Anda di halaman 1dari 23

MPU3223

OUM BUSINESS SCHOOL

JANUARI/2017

MPU3223

KEUSAHAWANAN

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
MPU3223

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan Organisasi ……………...……………………………….……….. 2 - 4

2.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro ………..…………………..…… 5 - 8

3.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro Yang Memberikan Kesan …… 9 - 11

Ke Atas Organisasi

4.0 Pengesyoran Untuk Penambahbaikan Pengurusan Persekitaran Makro…… 12 - 15

Dalam Organisasi

5.0 Ringkasan ……………………………………………………………….....…… 16

6.0 Rujukan ………………………….…………………………………….…..…… 17

2
MPU3223

1.0 Pengenalan Organisasi

Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan organisasi tetapi


organisasi perlulah sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi
peluang dan ancaman kepada organisasi. Memahami persekitaran makro atau
persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah
sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam
sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro boleh mempengaruhi
keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan
unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Ekoran
daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para
usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-elemen
persekitaran makro tersebut. Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen
persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu
elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily,
2011).

Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi, organisasi


yang telah dipilih adalah Toyota Motor Corporation (TMC) adalah sebuah pengeluar
kenderaan antarabangsa yang berskala besar dari Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri
Toyoda pada tahun 1937. Pada 1947, di bawah kepimpinan beliau, Toyota telah
mengeluarkan kereta dan trak bersaiz kecil iaitu Toyopet SA, Toyopet SB, Toyopet
Stout dan Toyopet Crown. Kiichiro meletak jawatan pada 1950 dan meninggal dunia
pada 1952 ketika berusia 57 tahun. Setelah kematiannya, segala pengurusan syarikat
diambil alih oleh Taizo Ishida dari 1950 hingga 1961 dan Fukio Nakagawa dari 1961
hingga 1967. Ketika pengurusan mereka, kenderaan keluaran Toyota telah memasuki
pasaran Amerika Syarikat (AS). Pada 1967, pengurusan syarikat diambil alih oleh
sepupu Kiichiro, Eiji Toyoda. Beliau memegang jawatan Presiden dari 1967 hingga
1981 dan Pengerusi dari 1981 hingga 1994. Eiji yang merupakan seorang jurutera
3
MPU3223

telah melakukan rombakan secara menyeluruh dengan meniru kaedah pengeluaran


kereta secara besar-besaran yang dipelopori syarikat Ford di AS. Antara model kereta
yang dikeluarkan pada zamannya ialah Toyota Corolla dan Lexus.

Syarikat ini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General
Motor dari Amerika Syarikat. Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota
iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. Toyota menubuhkan sebuah pasukan Formula
Satu yang dinamakan Panasonic Toyota Racing. Toyota diiktiraf sebagai pembuat
kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta buah kenderaan pada tahun
2007 dan 2008.

Namun kejayaan yang dikecapi bukanlah datang dengan mudahnya. Mereka


menanti hampir 8 dekad untuk berada pada peringkat sekarang. Peringkat ini adalah
suatu yang satu ketika dahulu dianggap amat mustahil untuk dicapai. Tambahan pula,
syarikat ini terpaksa bangkit selepas Perang Dunia Kedua. Lebih ironiknya lagi,
kilang asal Toyota di Aichii terlibat dalam pengeboman sewaktu perang. Toyota yang
bermula sekitar tahun 1930-an juga menghasilkan kenderaan trak tentera sewaktu
perang. Bagi mengesploitasi sumber yang terhad dan kos yang rendah, trak asal
tentera ini hanya dipasangkan dengan satu lampu utama di atas hud. Perang yang
tamat tidak lama selepas itu meletakkan Toyota antara syarikat automotif terawal
selain Honda dan Nissan yang mendapat insentif daripada kerajaan untuk
membangunkan sektor automotif.

Toyota menghasilkan model-model enjin ekonomikal pada harga jualan yang


sangat kompetitif. Era 80-an dan 90-an telah menyaksikan syarikat ini berkembang
pesat dengan memperkenalkan Scion dan Lexus dan memiliki Hino dan Daihatsu
serta berkepentingan dalam Fuji Heavy Industries yang membina Subaru.

4
MPU3223

Toyota lebih awal bertapak di China dan Asia Tenggara. Dengan mengambil kira
pembangunan Asia yang cukup pesat, jenama Toyota lebih mudah diterima di rantau
ini. Toyota tetap unggul dengan budaya perniagaan yang memandang optimis jauh ke
hadapan.

Presiden Toyota baru, Akio Toyoda yang merupakan cucu kepada pengasas
Toyota iaiti Kiichiro Toyoda mengambil langkah awal dengan memaksimumkan
sistem automasi penuh dalam sektor pengeluaran mereka. Akio Toyoda telah
mengambil keputusan mengambil hanya 30 peratus bayaran sebagai CEO pada tahun
tersebut. Nekad beliau adalah untuk memastikan bahawa Toyota akan terus kukuh.
Tambahan lagi, beliau mengelak menutup mana-mana kilang pengeluaran mereka dan
mendesak kerajaan Jepun memperkenalkan dasar automotif yang mampu menyokong
industri automotif secara keseluruhan.

5
MPU3223

2.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro

Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang


terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua organisasi iaitu elemen ekonomi, teknologi,
kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang.

2.1. Elemen Ekonomi

Elemen pertama persekitaran makro ialah ekonomi. Kebiasaannya persekitaran


ekonomi melibatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan dalam ekonomi.
Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa
beli pengguna dan corak perbelanjaan (Kotleret al, 2011). Sesebuah syarikat perlu
mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna.
Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam
pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup,
simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran (Azianlin, 2007). Hal
ini kerana ianya memberi kesan kepada pembelian barangan di pasaran semasa. Kuasa
membeli pengguna mempengaruhi kestabilan dan prestasi sesebuah syarikat. Kuasa
beli pengguna juga bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan
tabungan.

Untuk memastikan syarikat berkembang maju, pemasar perlu melihat kepada


persekitaran pada peringkat global, nasional dan tempatan di mana pemasar
menjalankan perniagaan. Contohnya, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. adalah Pengedar
Toyota yang telah ditetapkan dalam Toyota Motor Corporation, yang berpangkalan di
Jepun. UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. terlibat dalam pemasangan, pemasaran dan
pengedaran kenderaan dan produk Toyota di Malaysia kerana ia melihat Malaysia

6
MPU3223

merupakan sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran yang besar
di Asia dan dunia. Ia juga bertanggungjawab untuk jualan & pemasaran, operasi
perniagaan dan pengiklanan untuk jenama Lexus di Malaysia. Ibu pejabatnya terletak
di Shah Alam manakala bilik pameran terbesar adalah di SS16, Subang Jaya.

2.2 Elemen Teknologi

Elemen kedua persekitaran makro ialah teknologi. Banyak teknologi baru telah
dicipta bagi menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan teknologi adalah cepat
dan pantas pada masa kini. Melalui perubahan dan inovasi teknologi ini, lebih banyak
peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan (Azianlin, 2007). Sebagai contoh, Toyota
Motor Corporation telah menggunakan pelbagai alatan yang lebih canggih antaranya
mesin berteknologi tinggi berbanding sebelumnya. Kesannya pelbagai produk baru
telah dicipta serta menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih inovatif dan
produktif kesan daripada perkembangan teknologi. Antaranya, Toyota Hilux, model
trak yang dahulunya dikenali sebagai Toyota Stout kini tampil lebih hebat berbanding
sebelumnya dalam pelbagai aspek. Selain itu, pada tahun 2000 Toyota telah
memperkenalkan model kenderaan baru mereka yang berkuasa hibrid yang pertama
iaitu Toyota Prius. Pada tahun tersebut juga ketika generasi kedua Prius masuk ke
bilik pameran, para penjual menerima pesanan sebanyak 10,000 buah model tersebut.
Strategi Toyota dengan Prius adalah terbaik yang mampu bersaing dengan kenderaan
lain dimana ia yang mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana teknologi hibrid
yang mesra alam tanpa menggunakan minyak petrol.

Toyota juga bukan hanya sekadar kenderaan biasa tetapi ia adalah peneraju dan
sering dijadikan rujukan dalam standard pengeluaran automobil dunia. Lexus atau
Harrier dan Celsior adalah antara beberapa model kenderaan penumpang keluaran
kumpulan syarikat Toyota yang menggunakan teknologi terunggul dalam dunia
7
MPU3223

kejuruteraan pemotoran. Tidak cukup di situ, kehebatan kenderaan Toyota juga turut
diterjemahkan dalam penyertaan perlumbaan kereta Formula satu. (F1)
Bagaimanapun kisah kejayaan Toyota bukan hanya sekadar kenderaan penumpang
dan perdagangan kerana ia sebenarnya turut menjadi peneraju dalam pengeluaran
peralatan perindustrian. Antaranya ialah pengeluaran Forklift, kren dan traktor
penarik pesawat yang banyak digunakan di lapangan-lapangan terbang. Operasi
pengeluaran peralatan perindustrian ini berpusat di kilangnya seluas 329,000 meter
persegi di Takahama di selatan Nagoya, Jepun. Kilang tersebut turut mengeluarkan
sistem penyimpanan barangan dalam gudang serta kenderaan yang dipandu secara
automatik tanpa seliaan (Utusan Malaysia, 2003).

2.3 Elemen Kebudayaan Sosial

Elemen kebudayaan sosial ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang
mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu
yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan
mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada
dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat. Demografi
berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina,
bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi dan statistik lain yang berkaitan dengan
populasi (Mily, 2011). Contohnya, dalam aspek demografi di mana Toyota
menubuhkan pejabat perwakilan di Shah Alam, Selangor, dan pada bulan Oktober
1982, Sejati Motor telah ditubuhkan melalui usaha sama antara Toyota dan United
Motor Works (UMW). Sejati Motor diperolehi Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB),
dan pada bulan Oktober 1987, Sejati Motor telah ditukar nama UMW Toyota Motor
Sdn. Bhd. (UMWT). ASSB kekal sebagai anak syarikat UMWT sejak itu, sebagai
pemasang eksklusif kenderaan Toyota di Malaysia. Walau bagaimanapun, rancangan
Toyota untuk pengembangan ke pasaran Malaysia telah digubal hanya sebelum
kedatangan Proton dan pertengahan 1980-an krisis ekonomi, kedua-duanya
8
MPU3223

mempunyai implikasi yang teruk pada jualan dan pelaburan Toyota. Namun begitu,
UMWT terus membangunkan pelaburan mereka dan jenama Toyota yang akhirnya
menjadi satu jenama bukan nasional paling laris di pasaran Malaysia. Shah Alam,
Selangor dipilih kerana negeri tersebut merupakan pusat tumpuan ekonomi dan ia
juga merupakan kawasan populasi penduduk yang tinggi.

Bagi aspek aliran budaya, ia merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat,
kepercayaan, bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa
pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan
dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat
atau usahawan. Toyota merupakan satu jenama kenderaan antarabangsa yang semakin
mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan negara lain. Rakyat bebas
memilih kenderaan yang memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka atau bagi
mereka yang mempunyai citarasa untuk menggunakan kenderaan import.

2.4. Elemen Politik dan Undang-Undang

Elemen ini merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh


pihak kawalan organisasi yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau
individu dalam masyarakat (Armstrong & Kotler, 2011). Undang-undang di dalam
persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak
kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan,
pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang yang
diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang
yang ditetapkan.

9
MPU3223

Organisasi juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti


Undang-Undang Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-Undang
Sewa Beli, Undang-Undang Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya.
Syarikat tidak boleh sesuka hati melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan
mengekalkan keadaan yang sedia ada. Contohnya, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
(UMWT) telah menetapkan undang-undang syarikat melalui matlamatnya di mana
bertujuan untuk tidak menaikkan harga kenderan yang ditawarkan terlalu tinggi
walaupun harga komoditi meningkat demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Selain
itu, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) telah menetapkan undang-undang
syarikat melalui matlamatnya di mana bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran
kenderaan dan jualan di Malaysia serta untuk mencapai kepuasan pelanggan yang
lebih tinggi dan cekap

10
MPU3223

3.0 Elemen-Elemen Umum Persekitaran Makro Yang Memberikan Kesan Ke


Atas Organisasi

3.1 Kesan Elemen Ekonomi

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah ekonomi di mana


persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan
pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran
kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya
perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga
akan meningkat (Girijasankar & Bhar, 2011). Dalam keadaan taraf hidup yang
semakin meruncing masa kini dengan harga barangan yang semakin naik, kuasa
membeli pengguna juga berkurangan ke atas barangan kehendak. Contohnya, semasa
negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, industri automobil
menghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. UMW Toyota Motor
Sdn. Bhd. (UMWT) turut menerima kesan krisis ini di mana penjualan syarikat
merosot daripada 70% unit menjunam kepada 30% unit sahaja bagi tahun tersebut.

3.2 Kesan Elemen Teknologi

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah teknologi. Teknologi


merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada usahawan atau
syarikat (Kotler at el, 2011). Dengan menukarkan teknologi boleh menjejaskan
permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma, proses pengeluaran dan
bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam melaksanakan tugasan
(Kotler et al, 2008). Menurut Yusof et al (2004) mengatakan bahawa tindakan firma
membawa masuk teknologi yang baru ke dalam firma yang mempunyai teknologi

11
MPU3223

yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada firma tersebut. Tindakan ini
akan menyebabkan kesukaran kepada firma untuk saling menyesuaikan diri
terutamanya jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar firma.
Perubahan ini mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga,
wang dan juga sumber-sumber lain (Mily, 2011). Ia juga mengancam survival produk,
firma atau industri. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang
dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam teknologi banyak
mempengaruhi dunia pemasaran. Contohnya,. UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
(UMWT) telah meningkatkan dan mengembangkan penggunaan mesin seperti robot
bagi tujuan mengeluarkan produk yang lebih bermutu dan berinovatif. Namun,
kesannnya menyebabkan berlaku pengurangan dalam tenaga kerja yang membawa
kepada masalah krisis pengangguran di dalam negara Malaysia.

3.3 Elemen Kebudayaan Sosial

Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah kebudayaan sosial


sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh
mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk
yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya
strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan merugikan syarikat. Melalui
kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas
masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku (Kotler et al, 2011). Elemen
persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari
aspek keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sikap prejudis masyarakat di
Malaysia pada ketika dahulu terhadap negara Jepun ekoran kejahatan dan penyeksaan
yang telah dilakukan oleh Jepun semasa memasuki dan menceroboh Tanah Melayu.
Kesannya dapat dilihat semasa awal penubuhan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
(UMWT) di Malaysia di mana mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat serta
tidak mendapat sokongan daripada ramai pihak. Ini kerana, ekoran daripada budaya
12
MPU3223

masyarakat pada waktu tersebut adalah prejudis kepada negara Matahari Terbit iaitu
Jepun (Danny Tan, 2012).

3.4 Kesan Elemen Politik dan Undang-Undang

Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada


persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan
tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Keadaan ini berlaku kerana para
usahawan atau majikan telah menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Para
usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di
mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur
politik dan undang-undang yang dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan.
Antaranya, merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di
kawasan di mana perniagaan dijalankan.

Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan mempunyai kos
yang tinggi untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber yang
menyebabkan berlakunya penambahan kos untuk pelaburan baru. Undang-undang
penting yang dilihat yang boleh menjejaskan perniagaan atau pelaburan termasuklah
undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan
amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi
khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan
undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai. Melalui undang-undang
halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan
yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja menyekat,
malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain. Contohnya, selaku pelindung
kepada industri tempatan seperti industri automobil di Malaysia yang telah dikenakan
sekatan perdagangan. Keadaan ini turut memberi kesan yang amat besar kepada
13
MPU3223

syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) yang menjalankan aktiviti import
kenderaan mereka dari negara Jepun untuk dibawa masuk ke Malaysia.

14
MPU3223

4.0 Pengesyoran untuk Penambahbaikan Pengurusan Persekitaran Makro


Dalam Organisasi

4.1 Aspek Ekonomi

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu


dalam aspek ekonomi adalah organisasi atau syarikat perlu membuat analisa dan
kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan persekitaran ekonomi sama ada
pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi dan perkhidmatan mereka
dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di dalam
kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi atau syarikat. Syarikat perlu
mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada
organisasi dan syarikat serta harus meninjau, memantau, meramal dan mentafsir
persekitaran ekonomi sama ada diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan
sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga
semasa perniagaan sedang berkembang (Azianlin, 2007). Persekitaran ekonomi
merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan, pengedaran,
penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu saling berhubungkait antara
satu sama lain (Cheng Soon, 2009). Contohnya, Toyota Motor Corporation telah
mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di Brunei dan
Singapura kerana syarikat ini telah melakukan kajian dan pemantauan dengan melihat
faktor ekonomi negara tersebut yang berkembang dan maju. Keadaan ini memberi
kesan ke atas peningkatan di dalam permintaan dan boleh mengembangkan ekonomi
syarikat.

15
MPU3223

4.2 Aspek Teknologi

Dalam soal aspek teknologi, penggunaan teknologi baru dilihat lebih konsisten
dan efisen. Toyota Motor Corporation perlu membuat perubahan terhadap reka bentuk,
penggunaan teknologi terbaru, pengeluaran bahan, pemasaran dan pengedaran.
Organisasi harus melakukan perubahan seiring dengan perubahan teknologi semasa
agar mampu bersaingan dengan jenama kenderaan yang lain. Melalui ini, penciptaan
teknologi baru selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat
awal serta dimonopoli oleh sesebuah organisasi tertentu. Oleh itu, Toyota Motor
Corporation harus bijak dalam mengawal dan memantau perubahan teknologi serta
mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia supaya
produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran seterusnya
mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran produk dan
membawa kepada inovasi. Contohnya, kesan daripada kemajuan teknologi turut
memberi kesan kepada syarikat induk iaitu Toyota Motor Corporation dalam
pengeluaran produk-produk. Ekoran daripada perkembangan teknologi menyebabkan
syarikat dapat mengeluarkan produk yang lebih baik dan bermutu tinggi mengikut
peredaran masa dan permintaan berbanding pada awal pengeluaran produknya.
Toyota Motor Corporation telah mengeluarkan pelbagai jenis model kenderaan seperti
Multi-purpose Vehicle (MPV), Sport Utility Vehicle (SUV), Sedan serta Trak dan
Kenderaan Niaga. Setelah dikaji dan wujudnya teknologi-teknologi yang moden serta
kecanggihan peralatan mesin yang ada, pelbagai model kenderaan dapat dihasilkan.
Keadaan ini disebabkan kesan daripada perkembangan teknologi yang banyak
membantu dalam menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti.

16
MPU3223

4.3 Aspek Kebudayaan Sosial

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu


dalam aspek kebudayaan sosial seperti aspek demografi dan budaya. Dalam aspek
demografi, organisasi atau para usahawan perlu menilai perubahan demografi untuk
mengenalpasti peluang perniagaan yang ada.. Sesebuah syarikat perlu membuat
pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan
penduduk, kelas sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam
sesebuah negara atau kawasan. Ini kerana ia mempengaruhi perkembangan sesebuah
syarikat atau organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk yang akan
dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran.
Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana meningkatnya populasi
menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar. Selain itu, ke semua unsur ini
menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti
syarikat . Ini menunjukkan para usahawan perlu melihat faktor-faktor demografi
terlebih dahulu sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan mereka
Dalam kebudayaan pula, usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara
hidup masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Usahawan
perlu meramal dan menilai perubahan yang berlaku untuk memperolehi kejayaan dan
keuntungan. Usahawan juga boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber
umum dan sendiri untuk menilai perubahan ini (Kotler et al, 2008). Contohnya, pada
awal penubuhan syarikat Toyota Motor Carporation telah mengeluarkan kereta dan
trak bersaiz kecil iaitu Toyopet SA, Toyopet SB, Toyopet Stout dan Toyopet Crown.
Kenderaan ini telah dipasarkan setelah syarikat membuat pemantauan dan kajian
bahawa produk tersebut akan mendapat sambutan yang luar biasa. Ini kerana,
kenderaan ini boleh membawa banyak muatan dan tahan lasak. Hasil daripada kajian
yang telah dilakukan pada waktu tersebut, syarikat Toyota Motor Corporation melihat
kenderaan ini akan dijadikan kenderaan untuk mengangkut muatan kepada
masyarakat terutama golongan petani serta ia juga murah berbanding kenderaan lain.

17
MPU3223

Syarikat telah membuat pemantauan dan kajian terlebih dahulu tentang permintaan
dan kehendak masyarakat. Manakala,maintenance dan alat ganti juga murah dan
mudah untuk dicari.

4.4 Aspek Politik dan Undang-Undang

Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu


dalam aspek politik dan undang-undang. Organisasi atau syarikat perlu menilai dan
mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman dan
peluang yang ada. Syarikat juga perlu mengawasi apa yang sedang dan akan berlaku
kerana ia akan memberi kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
syarikat. Ia juga bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan
sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran
syarikat. (Azianlin, 2007). Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di
dalam syarikat atau firma dan ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk
memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan persekitaran


undang-undang iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis
panduan dan dasar-dasar dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini
bertujuan mewujudkan firma atau syarikat yang lebih berkembang dan maju (Kotler
et al, 2011). Selain itu, ia bertujuan mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk
menghadkan keuntungan yang berlebihan serta menggalakkan penggunaan oleh
pelanggan. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau
pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah
laku yang jahat. Ia juga bertujuan untuk memantau dan menguruskan prestasi dan
kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima. Contohnya, melalui elemen
politik, semasa awal penubuhan syarikat UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT),
18
MPU3223

syarikat ini telah dilantik sebagai pengeluar tunggal Toyota di Malaysia. Kesannya
tidak wujud persaingan di dalam pasaran ekonomi tempatan. Keadaan ini baik untuk
perkembangan ekonomi syarikat tersebut.

19
MPU3223

5.0 Ringkasan

Kesimpulannya, untuk sebuah kejayaan, sesebuah syarikat atau organisasi perlu


mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi serta di mana ia beroperasi
atau dapat membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih baik
melalui pilihan strategi yang berkesan. Apa yang dapat dilihat, langkah yang perlu di
ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat perancangan yang baik di
mana syarikat atau organisasi perlu memahami persekitaran makro terlebih dahulu.
Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran
semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi, tetapi syarikat atau organisasi
perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau organisasi sedang berkembang. Oleh
itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasi tidak sesuai
dengan persekitaran di mana syarikat atau organisasi beroperasi.

Setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran makro


kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan secara langsung dan tidak
langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek
atau panjang dan menjadikan syarikat atau organisasi semakin kukuh atau sebaliknya
bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi. Oleh itu,
syarikat atau organisasi perlulah mengawasi sebarang perubahan yang berlaku di
dalam elemen-elemen tersebut agar tidak memberi kesan yang buruk kepada syarikat.

Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif
kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang, di
samping mengekalkan arusniaganya dengan pembeli dan pengguna sasaran.
Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran sama ada secara mendadak, perlahan
atau tidak menentu. Keadaan ini mampu memberi kesan yang mendalam dan
mengejut kepada syarikat atau organisasi. Oleh itu, apa yang dapat dirumuskan,
20
MPU3223

organisasi berada di dalam satu persekitaran yang luas. Dalam persekitaran ini, wujud
kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang mana akan memberi
peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus
beroperasi. Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu
keadaan yang strategik atau tidak berubah.

21
MPU3223

6.0 Rujukan

Azhari Ramli, Nasri Nalini, Azelin Aziz, Assoc Prof Dr Sabthi Raghavan, (2013),
MPU3223 Keusahawanan, Centre for Instructional Design and Technology :
Open University Malaysia TH Jasimin, (2005),

Persekitaran Makro, (2013), [Online],

http://ceritacintunmimi.blogspot.my/2013/11/persekitaran-makro.html

Entreprenuership: Persekitaran Makro, (2015), [Online],

https://zabedahibrahim.blogspot.my/2015/09/entreprenuership-persekitaran-makr

o.html

Analisis Perusahaan Toyota, (2014), [Online],

http://selviepey.blogspot.my/2014/06/analisis-perusahaan-toyota_7909.html

Sejarah Ringkas Toyota, (2013), [Online],

http://hawabudakhostel.blogspot.my/2013/03/sejarah-ringkas-toyota.html

Pengasas Toyota, (2013, [Online],

http://muhamadfirdauszainudin.blogspot.my/2013/03/pengasas-toyota.html

22
MPU3223

UMW Toyota Motor (Malaysia), (2016), [Online],

https://en.wikipedia.org/wiki/UMW_Toyota_Motor_(Malaysia)

Keusahawanan, (2016), [Online],

http://asterinasazalie86.blogspot.my/2016/03/assignment-year-4-semester-1-janua

ry_72.html

23