Anda di halaman 1dari 3

Siri pengeboman Israel keatas wilayah Palestine pada tahun 2019

dan 2020
1) Tarikh : 3 Januari 2020

Faktor/ penjelasan: Tentera Israel membunuh seramai 149 rakyat Palestin sepanjang tahun 2019,
kata Perhimpunan Nasional Keluarga Palestin.

Setiausaha agung pertubuhan itu, Mohammed Sbeihat berkata, angka korban termasuk 33 kanak-
kanak dan 12 wanita.

"Penduduk di Semenanjung Gaza paling ramai dibunuh membabitkan 112 orang yang menyaksikan
69 mangsa mati dalam serangan udara oleh jet tempur Israel.

"Daripada jumlah tersebut, 33 orang adalah kanak-kanak mewakili 23 peratus daripada jumlah
keseluruhan.

Lokasi: Gaza

2) Tarikh: 10 Februari 2020

Faktor : Palestin memulakan serangan pada Sabtu dengan Jurucakap Majlis Serantaunya, Shaar
Hanegev berkata, peluru disasarkan ke kawasan terbuka di Selatan Israel yang tidak mencederakan
sesiapa.
Serangan peluru dan mortar meningkat selepas Presiden AS Donald Trump memperkenalkan visinya
pada 28 Januari lalu bagi menyelesaikan konflik antara Israel-Palestin yang ditentang oleh pemimpin
utama Tebing Barat dan Gaza.
Pelan itu memperlihatkan penguasaan penuh Jerusalem bersama beberapa kawasan lain di Tebing
Barat dan Gaza, namun sebagai ganti rakyat Palestin diberikan beberapa bahagian lain di Tebing
Barat dan Gaza.
Susulan serangan, tentera Israel, hari ini melakukan serangan udara ke atas kawasan Hamas yang
tertumpu di selatan Gaza.
Jurucakap tentera Israel menyebut, serangan termasuk kawasan infrastruktur ketenteraan dan
latihan Hamas.
Lokasi : Gaza

3)Tarikh :19 0gos 2020

Faktor : Pesawat pejuang tentera Israel hari ini melancarkan siri pengeboman udara terbaru di
Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas selepas serangan roket Palestin membedil selatan Israel.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, dalam satu kenyataan, berkata pesawat perang Israel
menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas.

Berikutan pertempuran terbaru itu, Israel turut memberi amaran kepada Hamas bahawa
pertubuhan terbabit mengundang risiko 'perang' dengan menyerang regim Zionis itu.
Presiden Israel, Reuven Rivlin, memberi amaran itu ketika melawat pasukan bomba di kawasan
sempadan, yang memaklumkan kepadanya hampir 40 kebakaran berlaku akibat srangan bom
menggunakan belon itu.

Lokasi: Gaza

4)Tarikh : 23 November 2020

Faktor : Ketegangan di Semenanjung Gaza berterusan selepas Israel melancarkan serangan udara ke
atas wilayah dikuasai Hamas pada awal pagi Ahad.

Rejim itu mendakwa ia merupakan serangan balas terhadap Hamas.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Pada Sabtu, Israel mendakwa kononnya Hamas melancarkan serangan peluru berpandu ke arah
Israel.

Lokasi: Gaza

Aqsa Syarif telah beroperasi sejak tahun 2010 (kini agensi di bawah Humanitarian Care
Malaysia, MyCARE) dan sejak itu telah berkembang pesat sehingga memiliki pejabat di Gaza dan
mendapat kepercayaan dan menjadi badan pilihan orang ramai yang diamanahkan untuk
menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Aqsa Syarif telah berkerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat korporat, bank, jabatan
kerajaan, NGO setempat dan antarabangsa. Menjadi disiplin utama bagi mana-mana korporat
lebih-lebih lagi dari pihak bank dan badan kerajaan untuk melakukan ‘background checking’
sebelum membuat kerjasama, CSR atau sumbangan dengan kami.
Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM telah memberikan pengiktirafan
kepada kami untuk mewakili Malaysia dalam satu proses audit antarabangsa serta pengiktirafan
dan kepercayaan yang diberikan oleh korporat-korporat gergasi dan orang awam tidak kira di
Malaysia atau luar negara. Terbaru, pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dipilih dan diaudit oleh
Transparency International untuk pencalonan anugerah mereka.
Aqsa Syarif mengalu-alukan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat rasmi dan
laporan audit daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta ‘double check’ dengan pihak Bank
Negara Malaysia atas perwakilan ke dalam satu sesi penilaian dan audit peringkat antarabangsa
– Mutual Evaluation Exercise (MEE) On-Site Assessment – yang dikendalikan oleh sebuah
badan antarabangsa, Financial Action Task Force (FATF), http://www.fatf-gafi.org/.
FATF adalah sebuah badan antarabangsa yang berperanan menetapkan piawai dan memastikan
pelaksanaan langkah-langkah efektif – dari sudut undang-undang, pengawalaturan dan
pengoperasian, bagi memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan
pengganas dan ancaman-ancaman yang seumpamanya dalam usaha memelihara integriti sistem
kewangan antarabangsa.

Aqsa Syarif terkenal dengan pelbagai inisiatifnya untuk membantu rakyat Palestin. Antaranya
ialah:
1. Projek Penajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin
2. Projek ‘Adopt a Hafiz’
3. Projek Winter Relief/Shitaa
4. Projek Ramadan
5. Projek Udhiyeh/Daging Korban dalam tin
6. Projek Mikrokredit
7. Projek Ternakan Lembu Tenusu
8. Projek Ternakan Ikan
9. Projek Kilang Roti
10. Projek Rehabilitasi Tanah Pertanian
11. Projek Pemuliharaan dan Pengimarahan Masjid al-Aqsa
12. Projek bantuan pendidikan/biasiswa kepada pelajar Palestin
13. dan banyak lagi.

Anda mungkin juga menyukai