Anda di halaman 1dari 5

“Harga tiket bas adalah lebih mahal berbanding dengan harga teksi.

“Tidak semua bas datang tepat pada masanya”

Perbualan di atas menunjukkan satu situasi yang berlaku di perhentian bas.


Dengan hanya merujuk pada ayat tersebut, bolehkan anda menentukan sama
ada pernyataan tersebut adalah benar atau palsu?

Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat atau terlibat sendiri dalam situasi-
situasi seperti pertikaian, perbahasan dan sebagainya. Di mana situasi-situasi ini
anda akan pertikaikan sama ada apa yang anda katakan adalah benar atau
pihak lain yang benar. Bagaimanakah anda hendak menentukan sama ada
pernyataan siapa yang adalah benar dan pernyataan siapa yang palsu? Pelbagai
cara atau metodologi yang digunakan bagi menangani masalah ini. Salah satu
cara yang boleh anda gunakan adalah melalui penaakulan matematik/mantik
(mathematical or logical reasoning).

Penaakulan Matematik/Mantik (mathematical or logical reasoning) merupakan


satu aspek yang sangat penting dalam bidang matematik. Salah satu contoh
yang sangat sesuai untuk membincangkan tentang matematik sebagai bahasa
adalah melalui penaakulan matematik kerana dalam penaakulan matematik, ia
melibatkan ayat, pernyataan dan simbol-simbol matematik dan bukan nombor-
nombor. Tujuan membina penaakulan matematik yang berasaskan pada logik ini
adalah untuk membimbing minda kita ke arah berfikiran secara sistematik dan
menghasilkan jawapan yang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.

Dalam kehidupan seharian, pengetahuan dalam penaakulan matematik amat


penting untuk membolehkan kita berfikiran secara kritikal dalam membuat
keputusan atau kesimpulan yang tepat. Penaakulan matematik adalah satu
bidang dalam matematik tentang prosedur atau prinsip yang digunakan untuk
membezakan antara pernyataan yang benar dan pernyataan yang palsu. Ia juga
dikenali sebagai penaakulan mantik, di mana ia merupakan satu cara yang
sangat ketat untuk menentukan kebenaran sesuatu pernyataan atau
penghujahan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa semua orang yang ingin menjadi seorang
ahli matematik atau saintis haruslah mampu untuk berfikiran secara logik.
Kedua-dua bidang sains dan matematik adalah berasaskan kepada kemampuan
kita untuk membina penghujahan yang logik. Sama ada penghujahan tersebut
adalah adalah benar atau palsu bergantung pada bidang yang melibatkan
penaakulan matematik.

Dalam penaakulan matematik, ia boleh melibatkan pernyataan dan proses yang


mudah atau ia juga boleh menjadi lebih sukar dan rumit bergantung pada
pernyataan dan hujah yang terlibat. Dengan cara penaakulan matematik,
pernyataan-pernyataan akan dibuktikan menggunakan prinsip atau theorem
matematik yang tertentu untuk menentukan kesahihan pernyataan tersebut.
Tujuan ayat-ayat atau pernyataan ditukarkan kepada bentuk simbol matematik
adalah untuk memudahkan proses pembuktian kebenaran pernyataan tersebut.

Contoh yang lebih mudah dalam penaakulan matematik telah pun dipelajari
seawal tingkatan 4 dalam subjek matematik.

Contoh yang lebih mudah:


P: Harga sebiji oren ialah 72 sen.
Q: Harga sepuluh biji oren ialah RM7.20.
P → Q (Jika harga sebiji oren ialah 72 sen, maka harga sepuluh biji oren ialah 72
sen.)

Pernyataan tersebut boleh dituliskan dalam bentuk diatas di mana simbol →


membawa maksud implikasi.

Salah satu aspek dalam penaakulan matematik adalah penghujahan.


Penghujahan merupakan satu proses membuat suatu kesimpulan berdasarkan
beberapa pernyataan yang diberi. Pernyataan yang diberi itu dinamakan premis.
Dalam peringkat yang lebih tinggi. Penaakulan matematik boleh menjadi lebih
sukar dan ia melibatkan proses dan simbol-simbol yang lebih rumit.

Contoh yang lebih sukar:


Aplikasi penaakulan mantik ini tidak seharusnya terhad pada matematik sahaja,
malah ia sepatutnya dilihat juga sebagai alat untuk berfikiran secara krititkal
dalam mempelajari bidang subjek yang lain. Kemahiran penaakulan ini boleh
juga digunakan bidang penyelidikan, sains komputer, perundangan. Oleh itu,
aplikasi penaakulan matematik adalah amat penting dalam kehidupan seharian
sejajar dengan KBSM yang ingin memperkembangkan pemikiran mantik atau
logik dalam pengajaran dan pembelajaran .