaman moden ini kerana
pekerjaan sebagai penjawat awam ini sudah mencukupi berada dalam kehidupan yang
selesa dan mampu untuk menyara kehidupan keluarga. Tambahnya lagi, dengan
mengambil jalan bersederhana dalam segala hal menggambarkan satu gambaran akhlak
yang sangat murni dan terpuji.

10
4.0 CABARAN MENGURUS YANG DIHADAPI
Setiap institusi ada cabaran tertentu manakala Sekolah menengah kebangsaan Jelawat yang
diketua oleh Encik Rosidi bin Ramli mengalami banyak cabaran untuk membentuk sebuah
organisasi yang stabil di sekolah. Dalam masa kini dunia semakin berubah jadi setiap peranan
pendidik perlu berubaha dari masa ke semasa yang dikenali sebagai zaman milenium. Setiap
pemimpin harus bersiap sedia mengahadapi cabaran tersebut. Pada masa kini pemimpin
tradisional tidak lagi releven pada masa kini terutamanya krisis COVID-19 jadi semua
pengurus harus berubah 60% secara talian dan 40% secara fizikal.
Cabaran yang dihadapi ialah sekolah ini terpaksa menukar jadual semua guru-guru mereka,
tidak semua guru dapat hadir ke sekolah untuk menimbangi organisasi sekolah oleh kerana
wabak ini. Selain itu, antara cabaran yang dihadapi dalam mengurus ialah masalah pengetua
pada masa kini sukar untuk bahagikan tugas antara petadbiran dan pengurusan kerana pengetua
kini lebih sibuk dengan mengurus hal-hal pentadbiran sehingga mengabaikan pembelajaran
dan pengajaran tambahan pula masa masa kini belajar secara dalam talian jadi pengetua tidak
mengendahkan perkara tersebut.
Dalam membina perhubungan yang berkualiti dan baik pada era kini guru sekolah hadir
secara selang seli masalah yang dihadapi oleh pengetua ialah masalah komunikasi antara guru
dan pentadbir kadang kala maklumat penting yang ada pada guru atau pekerja yang bekerja
daripada rumah dan ia sukar untuk mendapatkan maklumat daripada guru tersebut. Selain itu,
masalah ini juga amat terkesan kepada pelajar dan sekolah kerana guru tidak cekap menguasai
information and communication technology iaitu ict.
Oleh yang demikian, guru kini banyak mengambil kesempatan dan mencuri masa semasa
belajar secara dalam talian ini juga boleh menjejaskan reputasi sekolah tersebut dan memberi
kesan buruk kepada pelajar. Ada kala guru tidak masuk hadir lewat dan tidak memaklumkan
kepada pentadbir.

11
5.0 HARAPAN PEMIMPIN
Harapan Encik Rosidi bin Ramli terhadap pendidikan negara dalam usaha untuk
melahirkan modal insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam FPK ialah beliau
berharap dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Selain itu, beliau juga berharap dapat
melahirkan insan yang cinta dan tahu dalam ilmu bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan. Tambah lagi, dengan melahirkan insan seperti ini dapat membina
permuafakatan yang padu bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah, malah dikalangan
ibubapa dan juga masyarakat. Akhir sekali, beliau berharap dapat mewujudkan persekitaran
yang kondusif bagi menjanakan kecemerlangan yang menyeluruh.

6.0 LAMPIRAN

Lampiran 1: Sesi taaruf dan perbincangan awal projek pada 2 April 2021

12
Lampiran 2: Pembahagian kerja antara kumpulan pada 9 April 2021

Lampiran 3: Perbincangan antara kumpulan pada 18 April 2021

13
Lampiran 4: Sesi wawancara bersama Encik Rosidi bin Ramli pada 19 April 2021

14

Anda mungkin juga menyukai