Anda di halaman 1dari 8

LONTAR PELURU

Sejarah

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga.
Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza
mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat
2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri,
gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien.

Gelanggang

Gelanggang khusus telah disediakan dalam acara melontar peluru. Undang-

undang perlu diikuti untuk mengelakkan daripada atlit membuat lontaran yang

dibatalkan.

Peraturan-peraturan 181

i. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian.

ii. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian , tiap-tiap

peserta dibenarkan membuat 3 percubaan Dan lapan orang peserta yang terbaik

diantara kesemuanya akan dibenarkan pula membuat 3 percubaan tambahan. Jika

berlaku seri ditempat kelapan, seri ini tidak diputuskan, tetapi peserta-peserta yang

seri itu akan dibenarkan lagi membuat 3 percubaan tambahan bersama peserta

yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta tadi atau kurang daripada

lapan peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan

sahaja.
iii. Di tempat pertandingan, setiap peserta diberi dua percubaan sahaja untuk latihan.

Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta yang dipanggil

nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.

iv. Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah

memulakan lontarannya dengan keadaan tidak bergerak. Seseorang peserta

dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

v. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa

peserta membuat permulaan lontaran dalam dagu dan tangan tidak boleh

dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak boleh

dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.

a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang boleh

membantu peserta bila membuat lontaran akan dibenarkan.

Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali untuk

membalut luka.

b) Sarung tangan tidak boleh digunakan.

c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta

dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai dibahagian tangan

sahaja.

d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan, peserta-

peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan

sejenis itu.

e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan

samada di dalam bulatan atau kasutnya.


vi. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seseorang peserta, sesudah

memasuki bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana

bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas

hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika

membuat percubaan.

vii. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan

diantara dua sisi di sebelah dalam garisan 50mm lebar.

viii. Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dengan segera dari titik mula

sentuhan peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang

garisan sehingga ke bahagian tengah bulatan.

ix. Setelah selesai lontaran, peluru mesti dibawa balik ke tempat permulaan atau

bulatan dan tidak secara dibaling.

x. Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m. Gelung besi bulatan mestilah

xi. sekurang-kurangnya 6mm tebalnya dan dicat putih.

xii. Ukuran papan penahan adalah diantara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m

xiii. sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm tinggi

berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.


Peraturan Asas Lontar Peluru

• Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.


• Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
• Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.
• Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak
bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas
peluru dilepaskan.
• Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru
mendarat.

Kemahiran Asas Lontar Peluru

a) Fasa Pergerakan Melontar Peluru

i. Pegangan peluru

ii. Lakuan sedia

iii. Lungsuran

iv. Kilasan badan

v. Lontaran

vi. Pulihan

b) Pegangan Peluru

i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari

ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari

Pegangan 3 jari Pegangan 5 Jari


c) Teknik melontar peluru

i. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

ii. Gaya melunsur selangkah

iii. Gaya Parry O'Brien

d) Fasa ketika melontar peluru (Gaya berdiri dan melontar)

i. Lakuan sedia

 Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu


kirinya menghala ke arah lontaran

ii. Kilasan badan

 Kilasan badan dimulakan dengan bahu tangan bebas


digerakkan ke hadapan.

iii. Lontaran

 Tolak peluru dengan kaki belakang diluruskan sambil


menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi
terangkat.

iv. Pemulihan

 Fasa pemulihan tidak ditegaskan kerana tiada lungsuran


dan pergerakan badan.

e) Fasa ketika melontar peluru (Gaya melungsur selangkah)

i. Lakuan sedia
 Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan
membelakangkan kawasan lontaran

ii. Lungsuran

 Pelontaran menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan


pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah
bulatan

iii. Kilasan badan

 Apabila kaki kanan bertapak semula dan proses


lungsuran tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke
atas serentak dengan kilasan badan

iv. Lontaran

 Setelah kilasan tamat, kaki yang rnelungsur menolak


dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik serta
diikuti dengan menolak peluru.

v. Pemulihan

 Membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa


yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara
tergantung untuk membantu imbangan badan.

f) Fasa ketika melontar peluru (Gaya Parry O' Brien)

i. Lakuan sedia

 Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran dan kaki


bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan
tanah.
ii. Lungsuran

 Apabila badan dicondong ke hadapan dan berat badan


dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur
dilakukan.

iii. Kilasan badan

 Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas


telah bertapak di belakang papan penahan, badan mula
mengilas ke atas dan kehadapan.

iv. Lontaran (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)

v. Pemulihan (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)

Latihan

Seperti yang kita maklum, pelontar peluru biasanya berbadan tegap dan besar.
Ini selalunya akan memberi kelebihan kepada peserta tersebut, Walaupun ia bukanlah
syarat utama, kerana acara ini sebenarnya memerlukan tenaga dan kekuatan yang
banyak serta pergerakan yang pantas. Latihan asas dan latihan fizikal seperti yang
dikehendaki daripada seseorang atlit. Latihan-latihan seperti berjongging, lari pecut,
latihan angkat berat, dan latihan khusus untuk tangan, lengan, dan bahu sangat perlu
dilakukan oleh peserta-peserta lontar peluru.

Cara Latihan.

1. Beratur beramai – ramai dan bayangkan melontar tanpa menggunakan bola.


2. Menggengam bola getah dan cuba bayangkan melontar dengan gaya 90 darjah.

3. Melontar menggunakan bola getah ke hadapan dan cari balingan sesuai.

4. Biasakan diri dengan keberatan bola besi.

5. Cuba leretkan bola besi kehadapan.

6. Melontar peluru ke hadapan mengikut kesesuaian dan dengan sedaya upaya.

RUJUKAN

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru-micro-teaching.html

http://olahraga2u.wordpress.com/2010/03/15/lontar-peluru-siri-4/