Anda di halaman 1dari 2

3.

0 PUNCA-PUNCA YANG BOLEH MEMBATALKAN AKIDAH SESEORANG


MUSLIM

a. SYIRIK

Syirik dalam beribadah kepada Allah swt, yakni mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu
selain daripadanya. Antara perbuatan syirik tersebut ialah meminta doa dan pertolongan dari
orang-orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa
syirik mempersekutukan-Nya (Menurut sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang
lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa
yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar. (An-nisa ayat 48). Dan Sesungguhnya sesiapa yang
mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat
tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim. (Al-Maidah
ayat 72).

b. SIHIR
Melakukan sihir, menyokong perbuatan sihir, dan ingin cenderong ke arahnya. Maka sesiapa
yang melakukan dan merelakan perbuatan sihir, ia kafir. Pada hari ini, terlalu ramai manusia
yang mengamalkan sihir, mereka sanggup menyihir orang semata-mata untuk memikat hati
seorang perempuan. Semata-mata untuk merebut tanah dan harta yang ditinggalkan oleh
pewaris, sanggup sihirkan saudara kandung sendiri. Disebabkan ada orang yang berniaga di
sebelah tempat perniagaannya, dia sanggup menggunakan sihir untuk merosakkan
perniagaannya. Ini adalah satu fenomena sihir yang berlaku dalam masyarakat, perbuatan inilah
yang telah membawa manusia kepada pergaduhan, fitnah, dan huru hara. membenarkan tukang
sihir.
{ ‫البقرة( } تَكفُرِ فَال فتنَةِ نَحنُِ إنَّ َما َيقُوال َحتَّى أَحَدِ منِ يُعَلِّ َمانِ َو َما‬: 102)
Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum
mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi
kafir. (Al-Baqarah ayat 102).

c. KHURAFAT
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan islam
sedangkan ia bercanggah dengan islam. Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam
masyrakat ialah merpercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang,
mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial, dan sebagainya lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka sanggup mempelajari sesuatu ilmu yang
memudaratkan mereka dan langsung tidak memberi manfaat kepada mereka." (Surah al-
Baqarah, ayat 102).
c. MEMPERSANDAKAN ISLAM
Antara perkara yang dianggap mempersendakan islam ialah mempermainkan atau
mempersendakan ajaran Islam sama ada melalui lisan atau perbuatan, memperkecilkan
tuntutan agama, bangga apabila melanggar larangan Allah, menghina orang yang bertakwa,
menjunjung perbuatan maksiat, tidak bersolat, makan di siang hari di khalayak ramai pada
Ramadan dan tidak membayar zakat yang difardukan.
Seharusnya seorang Muslim menjauhkan diri dari perbuatan mempersendakan islam.
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran
islam, maka ia telah menjadi kafir, Kerana firman Allah swt.

َِّ ‫سولهِ َوآَيَاتهِ أَب‬


{ ِ‫اَلل قُل‬ ُ ‫تَستَهزئ ُونَِ كُنت ُمِ َو َر‬، ‫التوبة( } إي َمانكُمِ بَع َِد رت ُمِ ََكَف َقدِ تَعتَذ ُروا ال‬: 65-66)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya
kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah
kafir setelah beriman”. (At-Taubah ayat 65-66).

e. MURTAD
Bermaksud berpaling atau keluar daripada agama islam. Ia merupakan jenayah yang dapat
menghapuskan semua amal soleh sebelumnya dan di akhirat nanti akan menjadi ahli neraka
buat selama-lama apabila seseorang itu mati dalam keadaan murtad. Ini jelas apabila Allah
swt berfirman dengan maksudnya.
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan
yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi
perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya,
dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Mekah), serta
mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan
(ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam
bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga
mereka dapat memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang
demikian); dan sesiapa yang murtad (berpaling tadah) di antara kamu dari agamanya (agama
Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal
usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di
dalamnya (selama-lamanya).” (al-Baqarah ayat 217).

Anda mungkin juga menyukai