Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
<KOD KURSUS>
<TAJUK KURSUS>
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,
memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah
rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan
daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis
seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri.
810516075404
2.0
3.0
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada
tahun 1983. Beliau merupakan seorang profesor dalam bidang pendidikan di Harvard
Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia,
iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Gardner telah mendefinisikan kecerdasan
sebagai satu set kemahiran yangmembolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau
menghasilkan keluaran atauperkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Justeru, Dr.
Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk
mengukur potensi kecerdasan manusia iaitu kanak-kanak dan dewasa. Tambahan lagi,
Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan salah satu teori yang penting kerana teori ini
mempunyai hubung kait yang rapat dengan pendidikan masa kini. Howard Gardner telah
memperkenalkan teori-teori tersebut dalam bukunya yang bertajuk Frames of Mind: The
Theory of Multiple Intelligences.
Kecerdasan merupakan sesuatu kebolehan dalam menguasai sesuatu perkara dengan cepat
dan memahami perkara yang kompleks. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan
untuk mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya dilatih dan
diasah dengan cara yang betul.
Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan
tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan
yangtinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh
diperkembangkan
dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jikakeadaan-
keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai
(Armstrong,1994).
1
Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan
kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami
dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka
lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan
sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk
belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri
dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid
tersebut.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri
untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur,
cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
Seni dalam Pendidikan (SDP) adalah menjurus kepada tiga elemen utama iaitu Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Ketiga-tiga elemen ini boleh digabungjalin
bersama semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui aktiviti kelas yang
dijalankan. Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik, maka
guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan pengajaran
2
mereka. Pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan
perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus, ini menjadi
motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-
kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada
persekitaran pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat profesionalisma
dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cemerlang,
berilmu dan mantap dari segi sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.
Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.
2.0 PENGALAMAN
4.0
2.1 KEPENTINGAN PENGALAMAN DALAM STRATEGI PENGAJARAN PSV
2) Teori IQ
4
Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu,mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah
sedang terbang. Seterusnya,kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu
pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep
kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah
selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak
akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan
yang mereka gunakan. Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila
seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang
mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan
linguistik,seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan
baik.
3) Kecerdasan Verbal-Linguistik
ialah kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan,
termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan
sempurna. Biasanya kerjaya yang melibatkan kecerdasan verballinguistik ialah seperti
penulis, penyajak, penceramah dan pensyarah dalam bidang sastera atau bahasa.
4. Kecerdasan Logik-Matematik.
Biasanya, kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang itu
untuk menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Seseorang individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah-
masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan
cekap. Di samping itu, mereka juga mempunyai minat terhadap komputer dan media
teknologi serta suka melakukan percubaan dan eksperimen. Di samping itu, Kecerdasan
Visual-Ruang adalah kebolehan seorang individu dalam membuat persepsi tentang alam
sekitar secara tepat. Selain itu, mereka juga dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak
yang terdapat dalam persekitaran. Seseorang individu itu juga dapat berfikir dan berimaginasi
dalam bentuk gambaran dan bayangan serta dapat „melihat‟ secara tiga dimensi. Mereka juga
berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui
sebelumnya. Tambahan lagi, mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dalam
ruang.Kecerdasan visual-ruang ini juga membolehkan seseorang individu mempersembahkan
5
idea visual dan ruang secara grafik. Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan
pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.
Individu yang mempunyai kecerdasan kinestetik ini mampu menggunakan anggota badan
untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti bagi kecerdasan ini ialah tarian kreatif,
drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemainan sukan dan seni pertahanan
diri. Individu yang mempunyai kecerdasan ini biasanya melibatkan diri sebagai atlit sukan,
pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera dan polis. Selain itu, Kecerdasan Muzik
ialah kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui
muzik. Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan
suatu hasil muzik. Antara contoh aktiviti ialah persembahan muzik, menggubah lagu,
mencipta lirik, peka terhadap bunyi vokal, bunyi instrumen, nyanyian dan sebagainya.
Komposer, penyanyi, penggubah lagu dan pemain muzik adalah merupakan individu yang
memiliki kecerdasan muzik ini. Kecerdasan Intrapersonal ialah individu yang berpengetahuan
kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mereka mempunyai gambaran yang
tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan dan kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Contohnya, individu
tersebut mempunyai teknik metakognisi, strategi pemikiran, proses emosi, taakulan tahap
tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Antara yang memiliki kecerdasan seperti ini ialah
individu yang bergelar pengarang, penyajak, ahli falsafah, ahli motivasi, pakar kaunseling
dan ahli psikologi.
Berdasarkan empat bidang dalam pendidikan seni visual seperti yang diterangkan disebelah
guru PSV boleh menggunakan elemen matapelajaran lain seperti sains,matematik dan
sebagainya dalam pembelajaran dan pengajaran PSV disekolah. Ia boleh dilakukan dengan
beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada
matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan
antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah
menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya
penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait
sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini
berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan
pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk
nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif
dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan
satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak
langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial,
bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam
konteks kehidupan yang sebenar. Sebagai contoh dalam bidang menggambar mengenai
haiwan. Teknik menggambar yang diaplikasikan ialah montaj. Guru boleh merangsang idea
murid dengan memberi beberapa contoh haiwan dan perkaitan mereka sama ada mengenai
habitat, pemakanan mahupun ciri-ciri tertentu yang terdapat pada haiwan tersebut. Secara
tidak langsung, ia sebenarnya memberi gambaran mengenai pengetahuan dan pengalaman
murid mengenai pengetahuan Sains mereka. Pengetahuan sedia ada murid dapat
dipertingkatkan lagi dengan adanya perkaitan yang dibincangkan secara tidak langsung
semasa proses pembelajaran bermula.
810516075404
7
12
Selain itu, guru boleh membuat pendedahan dengan beberapa rangsangan gambar visual yang
menarik dan berwarna-warni. Unsur muzik boleh diterapkan melalui nyanyian lagu dengan
lirik mudah yang melibatkan ciri-ciri haiwan bagi kategori tersebut. Selain itu, bagi
memudahkan murid membuat pengelasan haiwan dengan betul, guru boleh memasukkan
elemen kuiz secara interaktif dengan menggunakan tayangan „slide‟ yang menarik bersama
bunyi-bunyian yang dapat merangsang minat murid untuk belajar. Media audio adalah satu
strategi pengajaran dan pembelajaran secara mendengar di mana bunyi suara dan muzik
direkod, disimpan, dan boleh dimainkan semula dengan menggunakan alat perakam atau
pemain audio (Yusup Hashim, 1996). Dengan memasukkan seni muzik dalam pembelajaran
dapat memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid
boleh menyanyi sambil membuat gaya mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung,
guru juga telah memasukkan seni pergerakan dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid
juga dapat menikmati pengalaman muzik yang berbeza jika pertama kali mendengar lagu
tersebut. Tambahan lagi, isi pelajaran Pendidikan Seni tidak hanya melibatkan mata pelajaran
Sains sahaja, malah boleh diintergrasi dengan beberapa mata pelajaran lain seperti sejarah.
Contohnya, guru boleh menyelitkan elemen sejarah mengenai tajuk yang dipelajari. Dalam
tajuk mengenal kraf tradisional, murid akan didedahkan mengenai peralatan tradisional. Bagi
menjalankan aktiviti dengan lebih menyeronokkan dan berfungsi, guru boleh meminta murid
menggayakan peralatan tradisional yang dihasilkan di samping menyelitkan fakta kegunaan
barangan tersebut. Sedikit sebanyak, murid dapat mengenali dan mengetahui asal usul
kegunaan perlatan tersebut. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan
murid tersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat membina
sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalam aktiviti ini juga dapat
melatih murid lebih berkeyakinan diri. Bagi contoh lain yang melibatkan intergrasi mata
pelajaran Sejarah, kaedah didik hibur juga boleh digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Elemen muzik, seni dan pergerakkan diterapkan semasa
pelaksanaan aktiviti. Contohnya dalam memberikan kefahaman murid mengenai penghayatan
nilai patriotisme yang perlu ada dalam diri. Aktiviti seperti simulasi, lakonan dan juga
tayangan video boleh diguna pakai bagi meningkatkan kefahaman murid di samping murid
dapat gambaran yang lebih jelas mengenai nilai patriotisme. Unsur nyanyian lagu-lagu
patriotik boleh digunapakai semasa aktiviti persembahan lakonan 810516075404
8
13
pendek. Justeru, setiap murid yang mengambil bahagian dapat menjiwa nilai patriotism
dalam diri secara tidak langsung. Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan
belajar pelbagai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid,
pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Permulaan pembelajaran tidak terhad
di situ sahaja. Perkembangan pembelajaran boleh diselitkan dengan sedikit info beberapa
mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan atau Pendidikan Sivik berkenaan topik
pembelajaran semasa murid mula melakukan aktiviti secara tidak langsung. Selain itu, guru
perlu merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu
mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah mesra murid iaitu mudah digunakan
oleh mereka. Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh digunakan
ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio, internet dan sebagainya. Bahan
bukan elektronik yang juga boleh digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru
perlu menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar. Dalam
melaksanakan aktiviti Pendidikan Seni, murid-murid digalakkan mengekspresikan karya
mereka secara bebas. Biasanya, semasa melaksanakan aktitivi, kebiasaannya ia melibatkan
penggunaan pergerakan motor halus dan motor kasar. Penyerapan konsep pergerakan secara
tidak langsung dapat diterapkan seperti yang dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Semasa melakukan aktiviti tersebut, murid-murid dapat memperkembangkan
konsep pembentukan kendiri dari segi emosi sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.
Dengan adanya aktiviti ini perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan ia
sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk
memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan. Mengenai aktiviti yang berkaitan dengan Seni
Visual, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarnakan hasil kerja mereka. Aktiviti
seperti ini dapat mengembangkan daya imaginasi dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-
murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari
pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat
permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan 810516075404
9
14
suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti
nyanyian, guru dapat membimbing murid terhadap kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat
membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan
bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan
tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan. Bagi
menjadikan
proses
pengajaran
dan
pembelajaran
lebih
berkesan
dan
810516075404
15
Di samping itu, bagi meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti, minda murid perlu
dirangsang dengan idea dan gambaran yang jelas secara langsung. Contohnya, bagi bidang
menggambar, biasanya murid akan melakar gambaran perkara yang berlaku disekelilingnya.
Meskipun tajuk yang diberi adalah berbeza, tahap imaginasi murid tidak mampu sampai ke
tahap tajuk yang diberi. Maka, bagi meningkatkan daya imaginasi murid, guru boleh
merangsang pemikiran mereka dengan aktiviti lakonan secara berkumpulan. Tetapkan tajuk
yang mudah dan guru membimbing murid menjayakan watak masing-masing. Secara tidak
langsung, ia dapat merangsang pemikiran murid lain yang turut sama menjalankan aktiviti.
810516075404
16
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang menyertai
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu
situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok.Muridmurid mahukan dirinya diterima sebagai
anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam
kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi
melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang
harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. (iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses
penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk
mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara
menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan
12
membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan. (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang
Tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid
melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti
permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. 810516075404
17
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang
tajuk-tajuk yang diajar.
810516075404
18
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua
kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang
dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri
dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner,
kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya,
persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori
Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif
dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan
manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua
lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard
Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan
dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang
tersebut boleh
14
ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan
guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada
sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.
810516075404
19
810516075404
20
BIBLIOGRAFI Choong Lean Keow PhD.(2009). Murid dan Alam Belajar Untuk PISMP.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001).
15
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur. MALAYSIA, Open
University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang, (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd. Mok Soon Sang, (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006).
HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Yahya Othman dan Roselan Baki.(n.d.) Pelaksanaan Penyerapan Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia. Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Alan Champman. (n.d) Howard
Gadner‟s Multiple Intelligeces. Diakses pada Mei 23, 2014 daripada
http://www.businessballs.com/howardgardnermultipleintelligences.htm Howard Gardner,
(n.d ). Teori Kecerdasan pelbagai. Diakses pada Mei 23, 2014 daripada
http://www.scribd.com/doc/9508898/Kecerdasan-Pelbagai Kecerdasan Pelbagai (n.d).
Diakses pada Mei 24, 2014 daripada
www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul.../04kecerdasan_pelbagai.pdf Kecerdasan
Pelbagai, (n.d.). Diakses pada Mei 24, 2014 daripada
http://www.scribd.com/doc/9508898/Kecerdasan-Pelbagai Seni Dalam Pendidikan (n.d.).
Diakses pada Mei 24,2014 daripada http://pgsrkent08.edublogs.org/2011/05/13/seni-dalam-
pendidikan/ Seni Dalam Pendidikan. (n.d). Diakses pada Mei 24,2014 daripada
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008/07/seni-dalam-pendidikan-sdp.html
Hari AKTIVITI 2
Tarikh
Tema Minggu 14 dan 15 (02- 13HHB NOVEMBER 2020)
Tajuk
Aktiviti Isnin
Standard 02HB NOVEMBER 2020
kandungan Alam semulajadi atau objek buatan maunusia
Mengenali kraf tradisional
Satndard Anyaman mengkuang dan membatik
Pembelajaran 4.3 EKSPRESI KREATIF
Objektif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
Pembelajaran penghasilan aktiviti alat domestik atau perhiasan diridengan gabungan teknik
16
Kretia batik dan anyaman
Kejayaan 4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
Langkah 4.3.4 Mengaplikasikan gabungan media, proses dan teknik dalam penghasilan
karya
Bahan-bahan Murid dapat menghasilkan tudung saji dengan menggunakan teknik anyaman
Media dan batik resis
NOTA Murid dapat menghasilkan sebuah tudung saji dengan gabungan anyaman
dan membatik.
1. Sediakan media
2. Lipatkan kertas warna dan lakarkan garisan
3. Guntingksn lukisan mengikut garisan
4. Membina tapak anyaman dan mulakan anyaman
5. Lakarkan dua buah bulatan yang berlainan saiz
6. Lukiskan batik pada bulatan pertama menggunakan lilin atau krayon
7. Gamkan hasil anyaman pada kertas lukisan dan lakarkan bulatan
8. Guntingkan separa dan bentukkan menjadi kon
9. Gamkan anyaman pada kertas kosong
10. Kemaskan hasil gabungan anyaman dan batik
11. Bentukkan menjadi kon
12. Gam sehingga membentuk tudung saji mini
13. Buat kemasan pada nahagian tepi tudung saji
14. Sediakan tali penyangkut
15. Gantungkan pada didnding sebagai hiasan atau sebagai alat mainan
masak-masak
Kertas warna,kertas lukisan,krayon atau lilin,warna air,gam dan gunting
masak-masak Langkah-langkah membuat sebuah tudung saji teknik anyaman dan
membatik cara resis
17
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
18
< PROGRAM >
20
INSTRUCTIONS
Do not copy the assignment question and instructions to your answer.
Prepare your assignment answer following the layout of the ASSESSMENT
CRITERIA shown in the RUBRICS provided for the course. Where RUBRICS are
not provided, follow the instructions/guidelines specified by the Open University
Malaysia (OUM) for the assignment concerned.
Your assignment should be written according to the number of words outlined
in the assignment instruction EXCLUDING references.
Type your answer using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.
Show the number of words at the end of your assignment.
Tables and figures where provided, should be appropriately titled.
List your references separately in the APPENDIX page.
21
ATTACHMENT
REFERENCES
22