Anda di halaman 1dari 3

Mengapakah pengetahuan berkaitan falsafah pendidikan penting kepada

seorang guru?

Umum mengetahui bahawa pendidikan pada masa ini merupakan suatu keperluan
dan menjadi kepentingan kepada setiap manusia tanpa mengira umur dan bangsa.
Menurut Fathi et. al menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia semakin berkembang
dari semasa ke semasa malah pendidikan di Malaysia adalah berpandukan pada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Justeru, falsafah pendidikan amat penting sebagai panduan
kepada guru-guru dalam mendidik murid-murid seiring dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Oleh hal yang demikian, pengetahuan terhadap falsafah pendidikan adalah sangat
penting kepada guru. Hal ini demikian kerana guru perlu berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan dan bidang yang diceburi dalam mendepani dunia yang semakin maju dari
semasa ke semasa. Sebagai contoh, ilmu yang berteraskan pendidikan, psikologi,
komunikasi dan penguasaan teknologi. Hal ini demikian kerana seorang guru perlulah
sentiasa berusaha dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan
penyelidikan supaya seiring dengan peredaran pada masa kini yang menggunakan
kemahiran teknologi sebagai medium utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP). Apabila seseorang guru berupaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
bidang yang diceburi atau bidang-bidang lain, secara tidak langsung guru tersebut dapat
menjadi seorang pendidik yang baik dan mahir serta dapat meningkatkan prestasi guru
tersebut dalam diri mereka. Tambahan pula, proses untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
adalah sangat penting bagi seorang guru kerana guru yang masih belum mahir dan kurang
ilmu pengtahuan akan mengalami kesukaran untuk mengendali proses pengajaran dan
boleh menyebabkan kelancaran penyampaian isi pengajaran akan terganggu dan tidak
berkesan (Wei Boon Quah, 2020). Hal ini menunjukkan falsafah pendidikan akan sukar
untuk dicapai sekiranya guru tidak berupaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
diri. Setelah meningkatkan ilmu, kesemua ilmu tersebut perlu diaplikasikan oleh guru
terhadap murid. Kemahiran untuk meningkatkan ilmu dan penguasaan bidang mampu
menjadikan pedagogi pengajaran menjadi lebih menarik, baik dan murid-murid akan lebih
tertarik untuk meneruskan pembelajaran.
Bukan itu sahaja, guru berupaya melakukan kaedah pengajaran yang efektif. Hal ini
dapat ditunjukkan bahawa guru mestilah mempunyai kemahiran dalam menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai untuk melahirkan murid-murid yang berjaya. Sebagai contoh, dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru mestilah bijak untuk membuat
keputusan dalam menentukan pedagogi pengajaran supaya setiap murid mendapat ilmu
yang disampaikan tanpa menimbulkan isu keciciran murid. Justeru, perubahan kepada
norma baharu iaitu pengajaran secara atas talian telah berlaku di mana kaedah pengajaran
konvensional berubah kepada medium teknologi. Bagi mendapatkan pengajaran yang efektif
dan berkesan, setiap guru mestilah mengambil beberapa langkah awal semasa merancang
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru perlulah mencari inisiatif supaya
murid-murid dapat mencapai rangkaian internet dan proses pembelajaran dapat diteruskan.
Sekiranya murid-murid mengalami kesukaran dalam mendapatkan bahan pengajaran
seperti buku nota atau latihan, guru boleh meletakkan bahan-bahan pengajaran di pondok
pengawal sekolah dan murid-murid dapat pergi ke pondok pengawal bagi mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran tersebut.

Tuntasnya, falsafah pendidikan perlu dijadikan panduan kepada setiap guru dalam
mendidik anak-anak murid pada masa ini supaya generasi yang berpendidikan dapat
dilahirkan. Kaedah pengajaran sentiasa berubah supaya murid-murid lebih tertarik untuk
belajar dan falsafah pendidikan dapat dicapai. Golongan pendidik juga perlu sentiasa
bersedia dalam menghadapi segala isu dan cabaran yang wujud supaya pendidikan dapat
diterima oleh masyarakat dan tiada masalah murid tercicir akibat daripada peredaran masa
ini.
RUJUKAN

Mohd Fathi, Rohana, Amirmudin. (2019). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
https://core.ac.uk/download/pdf/11790042.pdf

Wei Boon Quah. (2020). Pandemik COVID-19: Mempercepatkan Pelaksanaan Pengajaran


dan Pembelajaran dalam Talian (PDPDT) di Kolej Komuniti: Isu & Cabaran yang
Dihadapi oleh Pensyarah dan Pelajar.
https://www.researchgate.net/publication/347726927_Pandemik_Covid-
19_Mempercepatkan_Pelaksanaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Dalam_Talian
_PDPDT_Di_Kolej_Komuniti_Isu_Cabaran_Yang_Dihadapi_Oleh_Pensyarah_Dan_
Pelajar

Anda mungkin juga menyukai