Anda di halaman 1dari 10

MAIK.

D231/380/2-1/Kulit 23

GARIS PANDUAN SOLAT JUMAAT


DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB COVID-19)

1
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

KANDUNGAN

GARIS PANDUAN SOLAT JUMAAT DALAM TEMPOH PERINTAH


KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) COVID-19

1. TUJUAN ............................................................................... 2

2. PANDUAN SOLAT JUMAAT DALAM TEMPOH PKPB ..... 2

2.1 PENGURUSAN JEMAAH .............................................. 4

2.1 (A) SEBELUM SOLAT ............................................. 4

2.1 (B) SELEPAS SOLAT ...........................................… 6

2.2 PELAKSANAAN.....................................................… 7

2.2 (A) AZAN, IQAMAT DAN KHUTBAH ……………… 7

2.2 (B) SOLAT, ZIKIR DAN DOA .................................. 8

3. PELAKSANAAN........................................................................ 9

3.1 Penentuan Masjid ........................................................... 9

3.2 Bilangan Jemaah............................................................ 9

3.3 Tidak Dibenarkan Solat Berjemaah dan Lain-lain


Aktiviti ............................................................................ 9

3.4 Ruangan Solat...........................................................… 10

3.5 Memenuhi Syarat.......................................................…

2
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

1. TUJUAN

Garis Panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan


Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sebagai panduan masyarakat di
negeri Kelantan untuk menunaikan ibadah tersebut dalam tempoh
PKPB akibat penularan wabak Covid-19.

2. PANDUAN SOLAT JUMAAT DALAM TEMPOH PKPB

Selaras dengan ketetapan kerajaan dalam pelaksanaan PKPB dan


dengan meraikan taklimat keselamatan dan kesihatan yang diberikan
oleh pihak MKN dan KKM, dan juga cadangan serta hasrat
masyarakat untuk menunaikan solat Jumaat, berikut merupakan garis
panduan pelaksanaan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPB.

3
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNG


JAWAB
3.1 PENGURUSAN JEMAAH
i. Mengadakan kaunter pendaftaran
dan saringan di pintu masuk yang
dihadkan bilangannya bagi
memeriksa suhu badan, sanitasi
tangan serta rekod kehadiran
Jemaah.
ii. Melakukan sanitasi nyahkuman
ruang solat dan kawasan
sekitarnya termasuk tandas dan
ruang wudhu’ sebelum dan selepas
solat dilaksanakan.
ii. Penggunaan tandas perlu
dihadkan mengikut jumlah bilik
tandas yang ada pada satu-satu
masa.
iv. Senarai nama jemaah yang terpilih
A. SEBELUM untuk solat Jumaat pada minggu PENGURUSAN
SOLAT tersebut dan minggu-minggu MASJID
seterusnya hendaklah
dimaklumkan dan ditampal awal
supaya mereka yang hadir tidak
melebihi bilangan.
v. Kehadiran direkodkan di dalam
buku kehadiran.

vi. Pintu masjid dibuka hanya 20 minit


sebelum azan dan ditutup sejurus
selepas selesai doa dibacakan dan
jemaah bersurai.
vii.Melaksanakan penjarakan sosial
(social distancing) di dalam dan
luar masjid.
4
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNG


JAWAB
viii. Cara masuk dan keluar masjid
mesti mengikut giliran dengan
beratur serta menjaga
penjarakan yang terkawal.
ix. Memastikan aliran pengudaraan
di dalam ruang solat dengan
membuka semua pintu, jendela
dan menggunakan kipas angin
dan tidak dibenarkan
memasang alat pendingin hawa.
x. Pemeriksaan suhu bagi setiap
Jemaah adalah wajib bagi
memastikan hanya yang sihat
sahaja hadir.
xi.Jemaah yang mengidap penyakit
kronik dan tidak sihat seperti
demam dan ada gejala
A. SEBELUM pernafasan, warga emas yang
SOLAT berumur 70 tahun ke atas PENGURUSAN
MASJID
kecuali pegawai masjid dan
kanak-kanak serta remaja di
bawah umur 15 tahun tidak
dibenarkan hadir berjemaah di
masjid.
xii. Jarak antara ahli jemaah adalah
sejauh 1 meter. Kedudukan
jemaah ditanda ‘X’ dengan lebih
awal antara satu sama lain.
xiii.Memastikan (jemaah memakai
face mask).

xiv.Mengumumkan bahawa solat


bakdiah tidak dibenarkan.

5
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNG


JAWAB
i. Semua ahli Jemaah yang hadir
hendaklah mengambil wuduk
dan membawa sejadah masing- JEMAAH
masing sebelum hadir ke masjid;
ii. Pengidap penyakit kronik dan
SEBELUM tidak sihat seperti demam dan
A. SOLAT ada gejala pernafasan, warga
emas yang berumur 70 tahun ke
atas dan kanak-kanak serta
remaja di bawah umur 15 tahun
tidak dibenarkan hadir
berjemaah di masjid.
iii. hanya solat tahiyatul masjid
sahaja dibenarkan.
i. Jemaah dipastikan terus
bersurai dalam keadaan tenang;

ii. Tiada perkumpulan dibenarkan


selesai solat Jumaat samada di
dalam atau di luar masjid;

iii. Masjid ditutup dengan kadar


B. SELEPAS segera bagi mengelakkan ahli PENGURUSAN
SOLAT jemaah berkumpul; MASJID

iv. Tidak dibenarkan berpusu-pusu


di pintu dan tidak digalakkan
memegang pintu atau pagar;
dan

6
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNG


JAWAB
v. Memastikan bilangan petugas
keselamatan yang cukup bagi
mengawal dan mematuhi PENGURUSAN
prosedur yang akan ditetapkan. MASJID

i. Jemaah bersurai dalam keadaan


tenang melalui pintu keluar yang
ditetapkan sambil mematuhi jarak
sosial melalui pintu keluar yang
telah ditetapkan;

B. SELEPAS
SOLAT
ii. Tidak bersalaman sepanjang
berada di masjid. Para jemaah JEMAAH
hendaklah terus pulang dan
tidak berkumpul di luar setelah
selesai solat; dan
iii. Amalan i’tikaf dalam masjid
selepas solat jumaat adalah
tidak dibenarkan.

3.2 PELAKSANAAN
i. Azan pertama dilaungkan;
A. AZAN,
IQAMAT ii. Khatib mengambil tempat
DAN sejurus setelah selesai azan BILAL &
KHUTBAH pertama dan Azan kedua terus KHATIB
dilaungkan;

7
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

BIL PERKARA TINDAKAN TANGGUNG


JAWAB
iii. Khutbah pertama dan kedua
A. AZAN, dibacakan selama maksima 10 BILAL &
IQAMAT minit; dan KHATIB
DAN
KHUTBAH
iv. Teks Khutbah hendaklah
dipendekkan dan diringkas
sebaik mungkin dengan
menjaga rukun yang asal.

i. Solat Jumaat dilakukan selama


maksima 7 minit;

i. Imam digalakkan membaca


SOLAT, surah atau ayat yang pendek;
B. ZIKIR DAN dan IMAM
DOA
ii. Zikir dan doa selepas salam
(maksima 3 minit).

* Dibenarkan menggunakan
pembesar suara luar Masjid
untuk pelaksanaan Solat
Jumaat

PERINGATAN:
Jika ada jemaah disyaki atau disahkan positive COVID-19, masjid
tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain
yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan
mengikut prosedur KKM.

8
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

3. PELAKSANAAN

3.1 Penentuan Masjid

Pelaksanaan Solat Jumaat di masjid dalam tempoh PKPB


ini adalah terhad bagi kawasan yang telah diklasifikasikan
sebagai zon hijau sahaja.

3.2 Bilangan Jemaah

Dalam konteks pelaksanaan garis panduan ini, masjid dan


surau tidak lagi boleh membenarkan kehadiran jemaah
mengikut kapasiti asal. Kehadiran jemaah adalah seramai
empat puluh (40) orang terdiri dari kalangan pegawai
dan jawatankuasa masjid serta ahli mukim yang terpilih.
Kehadiran ahli jemaah terpilih untuk solat jumaat
adalah berdasarkan jadual kehadiran yang ditetapkan
oleh pihak pengurusan masjid dan hendaklah dibuat
secara pergiliran. Jemaah yang terpilih adalah atas
jemputan daripada pihak masjid. Tiada jemaah
dibenarkan untuk merentasi sempadan mukim. Ianya
bagi memastikan kedudukan antara saf dan jemaah
dijarakkan berdasarkan keperluan penjarakan sosial.
Jemaah yang terpilih juga hendaklah tidak melakukan
lawatan atau perjalanan ke luar negara atau kawasan selain
zon hijau dalam tempoh dua (2) minggu sebelum solat
Jumaat.

9
MAIK.D231/380/2-1/Kulit 23

3.3 Tidak Dibenarkan Solat Berjemaah dan lain-lain Aktiviti

Walaupun masjid yang telah diberi kebenaran untuk


mendirikan solat Jumaat dalam tempoh PKPB, namun
begitu masjid berkenaan tidak dibenarkan untuk
mendirikan solat berjemaah dan lain-lain aktiviti di
dalam premis masjid berkenaan.

3.4 Kebenaran pelaksanaan Solat Jumaat ini tertakluk kepada


kehadiran sekurang-kurangnya seorang anggota polis di
setiap masjid serta kemampuan masjid untuk menyediakan
ruang yang mencukupi untuk para jemaah secara
penjarakan, menyediakan peralatan pengimbas suhu dan
sanitizer yang mencukupi serta penyediaan kawalan
keselamatan.

3.5 Mana-mana masjid yang tidak dapat memenuhi syarat-syarat


di atas tidak dibenarkan melaksanakan Solat Jumaat.

10

Anda mungkin juga menyukai