Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEEL

Jalan Peel, Maluri


55100 KUALA LUMPUR
MALAYSIA

Tel/Faks: 03-9284 8570


e-mail: wbb0077@moe.edu.my

Ruj. Kami :
Tarikh : 13 Oktober 2020

Ibubapa/ Penjaga
Murid SK Jalan Peel
Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

PENUTUPAN PERSEKOLAHAN SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


BERSYARAT (PKPB) SK JALAN PEEL 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sesi persekolahan di SK Jalan Peel akan ditutup
bermula 14 Oktober 2020 (Rabu) sehingga 27 Oktober 2020 (Selasa). Ini adalah sejajar dengan
arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN). Sekolah akan dibuka semula dan berjalan seperti biasa pada 28 Oktober 2020
(Rabu).

3. Namun begitu, sesi pembelajaran di rumah akan diteruskan melalui atas talian atau tugasan
yang diberikan oleh guru-guru setiap mata pelajaran. Turut dilampirkan juga jadual sesi pembelajaran
di rumah sebagai rujukan dan panduan ibu bapa / penjaga.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah tuan/puan agar dapat memantau sesi pembelajaran anak jagaan
di rumah dan juga memastikan agar anak jagaan dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
MKN sepanjang tempoh PKPB ini.

5. Bersama-samalah kita berdoa dan berkerjasama agar rantaian Covid-19 di Malaysia dapat
diputuskan serta dapat menjalani kehidupan harian seperti sedia kala.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.........................................

________________________________________________________________________________________
BERANI KE HADAPAN

Anda mungkin juga menyukai