Anda di halaman 1dari 4

KUATKUASA AKTA UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 (AKTA 753)

Sumber: www.parlimen.gov.my

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)


Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia semalam, Akta Umur
Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) akan mula dikuatkuasakan di sektor swasta bermula dari
tarikh 1hb Julai 2013. Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah pun
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27hb Jun 2012 dan Dewan Negara pada 17hb Julai 2012. Ia
diwartakan pula pada 16hb Ogos yang lalu.

Akta ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengukuhkan jaringan keselamatan sosial bagi
golongan pekerja bagi memastikan nasib kumpulan yang mudah terjejas (vulnerable groups) terbela
dan seterusnya membolehkan mereka menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.
Ia juga dihasilkan setelah kajian menyeluruh dibuat dan mendapati perkembangan dan
kemajuan teknologi perubatan dan kesihatan dalam beberapa dekad yang lalu telah
mengakibatkan jangka hayat ketika lahir penduduk Malaysia kian meningkat. Oleh itu, kerajaan
menerusi Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan agar Akta ini digubal dan
dikuatkuasakan.

Had Minimum Persaraan


Intipati utama Akta ini terletak pada penetapan had umur persaraan minimum buat pekerja-
pekerja di sektor swasta. Di bawah Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012, umur
persaraan minimum hendaklah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun.
Had ini boleh diubah/ditingkatkan oleh Menteri menerusi pemberitahuan dalam Warta di bawah
sub-seksyen (2).

Sumber:
www.parlimen.gov.my

Seorang majikan TIDAK BOLEH memberikan persaraan pramasa (premature retirement) pada


pekerjanya sebelum dia mencapai umur persaraan minimum. Tindakan sebegini adalah satu
kesalahan dan majikan boleh  sehingga RM 10,000 di bawah Seksyen 5(2) Akta 753 ini.
Namun begitu, majikan dan dengan persetujuan pekerja boleh menetapkan umur persaraan
pilihan sebelum 60 tahun.Ini hendaklah dilakukan menerusi kontrak
perkhidmatan atau perjanjian kolektif (Rujuk:  Seksyen 6 Akta Umur Persaraan Minimum 2012)

Sumber:
www.parlimen.gov.my

Pemakaian Akta
Akta ini adalah terpakai kepada semua pekerja di sektor swasa di seluruh Malaysia. Namun,
terdapat kekecualian sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 2. Seksyen 2. (1) Akta ini
menyatakan bahwa ia tidak terpakai bagi orang yang dinyatakan dalam Jadual. Mereka ini
terdiri dari:

1. seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar
emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan
berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;
2. seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan;
3. seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak perantisan;
4. pekerja bukan warganegara;
5. pekhidmat domestik;
6. seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya
tidak melebihi tujuh puluh peratus waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh
masa;
7. seseorang pelajar yang diambil kerja di bawah mana-mana kontrak untuk tempoh
sementara tetapi tidak termasuk pekerja dalam cuti belajar dan pekerja yang sedang
belajar secara separuh masa;
8. seseorang yang diambil kerja untuk suatu kontrak perkhidmatan bertempoh tetap
termasuk apa-apa perlanjutan, yang tidak lebih daripada dua puluh empat bulan; dan
9. seseorang yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah bersara pada umur
lima puluh lima tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.

Umur Persaraan Di Bawah Kontrak Yang Sedia Ada


Jika pekerja dan majikan telah pun mempunyai kontrak dan terma berkaitan dengan umur
persaraan sebelum berkuatkuasanya Akta ini dan umur yang dinyatakan itu lebih rendah dari
yang ditetapkan oleh Akta, maka terma itu  hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan
digantikan dengan umur persaraan yang ditetapkan oleh Akta.

Sumber:
www.mohr.gov.my

Penangguhan
Majikan yang menghadapi masaalah untuk mengimplentasikan peruntukan undang-undang ini,
boleh memohon agar penangguhan diberikan kepada mereka sehingga 6 bulan. Namun,
mereka perlu menulis kepada Kementerian Sumber Manusia dengan memberikan sebab yang
kukuh sebelum 28hb Februari 2013.

Muat Turun Akta


Mereka yang berminat boleh memuat turun Rang Undang-Undang dan Akta Umur Persaraan
Minimum 2012 dalam versi PDF dari portal-portal kerjaan. Di bawah adalah pautan-pautan
yang boleh anda gunakan:
1. Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum. Lokasi dari
parlimen.gov.my: Muat Turun Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012.
2. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012. Lokasi dari laman web Kementerian
Sumber Manusia – mohr.gov.my: Muat Turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
3. Muat turun Akta Umur Persaraan Minimum 2012 veri Bahasa Inggeris. Lokasi dari laman
web Warta Kerajaan – federalgazette.agc.gov.m: Download Minimum Retirement Age
Act 2012.

Diharap artikel ini dapat membantu anda memahami akan hal kuatkuasa umur persaraan
(Minimum Retirement Age) dengan lebih baik lagi. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

>>> Senarai Artikel Undang-Undang Buruh DI SINI <<<

– Kuatkuasa Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)

Anda mungkin juga menyukai