Anda di halaman 1dari 1

Pada hujung minggu yang lalu, kami bagai bulan jatuh ke

riba kerana  bapa membawa kami sekeluarga berkelah di


sebuah air terjun,namanya ialah Air Terjun Hulu Langat.Ini
adalah kali pertama kami  berkelah di air terjun.Menurut
bapa,tujuan kami ke sana adalah untuk menghilangkan stres
di samping mengeratkan hubungan.

   Selepas beberapa jam, kami tiba di destinasi.Kami


nampak ramai orang di sana kerana hari itu ialah hari
minggu.Kami menurunkan barang –barang dari kereta lalu
mencari tempat yang sesuai untuk menghamparkan tikar di
bawah sebatang pokok yang rendang.Selepas itu, ibu
menghidangkan makanan kepada kami manakala bapa sedang
duduk bersila membaca buku.Selepas makan makanan, kami
menukar baju renang untuk menikmati air terjun .Air di situ
jernih seperti cermin, sejuk seperti ais.

    Bapa menolong kami mengambil gambar sebagai


kenangan.Kami pun bermandi-manda dengan berhati-hati
untuk mengelakkan pusaran air terjun.Terdapat banyak
orang dewasa duduk di tepi air terjun untuk mengawasi
anak-anaknya dan memberi pelampung kepada mereka. 

      Selepas bermandi-manda selama  beberapa jam, kami


sudah sangat letih.Kami pun naik ke atas darat dan duduk di
bawah pondok.Kami menghirup udara sambil menyaksikan
pemandangan di sana.

       Pada waktu petang, kami pun mengemas tapak


barang-barang dan bertolak pulang.Saya berasa sangat
gembira kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan yang
baharu.Saya berharap boleh berkelah  di sana lagi.      

Anda mungkin juga menyukai