Anda di halaman 1dari 49

Resepi Kek Kukus

RESEPI KEK RED VELVET KUKUS GEBU.

Bahan-bahan :
3 1/2 cwn tepung gandum
170 gm mentega
2 cwn gula kastor
3 biji telur
4 sudu teh pewarna merah
3 sudu besar serbuk koko
1½ sudu teh esen vanila
1½ sudu teh garam
1½ cwn buttermilk (susu cair campur perahan jus limau)
1½ sudu teh cuka biasa
1½ sudu teh baking soda (baking powder+soda bikarbonat)

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pewarna merah, serbuk koko dan esen vanila. Pukul lagi
3. Masukkan garam dan buttermilk diselang-selikan dengan tepung gandum. Pukul hingga
habis.
4. Akhir sekali, campur baking soda dengan cuka biasa tunggu hingga berbuih dan masukkan
ke dalam bancuhan tadi. Pukul rata.
5. Kukus selama 25 minit. (sy bahagikan adunan kepada 2 bhgn, kukus 1 bhgn dahulu)

Cream cheese frosting:


500g cream cheese
250g mentega
200g gula aising
1 sudu jus lemon

Cara penyediaan:
Pukul kesemua bahan sehingga kembang.
Sapu / hiaskan ke atas kek mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk..
Dari Dapurku telah menambah 4 new photos

Roti dh nk expired.... Bt bingka pndan ...puding dh sllu bt....


Mmg sdp...
Bahan-Bahan
-1 cwn Gula
-1 cwn Santan
-2 1/4 cwn Air Daun Pandan Juice (blend 8 helai dgn air & tapis)
-2 sb Butter
-3 bj Telur
-1/2 st Garam
-1 sb Pes Pandan
-1bngks roti sandwich (520g) Roti -potong kecil

Cara2
Blend kesemua bahan, kec uali roti, sehingga sebati. Tuangkan ke atas roti & rendam
sebentar selama 5 minit.Tuangkan 1 sb minyak ke dlm tin & panaskan di dlm oven. Ramas
adunan tadi & tuangkan ke dlm tin.Tabur biji bijan & bakar 180C selama 1 jam
Resepi Nasi Goreng

RESEPI KEK KUKUS ASAM MANIS

Bahan

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna
Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.

Rahsia Hawa bersama Asih Oetama dan 40 yang lain

jom try!!

saya tertarik dengan menu membuat aiskrim di Rumah... Sebab saya suka makan aiskrim.

jadi, saya dah copy paste menu ini, dan kongsikan pada anda semua, Yang dah berkeluarga,
boleh cuba bagi anak2 dan suami makan... (buat waktu anak2 tgh merajuk kompom xjadi
merajuk budak tu)

Aiskrim Oreo handmade yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D

cara buat?

1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)


- 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)
- sedikit esen vanilla
blendkan sampai gebu.

2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.

3) masukkan dalam peti ais. (freezer)

4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!!


*dah reti buat, x perlu la beli kat McD lagi.... hehe
+1
Tahrunnisah Jali telah menambah 6 new photos

BAKED MACARONI AND CHEESE

resepinya

Sepeket macaroni (rebus seperti yang diarahkan dlm pek tu) letak garam dan minyak sewaktu
rebus

SOS BECHAMEL (SOS PUTIH)


3 sudu besar butter
2 1/2 cawan susu segar (630ml)
3 sudu besar tepung gandum
1/2 @ 1 sudu kecil lada sulah
garam/perisa
keju cheddar (terpulang nak isi atau tidak)

Caranya..
1. Masukkan butter dalam periuk. Panaskan butter. Kemudian masukkan tepung
gandum tadi.. cepat2 kacau biar sekata . Kemudian tuangkan susu segar.
Kacau sentiasa supaya tak berkerak bahagian bawah sehingga mendidih.
kepekatannya sos ni agak pekat sikit. Guna api sederhana panas ye..
2. Kemudian masukkan lada sulah, garam dan cheddar siap....

SOS MERAH
1 biji bawang besar warna putih (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
sos prego (pasta)
cendawan butang
daging hancur/kisar
cili blend sedikit kalau nak rasa pedas
sos cili...
1/2 @ 1 sudu kecil serbuk oregano
2 biji telor

Caranya
1. Panaskan minyak..Masukkan bawang besar yang telah di potong dadu dan
bawang putih juga.\ sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kisar...
2. Agak2 dah masak daging .masukkan sos prego, cili dan cili sos, cendawan dan
perasa...serbuk origano.
3.. Masukkan pula macaroni yang dah siap direbus..Kacau sebati dan pecahkan
telor dalam macaroni tu dan kacau..terus tutup api ..

CARA MELAPIS
Terlebih dahulu panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit)
1. Dalam bekas tahan panas..masukkan macaroni goreng tadi kemudian tabur
mozarella cheese atasnya..
2. Kemudian letakkan pula sos putih atas cheese tadi...tutup permukaan dgn sos
putih
3. Akhir sekali tabur dengan mozarella cheese ..lagi banyak lagi bertali hasilnya.
4. Tabur dengan sedikit serbuk origano atas cheese tadi
5. Bakar macaroni and cheese dalam oven suhu 170 c selama 30 minit
menggunakan api atas bawah sehingga permukaan kekuningan...(saya letak
pada rak tengah dalam oven)
6. Siap boleh la dimakan bersama sos jika suka
Resipi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:-

* 4 labu bawang merah


* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa

Cara Memasak:-

1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.


2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih
satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak
kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus
sangat...sedang sedap makan..hehe)
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih
banyak serdaknya.
Kerja Dari Rumah

Resepi Paprik Sotong Sedap


=======================
Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan
biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan
bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Paie Akhmar Motahar bersama Nor Azlean dan Junainah Bakar

Tips Anak Pintar Cerdas

Bagi anak-anak minum air yang telah didoakan. Masyarakat Melayu kita kata air jampi. Tapi
saya selesa sebut air yang didoakan. Anda tak perlu hantar air kepada ustaz-ustaz, tapi ibu
atau bapa boleh buat sendiri. Ini caranya

Sediakan 1 botol air untuk setiap orang anak. Kalau 2 anak, 2 botol dan seterusnya.

Baca ayat 19 daripada surah Al Kahfi. Berhenti pada perkataan “walyatalattof…” dan niatkan
“Ya Allah, terangkan hati anakku xxxx sebagaimana matahari menerangi alam.” Dan terus
sambung sampai habis. Dah habis tu, tarik nafas sikit dan hembus dalam air yang disediakan.

Pastikan masa anda baca tu botol dibuka tutupnya.

Juga buat bacaan sebanyak 3x.

Bila masa yang sesuai buat ni? Untuk 1 botol yang lengkap, anda perlu buat pada selepas
solat maghrib malam Jumaat, solat isyak malam Jumaat dan solat subuh pagi Jumaat.

Dah siap tu boleh bagi anak-anak minum.


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit
dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta
suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca,
ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada
anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).


2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap
penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala
dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan
pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
Doa Agar Mengingati Allah

Like Emotikon like Majalah Asuh! #JomJadiBaik

Aneka Resepi Kuih Muih

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

Bahan-bahannya :
---------------------------
- 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ½ paket perencah daging black pepper maggi
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak
- 12 keping roti gardenia
- 3 biji telur ** idah guna 4 biji
- 200ml fresh milk
- 8 keping any slice cheese chesdale/kraft
- cheddar diparut
- sayur ikut suka

Cara-cara Untuk Inti :


--------------------------

- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,

- Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk

- Masukkan sayur jika perlu

- Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering

- Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti :
--------------

- Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat

- Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati

- Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar
sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)

- Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama

- Susun slice cheese ke atas inti

- Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya

- Dan ulang seperti layer pertama tadi

- Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali

- Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti

- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
Emotikon heart PIZZA SARDIN DAN SOSEJ Emotikon heart

BAHAN DOH PIZZA :


200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :


1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

UNTUK DOH :-
Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih. Gaul garam
dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan
yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli
hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh
licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah
cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan
kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi
kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza
dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi
seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu
dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan
ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato
yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-
bahan ni.
-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last
sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar
selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan .

Selamat Mencuba

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di
News Feed Anda nanti.
Resepi Dari Bonda

Alhamdulilah terjumpa juga resepi untuk membuatnya. Mudah sangat rupanya!

Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan Sagu Gula Melaka


Bahan A :
2 cawan sagu
5 cawan air
Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-Cara Membuat Sagu Gula Melaka


(Adunan A) Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air
mendidih.
Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang
kanjinya.
Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
Buang daun pandan dan sejukkan.
Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan
menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Hari ini saya hendak kongsi tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap...
Ini tips-tips yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika
memasaknya..!!!Selamat membaca…..jika ada tips2 dari teman2 sharelah juga ya..jika lain dari yang
lain…
Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih perisa sambalnya...
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh,
perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan…
Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerna ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2
garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan
minyak akan menjadi caremalize.Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam,garam dan air secukupnya…
kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin...
kalau sambal sotong masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa...
kalau sambal udang masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam
jawa...
kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah....
goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cm dah layu... angkat... then baru
tumis lada kering agak2 dah masak baru masuk n air asam gula garam and ikan blis ngan bawang
tadi.
kadang2 saya tumis tomato dadu dengan belacan skit
kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak
masak baru saya masukkan balik
kalau sambal tumis udang, saya blend udang kering skit dengan cili kering tu
petua arwah nenek, tiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-2 masakan
yg perlukan cili, ie, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
+3

Anna Camfrog telah menambah 8 new photos — sedang makan lunch bersama Husniyati
Husain dan 8 yang lain di Dapur Teresku.

NASI AYAM HAINAN

Utk nasi...
4 pot Beras (cuci bersih)
5 ulas bwang putih (tumbuk)
3 kiub ayam knor (ramas hancur)
2 hlai daun pndan (dsimpul)
1 sup bonjot
2 bunga cengkeh
1 kayu manis
2 sdm mentega
1 btg serai (dtitik)
Halia (tumbuk)
Air scukupnye
~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu
~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai,
bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau...
~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi...
~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub
ayam knor...gaul sebati...masak nasi sperti biasa...

Utk ayam...
1/2 ekor ayam (dcuci bersih)
5 ulas bwng putih (tumbuk)
Halia (tumbuk)
1 kiub ayam knor
Garam
Air scukupnye
Minyak bijan (utk mmerap)
'Air masak scukupnye
'Ais
(Utk proses mlembut dan mlembapkn ayam)
~satukan air, bhan tumbuk, kiub ayam dan garam dlm periuk...didihkn dia
~bila dh mdidih...masukan ayam...tutup...tunggu smpai ayam masak (dlm 30-40 mnit...ikut
saiz ayam)...
~bila ayam dh masak...angkat..masukan dlm air yg bercampur ais...rendam dlm 20 minit (air
tu air tapis or air masak...proses ni utk mlembapkn dan mlembutkn ayam)....
~stelah itu...angkat ayam...sapukn dan perap ayam dgn minyak bijan scukupnye....
~angkat dan potong2 ayam...smasa waktu hendak mhidang nanti.....

Utk sos hitam...


4 sdm kicap cair
1 sdm kicap pekat
1 sdm madu
1/2 cwn air rebusan ayam
2 sdm mnyak bijan
~campur semua bahan2 di atas...gaul sebati...siap

Utk sos merah...


5 cili api (merah-tumbuk)
3 lada besar (merah-tumbuk)
Halia (dtumbuk)
Garam
Gula
Air masak
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
~satukan semua bahan..didihkn skejap di atas api yg sderhana sambil dikacau2...siap

Utk sup...
3 bwng merah (dtumbuk)
2 bwang ptih (dtumbuk)
1 sup bonjot
3 rempah skwan
Halia (dtumbuk)
Garam
Air rebusan ayam
Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
Sdikit mnyak (utk mnumis)
# saya bubuh fishball...saja2 suka2 je...hihii
~pnaskan mnyak...masukan bahan tumbuk bersama rempah 3 skawan dan sup bonjot...tumis
smpai naik bau...masukan air rebusan ayam...tunggu didih...masukn fishball..perisakn dgn
garam dan ajinamoto...taburankn bwang goreng n daup sup semasa mhidang...siap
Resepi Orang Kampung

MEE GORENG LADA HITAM

Bahan-bahannya:

500 gm mee kuning - basuh dan toskan


500 gm udang saiz sederhana kecil - kupas kulit
450 gm daging - potong kecil, rebus empuk
1 ikat sawi - kerat ikut suka
1 biji tomato - belah dua dan hiris nipis
5 ulas bawang putih - parut/cincang halus
1/2 inci halia muda - parut/cincang halus
2 sb sos tiram
kicap pekat - banyak mana ikut suka, kalau suka mee hitam lebihkan
1-2 sb lada hitam - kisar kasar
1 sk serbuk knorr
secubit garam

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam. Bila naik bau masukkan
daging. Kacau, kemudian masukkan udang pula.
2. Bila udang sudah kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk knorr dan garam
secukup rasa.
3. Bila sudah sebati, masukkan mee kuning, diikuti tomato dan sawi. Gaul kacau secara
merata.
4. Bila sudah mesra bolehlah dihidangkan bersama lada jeruk.

Emotikon heart SOTONG MASAK ALA THAI @ SIAM Emotikon heart

Bahan2 :-

1/2 kg sotong - bersihkan dan potong kecil


3 batang taufu - potong kecil dan goreng
6 ulas bwg putih - kisar
1 labu bwg besar - kisar
5-6 biji cili padi - kisar
5 s/b cili mesin
3 s/makan sos tomato
3 s/mkn sos cili
3 s/mkn pes tomyam
3 s/mkn kicap pekat manis
Garam dan serbuk perasa
Daun kari
Air secukupnya

Cara2 :-

- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau.


- masukkan daun kari, sos tomato, sos cili, pes tomyam dan kicap pekat.
- setelah kuah pekat, masukkan sotong dan sedikit air.
- masukkan taufu, sdkt garam dan perasa secukupnya.
- gaul rata dan tutup api...

Selamat Mencuba!!

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di
News Feed Anda nanti.
Fazilah Norman telah menambah 3 new photos

SILA KAN PADA SAPER 2 YG NK SHARE


RESEPI LAKSA JOHOR

Ila guna spegeti ya

Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan)

Ikan kembong + ikan SARDIN + IKAN TENGGIRI


udang basah 100gm
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B (dimesin)

bawang besar - 5 biji(kuah lebih manis


bawang putih 3 ulas
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)

Bahan Hias

limau kasturi belah 2 dan buang biji


timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus
lobak asin
CARA-CARANYA

1.rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan

*cara buat kuah

1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi


2.Bila garing, masukkan rempah kari cili belender dan kacau sebentar sehingga naik bau
1/minit
3.Masukkan ikan/udang yang dimesin
. 4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air dan
5.Masukkan asam keping
6.Tambah garam dan gula untuk rasa
7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih
lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
AYAM KUN PAO

Bahan-Bahan:

300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub


5 biji cili kering, dipotong dua
2 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
1/3 biji karot, hiris nipis
1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
sedikit daun bawang
2 sudu minyak masak

Bahan Perapan –

1 sudu besar minyak bijan


2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
1 sudu besar kicap pekat berkaramel
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh gula
3 sudu besar air

Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit.

2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak.
Angkat dan asingkan.

3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih,
halia dan cili kering sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan
masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air
supaya sedikit berkuah.

5. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun
bawang.

Tip: Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.
PUDING OREO

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali 25 gram

1 tin susu cair

1250 ml air

100 gram gula

2 biji telur 

1 bungkus biskut Oreo 

Aiskrim - perisa vanila (5/6 scoop)

sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api
sederhana. 

Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan.

Oreo dikisar dalam pengisar kering.


Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.

Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu
cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati.

Kemudian masukan oreo yang dikisar. Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.

Sejukkan di dalam acuan ataupun loyang.

Dah beku bolehlah dipotong.

DODOL

Bahan:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka * (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir *
3 cawan air *
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat

Cara-cara :
Masak bahan* hingga gula larut kemudian tapis (tunggu sejuk sebentar)
Masukkan tepung pulut dan bahan yang di masak tadi kedalam blender dan blend sebati.

Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali (kalau ada kuali non stick lagi bagus)

Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak.

Adunan akan meletup-letup dan pecah dan kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol dan
tidak tak melekat. 
Resepi Nasi Goreng

RESEPI KEK KUKUS ASAM MANIS

Bahan

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar

Pukul mentega dan gula hingga sebati

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata

Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul

Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis

Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang

Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil

Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
RESEPI CHEESY MAZOLA NESTUM-BISKUT RAYA 2015

Bahan-Bahan: Emotikon smile


=========================
1/2 cwn gula halus
1/2 cwn minyak mazola
1 cwn kacang tanah goreng tanpa minyak n blend
1 1/2 cwn tepung gandum diayak
1/4 cwn bijan putih + bijan hitam
1/2 cwn nestum
2 sudu besar cheddar parut
========================
Cara-Cara Membuatnya: Emotikon smile

Gaul semua bhn2 kering


Masukkn cheese n gaul sebati
Akhir sekali masukkn minyak sedikit demi sedikit n uli rata
Gelek n terap dgn acuan kesukaan anda
Sapu kuning telor n parut cheddar cheese diatasnya
Bakar suhu 160 25-30 min
================================================
Dikongsi Oleh: Musainah Yusof
Sumber: https://www.facebook.com/musainah.yusof
================================================
DIPERSILAKAN LIKE,SHARE,TAG NAMA KAWAN2 UOLLS..
SEMOGA BERMANFAAT
Suka · Komen ·
Kongsi
· 24058351
Aneka Resepi

Emotikon like Koleksi Ayat-Ayat Cinta

RED VELVET MOIST

Bahannya:
360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko *
* diayak bersama

400 gm gula halus


1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
@
~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla
1 sb pewarna merah
1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas

CREAM CHEESE FROSTING


250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus
** satukan semua bahan dan pukul hingga halus

Caranya:
1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata
dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit
atau sehingga masak.
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh
bakar 2 loyang berasingan.
6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.

Mariana Zainal bersama Ayazamaya Terindah dan 46 yang lain

KUIH MANJA(Apam balik kastard)...yang memang tersangat manjanya...sebelum nak buat


kuih ni.. kena siapkan intinya dulu yer.
Ilham dr Chef Khairi..

Resepinya (kulitnya)
1 cawan tpg gandum
1 sdt baking powder
1 biji telur
1/ 4 cawan gula
1/ 2 cawan susu cair
1/ 2 cawan air
1 sdb marjerin yg dicairkan (sejukkan dulu yer)
Secubit garam

Cara
Satukan semua bahan untuk kulitnya.. blender hingga sehingga sebati. .. 2- 3minit lbh kurang.
.
Panaskan kuali non - stick guna api perlahan.. ambil satu senduk kecil adunan. .letak
ditengah2 kuali..bila adunan tadi da mengering (xde buih2 dah).. masukkan inti.. lipat dan
picit guna jari..terus angkat dan susun dlm pinggan. .
Bahan inti
1/ 2 cawan tpg gandum
1 sdb tepung kastard
1/2 cawan gula
1 1/ 2 cawan air
1 sdt pewarna kuning
Sedikit esen vanilla
Secubit garam

Caranya
Satukan semua bahan inti.. kacau sebati. . . tapiskan dlm periuk. . kacau atas api sederhana
hingga pekat dan berkilat...tutup api.

Resipi Kek & Biskut Raya

Resepi Biskut Mellow Brownies

Bahan-bahan ( 20x20 cm )

70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat

Cara-cara

1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung
gandum dan serbuk koko.
2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke
atas brownies.
7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven
dan rata-ratakan.
8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Koleksi Resepi Kuih Raya telah menambah 2 new photos

Menu petang bersama resepi Doraemon


Mesti anak anda cakap : Eh kuih doraemon laa ibuu .
Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:
100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
1/2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup

Cara-cara:

1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau
adunan secara kaup balik.

4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.

5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.

6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang
telah cair. Siap untuk dimakan.
BISKUT CHOC CHIPS CORNFLAKES

Bahan-Bahan: Emotikon smile


========================
BAHAN A
200g Butter
50g Shortening
80g gula aising
Secubit garam
(Pukul semua bahan 2-3 mnt)
==========================
BAHAN B
175g tepung naik sendiri
150g tepung gandum
1/2 sdt baking soda
1/ 2 sdb serbuk koko
(Satukan semua bahan B)
===========================
BAHAN C
50g cornflakes ( ramas kasar)
50g almond nibs ( sangan seketika)
80g coklat chips
================================================
Cara-Cara Membuatnya: Emotikon smile
Masukkan bahan B ke dalam bahan A yg telah dipukul tadi.. gaul rata guna senduk..
masukkan semua bahan C.. gaul rata.. (adunan memang lembik)
Guna sudu plastik.. sudukan adunan dlm tray sebesar duit 20sen(jgn tekan bg nipis tau..
biarkan jer rupaya buruk..dah masak nanti elok jer kejadiannya)
..hias dengan coklat chip dan almond flakes (badam hiris)
Bakar selama 20-30mnt... Suhu 180*c
================================================
Dikongsi Oleh:Mariana Zainal
Sumber: https://www.facebook.com/mariana.zainal.3
================================================
DIPERSILAKAN LIKE,SHARE,TAG NAMA KAWAN2 UOLLS..
SEMOGA BERMANFAAT
Suhaila NordinRESEPI MAMA KENT

Mood mengukis dtg lg..hehe.... Kukus yg wajib ade tiap kali raya...gerenti tak nyesal kalo
cuba 😋😋
Biskut coklat Chips..
Sape2 yang nak copy dan share silakan yer 😊😊

250 gram butter


1 biji kuning telor
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan badam cincang
1 cawan coklat Chips
1 sudu kecil esen vanila..

Aturcara:
Gaulkan butter dan gula kastor smpi sebati.
Saya guna sudip kayu saja..
Masukkan kuning telor dan serbuk koko... Adun sebati..
Bila dah sebati baru tuangkan esen vanila, coklat Chips dan badam cincang.. Gaul mesra..
Last sekali baru letak tepung...

Adunan ni payah nak terap..


So saya amik doh Gentel bulat dan tekan dgn garfu..
Bakar biskut ikut suhu oven masing2 yer..
Resipi Kek & Biskut Raya

Biskut Sarang Semut

Bahan-Bahan :
1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
1 ½ tepung gandum - di ayak
1 ½ tepung kastad - di ayak
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Bahan Hiasan :
coklat rice coklat
paper-cup kecil

Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan marjerin dan gula dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak dan gaul rata dan ulikan
menjadi satu doh dan kemudian masukkan ke dalam peti seti sejuk selama 15 minit.
4. Dengan menggunakan jurai sarang semut/pemarut sarang semut,parutkan adunan kedalam
mangkuk kecil dan kemudian,sudukan ke dalam papercup.
5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit atau sampai masak
Laili Makhusin telah menambah 5 new photos

TEPUNG PELITA

Bahan Bawah
1 cwn tepung beras
1tsp tepung jagung
6 cwn air d/pandan
1 tsp air kapor
1 cwn gula

Cara
Campur semua bahan dan kacau atas api naik wap. Tuang dlm bekas kecil2.
Kukus 20 minit. ketepikan dulu.

Atas.
4 tbsp tepung beras
1 tbsp tepung jagung
5 cawan santan pekat
Garam

Cara
Campur semua bahan dan kacau hingga pekat..tuang diatas adunan yg telah sejuk Lapisan
bawah. Kukus semula selama 20 minit.
Resepi Kerabu Sotong

Bahan-bahan (5-6 orang)

400 gm sotong
1 ulas bawang besar – dimayang
1 biji tomato – dipotong dadu
1 biji lada merah
3 biji cili padi
3 batang serai
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
5 sudu besar sos ikan
6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.
Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.
Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga
sekata.
Siap untuk dihidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Kerabu Seafood

Bahan-bahan (1 pinggan)

300g seafood (sotong, udang, kupang, kerang)


1 biji tomato – dibuang biji dan dipotong memanjang
1 batang lobak merah – dihiris memanjang
2 ulas bawang merah – dihiris halus
5-7 biji cili padi – dihiris
Daun sup dan daun ketumbar – dihiris halus
5 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
Hirisan mangga (optional)

Cara-cara

Celur sotong dan udang. Kemudian toskan.


Gaul semua bahan sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
Siap untuk dihidangkan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Resepi Kerabu Jantung Pisang

Bahan-bahan (4-5 orang)

1 biji jantung pisang


1 ekor ikan (dikukus)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
5 biji cili merah (dihiris)
1 senduk santan
1/2 biji limau nipis
Garam dan gula

Cara-cara

Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis
jantung pisang. Rebus sehingga empuk.
Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.
Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. Gaulkan bersama-sama cili yang
telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.
Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.
Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam
santan.
Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
Kerabu jantung pisang ni salah satu menu berbuka puasa di rumah saya semalam. Ini
percubaan pertama saya masak kerabu jantung pisang guna resepi mak saya. Sebenarnya saya
ada ubah sikit resepi sebab malas nak beli ikan. Almaklumlah ikan-ikan kat Aussie ni mahal
sikit. Kitorang kat sini selalunya makan ayam je setiap hari. So sebagai ganti ikan kukus, saya
guna ikan bilis yang dikisar bersama-sama lada hitam dan bawang merah. Lagi satu, jangan
masak lama-lama santan tu sebab kalau pecah minyak, nanti rasanya tak sedap. Panaskan
dalam 2-3 minit je...

SPECIAL THANKS TO DAPUR MALAYSIA....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KERABU PUCUK PAKU

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.
Kredit to Manieliza's Cooking

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KERABU TAUGEH BONDA

BAHAN-BAHANNYA (KURANG LEBIH) Emotikon smile


300 gm taugeh - basuh dan celur sekejap dgn air panas dan toskan
1/2 kg kerang - direbus dan diambil isinya
sedikit daun pegaga - dihiris halus2
4 tangkai daun kesum - dihiris halus2
1/3 cawan beras - digoreng tanpa minyak hingga garing sedikit - dikisar halus
4 tangkai cili kering - direndam air panas dan tumbuk lumat
4 - 5 biji bawang merah - hiris halus
1/3 cawan santan pekat
1/4 cawan kerisik
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
Hirisan cili padi (jika suka, yang ni mat tambah sendiri)
CARA MEMBUATNYA Emotikon smile
Campurkan semua bahan kecuali beras goreng, garam, santan, air asam jawa dan kerisik.
Gaul rata dulu.
Setelah rata baru dicampurkan beras goreng, air asam jawa, santan, kerisik dan garam. Gaul
mesra dan seimbangkan rasa. Ha, sempoiii gitu...selamat mencuba
CATATAN MAT GEBU :- Tadi sms kak ummi, dia kata, seelok2nya bancuh 20 minit - 30
minit sebelum dihidangkan....jadi kalau bulan2 puasa ni, jam 7 tu boleh lah kita gaulkan
semuanya....
Rahsia Hawa bersama Nur Ashikin dan 46 yang lain

Resepi Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan :

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Menyediakan:

1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.

2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.

3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.

4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.

5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.

7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.

8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.

9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama


3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)

Anda mungkin juga menyukai