Anda di halaman 1dari 3

Unsur-unsur Patriotisme

• Bersyukur dengan adanya rumah sebagai


tempat perlindungan dan hidup
berkeluarga
• Berbangga dengan rumah yang memberi
perlindungan kepada kita
• Bersyukur kerana mempunyai rumah
lengkap dengan kemudahan seperti
bekalan air,elektrik dan telefon
• Menyayangi rumah dan sentiasa menjaga
kebersihan serta keselamatan rumah
• Berjimat-cermat dalam penggunaan
keperluan asas
• Bertanggungjawab dan bertindak wajar
bagi menjamin keselamatan
• Mengambil tahu tentang asal-usul dan
sejarah keluarga sendiri
• Berbangga dengan keistimewaan yang
terdapat dalam keluarga sendiri
• Mewujudkan persefahaman dan kasih
sayang antara anggota keluarga
• Mengamalkan perlakuan yang bersopan
dan bertatasusila
• Bersopan santun dijadikan amalan hidup
kita
• Bekerjasama antara anggota keluarga dan
masyarakat
• Mempertahankan maruah diri dan keluarga
• Memupuk perasaan kasih sayang di antara
anggota keluarga dan masyarakat
• Menunjukkan sikap kekitaan dan saling
bantu-membantu
• Mengenali, memahami, menghormati dan
menyayangi jiran
• Memupuk perasaan hormat-menghormati,
bertoleransi dan bekerjasama untuk
semangat kekitaan dan setiakawan
• Memupuk kesedaran pentingnya dan
permuafakatan antara jiran
• Mengamalkan konsep berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing antara jiran
• Bertanggungjawab dan memupuk
persefahaman untuk keharmonian dan
kesejahteraan bersama
• Mengukuhkan semangat kekitaan dan
mempertahankan hak bersama
• Berbangga dengan keistimewaan sekolah
dan kawasan setempat
• Sentiasa menjaga imej keluarga, sekolah
dan komuniti
• Sanggup mempertahankan nama baik
keluarga, sekolah dan negara
• Bersedia menceburkan diri dalam aktiviti
sekolah dan komuniti
• Sanggup berkorban untuk memajukan
sekolah dan negara
• Mengharumkan nama keluarga, sekolah
dan negara
• Mengamalkan semangat muhibbah dan
toleransi semasa menyambut hari-hari
kebesaran dan perayaan
• Menghargai jasa dan sumbangan warga
tua/ tokoh-tokoh setempat
• Hormat-menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira agama dan
kepercayaan
• Sentiasa berwaspada terhadap ancaman
kuasa lur
• Menyayangi tumbuhan dan hidupan yang
terdapat di persekitaran
• Mensyukuri nikmat Tuhan
• Berbangga sebagai rakyat Malaysia