Anda di halaman 1dari 8

JXEA 1104

FALSAFAH DAN LOGIKA


MELAYU

HIKAYAT SERIBU SATU


MALAM
(FALSAFAH KEBERANIAN DAN KEBIJAKSANAN)

NAMA : AZIAN BINTI ABD LATIFF


NO.MATRIK : JEA08005
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
PENSYARAH : DR.AMRAN MOHAMAD
PENGENALAN

KONSEP FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang pertama kali

digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M) pada abad ke-6. Perkataan falsafah ini

mengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” (cinta) dan

“sophia”

( kebijaksanaan). Oleh itu, falsafah boleh diertikan cinta akan kebijaksanaan atau

kebenaran. Dalam Hikayat Seribu Satu Malam terdapat falsafah yang boleh dirungkaikan

untuk kajian falsafah saya ini seperti keberanian dalam diri seorang wanita dan

kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu perkara.

SINOPSIS

Hikayat Seribu Satu Malam menceritakan kisah dua orang adik beradik yang

bernama Raja Shahriar dan Raja Shah Zaman yang mempunyai isteri yang curang

terhadapnya. Raja Shahriar merupakan abang kepada Raja Shah Zaman. Pada suatu

hari Raja Shah Zaman telah masuk ke dalam secara bersembunyi dan mendapati

isterinya sedang tidur bersama seorang hamba dari bangsa Habsyi. Setelah itu, Raja

Shah Zaman berasa sangat marah dan telah bertindak membunuh isteri dan lelaki

tersebut. Manakala, Raja Shahriar telah mengetahui isteri Raja Shah Zaman

berlaku curang. Raja Shahriar juga telah menyaksikan sendiri perbuatan

isterinya yang curang itu. Baginda juga berasa amat marah dan murka, namun telah

dihalang oleh adiknya untuk membunuh isterinya itu kerana Raja Shah Zaman tidak
mahu abangnya itu melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru sepeti yang

telah dilakukan olehnya dahulu. Akhirnya, mereka telah mengambil keputusan

untuk meninggalkan tempat itu dan mengembara. Raja Shahriar telah memancung

kepala permaisurinya, dayang-dayang dan hambanya. Sejak itu, baginda tidak

berhenti-henti berkahwin dan akan memenggal kepala isteri-isterinya itu selepas

malam pertama. Baginda telah menitahkan agar seorang menteri mempersembahkan

anak gadis menteri itu, kebetulan menteri tersebut memang mampunyai dua orang

anak gadis, iaitu yang sulung bernama Shahrazad dan yang bongsu bernama

Duniazad. Akhirnya, Shahrazad telah bersetuju untuk berkahwin dengan baginda

kerana tidak mahu melihat ayahnya susah hati. Sebelum berkahwin Shahrazad telah

merancang sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh baginda

yang dibantu oleh Duniazad. Akhirnya, Shahrazad telah berjaya menyelamatkan

dirinya daripada dibunuh oleh baginda yang kejam itu.

PETIKAN

Perbuatan baginda membunoh isteri2-nya lepas seorang, sa-orang itu sa-orang itu
hanya sa-mata2 kerana benchi terhadap wanita. Hambara’ayat di-dalam negeri telah
gempar dan takut, masing2 kebimbangankalau2 tiba pula giliran anak2 dara
mereka di-kahwini oleh raja,neschaya mati-lah di-bunoh baginda. Dari itu orang
ramai telah melarikan anak2 dara mereka menerima kemalangan itu. Pada suatu hari
Malik Shahriar memberi perentah kapada sa-orang gadis untok di-peristerikan. Sa-
telah puas menteri itu menchari tiada juga bertemu, ia pun pulang-lah ka-rumah-
nya dengan hati yang hampa dan dukachita. Menteri itu berasa bimbang sambil
berfikir,“Bukan sahaja aku akan di-murkai oleh baginda, jangan2 aku pula di-bunoh-
nya menjadikan sia2 sahaja nyawa-ku.” Kebetulan, menteri itu sendiri ada
mempunyai dua orang anak. Gadis; yang tua bernama Shahrazad, dan adek-nya
bernama Duniazad. Shahrazad memang terkenal sa-orang gadis yang berilmu serta
bijak tentang cherita2 sejarah raja2 purba-kala, sha’er2 dan pantun, sastera.Apabila
ia mengetahui penderitaan batin yang di-tanggong oleh bapa-nya yang sedang
termenong itu, Shahrazad pun berkata-lah, “Ayahanda! Anakanda sudi di-jodohkan
dengan raja kita itu walau jadi apa pun. Sebab-nya ia-lah, mahu atau tidak mahu,
anakanda terpariksa berkorban sa-bagai menebus nyawa ayah. Jikalau anakanda
telah berkahwin dengan-nya serta selamat pula daripada pembunohan-nya, itu bereti-
lah bahawa anakanda telah menyelamatkan bukan sahaja nyawa sendiri, malah
nyawa sekalian anak2 dara bangsa kita seluroh-nya.” Ayahanda-nya
menjawab, “Anakanda! Demi Allah, jangan-lah chuma2 menchari bala yang
demikian. Nyawa kamu adalah lebeh utama daripada segala apa jua.” Shahrazad
berkata lagi, “Ayahanda, anakanda mesti berkorban juga walau bagaimana sa-
kali pun.” Shahrazad berperi2 benar memohon kapada ayah-nya supaya diri-nya
sendiri di-kahwinkan dengan raja itu. Di-sebabkan tidak terhemat hendak
menggalang kemahuan anakanda-nya, menteri itu pun menyembahkan-lah
anak gadis kesayangan-nya itu kapada Malik Shahriar dan tidak pula
di-terangkan-nya sendiri.Sa-belum di-bawa mengadap raja pada malam itu,
Shahrazad telah mengator ranchagan2-nya terlebeh dahulu bersama dengan adinda-nya
Duniazad. Mereka telah berjanji; manakala Shahrazad telah berada di-Istana hendak-
lah adinda-nya segera datang apakala sahaja mendapat panggilan dari Istana.
Kemudian hendak-lah Duniazad memohonkan kapada kakanda-nya supaya bercherita
sa-panjang malam itu sa-bagai menghiborkan hati-nya yang akan bercherai dengan-nya
pada esok hari. Raja pun memberi perentah supaya Duniazad dihadhirkan ka-
istana. Bertemu-lah Shahrazad dengan Duniazad berpelok2-an serta dengan tangis
ratap-nya sa-olah2 mereka tidak akan bertemu lagi. Sambil itu Duniazad meminta
kakanda-nya bercherita sadikit sa-bagai menghiborkan hati-nya yang sedang
remok redam kerana akan berpisah buat sa-lama2-nya itu. Sa-telah mendapati idzin
daripada raja, Shahrazad pun mulai-lah bercherita. Maka daripada cherita malam
permulaan ini-lah hingga membawa kepada sa-ribu satu malam, tidak putus2
bercherita.Dengan ilham dari cherita2 Shahrazad yang telah di-dengar oleh Malik
Shahriar itu-lah menjadikan berpaling sa-mula hati baginda tiada lagi membenchi
wanita, serta berhenti-lah baginda daripada melakukan perbuatan kejam-membunoh
isteri2-nya mana2 yang telah di-tidori-nya sa-lama sa-malam itu.Perubahan yang
mengejut itu ada-lah hasil dari kajian kebijaksanaan Shahrazad, hingga dapat
menyelamatkan nyawa-nya dan kekal menjadi isteri Malik Shahriar.

(Hikayat Seribu Satu Malam: m/s 8-12)

KUPASAN

Setelah saya fahami dan megkaji Hikayat Seribu Satu Malam dapatlah

disimpulkan bahawa persoalan falsafah yang terdapat dalam Hikayat Seribu Satu Malam

ini ialah tentang keberanian dan kebijaksanaan. Sikap keberanian bukan sahaja ada dalam

diri lelaki sahaja, malah sikap ini juga diperlukan oleh golongan yang lemah iaitu, wanita

agar mereka boleh menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk membuat keputusan.

Sikap keberanian ini juga merupakan sikap yang perlu ada dalam diri seseorang kerana
dengan keberanian kita dapat melakukan sesuatu dengan tanpa rasa takut dan gentar

seperti membuat suatu pengorbanan untuk kebaikan orang lain. Apabila perasaan takut

yang mengawal diri kita, kita akan menjadi seorang yang penakut dan tidak yakin akan

kebolehan diri sendiri. Selain itu, kebijaksanaan juga diperlukan untuk melakukan

sesuatu perkara agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan

membuahkan hasil yang memuaskan hati. Kita mestilah melakukan sesuatu dengan

menggunakan akal dan bijak dalam membuat sesuatu keputusan agar tidak melakukan

kesilapan dan membuat keputusan yang terburu-buru. Kebijaksanaan juga dapat

menyelamatkan diri daripada menghadapi sebarang kesusahan apabila kita

ditimpa masalah.

Dalam hikayat ini, menceritakan tentang keberanian dan kebijaksanaan

Shahrazad yang jelas terpapar dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini. Shahrazad

berpegang kepada sikap berani dan bijak dalam melakukan sesuatu perkara dan membuat

keputusan untuk melakukan sebuah pengorbanan dalam hidupnya. Shahrazad telah

membuat keputusan untuk menjadi isteri Raja Shahriar yang kejam itu dan ini

menunjukkan bahawa Shahrazad seorang yang rela berkorban demi kepentingan

keluarganya untuk menyelamatkan ayahandanya daripada dibunuh. Keputusan yang

Shahrazad lakukan ini juga menunjukkan bahawa dia seorang yang berani kerana

sanggup berkahwin dengan raja yang kejam itu, walaupun telah diketahui olehnya akan

perbuatan Raja Shahriar yang telah membunuh isteri-isterinya dengan memenggal kepala

mereka selepas malam pertama. Perbuatan kejam Raja Shahriar itu tidak dapat

menakutkannya kerana Shahrazad telah mempunyai rancangan yang tersendiri untuk

menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa atas perbuatan kejam yang dilakukan
oleh raja itu. Hal ini juga menunjukkan kebijaksanaan Shahrazad dalam melakukan

sesuatu perkara yang berkaitan dengan hidup matinya untuk menyelamatkan dirinya

daripada dibunuh.

Shahrazad telah berjaya menjalankan rancangan dengan bantuan

adindanya iaitu, Duniazad yang telah membantunya untuk segala tipu muslihat yang

dilakukannya untuk mendengar juga cerita-cerita yang disampaikan olehnya sehingga

seribu satu malam. Shahrazad menghabiskan masa berjam-jam selepas perkahwinannya

dengan Raja Shahriar untuk menceritakan pelbagai cerita menarik kepada raja. Shahrazad

amat bijak sekali kerana setiap kali waktu Subuh, Shahrazad akan berhenti pada bahagian

suspens supaya baginda akan menagguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin

mengetahui akhir ceritanya itu. Akhir sekali, Raja Shahriar tidak jadi untuk

membunuhnya kerana sudah tertarik untuk mengetahui akhir cerita Shahrazad itu.

Kebijaksanaan Shahrazad juga dapat dilihat menerusi cerita-cerita yang disampaikan

olehnya sehinggakan membuatkan orang tidak jemu untuk mendengar ceritanya itu.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini terdapat falsafah

yang boleh kita ambil dan menjadi pegangan kita dalam melakukan sesuatu perkara,

iaitu keberanian dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu rancangan yang

memberikan hasil yang memuaskan hati kita. Keberanian dan kebijaksanaan amat

penting dalam hidup seseorang untuk menjadi seorang ygng berjaya dan sikap ini juga

saling berkaitan antara satu sama lain. Demikianlah, persoalan falsafah yang terkandung

dalam hikayat ini.


RUJUKAN
Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa Melayu.
Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hashim Bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika
Melayu
(Suatu Pengenalan). Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hasan Jawhar. 1965. Hikayat Sa-ribu Satu Malam. Dewan Bahasa Dan Pustaka
: Kuala Lumpur.

Mhtml:file://H:\hikayat%201001%20malam.mht

Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. 2003. Mutira Sastera Melayu Tradisional.


Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.