Anda di halaman 1dari 1

K E R J A Y A

GURU
(PISMP)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN

PENGENALAN
Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Programpengajian yang ditawarkan
adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan meyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal
guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program
ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Warganegara Malaysia. SYARAT


Umur tidak melebihi 20 tahunpada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat. PERMOHONAN
Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mendapat gred CEMERLANGdalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIANdalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Lulus Bahasa Inggeris.
Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/ dua (2) semester
dan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/
lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari


Portal Kementerian Pendidikan Malaysia di
http://www.moe.gov.myselepas keputusan SPM diumumkan. CARA
Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria
yang ditetapkan. MEMOHON
Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon
Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh
mengemaskini bila-bila masa.
Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup
permohonan.

BIDANG
Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani PENGKHUSUSAN
Bahasa Inggeris Pendidikan Islam
Bahasa Arab Pendidikan Seni Visual
Bahasa Cina Pendidikan Muzik
Bahasa Tamil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Bahasa Iban Reka bentuk Teknologi
Bahasa Kadazandusun
Sains
Sejarah

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai